Thursday, December 8, 2011

SIMPAN DOKUMEN DI GOOGLE DOCS

Semalam aku baru belajar dengan kawan sekolah macam mana nak simpan dokumen menggunakan GOOGLE DOCS. Sangat mudah untuk mempelajarinya... hanya beberapa minit je kita dah berjaya simpan file dengan selamatnya dan mungkin juga boleh dikongsi dengan pengguna yang lain.

LANGKAH 1:

Pastikan kekawan mempunyai account gmail dulu lah... kalau tak ada... buat dulu senang je pun. Lepas tu taip je kat GOOGLE DOCS nanti keluar paparan seperti dibawah. Kemudian klik di tempat yang telah aku tandakan.

LANGKAH 2:
Apa lagi masukkan email dan passward. Setakat masukkan dua perkara nie semua orang pandai kan... so dah berjaya log in.

LANGKAH 3 :
Bahagian kiri terdapat petak merah yang tertulis create dan ada gambar file putih... ok klik kat gambar file tu.

LANGKAH 4 :
Sekarang keluar side bar... bahagian atas tu files... ok klik kat situ... sekarang kita nak kena pilih file mana yang kita nak upload ke google docs... mungkin kekawan simpan dalam komputer atau pun pendrive... yang penting ada file (bahan yang hendak disimpan).

LANGKAH 5 :
Kekawan akan jumpa kotak start upload... lepas tu tekan je kat situ.... tunggu je lah google tu buat kerjanya sehingga selesai.

Nanti kekawan akan nampak side bar upload complete... dihujung nama file yang diupload tu ada satu perkataan share. Ok klik share... untuk membuat perubahan... sama ada bahan tersebut untuk public atau pun untuk simpanan sendiri je.

Kekawan kan pandai Bahasa Inggeris... baca je semua ada kat situ... pilih je mana yang berkenan di hati.

Kalau kita simpan untuk public je akan keluar link to share... mana lah tahu nak letak share tu kat blog ke??? nak letak kat fb ke??? terpulang.

Selamat mencuba... kepada kekawan... kalau dah pandai tu... kekawan lain minta tolong ajar... jangan lah kedekut...

Berkongsi tak rugi pun...
Kalau nak buat hak peribadi nanti...
Takut kita mati, belum sempat dikongsi...
Tak ke rugi, tak adalah saham disana nanti...

Wednesday, December 7, 2011

LAYAN MOVIE OMBAK RINDU

Dah 2-3 hari tengok kat fb masing-masing bercerita mengenai filem yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang. Teringin jugak nak ge layan... boring tak ada apa nak buat cuti lelama kat umah nie... berperap je... kuar umah pun time lapar je.

Saja ajak member nie... dia pun nak join sekali... apa lagi aku bersiap-siap untuk turun ke Klang. Kami terus gerak ke Jusco Bukit Tinggi... ingat nak masuk pukul 12.30 tengah hari... so boleh balik awal. Tiket sold out tu... budak sekolah yang ramai tengok... last sekali kami ke Habour Place, Port Klang.... ha kat sini memang banyak tiketnya... tapi pukul 2.30 petang lah pulak tayangannya.

Ombak RIndu punya pasal... sanggup tunggu tu... kami solat Zohor siap-siap... pe minum than sambil sembang... kejap je masa berlalu.

Dah agak lama jugak aku tak jumpa member nie... last pun pada 11/11/11... pada tarikh bersejarah ari tu.


Sinopsis cerita:
Cerita nie memang banyak bermain dengan emosi... aku yang keras hati pun boleh menangis lah... ada dua tiga part yang aku menanggis.

Pertama, time Izzah tu kena halau dari rumah... tanpa belas kesian... ketika tu hujan lebat dengan ributnya. Orang nie sanggup buat apa saja demi harta kan... sanggup perjudikan kebahagiaan anak sendiri... semata-mata kerana harta.

Kedua, time suaminya terlibat dalam kemalangan... sedih sangat sebab isteri yang dikasihi tidak dapat menemani semasa suaminya terlantar di hospital... hanya kerana perkahwinan mereka dirahsiakan. Sedangkan Izzah berhak berada di sisi suaminya. Dan suaminya memerlukan sokongan moral daripada isteri tersayang untuk terus hidup.

