Monday, November 21, 2011

SELAMAT BERCUTI KE LANGKAWI

Selamat bercuti kepada murid-murid yang berjaya dalam UPSR... malam tadi mereka bertolak menaiki bas ke Langkawi... seramai 38 orang murid dan 10 orang guru pengiring. Pada mulanya aku nak join... tapi last minute tak jadi... disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan.

Percutian ini ditaja sepenuhnya... dan mereka akan pulang pada hari Rabu dengan penerbangan AirAsia. Tentunya kenangan bersama rakan-rakan sekolah rendah akan menjadi kenangan terindah sebelum meninggalkan alam persekolahan.

Tahun lepas mereka yang berjaya ke Perlis...
Tahun nie ke Langkawi...
Tahun depan belum pasti lagi...

TERUBAT RINDUKU

Pada 6 November 2011 yang lepas mek aku selamat berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji. Pagi tadi 21 Disember 2011 jam 3.00 pagi mek aku dah pun selamat sampai di tanah air. Pukul 5 pagi baru lah aku dapat dengar suaranya melalui panggilan telefon yang dibuat oleh abang ipar aku.

Sepanjang mek aku berada di tanah suci... seingat aku ada sekali je dia call ayah aku di kampung... kami anak-anaknya langsung tak berpeluang bercakap dengannya. Pagi tadi aku dengar suaranya ceria sangat. Aku tahu mek aku tu banyak benda yang dia nak ceritakan sepanjang berada di sana. Alhamdulillah sepanjang berada di sana dia sihat... cuma sekali sekala je batuk... mungkin perubahan cuaca.

Hari nie aku difahamkan akan diadakan kenduri kesyukuran di rumah di kampung... tapi aku tak dapat turut serta atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Insya Allah hari Khamis aku akan balik kampung... itu pun tak lama... sebab minggu berikutnya aku akan terbang untuk bercuti selama 3 hari 2 malam... destinasinya biarlah menjadi rahsia.

Aku teringin untuk berada di suatu tempat yang orang lain tak tahu aku berada di situ. Aku nak mencari ketenangan dan cuba untuk muhasabah diri... tahun 2011 nie banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Betul-betul menguji kesabaran aku.

Terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi sokongan... mek dengan ayah aku sentiasa mendoakan... adik-beradik aku... rakan-rakan terdekat yang sudi mendengar masalah aku dan memberi pandangan serta sokongan moral selama ini. Aku sayang you all.

Bukan mudah untuk mengecapi bahagia...
Perlu kesabaran dalam menghadapi semua ujianNYA...

Saturday, November 19, 2011

SANTAI DI HUJUNG MINGGU

Hujung minggu adalah hari yang dinanti-nantikan... begitu juga dengan aku... tambah pulak ari nie dah start cuti sekolah. So boleh habiskan masa di hujung minggu dengan aktiviti santai di rumah.

Apa istimewanya di hujung minggu...
Pertama, boleh bangun lewat sikit daripada kebiasaan... tak pun bangun seperti biasa dan kemudian boleh sambung semula. Boleh lah berehat lebih sikit.

Kedua, boleh mengemas rumah apa yang patut... time nie lah nak lipat kain.. time nie lah nak mendobi baju... time nie lah nak mengemop lantai...

Ketiga, di hujung minggu banyak rancangan yang best... so pukul 12 kena pastikan semuanya selesai... sebab lepas tu nak mengadap tv lah pulak. Rancangan yang paling aku suka.. Melodi dan Nona... lepas tu baru boleh keluar makan.

Keempat, kalau dah kepenatan di awal pagi... so petang boleh lah layan mata. Aku nie kalau tak ada aktiviti... memang kuat tidur.

Selalunya sebelah malam... kalau tak ada rancangan yang best... aku akan menghabiskan masa berjam-jam di depan laptop kesayangan... masa nie lah nak cari tempat-tempat yang menarik yang boleh dikunjungi... time nie lah nak cari maklumat yang berfaedah untuk santapan minda.

ANAK TIRI AMBIL UPSR TAHUN DEPAN

Sesi persekolahan 2011 telah melabuhkan tirainya secara rasmi hari nie... hari nie sekolah aku telah mengadakan hari penyampaian hadiah dan jamuan akhir tahun di Kantin Sekolah. Tahniah kepada Ajk Kelab Staff kerana berjaya mengadakan jamuan seumpama tu... makanannya pun mewah... sampai boleh bungkus lagi.

Tahun depan anak tiri aku ambil exam UPSR... aku dah janji dengan madu aku nak start kelas tambahan awal... sekurang-kurangnya 3 subjek aku boleh bantu. Memang lah kalau ikutkan madu aku nie... dia tak pernah pun meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anaknya. Tapi bila aku tengok kesungguhan budak nie... aku jadi bersemangat nak ajar.

Hari nie dah sibuk mintak hadiah... dengan mak tirinya... sebab periksa sekolah agama dapat 6A... nanti lah cuti sekolah nie cari hadiah... nak beli hadiah untuk anak buah yang dapat periksa nombor 3 sekali.

