Saturday, May 23, 2009

GELAGAT CIKGU2 SKSB

Permainan bola jaring tak boleh dipisahkan... dah jadi satu acara yang perlu diadakan setiap tahun... Bukan apa murid nak jugak tengok bakat2 cikgu nie.... aku nie nampak je brutal tapi bola jaring aku tak minat... teori tu boleh lah....kalau amali hancus aku....kejap kan murid yang ajar aku... tapi orang bagi jugak kat aku... permainan bola jaring.... belasah je lah kan... pilih2 sangat kan ckp kita cikgu yang mengada-ngada... nak yang dia minat je.. nak yang dia pandai lah... nak yang senang lah... siapa yang glamor, yang tak payah promosi....jawab lah sendiri...

Nie pulak, peralatan yang digunakan untuk acara mengukur kelapa. Bermula cikgu lelaki akan mengupas kelapa dengan menggunakan parang. Kemudian cikgu perempuan mengukur kelapa menggunakan alat khas... Aku pun tak tahu lah dia orang nie ge belasah kat mana alat kukur nie.. ada lagi rupanya alat nie... bayangkan mak kita dulu nak masak kari ayam bukan main susah kan.... sekarang senang je... yg segera pun banyak kat pasaran. Barang yang lama tetap ada sentimental valuenya kan...

Tengok lah suasana orang2 lama main permaianan zaman budak2...riuhnya tak usah nak cerita lah... Aku ingatkan bagus jugak buat permainan tradisional nie.... bukan apa ada sesetengah muri tu tengok mcm pelik je.... Aku ingat mereka tak pernah tengok.. apatah lagi nk main.... budak sekarang belajar2 je....zaman dah berubah negara dah maju....

Nie group perempuan... mak2 orang nak main baling tin.... kali nie aku cuma dapat jadi pemerhati dan jurugambar... sebenarnya aku ambil gambar nie untuk koleksi sendiri... mana tahu esok berubah hati nak tukar sekolah.... ada jugak gambar kawan2 lama.... Istemewanya sekolah nie dah macam satu keluarga.... ada 2-3 orang cikgu nie memang suka bergambar... so tak pelik lah kalau kat blog aku nie banyak muka dia...nak tahu sapo org tu.....tengok atas sebelah kanan tu....

Add ImageMacam2 aksi cikgu2 nie.... bila boring2 tengok balik gambar nie mesti seronok. Tambah2 lagi geng 4 jejaka depan nie.... semua dah bapak orang tu.. tapi perangai je macam bujang.... jangan marah ye Jef, Khidir, Rasyid, Nasir dan Shafie... Kecuali Ustaz je bujang lagi....
Hafiz ko jaki dgn akak ya... akak isi semua acara akak masuk. Tapi satu acara pun tak ada nama akak. Akak merajuk lah... sebab tu akak tak tukar baju sukan... Ko kan tahu akak masa kecik, tu lah permainan kat kg...baling tin. Dah la lama tak main, ada peluang orang tak bagi.... nie yang marah.. ko hafiz, cepat lupa jiran... bekas jiran nie....

Murid tak sabar menunggu acara yang akan berlangsung di tapak perhimpunan. Aku rasa, tahun nie lah sambutan hari guru yang paling meriah. Sepanjang aku bertugas di sekolah nie. Program yang dirancang berjalan dengan lancar. Ditambah lagi banyak acara yang membuatkan semua penonton nak pecah perut dibuatnya. Kira berjaya lah program tu... kalau cikgu yang selalunya serius pun boleh gelak sakan.... Tahniah kepada pengerusi kelab staf kerana dapat merancang aktiviti dengan baik.

Nie pulak group yang tak ambil bahagian dalam acara sukan.... ada yang lebih suka jadi penonton je daripada mengambil bahagian. Ada tu, berminat giler tapi tak boleh nak sertai.... sebab ada dot...... Ustaz tu apa lagi buat kat situ.... semua cikgu lelaki kat tapak perhimpunan tu... K.liza tahun nie control ayu lah pulak... kalau tak dia lah kaki gedik.... kenapa akak??? wake up 2!!! tak yah le merajuk lama-lama.... Geng ustazah tak ambil bahagian ke???? rugi bila lagi nak main sama2....

Cikgu yang rajin akan sentiasa mencari peluang untuk menanda buku. Semasa hari guru pun sempat lagi menanda buku. Cikgu nie bukan berlakon, tapi itu lah dirinya yg sebenarnya. Aku ingat kalau setiap tahun pun dia dapat anugerah khidmat cemerlang tak ada siapa pun boleh pertikaikan. Kalau aku... mungkin org pertikaikan kot, sebab tahu ambil gambar je... ha..ha.. Akak, dah tu kita sambut hari guru dulu. Esok je lah kita sambung keja2 tu. Ikutkan keja nie, tak pernah habis pun. Apa lah salahnya kita luangkan sikit masa untuk menghargai diri sendiri. Hari nie diraikan khas untuk kita semua akak...

Nana, banyaknya hadiah.... wah guru paling glamor nie... ko kira ok lah, dapat banyak hadiah akak tak heran.... kira ko mcm artis lah kat sek. kita, dalam youtube dah masuk. Wah dah ada peminat sendiri nie.. bakat yang ada tu jangan persiakan... mcm akak nie dah kayu ko suruh menari, minta maaf le.... Tapi yang akak heran tu... k. wan kaki membebel pun dapat banyak tu hadiah... sampai tak larat nak bawak.... mintak sikit pun, kedekut...

GELAGAT BLOGGER

Ani jangan marah ya...aku upload gambar ko. Aku rasa geli hati sangat dengan ko nie. Setakt nie ko lah kawan aku yang masih boleh di bawa ke hulu ke hilir walaupun ketika bersama dgn ko telefon sentiasa berbunyi.... tapi masih lagi boleh kuar sama. Aku terkilan sangat tak dapat ajak ko minum masa ambil modul ari tu.

Ani nie... konon2 nak ambil curi2 gambar aku... dia tak tahu, aku pun masa tu kamera on... apa lagi aku snap gambar dia... aksi blogger, ke mana pegi mesti ada kamera. Rasa sayang detik2 indah tak dirakamkan untuk simpanan dan mungkin boleh jadi tatapan untuk kengkawan yang lain.

Tuesday, May 19, 2009

TERBANG DI AWAN BIRU


(Dari kiri ke kanan) :

  • Lt Muhamed Afizan Bin Jaafar TUDM (373109)
  • Lt Armannizam Bin Tahir TUDM (373090)
  • Lt Shamsul Ehsan Bin Alwi TUDM (373122)
  • Lt Nazlan Shah Bin Zainal TUDM (373093)
  • Lt Mohd Yazid Bin Abu Seman TUDM (373107)
  • Lt Juhaili Hanim Bte Md Salleh TUDM (373128)
  • Lt Mohd Haniff Bin Mohammad TUDM (373111)
  • Lt Norazlan Bin Termuzi TUDM (373121)
  • Lt Anuar Bin Sungkanah TUDM (373088)
  • Lt Suresh a/l Vijayaratnam TUDM (372629)
  • Lt Ahmad Khusairi Bin Ahmad Fadli TUDM (372553)
  • Lt Mohd Razlan Bin Jamaluddin TUDM (373104)
  • Lt Magesvaran a/l Ramadas TUDM (373102)
  • Lt Mohd Anuar Bin Ahmad TUDM (373103)
  • Lt Alfan Naem Bin Katiman TUDM (373087)
  • Lt Nurul Amir Bin Othman TUDM (373011)
  • Lt Muhamad Fazri Bin Md Zin TUDM (373139)
  • Lt Suriati Bte Abd Kadir TUDM (373136)


Sebenarnya aku tak pernah berjumpa dengan rakan sekelas aku nie.... selepas tamat SPM 1995. Masing-masing membawa haluan sendiri. Jika aku pilih kerjaya TUDM dulu tak mustahil akan bekerja ataupun berpeluang bertugas di bawah satu bumbung. Bezanya aku masuk untuk jawatan rekrut, tetapi dia memohon memasuki Kolej Tentera Udara. Haniff nie dari sekolah rendah lagi sudah terserlah ciri-ciri sebagai seorang pemimpin. Tahniah haniff, aku sebagai kawan bangga dengan kejayaan ko... Hanif yang kelima dari kiri... paling cerah kulit tu....

Gambar nie pun aku dapat kat laman web... zaman ko tamat latihan dulu kot.....tahun 1999. Gambar 10 tahun yang lalu. Aku cari jugak gambar keng kawan yg lain.... tak jumpa... aku dengar ceta fadli pun masuk TUDM ya... ke??? Masa kawan aku di KTU ada juga aku tanya tp dia tak kenal....