Banyak lagi lah...
Pengajaran pun banyak jugak dalam cerita nie. Nak tahu kena tengok sendiri. Tak rugi pun bayar tiket RM10.



Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Jika kita nak orang menyayangi kita...
Kita perlu menyayangi orang...

PERLU KE ADA HANDPHONE

Handphone bukan lagi barang mewah yang perlu dibanggakan... hakikatnya semua orang mampu memilikinya mengikut kemampuan masing-masing. Murid sekolah rendah pun ramai dah ada handphone sendiri. Sebab??? untuk kemudahan.

Handphone nie dah jadi satu keperluan yang perlu dimiliki oleh setiap orang untuk memudahkan banyak urusan seharian kita.

Handphone akan sentiasa ada keluaran yang terbaru... kalau kita nie jenis yang up to date... dan ingin mengikuti arus kemodenan teknologi telekomunikasi... memang tak terkejar. Duit memang habis ke situ je lah... mana taknya, masa baru keluar confirm lah harga mahal... bila nak jual balik harga dah jatuh... sebab nak beli yang lagi baru.

Tapi kalau duit banyak... tak jadi masalah... tukar lah 10 kali sebulan... tak ada siapa marah.
Itu sebab orang selalu cakap berbelanja mengikut kemampuan.
Dan utamakan yang perlu daripada kehendak.
  • HANDPHONE PERTAMA
Nokia Model 8250 (butterfly)
Buat pertama kalinya aku beli handphone model kat atas tu... dapat bonus tahun 2002... masa tu harga RM750. Habis bonus aku labur kat handphone. Aku beli di Kompleks Pertama KL. Terasa mahalnya... kalau tak kerana bonus... tak adanya aku nak beli.

Simcard aku beli dengan ayah kawan adik aku... masa tu harga dia jual kat aku RM90. Sampai hari nie aku guna nombor tu. Mana boleh tukar... nombor mahal tu... Dah tu, cantik pulak nombornya. Sekarang simcard RM10 dah boleh dapat.

Tu sebab ada orang... bulan nie kita call dapat... call bulan depan dah tak dapat... rupanya dah tukar nombor baru. Bila murah... gini lah pulak perangainya.

Bagi aku nak tukar nombor tidak sama sekali... kalau ada orang yang aku tak suka call... aku tak angkat... ko rajin call lah 100 kali pun... aku buat bodoh je... ko orang ingat dia larat nak call... lama-lama dia stop jugak. Sama lah dengan orang yang hantar sms... ada tu... naik je nama dia terus aku delete. Tak payah baca terus... baca buat sakit hati.

Aku pakai phone nie sampai tahun 2008... 6 tahun aku guna phone butterfly nie. Memang puas dan berbaloi sangat dengan wang yang aku laburkan. Sampai dah tak dengar suara orang yang call. Itu pun aku masih tak tukar... sebab sms boleh guna.
Punya lah sayang...
Tapi kawan aku kata kedukut...

  • HANDPHONE KEDUA
Nokia Model 1208
Last sekali, awal 2009 bakal madu yang tak jadi hadiahkan handphone... siap dia tolong caskan 8 jam... walaupun phone murah... RM80 je... tapi aku memang hargai sangat pemberiannya. Dia beli tu sebab susah sangat nak hubungi aku... call je asyik cakap tak dengar... tak dengar.

Sampai lah ke hari nie... dah 2011. Aku masih guna phone nie... dan masih berfungsi dengan baik. Kira dah 3 tahun jugak le aku pakai. Lagi satu phone nie sangat lasak... jatuh macam mana pun... still dapat berfungsi he he he he tu yang sayang.

Aku pakai phone murah je pun... kat sekolah tu... rajin je kekawan nak meminjam...
"farid pinjam phone sekejap"
Tahu lah tu... depa tak ada kredit... nak call hubby bagi tahu balik lambat ke apa ke??? Phone canggih... tak ada isi...
Phone bodoh... pakai line he he he.
Tu lah jangan pandang sebelah mata yang murah tu...


