Monday, March 9, 2009

SUKANTARA

Sukantara diadakan pada sebelah pagi selama 3 hari mengikut tahun. Segalanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang. Biasalah murid2 bab sukan seronok je...dia orang tu.. nak kisah apa. Cikgu le lepas tu sibuk dok kejar sukatan yang tertinggal. Apa pun sukan penting jugak kan....Majulah Sukan Untuk Negara......

KUNJUNGAN PELAWAT

Bila dengar je ada pelawat nak datang...semua cikgu siap lesson note ari tu...termasuklah aku...bukan apa, takut kena pantau p & p. Tapi kali ini lain pulak. Datang nak jumpa guru Tahun 6 dan murid2nya sekali. Rupa-rupanya nak bagi motivasi. Bersemangat betul pegawai nie...sampai berpeluh2. Adalah dalam sejam setengah.
Nie...pusingan pertama pemantauan. Pusingan kedua seramai 2 orang nazir. Pusingan ketiga nie...yang takut nie...dengar ceta siap nak berkampung lagi...habis lah den.

Sunday, March 8, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat pengantin baru buat pian dan pasangannya yang selamat diijab kabulkan pada 6 Mac 2009.
Pasangan sama padan bagai pinang dibelah dua, bagai cincin dengan permata.
Semoga kegembiraan hari ini akan berpanjangan hingga ke akhir hayat. Amin..

Thursday, March 5, 2009

BULAN MAC



Buat semua yang menyambut besday pada bulan nie:
  • 2/3 Azizah Mamat
  • 2/3 Jasmi Jamal
  • 2/3 Lela MPRM SN/KH
  • 6/3 Mohd Tarmizi (anak buah)
  • 6/3 Fairus Jannatul Naimah
  • 9/3 Safarahdila Majid
  • 21/3 Foziyana
  • 21/3 Shaleh Hussin
  • 22/3 Rohana KH

Tuesday, March 3, 2009

KAWAN ZAMAN SEKOLAH

Nie kawan lama aku (Fozyana)....kami kenal semasa sama2 mengikuti kem gemilang daerah....gabungan sekolah2 menengah Daerah Jerantut..Masa tu..kami tingkatan 5 (1995). Pelajar terpilih lah nie...wakil sekolah masing-masing. Ramai jugak kawan sama kem gemilang yang berjaya... Tapi tu lah dah ramai jugak yang terputus hubungan.... Antara yang masih contact Fozy & Asma. Depa dulu sekolah di SMK Kota Gelanggi.
Kawan2 sama kem yang aku masih ingat nama, Faizah SMK Padang Piol, Ja'a SMK Pulau Tawar.

Terima kasih kerana emailkan.....gambar dan kad nie...

Monday, March 2, 2009

DEMAM KERJA KURSUS

Apa dah jadi nie...asyik2 setiap sem perangai sama je....buat keja last minute...Lepas tu mula lah tak tido malam. Nak hantar hujung minggu nie...alamak aku tak tido malam lah....Nasib baik boleh buat group oklah sikit....kalau tak jenuh aku....3 tugasan nak buat sendiri....Mana tak nya...yang mate nak cari orang tukang translit dalam B.I...susah jugak...orang tak pandai B.I nie....tu lah dulu cikgu Mahfuzah ajar tak mau dengar.....ha sekarang siapa susah...

Ari nie...nak sambut besday pun tak dapat...apa pun terima kasih lah kat kawan aku nie belanja makan....Ari nie...cuti tapi mcm tak cuti ....banyak keja....pada kawan2 yang sama perangai dengan aku...selamt berjaga lah....minggu nie...

Kak Fatin apa ceta asgmnt kita nie.....sambil tunggu akak terima email saya...sempat lagi mengedit blog....yang lama dah tak berusik...almaklumlah sibuk..gambar banyak nak masukkan nie...tak sempat je lagi....

APA BOLEH BUAT

Pening..pening...pening.. padahal bukan aku pun yang nak kahwin. Beri pendapat susah...tak beri pendapat pun susah.. Diluah mati mak, ditelan mati bapak. Aku rasa semua ibu bapa pun nak yang terbaik untuk anaknya. Tiada sorang pun ibu bapa nak lihat anaknya hidup merana. Nak bercakap lebih pun kita pulak dicakapnya...hidup pun tak betul nak ajar orang. Tapi rasanya kena bercakap jugak. Tak adil rasanya apa yang kita rasa tak bagi tahu..

Aku bukannya nak mengajar...bukan kat kat sekolah...cuma nak suruh berfikir apa yang orang cakap tu...ada kebenaran ke tak..... Dalam keadaan tertentu tak boleh dinafikan kita tidak boleh berfikir dengan waras.... Dalam situasi mcm nie lah kita perlukan pandangan kawan2 terdekat. Jangan menilai pendapat jika hanya seorang dua yang kita tanya. Tanya ramai dan buat perbandingan. Walau pun seramai mana pun kita tanya pendapat. Keputusan tetap juga kita yang buat.

Aku tak marah pun...mu nak cakap apa pun kat aku...aku sedar siapa aku nak ngajor mu...Mu ngaji pandai...sembahyang tak tinggal..Asas agama dah ada. Tak boleh dinafikan, lelaki...sebelum dapat janji macam2.. semua ok...semua boleh...dah dapat esok tahu lah langit tinggi atau rendah...mula lah sikit2 nak suruh kita ikut dia...sekarang memang semua ikut ckp kita. Aku memang tak kenal pun dia nie mcm mana...tapi siapa pun nak yang terbaik untuk adik dia...kalau aku pernah alami situasi mcm skrg....aku tak nak mu pun alami situasi yang sama.

Buat apa aku nak suruh orang dengar ckp aku....supaya aku nie...dipandang hebat...apa yang hebatnya...berapa ramai orang ikut ckp aku...Kalau ikutkan aku malas nak beri pandangan pun...kesudahannya gaduh....penat....banyak lagi perkara lain yang aku nak fikir....tapi igatkan adik. Sebelum kita dengar ckp orang...dengar dulu ckp adik beradik....dengar dulu pandangan mereka. ambil masa fikir. Jangan lah buat keputusan terburu2. Mu punya kes nie sama....tunang bulan 3 nak kawin bulan lima. Nak kejar apa...dari segi kewangan belum bersedia.....mcm mana....

Dari cerita mu....tak ada lagi kelebihan dia... yang boleh menyebabkan mu tertarik dgn dia...yang aku ingat cuma dia boleh ikut rentak mu je....Kita nie bukannya meterialistik sangat. Tapi biarlah mampu. Suami wajib menyediakan keperluan asas. Bukan isteri. Dalam islam pun suruh kita pilih calon berdasarkan 5 perkara. Ada pengangan agama, keturunan yang baik2, berharta....bukan nak kaya pun...mudah berbelanja, ada rupa..supaya sedap mata memandang, dapat memberikan zuriat.

Aku rasa siapa pun duduk tempat mu....akak buat keputusan yang sama...kerana cinta itu buta...cinta tak mengenal siapa...Cuma yang aku kesal cara dia saja...Nak buat cepat tapi belum bersedia....boleh ckp pulak tu...kalau mek ayah tak suka nak buat cara lain....Jangan ikut darah muda..Ingat....mek dgn ayah tak suka pilihan aku...dia tak ckp...dah jadi mcm nie...baru nak ckp tak guna. Mek dgn ayah dia lebih kenal anaknya....memang tak boeh ditegur...cpt melenting....cpt merajuk...sudahnya dia lok je kat kita...apa jadi. Bukan kita minta...tapi beringat...sebelum jadi...jgn dah jadi. Tengok mu...pernah ckp kat aku....mek pernah bg tahu...pok din tu nak kat aku sebab apa...aku fikir balik ada kebenarannya. Itu pun cara dia betul datang jumpa mek...tanya elok2. Mek ckp benda yang sungguh.

Sebagai seorang lelaki dah nak jadi ketua keluarga...apalah salahnya nak jumpa mek ayah ckp elok2 nak ambil mu sebagai suri hidup dia...tanya izin ke tak? Tapi mu jgn risau lah..apa pun pilihan mu....ayah dgn mek akan ikut je...Kalau mu sendiri pun tak yakin...apa tah org lain... Betul lah ckp mu...jodoh pertemuan ajal dan maut tuhan yang tentukan. Tapi kita kena ingat...tuhan suruh kita berusaha dan barulah berserah.

Aku setuju dengan mu...kita kena pertahankan pendapat kita....bagus2.. Kalau kita sentiasa dengar pendapat orang pun tak elok jgk....dah jadi mcm...perjalanan hidup kita nie...orang pulak yang atur.. Aku bangga jgk dengan mu...pandai hidup berdikari. Masih mampu berada di KL nie hidup seorang diri. Tak kisahlah janji pandai jaga diri.. Bukan apa...duduk seorang nie...almaklumlah tak ada org nak tegur salah kita. Kita akan merasakan apa yang kita buat semuanya betul.

Apa pun yang aku tulis nie....pedih ke... panas ke...benggang ke....itu lah luahan hati aku...Buat apa aku nak dengki dgn mu...Tak untung pun...Aku bagi tahu sebab mu adik aku je...apa pun selamat bertunang. Mungkin aku tak balik..tapi tak bermakna majlis tak berjalan. Aku rasa malas nak balik nanti gaduh lagi teruk...minggu nie...aku pun penat...dah 3 minggu keja 7 hari seminggu...rasanya nak ge berehat....tenangkan fikiran...mana tau kot2 bulan 5 nanti angin pasang dah surut boleh lah balik. Kalu belum surut takut pulak ribut melanda....kecoh pulak majlis org.