Monday, November 8, 2010

SEMAK STATUS TIME BASED DG32 KUP

Malam nie aku dikhabarkan dengan berita gembira kerana namaku telah pun tersenarai dalam urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma PPPLD time based secara khas untuk penyandang (KUP).

Bila dah ada dalam senarai tu... lega rasanya. Tunggu surat je menyusul untuk urusan pergerakan gaji. Tu semua keja kerani. Rezeki tahun nie. Mahu setahun jugak tunggakan gaji nie.

Kepada kekawan yang ambilan pertama dan kedua DPM boleh semak di sini.

Tak lupa aku nak ucap tahniah kepada kekawan yang berada di Selangor, Negeri Sembilan, Kuala lumpur, Sarawak. Perak dan Pulau Pinang. Negeri lain sabar ye.. tak lama dah tu.

PERANCANGAN STRATEGIK PERIBADI



Pernah satu ketika warga sksb demam kerana memikirkan plan perancangan strategik untuk jangka masa 5 tahun. Kita asyik dok fikir plan perancangan di tempat kerja... pernah ke kita fikir plan perancangan peribadi??? mungkin akan ada jawapan ya... dan mungkin ramai yang akan beri jawapan tak pernah. Ikut je apa yang tuhan tentukan....

Secara peribadi aku pernah buat plan perancangan jangka panjang...kita perlu ingat, kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan segalanya. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mencapai apa yang dirancang. Sekirannya tidak berjaya... kita akan berasa puas, sebab kita dah cuba buat yang terbaik.

Pernah sekali aku diperlekehkan oleh seorang rakan.... dek kerana plan perancangan aku yang di anggapnya tak masuk akal dan mustahil untuk dicapai. Bagi aku tidak mustahil untuk mencapainya jika kita berusaha. Di samping kita berusaha, jangan lupa berdoa.

Plan yang telah ku capai dan akan cuba ku capai :
  • 1996 -1999 - Belajar di Peringkat Diploma
  • 2000-2005 - Bergelar Guru Bukan Siswazah Gred DGA29 (menimba pengalaman dengan pelbagai jawatan yang diberi.... semuanya aku terima dengan tangan terbuka. Saya yang menurut perintah)
  • 2006-2010 - Belajar di Peingkat Ijazah Sarjana Muda (alhamdulillah rezeki Time Based DG32 on the way. So nanti gaji DG41 besar sikit. Aku antara salah sorang yang bertuah, mendapat degree tepat pada masanya.)
  • 2011 -........ - Insya Allah akan bergelar Guru Siswazah Gred DG41
  • 2012 - 2013 -Ingin sambung belajar di Peringkat Sarjana Matematik di UPSI (sekarang dalam usaha mencari info yang berkaitan)
  • 2014 - 2016 - Projek khas ikut murid. Menggunakan Penyelidikan Tindakan.... aku akan bawa murid nie hingga UPSR. Tahun tersebut merupakan tahun terakhir UPSR, aku ingin buat rekod peribadi untuk subjek yang aku ajar lulus 100%.
  • 2017 - ....... - Bergelar Guru Pakar Matematik dengan Gred DG44
Sejak akhir-akhir nie aku begitu bersemangat untuk buat yang terbaik dalam kerjaya aku. Mungkin kebelakangan ini pihak pentadbir memberi kepercayaan kepada aku untuk menjawat beberapa jawatan yang penting. Mereka melihat aku mampu melaksanakan jawatan yang diberi... tapi ada ketikanya aku merasakan tidak mampu untuk buat yang terbaik.

Contohnya, hari nie kekawan masing-masing inform kat aku... mereka nak ajar tu... tak nak ajar subjek nie... nak ajar kelas nie... tak nak ajar kelas tu.... dalam hati siapa aku nak tentu kan semua nie. Aku belum pun menerima jawatan tersebut. Mampu ke aku ingin memenuhi permintaan rakan-rakan yang mempunyai 1001 ragam nie. Kalau fikir balik dah macam PK lah pulak... nak kena fikir semua tu. Tapi ok jugak kan.

Pengalaman tak boleh dijual beli....
Pengalaman perlu dicari...
Kalau perlu...
Pengalaman perlu dikejar...

Saturday, November 6, 2010

AKAN DATANG TRIP TO BANDUNG

Percutian ke Bandung merupakan percutian pertama bagi aku ke tempat yang menjadi bualan rakyat negara kita. Bandung menjadi pilihan pelancong kerana terkenal dengan tempat yang menarik dan tempat untuk membeli-belah.