Pernah lah aku keluar dengan seseorang nie makan... so phone aku berbunyi... biasalah aku sentiasa sibuk dengan macam-macam hal... aku angkat lah phone yang ada dalam hangbag tu... dah lepas sembang... boleh dia cakap apa??
" Orang dah tak pakai phone nie... nanti lah abg belikan yang baru..."
"Tak pe, jangan bazirkan duit beli phone nie... simpan duit tu untuk perkara yang penting... bagi sayang janji boleh call dan sms cukup... sayang bahagia je pun guna phone nie"

Rasanya aku akan tukar... kalau rosak je nanti... selagi boleh guna aku akan guna.

Hari yang lain pulak aku keluar dengan kawan lama... sambil tunggu makanan yang dipesan... aku leka menekan butang untuk menghantar sms... rupanya kawan aku dok perhati je. Last sekali dia tanya aku..
"Ida, gaji ko sekarang berapa??"
"Kenapa ko tanya pasal gaji??? adalah. cukup lah untuk perbelanjaan aku sorang"

"Anak aku pun pakai phone yang ada kamera... ko tukarlah... nanti senang nak simpan gambar kekasih hati... nak mms... dah lah ko tu jarang jumpa"
"Tak pe lah aku bahagia je pun pakai phone nie... dapat call dengan sms dah cukup bagi aku"

Pada aku, handphone nie sangat penting... bergantung kepada keperluan... kalau kita perlu untuk call dan sms... yang murah pun dah cukup.

Mahal tapi tak ada kredit... bila time kecemasan phone berkenaan tak membantu kita pun. Memang betul gaya hidup hari ini memaksa kita ikut arus perkembangan teknologi... tapi jika hanya menyiksa diri... berbaloi ke???

Tepuk dada...
Tanya lah diri sendiri...
Yang melalui kita...
Yang merasai kita...

Tuesday, December 6, 2011

BELANJA BERHEMAH

JADUAL PEMBAYARAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAM 2012

Sudah menjadi lumrah orang makan gaji... mesti menghitung tarikh hari gaji... ari nie aku tempek kat blog kesayangan jadual pembayaran gaji untuk tahun depan. Bila time duit susut je sikit... perkara pertama kita akan tanya kawan...

"Bulan nie gaji masuk berapa haribulan ha???"
Nie soalan baik lagi... mungkin dia masih ada berbaki sikit duit... nak berjimat-jimat sehingga dapat gaji baru.

"Pinjam dulu duit, dapat gaji kan aku bayar??"
Nie yang parah sikit lah... cagarannya dapat gaji nanti dia bayar. Dah habis terus lah tu. Nasib baik ada jugak cagaran.

Kalau tengok jadual di atas tu... cuma 3 bulan je pun gaji awal... bulan Januari, November dan Disember. Tarikh gaji nie penting... supaya kita dapat menguruskan kewangan dengan baik.

Kalau dapat gaji awal tu... macam jugak dapat gaji hujung bulan... settle lah mana yang penting terlebih dahulu. Aku suka mengingatkan diri sindiri dan juga kekawan yang lain.

Jangan mengharapkan kita susah orang tolong...
Sebaliknya berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain...

Saturday, December 3, 2011

HARGA RUMAH MELAMBUNG

Pada tahun 2008 ada kawan aku sorang nie sibuk ajak temankan dia cari rumah... 2 hari jugak lah kami melilau mencari rumah di sekitar Sungai Buloh, Bangi dan Nilai... Akhir sekali dia jatuh hati dengan design rumah di Nilai... lagi pun tempat tu sangat strategik... tak jauh pun dari tol Nilai dan berdekatan dengan USIM.

So, tanpa berfikir panjang dia telah bersetuju beli rumah berkenaan... ari tu terus letak deposit... orang ada duit kan... senang je. Cuba kalau kita dah tentu fikir banyak kali kan... nie kira rumah ketiganya.

Masa kami beli, harga rumah tu RM250k... sejak hari tu.... mesti dia akan cakap rumah kita... (rumah kita...) tapi dia sorang yang keluarkan duit.
Call je...
"Jom ida, teman ge tengok umah kita"
"Jom ida, teman ge bayar deposit elektrik umah kita"

Hujung 2009 dapat kunci... sampai sekarang rumah tu kosong je pun... nak bagi sewa sayang... takut rosak... nak duduk sendiri tak tahu bila. Sekarang dok bayar je ansuran bulanan RM12++.00 tu... bukan sikit. Orang ada duit, tak jadi masalah pun. Cuba kita... mahu kena ikat perut.