Apa yang penting kita berusaha beri yang terbaik untuk anak-anak... ari nie anak tiri aku terima hadiah pun terlupa nak ambil gambar... kalau tak selalu ingat je pun. Lagi pun ari nie kelam kabut dengan macam-macam hal... lagi satu tak ada kamera sendiri nie susah sikit lah.

TANGGAL 11/11/2011 MENJADI SEJARAH

Tarikh yang menjadi rebutan dan kegilaan masyarakat kita... tanggal 11/11/11. Tentunya setiap orang mempunyai cerita tersendiri mengenai tarikh berkenaan. Aku ingatkan... orang yang paling sibuk pada hari tersebut ialah juru nikah. Masing-masing nak akad nikah pada tarikh berkenaan. Kebetulan pulak tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari.

Aku juga tidak terkecuali... tarikh 11/11/11 akan aku ingat sampai bila-bila.

Pertama aku telah memilih tarikh berkenaan untuk mengadakan Majlis Bacaan Yassin di rumah aku di Seri Pristana. Setelah 2 tahun aku tinggal di rumah nie... baru kali nie berkesempatan menjemput Kelab Nur Yassin Sksb ke rumah. Terima kasih kepada kekawan yang sudi datang. Semoga majlis tersebut mendapat keberkatan daripadaNYA.

Kedua, pada hari berkenaan... takala aku sedang sibuk melayan kekawan yang datang... tetiba aku mendapat panggilan telefon daripada seseorang.

"Assalamualaikum... boleh saya bercakap dengan cikgu faridah?"
"Ya, saya cikgu faridah... boleh saya tahu.. dengan siapa saya sedang bercakap nie??"
Biasalah lah aku... bercakap kena formal... mana tahu Datin ke yang call... parent ke yang call... tak rugi pun berbudi bahasa... sebab orang yang call aku tu sangat berbudi bahasa.

"Saya Puan N.... isteri kepada Hj...., cikgu sibuk ke??? boleh saya bercakap sekejap"
Siap perkenalkan diri dengan nama penuh lagi. Tak payah susah-susah aku nak tanya.

"Kalau penting, boleh sekejap... tak jadi masalah"
Lama jugak aku bersembang dengannya... banyak jugak lah persoalan yang bermain difikirannya yang diutarakan kepada aku.

Sempat lah aku tanya daripada mana Pn dapat nombor phone saya dan semua cerita nie... rupanya Pn N nie dapat daripada rakan sekerja aku... dan merupakan kawan baik aku suatu ketika dulu. Ada lah beberapa mesej yang kawan aku hantar kepada Pn. N... yang menceritakan perihal aku dan difowardkan semula kepada aku oleh Pn. N... dan beberapa mesej yang Pn. N hantar kepada kawan aku.

Dalam dunia nie, sukar untuk kita mempercayai seseorang. Mungkin pada mulanya kita akan beri kepercayaan... tapi bila sekali terkena... kepercayaan tu akan hilang begitu saja. Contohnya macam nie lah. Pernah tinggal serumah, tidur sebantal... makan sepinggan... apa dia buat pada aku. Memang aku tak pernah terfikir yang dia sanggup buat sampai macam nie sekali.

Sehingga hari nie aku masih tercari-cari... apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku... sehingga kawan aku nie sanggup buat aku macam tu...

sedangkan, aku tak pernah nak usik dia...
ganggu hidup dia....
dan jauh sekali nak memburukannya...

Tapi apa yang dia buat kepada aku... memang tak boleh dimaafkan... sekali baca mesej yang dia hantar nak marah pun ada... dua kali baca macam orang yang mengalami tekanan perasaan yang menulis pun ya... bagi aku kalau kita layan orang macam nie... sama lah kita pun akan jadi macam dia dan dia pun semakin menjadi-jadi.

Insya Allah jika aku diberi kekuatan... aku akan bersemuka dengannya... aku nak tanya dari hati ke hati... apa yang tak puas hati sangat tu. Mesej terakhir aku hantar kepadanya... aku minta tolong sangat-sangat... jangan ganggu aku, jangan ganggu Pn. N dan jangan ganggu Hj... kalau dia buat lagi... aku tak teragak-agak untuk foward semua mesej mengarutnya... kepada suaminya. Itu jalan terakhir. Siapa lagi yang boleh nasihatkannya... kalau tak suaminya sendiri.

Kalau ikutkan kawan aku... dia suruh ge maxis center block je nombor dia. So tak payah aku nak pening kepala fikir pasal mesej mengarut dia tu.

Pernah sorang kawan aku nie cakap... siapa pun dia... apa pun status dia... dia cuma manusia biasa... tidak terkecuali daripada diuji... mungkin ini ujian Allah s.w.t untuknya... mana kita tahu. Betul jugak.

Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberi kekuatan dan pertimbangan akal yang waras kepada Pn. N untuk menerima semua ini. Pn boleh menilai sendiri. Dia hantar mesej kepada Pn N memburukan aku... dia hantar mesej kepada aku memburukan Pn N dan suami.

Kepada kawan aku nie... kalau dia membaca blog nie... atau pun ada kekawan dia yang baca dan mungkin boleh sampaikan kepadanya. Cukup-cukup lah buat orang lain tertekan... cukup-cukup lah ganggu orang. Tak payah lah buat kerja giler... sampai datang pejabat orang... datang rumah orang... Aku tak heran kalau Pn N terpaksa buat report polis dengan gangguan-gangguannya tu.

KEPUTUSAN UPSR SKSB

Kesibukan membuat persiapan terakhir sebelum cuti persekolah sehingga tidak berkesempatan untuk aku mengupdate blog kesayangan nie dan membuat entry yang berkaitan dengan keputusan peperiksaan UPSR 2011. Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan kepada yang tidak berjaya masih ada ruang untuk memperbaiki kesilapan, di masa akan datang.

Seramai 10 orang mendapat 5A dan peratus lulus 69%. Kalau ikutkan merosot sedikit berbanding dengan tahun sebelumnya. Tetapi peratus kelulusan mata pelajaran meningkat. Subjek Matematik paling melonjak daripada 80% lebih pada tahun sebelumnya kepada 90% lebih. Manakala Bahasa Melayu Penulisan, Pemahaman dan Sains juga turut meningkat. Kecuali subjek Bahasa Inggeris sahaja yang merosot sedikit.

Tahniah kepada guru-guru yang mengajar subjek Matematik, terutamanya Kak Gee, Kak Wan, Zue dan aku sendiri. Setelah sekian lama aku tidak mengajar Matematik untuk kelas peperiksaan, tahun nie diberi kepercayaan dan akhirnya keputusan meningkat. Guru yang paling berjaya, adalah guru yang mengajar di kelas belakang. Mereka ini lah yang berusaha bertungkus lumus untuk memastikan murid-murid lulus. Aku tumpang gembira, sebab tersenarai dalam group nie.. he he he he.

Secara peribadi, dan untuk rekod peribadi... aku kurang berjaya. Aku target kelas yang aku ajar 20A dan 17B... tapi apa yang berlaku... hanya 11A, 14B dan 12C. Paling aku sedih ada seorang murid aku mendapat 4A, 1C dan C nya ialah Maths. Kekawan ada jugak yang pujuk... "Ok lah tu kak semua lulus". Memang semua lulus... tapi yang berkualitinya kurang. Kawan aku beri 3 hari je untuk aku bersedih... lepas nie perlu kerja keras lagi untuk tahun hadapan.

Dua tiga hari nie memang aku dok fikir jugak... mungkin salahnya di tempat aku... apa pun kita perlu muhasabah diri... kelemahan-kelemahan yang ada perlu diatasi dengan segera. Ada jugak aku pujuk diri sendiri... tahun pertama mengajar dapat keputusan macam nie ok lah tu... belum ada pengalaman. Tahun kedua, mungkin boleh perbaiki lagi. Sebenarnya ada banyak benda lagi yang perlu aku pelajari daripada mereka yang berpengalaman.

Semalam aku sempat call kawan nie... yang sudah bertahun-tahun mengajar kelas peperiksaan untuk subjek Matematik. Dia mengajar 3 kelas seramai 79 orang murid. Semua muridnya mendapat A. Aku memang bangga lah dengan kawan nie. Aku ingat cuti sekolah nie... nak menuntut apa yang patut daripadanya.

Jadikan semalam sebagai kenangan...
Manakala esok sebagai cabaran...

Saturday, November 12, 2011

PERCUTIAN KE KUCHING, SARAWAK PART 7

Kalau kekawan bercadang nak datang ke sini... budjet time elok-elok... tempat nie dibuka seawal jam 9.00 a.m hingga 4.00 petang. Pertunjukan akan diadakan 2 kali sehari... sesi pertama pada pukul 11.30 a.m dan 4.00 p.m. Bayaran masuk RM60 dewasa dan RM30 kanak-kanak riang.... kalau pe sekeluarga... kira lah sendiri ye.

Kami sampai show pukul 11.30 a.m belum lagi bermula... show nie jangan ketinggalan... rugi tau.

Nie lah tempat diadakan show berkenaan... dah habis show.. time untuk meronda ke rumah-rumah suku kaum yang terdapat di Sarawak.

Cantik kan.... view nie.

Sangat kreatif... monyet nie diperbuat daripada buah kelapa... cikgu seni, boleh nie ajar kat murid time seni... seni kraf tangan.

Alat pengisar padi yang terdapat di salah satu rumah suku kaum di Sarawak.

Time untuk mengecop... aku sempat cop 4 buah rumah je.

Kesimpulannya, sepanjang percutian 3 hari 2 malam di Kuching berjalan dengan lancar kerana dibantu oleh kekawan aku... terima kasih kepada Asmazy dan Kapten Norzila kerana sudi meluangkan masa untuk kami semua.

Kalau ikutkan tahun nie ada lagi satu trip yang masih dalam perancangan... kalau tak jadi... kira nie trip terakhir lah untuk tahun nie... tahun depan ke mana??? yang dah pasti ke Pulau Redang... yang lain-lain belum difikirkan... sebab???? tahun depan ajar Tahun 6 lagi... ajar 2 kelas lagi... subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Berat jugak tanggungjawab yang perlu digalas tu.