Tetiba hari nie, terasa sayu sangat... apabila mengingatkan kenangan yang lepas... kalau dulu aku selalu diingatkan... bertapa bertuahnya kita, jika ada orang yang sentiasa mengingatkan kita... membimbing kita agar tidak leka dengan kemewahan dunia. Malah dia sentiasa mengingatkan akan bekalan yang perlu dibawa nanti.
Sampai bila-bila pun aku akan ingat segala kebaikannya selama ini... dia tak pernah jemu
membimbing aku...
mengingatkan aku...
mengajar aku...
Mana mungkin aku boleh lupakan begitu saja segala kebaikannya. Beberapa hari lagi, akan masuk bulan Zulhijah... selalunya bila tiba tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam... dia akan mengingatkan aku... ajak aku sama-sama berpuasa sunat, mengajak aku solat 1/3 malam... aku rindu sangat.....
Diriwayatkan Ibnu Abbas daripada Nabi bahawa sesungguhnya, baginda
bersabda mengenai fadhilat dan manfaat 10 hari pertama Zulhijah, iaitu:
HARI PERTAMA ( 1 ZULHIJAH - 17/10/2012 )
Hari ketika Allah mengampuni Nabi Adam ialah hari pertama Zulhijah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni dosanya.
HARI KEDUA ( 2 ZULHIJAH - 18/10/2012 )
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus
dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa yang berpuasa pada
hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun
serta tidak menderhakai Allah.
HARI KETIGA ( 3 ZULHIJAH - 19/10/2012 )
Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.
Aku tulis untuk 3 hari je... sekurang-kurang dapat berpuasa 3 hari nie Alhamdulillah... tapi kalau dapat puasa lebih lagi bagus. Sesuatu yang kita lakukan biarlah ikhlas kerana Allah S.W.T.
0 ulasan:
Post a Comment