Friday, November 11, 2011

PERCUTIAN KE KUCHING, SARAWAK

Pada 4 November hingga 6 November 2011 aku berpeluang berkunjung ke Bandaraya Kuching bersama dengan seorang teman semasa berkursus di M4P sekarang I4P lah pulak ye. Hari Jumaat penerbangan kami pada pukul 4.30 petang. So tak payah lah susah-susah nak mohon cuti atau pun minta balik awal.

Orang lain sibuk nak balik kampung untuk menyambut Hari Raya Haji... kami berdua nie sibuk nak pergi berjalan... tak sengaja booking tiket... gara-gara tak tengok kalendar betul-betul... hanya berpandukan kalendar di phone je. Tiket memang murah RM252 pergi balik untuk 2 orang.

Kali nie aku tak perlu menyusahkan orang hantar atau jemput kat airport ... aku parking kereta tempat yang free tu... memang jauh sikit lah... keselamatan tanggungjawab sendiri... tawakal je lah... kalau tak, kena menyusahkan orang hantar dan jemput. So lepas nie senang sikit nak berjalan ke mana pun.

Pengalaman kali pertama menaiki kapal terbang... membuatkan kawan aku sangat teruja... di awal penerbangan memang cuaca baik... sempat lagi kami snap gambar... setiap kali terbang rasanya asyik dapat seat belakang je...

Di pertengahan perjalanan cuaca dah mula hujan... time nie memang lah tak berapa selesa... kapal terbang akan mula bergegar sikit... kalau naik kereta, macam lalu jalan yang tak elok lah... kalau cuaca ok... macam guna highway.

Sampai di Kuching kawan aku Kapten Norzila dah tunggu bersama dengan anaknya... dia bersetuju nak hantar kami ke Hotel Lime Tree... aku dah booking awal lagi... aku search kat tenet je... tak ada nak tanya-tanya orang... hotel nie memang cantik... kena jalan sikit lah kalau nak ke Waterfront...

Member aku baru 2 bulan bertugas di sana... so tak tahu sangat jalan di Bandaraya Kuching... bandaraya yang terkenal dengan kurangnya papan tanda... nasib baik lah ada GPS... tu pun sesat barat... maklum lah GPS nie bukan update jalannya.

Aku memang puas hati menginap di hotel nie... rate untuk gomen staf RM138 semalam... kami menginap 2 malam... tak sangka dapat bilik 101.. cantik nombor tu.. aku suka sangat. Service memang terbaik lah... aku boleh beri 5 bintang. Ada ciri-ciri keselamatan untuk customernya...

Nie lah tilam empuk yang kami menginap selama 2 hari di sini... just balik bilik untuk tidur je... aktiviti di sana sangat padat.

Kawan aku bising... buang duit je tidur kat hotel.... baik tidur di rumahnya... jenis aku, sekali sekala nak merasa jugak menginap di hotel... bersarapan di hotel... betul tak??? Bukan tak sudi.... aku terharu sesangat atas pelawaan kekawan. Kalau tak kali nie... mungkin lain kali aku menginap umah hampa.

0 ulasan: