Tuesday, April 27, 2010

KAWAN GEMBIRA AKU PUN TURUT GEMBIRA

Beberapa hari yang lepas... aku temankan kwn aku nie pe tandatangan surat perjanjian jual beli umah.... seronok tengok member... happy nak dapat umah sendiri. Aku dah rasa mcm mana duduk umah sendiri.... duduk umah orang.... duduk umah menyewa.... duduk kuarters... seronok duduk umah sendiri ini... hanya orang tu je yang tahu. Kita nak buat apa pun suka hati kita.

Sue tahniah, akhirnya kat Sungai Buloh jugak hang kan... ingat kat Seremban dah...Aku nie dah mcm agen jual umah lah pulak.... ari tu teman member dari Jerantut pe cari umah sampai Nilai... Sue nie pun jenuh gak sampai Seremban... tapi mahal. Akhirnya Sungai Buloh gak le yg mampu milik.

Wednesday, April 21, 2010

KEGEMBIRAAN DIRASAI BERSAMA

Minggu lepas aku ke JPNS, sebenarnya aku driver je... tolong hantarkan kawan aku ke sana. Sebab nak ambil surat lantikan sebagai PK koko. Guru Besar bagi kebenaran kan.... laju je lah aku pe.... tapi lepas waktu sekolah.. jgn ckp aku nak menular... so harap2 tak ada yang bising kat belakang sebab aku rajin kuar...

Sampai je kat JPNS.... rupa2nya, Pegawai yang berkenaan memang dah tunggu member aku nie... member aku nie seganlah pulak nak masuk sorang.... so dia ajak aku sekali masuk.... padahal urusan dia.... aku pulak yang naik segan.... tapi kesian kat member punya pasal... aku teman gak le masuk ke bilik pegawai yang berkenaan.

Belum sempat pegawai tu tanya... aku cepat2 jawab....
"Encik, saya teman Pn. Sulia je... dia segan"
"Tak pe..tak pe... duduk.. duduk..."
Dalam hati lega... sebab pegawai nie mesra alam. Kalau serius tadi aku dah kuar....tak mahu aku tunggu kat situ... aku tak terlibat pun... saja menyibuk.
"Elok lah Pn. Faridah ada... saya nak baca watikah perlantikan utk Pn. Sulia nie... Pn. Faridah boleh jadi saksi....."

En. Johari bacakan watikah... selesai tu... dia beri pulak ceramah nasihat kat kami berdua nie...Perkara yang aku tak boleh lupakan....bila encik tanya aku dah berapa tahun berkhidmat.... aku beritahulah 11 tahun....
"Pn. Sulia?"
"8 tahun" jawab member aku nie.
"Kenapa Faridah tak mohon ari tu.... tengok sekarang orang yang muda dah naik pangkat"
"Tak pe lah Encik, tak ada rezeki saya... ari tu pun saya nyaris2 nak mohon...tapi tak mohon. tak ada rezeki."

Sambil2 tu kami sembang2... macam2 dia ceta pengalaman dan beri nasihat supaya dapat menjalankan tugas dengan baik dan penuh berdedikasi. Sempat lagi dia tanya member aku nie..
"Pn. Sulia, kita kena fikirkan cara..... mcm mana nak tolong kawan kita nie" muka serius je.
"Sekarang cikgu pegang jawatan apa kat sekolah?"
Aku jawab lah... jawatan nie... jawatan tu....
"Sekarang orang bagi jawatan apa pun cikgu terima.... cari pengalaman sebanyak yang mungkin.. boleh guna bila naik pangkat"

Lepas tu kami terus je bergerak ke sekolah SK Taman Sea untuk melapor diri di sekolah baru.. sampai kat sekolah tu pun ada ceta gak... baru nak melapor diri... kerani memaklumkan kepada kami berdua PK koko tu tak jadi pindah.... aku pulak yang angin... member aku releks je. Aku terus minta member aku call Encik Johari....

Encik Johari bercakap sendiri dengan kerani.... aku pun tak tahu dia cakap apa... tapi akhirnya member aku tu dapat gak le melapor kat situ..

Nasib baik le tak ada masalah aku nak mencari sekolah nie... sebab dulu aku pernah hantar member aku... dia pe jumpa bakal tunang... kat balai bomba area tu... sekolah nie belakang tu je....

Apa pun sue... tahniah semua urusan dah selesai. Tinggal tunggu masa untuk bertugas di sekolah baru je....

Tuesday, April 20, 2010

MENJELANG SUKAN TAHUNAN SKSB

Minggu lepas dan minggu nie sibuk betul... kemuncak kesibukan untuk membuat persiapan menjelang Sukan Tahunan SKSB ke 21 yang akan diadakan pada hari Sabtu nie... 24 April 2010... jom ramai2 memeriahkan sukan sekolah den.

Monday, April 19, 2010

SEKITAR UJIAN SARINGAN SUKAN SKSB

Tetap bergaya walau di mana pun member nie berada...

Anak murid den yang dah bersedia untuk acara saringan untuk tahun 6.... aku bab mengurus peserta beres... semua berjalan dengan lancar... cikgu garang...jerit sikit cepat je mai...

Tengok padang... letih aku.. dah la ari Isnin tu aku lupa ada latihan sukan...aku pakai baju kurung... jenuh angkat kain... nak meredah becak tu....

Lompat jangan tak lompat... bagi cikgu lompat pun belum tentu dapat lompat...Tahniah kepada semua kekawan kerana semuanya berjalan dengan lancar. Hari Rabu sampai Jumaat latihan perbarisan. Tinggal tunggu kejohanan Sabtu nie... aku tetap dan berpencen jadi ketua statistik....