Monday, May 18, 2009

PUSING2 PUTRAJAYA



Biasalah aku nie... kalau nak ke mana2 tak suka berkawan susah...sebab aku nie suka ikut kepala angin aku.... Ari Sabtu lepas ambil Modul aku terus balik... tapi sampai jalan Duta aku terus je drive menghala ke sungai besi... apa lagi ke umah anak buah aku le.... pada hal tak plan pun....udahnya Isnin pagi 6.40 am baru sampai umah....mula lah kelam kabut...

Ari Ahad... aku kuar beli KFC kat anak buah aku nie.... sebenarnya aku tak suka bagi budak2 makan fast food... tapi kesian pulak... tak pe lah.... "Kakak, angah.... setahun sekali je boleh makan tau?" " ok".... lega sebab dengar kata.... apa lagi seronoklah budak2 nie dapat mkn KFC...

Oleh kerana semua berperangai ok ari tu.... aku pun bawa lah ronda2 putrajaya... abahnya jenis tak suka pergi tempat yang dia tak tahu....( habis bila nak tahu kalau macam tu ) nie sementara dia masuk hutan... aku bawa lah budak2 nie jalan.... pusing2.... Izzat pun dah pandai bawak jalan langsung tak menangis.... kalau kat umah tu... kejanya menangis... je... budak zaman sekarang kan.... aku dulu rasa tak mcm tu pun.... elok je letak je kat situ.... kat situ lah aku.... Betul ke... org tua kata kalau budak masa kecil baik je.... tak bergerak2, bila besar pemalas... tapi kalau tak reti duduk diam tu...besar rajin..... yg nie aku tak buat kajian lagi....ada tak siapa yg dah buat kajian... boleh kita kongsi kebenarannya....

UCAPAN SMS

Sms yg aku terima daripada keng kawan semasa hari guru...terima kasih kepada keng kawan yang mengirimkan ucapan sms....akan aku simpan sms berkenaan sebagai kenang2an.....aku hargai walaupun hanya sms...tetapi cukup bermakna bagi aku...tanda kalian masih ingat kepada aku untuk mengucapkan selamat hari guru yang setahun hanya sekali disambut...

Masa terus pergi....tetapi perjuangan guru x pernah mati....murid datang dan pergi silih berganti...guru tetap sentiasa berbakti.....Selamat Hari Guru moga ceria selalu.
# Ilot - 15/5 - 21:02

Today is fifteen, esok enambelas, recess go to canteen, masa ngajar pe kelas, today is Friday, esok hari Sabtu...Happy teacher's day. Selamat hari guru khas utk kalian....yg bergelar guru.
# Ani - 15/5 - 23:59

Selamat Hari guru, Jadilah guru yang bersemangat waja.
# Ucu - 16/5 - 00:13

Banyak dapat BUNGA?...tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat PEN?...tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM?... tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat MESEJ? tanda guru sentiasa diingatan. Selamat hari guru.
# Azi OUM - 16/5 - 07:02
# Azizah Mamat - 16/5 - 09:16
# Samrah - 16/5 - 19:11

Selamat hari guru. Guru pembina negara bangsa. Berbahagialah menjadi guru, kerana jika kerja kita disertai ketekunan jadi bakti, disertai ketelusan jadi budi, disertai keikhlasan jadi amal, disertai ketakwaan jadi iman.
# Aspina jb - 16/5 - 08:33

Guru dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurannya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina, berbahagialah mendi guru. Selamat Hari Guru.
# As PI/KH - 16/5 - 08:34
# Kak Yati Kedah - 16/5 - 09:16

Diri mu umpama lilin, menerangi Insan dalam kegelapan. Selamat hari guru.
# Wa Kota Damansara - 16/5 - 08:46

Beluru bukan sebarang beluru, pucuk sedawang bunga gedangsa, guru bukan sebarang guru, penyuluh kampung, pembela bangsa. Selamat hari gru 2009.
Guru pembinan negara bangsa. terima kasih.
# 16/5 - 11:30

Mak ckp cikgu mcm MAGGI, makan masa susah. Ayah ckp cikgu mcm D'SEEKERS, menakutkan. Atuk ckp Cikgu mcm ASTRO, mcm2 ada. Tp saya ckp cikgu mcm LOREAL - kerana dirimu berharga! Selamat hari guru.
# Sham MPRM - 16/5 - 11:45

Happy teacher's day. Guru pembina negara bangsa. Berkhidmat selagi nadi berdenyut. Tahniah dan terima kasih guru2ku.
# Hariza kabol - 16/5 - 13.30