Dua tiga minggu lepas kawan nie ada call tanya pendapat...
"Ida, umah kita ada orang nak beli.... pensyarah USIM... RM450k... nak jual tak???.."

Kalau ikutkan banyak tu... naik harga umah hampir RM200k... tapi rasanya nak dapat rumah macam tu sekarang nie bukan senang.... aku tak berani nak beri pendapat... apa yang boleh aku cakap... sayang lah nak jual.

Tak rugi sebenarnya beli rumah.... lebih baik beli daripada menyewa... bayar setiap bulan akhirnya jadi milik sendiri... lagi satu tak pening kepala nak fikir pasal umah sewa... rumah sewa nie, kalau tuan rumah nak naik sewa macam-macam alasan dia beri... kan kita nak kena angkut barang lagi.

Tapi sebenarnya bergantung kepada pandangan masing-masing... ada orang kata menyewa lagi untung.... masa tu boleh simpan duit... mungkin jugak dia nak beli rumah bayar cash... kalau kat kampung aku... aku tak heran... orang kampung beli rumah kos sederhana yang harga RM60k... bayar cash... beli kereta Hulux RM90k bayar cash.

Mereka yang kerja kampung boleh bayar cash beli harta... tapi kita orang yang makan gaji nie... bunyi je macam banyak duit... tapi hakikatnya...
beli rumah hutang...
beli kereta hutang...
berjalan sana sini... booking tiket hutang...
pendek kata mati dalam hutang.

Orang makan gaji nie... satu je lah kelebihannya... senang nak buat hutang.... dan senang nak dapat pinjaman... tu je lah...

Mereka yang kerja kampung susah nak dapat pinjaman... tu yang terpaksa ikat perut simpan duit untuk beli harta.

Aku ingat, naik gaji baru nie... lagi lah melambung harga rumah... kawasan taman aku nie harga rumah RM250k ke atas... fasa terbaru... harga dah cecah RM330k. Sedangkan keluasan sama je pun. Biasalah kan... ikut harga pasaran semasa... apa pun akan naik... kecuali usia je semakin hari bermakna semakin singkat.

Bab usia nie jangan lupa...
Semakin meningkat umur...
Semakin singkat usia...

Friday, December 2, 2011

TERSALAH SEND ATAU SENGAJA SEND

Hari Rabu yang lepas aku terima pesanan ringkas dari seorang kenalan di JB... aku rasa ini bukan kali pertama dia send mesej menceritakan akan percutiannya... yang aku pelik, semua sms yang tersalah cerita bercuti... tak ada pulak tersalah send mesej lain...
Ajak pergi dating ke??...
Ajak keluar makan ke??...

Rupanya dalam dunia nie banyak benda yang pelik kan... pelik tapi benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Sms dia:
"Aku pun da x xabo2 lg k ros. K zam ckp skrg da salji. Mn la aku nak cr bj yg tbl2 ni" ( 30 Nov - 18:57:31)

Sebelum nie dia tersalah send mesej dia pe bercuti ke Bandung dan Singapore. Aku pun foward balik kat dia... boleh dia balas apa???
"Aduh. Jgn ko prsn lak eh"

Aku balas:
"Aku perasan ke... atau ko nak menunjuk"

Dia jawab:
"oh ya ke!"

Aku balas:
"Perlu ke aku jawab?? aku rasa orang yang tersalah send tu lebih tahu apa niat dia"

Aku tak heran pun ko nak bercuti ke mana sekali pun... duit ko... dan aku tak ada kena mengena pun dengan ko. Asalkan ko bahagia dengan kehidupan yang ko lalui.

MEJA MAKAN RM40K

Sudah 2 minggu sekolah bercuti... ini bermakna sudah 2 minggu aku menghabiskan masa dengan tanpa bekerja...
boleh bangun sesuka hati...
tidur pun boleh sesuka hati...
memang senang hati...

Tapi apa yang lebih penting aku harapkan sepanjang cuti persekolahan dan seterusnya sehingga buka persekolahan nanti... semua masalah selesai. Aku mengharapkan tiada lagi sms yang aku terima daripada insan berkenaan... dan aku mengharapkan dia tidak mengganggu Aku, Puan dan Tuan Haji selepas ini.