KENANGAN DI SMK DAMAK

Gambar den bersama teman seperjuangan semasa di tingkatan 5 tahun 1995. Ket fb semua orang sibuk dok buet kuar gambo2 lama... den ada gak tapi tak banyak le....Boleh dikatakan kami nie rapat dengan semua... maklum lah kelas tingkatan 5 masa tu bukan ramai pun... 52 orang calon je...

Aku rasa cukup bertuah....group kami merupakan perintis SPM di SMK Damak (anak sulong SPM). Buat pertama kalinya pada tahun 1995 sekolah menyediakan calon untuk SPM. Aku merupakan orang pertama dalam senarai nama calon SPM... he he he.. nie ceta pertama. Paling takut, masa ujian lisan BI & BM sebab orang pertama... Masuk Maktab... ambilan pertama Diploma Perguruan.

Sampai bila2 pun aku akan ingat cikgu Afza... ajar kami Matematik. Aku dari dulu lagi minat matematik.... keja sekolah lain jarang siap... BI siap... sebab takut cikgunya... garang. Matematik siap....sebab aku minat. Tapi cikgu Maheran pun aku minat gak .... dia selalu guna perkataan "anda"....jangan marah cikgu.

Aku yang duduk barisan hadapan, yang kedua dari kiri. Kalau kekawan nak tahu umah Punita Kumari tak jauh pun dari sekolah aku mengajar.... aku pernah ge umah dia masa perayaan Depavali. Bila lah agaknya kita dapat kumpul semula kawan2 nie ye....

GENGS BLACK

Kawan2 masa kat maktab....kebanyakkan drp mereka nie berlainan opsyen... kami sama time buat latihan PSTD je... ada sesetengah daripada mereka nie pun aku dah lupa nama...geng2 ustazah tu... sorang pun aku tak ingat nama.... minta maaf le. Maklumlah 11 tahun sudah berlalu.

Dari kiri, ustazah, Kak Fai opsyen Sains/KH kebetulan jiran sebelah bilik, ustazah, Lela sama aras dengan aku... kebetulan besday kami sama he he he...ustazah, aku sorang je opsyen mate daripada MT2 perempuan yg masuk PSTD, ustazah (glamor dgn gelaran comby)
Tiga orang kat bawah tu opsyen PI/PJ...aku ingan Sam je.... yg lain tak ingat...

Ada sesetengah orang akan ikut kawan dia....aku tak. aku buat apa yang aku suka...walaupun roommate aku tak suka....aku suka pengakap...dia tak suka.... so dia pilih puteri islam... aku suka askar dari dulu lagi.... ada peluang aku masuk... walaupun sorang....aku bab berkawan aku tak kisah... sebab tu aku pergi mana2 sorang pun tak kisah....

Sejak belajar lagi aku selalu tinggal roommate hujung minggu.... sekarang pun aku rasa... klu ada kawan serumah pun asyik kena tinggal je lah... lepas tu bermasam muka... letih kan...

KENANGAN DI SK DAMAK

Barisan Lelaki dari kiri:
Fadli, Hamizi, Khairi, Haniff, Afzal, Fairul Rafiq, Yusuf, Wan Ezani, hujung nie aku tak pasti... sory ye..

Barisan Tengah dari kiri:
Norasmat, aku tak ingat, Badariah, Aku, Jumie, Norsaupiah, Ku Norlela, Rubiah dan Napisah.

Depan dari kiri :
Suyanteri, Suzila, Rosnani, Haziah,Cikgu Zaini, Cikgu Haris Fadillah Ahmad, Yuslizan, Azizah, dan Norhasnah.

Seronoknya dapat tengok gambar lama2 nie.... aku tak ada gambar nie... nasib baik ada dalam simpanan Ijan....Aku ingat gambar nie masa darjah 6.... tahun 1990 di SK Damak. Macam kat maktab lah pulak bilangan 25 orang sekelas.... klu sekarang sekelah mencecah 40 0rang... nak muntah menanda buku.

Seronoknya daripada 25 orang tu.... 6 orang jadi cikgu...( Cikgu Ijan, Cikgu Azizah, Cikgu Nani, Cikgu Saupiah, Cikgu Afza dan aku Cikgu Ida). Dua orang sertai badan uniform TUDM, Hanif dan Fadli. Dua orang kerja bank, Hamizi keja di bank rakyat jerantut...dah ada kawan nie....kalau nak buat pinjaman peribadi, mungkin mudah sikit kot urusannya... he he he.... Rubiah keja di Maybank Temerloh. Suyanteri jadi jururawat di Hospital Ampang Puteri. Ada yang jadi suri rumah sepenuh masa....
Kawan2 yang lain aku tak pasti keja apa sekarang...... harap2 semoga semuanya berjaya dalam hidup.... dan punya keluarga yang bahagia.

Jumie keja di Johor...nak jadi kan ceta umah Jumie setaman dengan umah aku di Kota Masai. Dulu umah yang Jumie sewa selang berapa buah je dengan umah kawan aku.... walaupun aku selalu ke sana... tapi tak pernah jumpa... sebab dia keja shiff. Bila jumpa mak dia... sembang punya sembang... umah dia sendiri, setaman dengan umah aku. Kecil kan dunia nie.. pusing2 kita akan jumpa balik kawan kita.

Masa jamuan darjah empat... aku pun dah tak ingat...tapi kan... mcm mana boleh sikit nie je yang datang... yang lain mana Ijan???. AKu pelik betul... mcm mana ko boleh ada gambar yg ini... nie mesti kes baik dengan cikgu. sebab tu ko ada gambar nie.

Apa pun terima kasih le Ijan... sebab ko telah mengingatkan zaman kita sekolah rendah dulu....