Terima kasih kepada Kak Ita dan Abg Saini kerana sudi membawa aku dan kekawan melancong ke sana. Ikutkan perancangan awal kami akan pergi seramai 11 orang. Tapi last minute seorang rakan kami tak dapat join sebab namanya tersenarai dalam majlis Konvokesyen Oum ke-9. So tinggal lah kami 10 orang je. Padahal member yang tak dapat join nie yang beriya-iya nak pe....tak ada rezeki dia kali nie... mungkin lain kali.

Penginapan dan pengangkutan di sana akan diuruskan oleh kawan aku yang kerap berulang-alik ke sana kerana urusan kerja. Terima kasih Tuan Haji kerana bersusah payah bagi memastikan perjalanan percutian kami berjalan dengan lancar.

Dua minggu lepas member aku sorang nie sibuk menguruskan pasportnya yang hilang. Terpaksa fax tiket penerbangan ke imigresen sebagai bukti yang kita perlu kelulusan segera pasport berkenaan. Leceh jugak... kalau pasport hilang nie.

Tangkuban Parahu antara tempat yang perlu dilawati.... seronoknya. Tak sabar nak menunggu 20 Nov 2010 nanti. Kami akan berada di sana 3 hari 2 malam. Harap semua berjalan dengan lancar.

Cihampelas Walk sangat terkenal sebagai pusat membeli-belah, terutamanya seluar jeans. So ke sana tak perlu bawa seluar jeans... beli je kat sana nanti.

Jika mempunyai kesempatan kami akan melawat tempat-tempat lain seperti :
  • Kawasan Dago, yang terkenal dengan kawasan Factory Outlet-nya
  • Kawah Putih dan Situ (Tasik) Patengan
  • Institut Teknologi Bandung
  • Rumah Mode di Sukajadi
  • Taman Bunga Cihideung
  • Ciwidey
  • Lembang
  • Jalan Braga, dan lainnya

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Selalunya jika aku tak ada apa-apa program di luar...aku akan menghabiskan masa dengan menonton tv dan mengadap laptop kesayangan.

Antara rancangan yang akan tonton bermula jam :

  • 12.30 -1.30 pm layan Melodi
Bermula dari pengacaranya Pak Nil sampai lah sekarang.... memang aku mengikuti dan tak kan lepaskan peluang. Pendek kata pengacara sesuatu rancangan sebenarnya boleh menarik pononton untuk terus menonton. Walau pun ada sesetengah orang tak suka melodi kerana lebih berunsur gosip... tapi aku suka... so layan je lah...

  • 2.00 - 3.00 pm layan Nona
Rancangan Nona memang aku tak akan lepaskan peluang untuk menonton... Banyak info yang cuba dipaparkan untuk tatapan penonton di hujung minggu.

Sebenarnya sudah hampir setahun aku tak mengikuti rancangan dihujung minggu dek kerana sibuk dengan pelbagai aktiviti yang menuntut aku memberi komitmen sepenuhnya.

PERCUTIAN KE PULAU LABUAN PART 6

Menara nie cantik... tapi jarumnya entah ke mana. Kalau ada jarum letak loceng macam kat dataran merdeka tu kan bagu.... lepas tu letak lampu supaya waktu malam kawasan nie meriah sikit. Jadi adalah jugak tempat nak bawak anak-anak bermain waktu malam. Kalau kat semenanjung nie...tempat meriah waktu malam...Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya depan masjid tu... tapi tu pun sekarang sedang dalam pembinaan.

Bergambar di kawasan yang bertentangan dengan tempat Sukan Air Antarabangsa Labuan. Nie dataran apa pun aku tak pasti.

Pantai nie aku tak tahu nama apa.... yang pasti ramai remaja bermain luncur air... alah orang baru belajar bermain macam mana.... main kat kawasan tepi je.

Aku suka sangat gambar nie... seolah-olah ada orang tolong snap untuk kami.... padahal set time je. Lama jugak kami berada di Pantai Manikar nie... melihat matahari terbenam. Aku memang suka time macam nie... kalau mak aku tahu mesti kena marah. Tak elok dah masuk magrib masih berada di tepi pantai.

Nie makan malam di Medan Makan belakang Ujana Kewangan.... aku pun dah lupa nama tempat nie sebenarnya apa. Kami makan sup daging, kepak ayam bakar, telur dadar, kailan ikan masin, air teh tarik dan air laici kot... semua harga RM32. Boleh lah kan untuk makan 2 orang.

Bergambar waktu malam di depan Hotel... cantik kan pemandangan waktu malam di kawasan nie. Walaupun kami berjalan berdua... sempat lagi adjust kamera supaya dapat merakamkan kenangan kami berdua. Selalu memang buat keja giler lah.... set kamera lepas tu berlari...aku lah orang yang paling penat... set kamera... drive keta.... sebab aku nie jenis tak percaya orang drive.

Biar penat....janji seronok..
Biar penat.... janji puas hati...
Biar penat.... janji selamat...

Lepas sarapan kami terus check out dan ke masjid Labuan.... sini je belum bergambar. Masa nie baru pukul 7.15 a.m. Waktu malam kubah masjid nie cantik... sebab ada cahaya lampu. Di Pulau nie majoriti kaum melayu... hanya beberapa peratus je kaum lain.

Sepupu aku nie baru habis keja... terus ke airport...alah tempat keja dia sebelah airport nie je... sebenarnya dia ada kirim sedikit buah tangan untuk mak dengan abah dia di kampung. Sembang dengan dia... tak habis-habis dok dengki dengan cikgu... katanya cikgu yang duduk di Labuan elaun tinggi....tu depa boleh pakai keta mahal... he he he kan awek pun cikgu... boleh tumpang sekaki...sikit masa je lagi.

Kapal terbang landing je di LCCT dan kami ambil bagasi turus ke Green Food Court... perut memang dah lapar. Harga untuk nasi ayam dan oren juice 2 orang makan ialah RM17.60. Time nie dah pukul 1.30 petang waktu semenanjung memang panas terik. Nak menunggu orang lepas solat Jumaat baru nak datang jemput....lama lagi tu... kami harus mengisi perut terlebih dahulu.

Dari umah kakak aku ke sini mengambil masa satu jam... dari umah kakak aku ke umah aku mengambil masa sejam... Jauh betul perjalanan kami.

Secara keseluruhannya percutian aku kali ini sungguh menyeronokkan mungkin pe dengan orang yang satu kepala. Perancangan awal telah dibuat...so semuanya berjalan dengan lancar.

Percutian bujet selama 3 hari 2 malam untuk 2 orang ini menelan belanja:
  • Tiket penerbangan = RM384 (kena booking awal lah...)
  • Penginapan = RM 220
  • Sewa kereta dan minyak = RM 150
  • Makan, cenderahati utk mereka yang hantar & Jemput = RM110
  • Total = RM864 (seorang dalam RM432)
Perbelanjaan untuk shopping atas tanggunggan sendiri. Sebenarnya lebih jimat jika bercuti 4 orang. Next time trip ke Langkawi. Sebab ada member aku sorang nie tak pernah sampai ke sana.

Jauh ke... dekat ke... aku tak kisah janji dapat berjalan ke tempat orang dan menimba pengalaman baru.

PERCUTIAN KE PULAU LABUAN PART 5

Hari kedua aku berada di Labuan... muka macam tonyot je kan....aku yang baru bangun tido... nasib baik lah sakit kepala aku tak berlarutan... lepas bangun dari tido dah ok... kami bersiap-siap untuk meneruskan misi seterusnya. Time nie dah pukul 4.30 petang. Pergerakan perlu pantas... maklumlah banyak lagi tempat yang perlu kami lawati.

Taman Botanikal nie adalah salah satu taman yang mempunyai landskap yang cukup menarik. Tapi sayang kami tak boleh lama berada di sini. Aku harus ke tempat seterusnya. Kalau lama duduk bergambar di taman nie mau tersangkut kat mamat tentera... Ramai orang berjogging di sini. Tracknya pun cantik dengan pokok kayu yang redup. Memang nyaman lah suasana di sini.

Nie dekat kawasan depan pintu je nie... kat belakang aku tu ada jambatan yang merentangi tasik di Taman Botanikal nie... tu pun kawan aku nie nak pe bergambar kat situ... tak sempat lah member...Sebenarnya taman-taman macam nie akan terjaga... jika diselenggara dengan baik. Kos penyelenggaraan sangat tinggi.

Pendek kata habis segala tempat aku pe... sampai kubur peringatan perang nie pun aku pe jugak... mula tu aku takut jugak nak masuk. Maklumlah kubur... sat lagi ikut aku balik kan payah pulak nak hantar. Orang tua-tua selalu pesan waktu petang jangan kuar umah takut hantu ikut... nie aku siap pe kubur lagi.

Setiap batu tu terdapat nama kelasi-kelasi yang terkorban semasa perang dunia kedua. Memang tersusun dengan rapi. Perkuburan ini diselenggara dengan baik.

Bersemadi lah para tentera yang terkorban di sini.
Kalau tengok betul-betul di belakang aku tu... terdapat tiang dan setiap tiang tersebut tersenarai nama mereka yang terkorban. Kira tiang tu buku pendaftaran lah.... senang ceta. Setiap tiang mempunyai nombor dan nama mereka. Berdasarkan buku pendaftaran tu... lagi mudah nak mencari di tapak perkebumian. Aku ceta macam lah waris tentera nie ada yang datang melawat...mungkin ada kot... kita mana tahu.

Cerita 65 tahun yang lalu... kalau ada pun anak-anak dan cucu-cucu mereka kot datang melawat. Bukannya lama sangat kan.... baru 65 tahun berlalu.

Friday, November 5, 2010

PERCUTIAN KE PULAU LABUAN PART 4

Destinasi seterusnya kami ke Taman Damai. Masa nie memang panas terik. Kepala aku memang berdenyut-denyut... nak bergambar pun dah tak bersemangat langsung. Aku cuma sempat snap beberapa keping sebagai kenangan. Sebenarnya tempat nie sangat cantik dan memang sesuai lah kalau nak posing maut tu..

Nak buat macam mana dah tua-tua nie baru mampu beli kamera sendiri.... baru berkesempatan pusing-pusing.. kadang kala aku rasa macam kelakar pun ya. Orang sebaya dengan aku dah tak buat keja giler macam nie. Pendek ceta aku nie berjiwa muda.... Sekarang aku tengok budak yang belajar kat kolej dah mampu pakai kamera DSLR.... handphone canggih-canggih... kadang-kadang aku terfikir jugak... mana depa nie dapat duit banyak untuk beli semua tu.

Taman Damai ini dibina oleh kerajaan Jepun pada tahun 1982.... masa nie aku baru berumur 4 tahun... sokalau ditambah dan ditolak.... taman nie dah menjangkau usia 28 tahun. Taman ini dibina sebagai satu memorial keamanan dan kedamaian. Orang yang jiwa kacau... mental tak stabil memang sesuai sangat santai kat sini.

Pintu gerbang ke Taman Damai. Di dalam taman ini terdapat jambatan yang merentangi tasik dan beberapa gazebo yang menarik. Kemudahan ini disediakan kepada pengunjung yang datang. Kawan aku tu... sempat lagi meronda kawasan sekitar. AKu dah tak larat.

Batu tu, aku dah tak larat nak pe baca apa yang tertulis kat batu tu... dari jauh nampak macam tulisan cina. Sayang kan... jika kesempatan yang ada tidak dapat digunakan.... kita nie bukannya selalu boleh datang ke sini. Ini pun secara tidak disengajakan je.

Perbezaan waktu yang ketara, membuatkan kami nie selalu tersalah rancang... ingat awal lagi pukul 6.00 a.m tu. Tapi kat sini dah terang benderang... time nie kalau nak sembahyang....dah subuh gajah.

Kami tak melepaskan peluang melawat ke perkampungan air di Patau-patau. Si anis nie rupanya gayat. AKu gayat gak... tapi kalau tempat tinggi je... setakat atas laut macam nie tak ada masalah lagi....boleh berjalan. Aku nak pe sampai ke penghujung perkampungan nie... tapi member aku nie penakut. Payah bawak orang penakut nie... bawak orang berani sangat pun payah gak... apa pun sedang...sedang je.

Betul lah, alah tegal bisa biasa.... aku tak selesa bau laut yang hayir nie. Tapi aku rasa orang di perkampungan nie tak ada masalah. Rumah mereka cukup selesa. Siap ada tu dah ada air-cond dan astro tu.... kalah umah kita yang di bandar nie. Kebanyakkan umah lama menggunakan tiang kayu... tapi yang baru dibina kebanyakkannya sudah menggunakan tiang simen. Lebih tahan.

Aku bergambar di tepi pantai berdekatan dengan Pasar Filipine dan di belakang aku tu... perkampungan air. Kawasan nie sangat sibuk terutamanya di awal pagi... ramai yang akan ke pasar. Pasar mula dibuka seawal jam 8.00 pagi dan tutup pada pukul 5.00 petang. Kat sini pukul 6.30 tu dah gelap. Bandar Labuan nie dah mula sunyi sepi...malam pusat hiburan lah pulak ambil alih. Kat Labuan nie banyak betul pub... disco...kelab malam. Bila ada tempat macam nie... maka akan ramai lah orang yang mabuk... tambah lagi kat sini arak memang murah.

Tengok...tengok...tengok.... jangan tak caya pokok kaktus zaman moden nie boleh hidup di perkampungan air. Mereka masih lagi berminat menghias kawasan rumah dengan pokok bunga.

Aku ingat sikit masa lagi pelantar pejalan kaki yang kita tengok ari nie menggunakan kayu akan mula dibina menggunakan konkrit simen supaya lebih kukuh dan tahan lama. Lagi pun kayu sekarang dah susah nak dapat. Tambah lagi kayu yang tahan dengan hujan dan panas.

Kebanyakkan dinding rumah mereka nie menggunakan papan lapis. Tapi aku tak pasti diperbuat dengan menggunakan bahan apa.... kalau daripada habuk kayu biasa tu... confirm bukan. Sebab kalau papan lapis biasa memang tak tahan daripada hujan dan panas.