Jangan lah membuat fitnah yang tidak berasas... siasat dulu sebelum menghantar sebarang sms yang berbau fitnah.

Kalau ikutkan kekawan... ramai yang berpendapat agar aku foward je semua sms dia tu kepada suaminya... tapi setakat hari ini aku belum punya kekuatan... lagi pun banyak faktor lain yang perlu diambil kira.

Manusia suka membuat fitnah kerana ada beberapa sebab... hanya orang berkenaan je tahu mengapa dia berbuat demikian.

  • Hendak berjaya dalam pekerjaan. Contohnya seseorang memfitnah pegawai lain semata-mata inginkan naik pangkat dan sebagainya.
  • Memburukkan peribadi orang lain. Ini dilakukan kerana hendak menunjukkan diri betul atau mempunyai kepentingan tertentu.
  • Tujuan tertentu. Contohnya inginkan sesuatu seperti teman wanita atau tunang orang. Lelaki tersebut memfitnah tunang wanita tersebut demi mendapatkan wanita tersebut.
  • Ingin glamour. Ada juga yang suka memfitnah kerana inginkan nama, kedudukan, status dan sebaginya.
  • Suka-suka. Ada juga yg memfitnah kerana suka-suka.
  • Ahli neraka. Dalam hadis sahih jelas dinyatakan tempat seseorang ke syurga atau neraka ketika ia masih dalam rahim ibunya. Mungkin golongan suka memfitnah ini memang menunjukkan ciri2 ahli neraka.. Ia menunjukkan jika kita suka memfitnah, ia tanda kita ahli neraka. Na'uzubillah...

Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud:

“….. dan perbuatan fitnah itu lebih dasyat kesannya dari perbuatan membunuh …..”



Terbaru aku difitnah kononnya... meja makan di rumah aku dibeli oleh somebody berharga RM40k... tak masuk akal langsung... kawan rapat aku tahu lah... bertapa susah payahnya aku pe servey kedai di Nilai nak beli meja berkenaan... aku beli dengan hasil titik peluh aku tak sampai pun RM3k. Giler apa... beli set meja makan kat umah aku RM40k... sedangkan kat umah dia sendiri pun baru RM12k.

Itu sebab kawan aku yang terima sms daripadanya nak tergelak...
"amboi farid tinggi your taste, minta set meja makan ala-ala seri astana he he he... nape tak minta banglo aje"

Dalam hati, rumah aku sekarang nie pun dah cukup besar... dan tak perlu nak suruh orang belikan... aku sendiri pun mampu beli. Tolak ansuran bulanan umah... masih berbaki lagi gaji aku... boleh berjalan lagi. Dah bersyukur sangat dengan apa yang ada sekarang. Kenapa dia ingat sengket sangat ke cikgu... sampai tak mampu nak beli meja makan sendiri.

Kenapa ko ingat hidup aku dibiayai oleh somebody berkenaan. Kalau betul lah aku nie dibiayai oleh somebody berkenaan tolong buktikan... satu bukti je cukup.

Aku masih punya akal dan fikiran... selagi dia belum bergelar suami aku... aku tak berhak menerima sebarang pemberian daripadanya... nanti akan timbul pelbagai fitnah. Nanti terhutang budi kelak kan tergadai body... lagi susah.

Jangan ingat somebody berkenaan seorang yang berada... berduit... semua yang aku ada dia yang belikan... duit dia, isteri, anak-anaknya dan keluarganya lebih berhak. Bukan aku.

Aku ingat kalau dalam keadaan sekarang... aku tukar kereta... tu pun ko akan cakap somebody tu yang belikan.

Satu je aku harap, ko hentikan fitnah yang tak berasas tu. Aku dan Puan mengharapkan ko berubah. Kami berdua tak tahu apa niat ko sebenarnya... sanggup buat cerita rekaan berkenaan.

Bagi aku Puan adalah isteri yang terbaik... dan Haji berjaya mendidik isterinya agar sentiasa tenang dalam menerima sebarang ujian yang menimpa dirinya. Aku akan sentiasa mendoakan semoga Haji dan Isterinya bahagia hingga ke akhir hayat.