Yang menghafaz itu guru sejarah....yang cakap berbunga itu guru Sastera...teratur ayatnya guru BM... gelap kulitnya guru PJ...sopan orgnya guru sivik.... warak orangnya guru agama... pelik orgnya guru seni.....power ckpnya guru besar....tak pemarah guru kauseling....hebat bahasa guru Etems....banyak tuisyen guru BI..... byk klimnya guru SBT....paliang byk waktu free guru Data...yang selalu goyang kaki guru muzik...sabar orgnya guru pend. khas....walau siapa pun kita....selamat hari guru.
# Kak Im - 16/5 - 13:56

Adakala kita dicaci...kita dimusuhi....kita dimarahi...kita tidak dihargai...tapi, kita akan tetap tersenyum walaupun dalam pilu, kita akan tetap melangkah biar pun hampir rebah, kita akan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun terkadang hati tercalar dan maruah tercabar....selamat hari guru. " Guru Pembina Negara bangsa"
# Ila Nasir - 16/5 - 18:49

Selamat hari guru. Semoga jasamu dikenang hingga ke akhir hayatmu....
# Jasmi - 16/5 - 20:15

Bila murid duduk...cikgu berdiri! bila murid di seligi..cikgu pulak kena gari...murid datang naik BMW 7 siri....cikgu naik motorburuk road tax pun dah mati! muri pe belajar sampai PHD...cikgu baru berkira2 nak sambung degree...Namun begitu...di dunia, cikgu berbakti, moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi....selamat hari guru.
# Salwa P.Piol - 16/5 - 20:34

Hidup sebagai seorang guru penuh cabara & dugaan...jika terjatuh bangun, dan katakan lah.."woi sapa yang tolak aku nie? Selamat menyambut hari guru 2009!
# Rosmanizam - 17/5 - 14:15

I can appreciate coffee without susu....Nights without lampu...Burgers without keju...But not school without cikgu... Happy teacher's day....
# K.as - 18/6 - 14:48

HAPPY TEACHER'S DAY

Terdapat banyak hari yang kita sambut sepanjang tahun... Termasuklah Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun. Tahun nie...diam tak diam, rupanya tahun yang ke 10 aku menyambut Hari Guru sebagai seorang guru terlatih....walaupun aku sekarang telah bergelar seorang guru....aku tidak lupa jasa2 guru2 yang telah mendidik aku...daripada tidak tahu membaca, menulis dan mengira sehinggalah ke tahap yang aku kecapi sekarang....tanpa mu guru siapalah aku....

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru2 yang telah mengajar aku di :

  • Tadika Kemas Damak ( 1984)
  • SK Damak ( 1985 - 1990)
  • SMK Damak ( 1991 -1995)
  • SMK Ibrahim Fikri ( 1992 tak sampai setahun pun )
  • IPRM Seremban ( 1996 - 1999 )
  • OUM ( 2006 -2009)
Tak lupa kepada semua rakan2 yang bergelar pendidik, terutamanya yang berada di :
  • SK Sungai Buloh
  • Rakan2 zaman sekolah randah & menengah
  • Rakan di IPRM
  • SK (LKTP) Sungai Retang
  • Rakan2 guru di alam maya
  • kepada semua pendidik....
SELAMAT HARI GURU

Thursday, May 14, 2009

HAPPY BESDAY

Pada bulan mei nie...aku ingin menucapkan selamat Hari lahir kepada keng kawan :

  • Kak Azlina Ebil - 15 Mei
  • Kak Fadillah Sulaiman - 15 Mei
  • Mazlina Haja Maideen - 16 Mei
  • Suzanna Md Saud - 17 Mei
  • Wan Haninah - 18 Mei

Semalam aku telefon ke kampung nak dapatkan No i/c mek dengan ayah untuk isi borang..... borang apa tu???.....rahsia....rupanya mek aku pun lahir bulan mei jugak....pada 22 mei...ayah aku pulak dah lepas rupanya 30 April ari tu ..yang ke 68 tahun dah rupanya....biasalah orang tua, bila kita tanya umur berapa??......tak kira...60 lebih kot...

Apa pun selamat ulang tahun kepada semua semoga panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan rezeki kesihatan yang baik.

Bulan mei nie banyak hari yang diraikan bermula dengan:


  • Hari pekerja ( 1 Mei )
  • Hari Ibu ( 10 Mei )
  • Hari Guru ( 16 Mei )