Friday, August 31, 2012

LANTIKAN DG41 (GURU SISWAZAH)

Tarikh penting dalam perkhidmatan
Sebelum pulang bercuti sempat lagi aku check online e-permohonan... lega tak sangat... tengok ruangan Tarikh Surat Tawaran Perlatikan dah terisi... tercatat lah hari ini dalam sejarah 15 Ogos 2012. Selagi surat tak sampai ke tangan aku... tak boleh nak ceta apa... kena tunggu lagi... yang pastinya dah nampak sikit lah gambarannya akan dilantik. He he he gembiranya...

Dapat tunggakan ke tak... kena tengok surat tawaran lah dulu... kalau bermula dari tarikh senat bersidang... lebat jugak tunggakan nie. Kalau lantikan semasa, tak dapat lah durian runtuh. Lama penantian tu... bayangkan aku tamat pengajian 2010... nasib baik aku tak tangguh untuk mengisi e-permohonan... 

Kawan aku lah kesian... dia konvo dulu daripada aku... tapi lambat isi e-permohonan so, dia belum lagi dipanggil temuduga.

Alhamdulillah rezeki tahun nie.

Ada peluang, ada rezeki...
Ada wang, simpanlah baki...

0 ulasan: