Destinasi seterusnya kami ke Taman Damai. Masa nie memang panas terik. Kepala aku memang berdenyut-denyut... nak bergambar pun dah tak bersemangat langsung. Aku cuma sempat snap beberapa keping sebagai kenangan. Sebenarnya tempat nie sangat cantik dan memang sesuai lah kalau nak posing maut tu..
Nak buat macam mana dah tua-tua nie baru mampu beli kamera sendiri.... baru berkesempatan pusing-pusing.. kadang kala aku rasa macam kelakar pun ya. Orang sebaya dengan aku dah tak buat keja giler macam nie. Pendek ceta aku nie berjiwa muda.... Sekarang aku tengok budak yang belajar kat kolej dah mampu pakai kamera DSLR.... handphone canggih-canggih... kadang-kadang aku terfikir jugak... mana depa nie dapat duit banyak untuk beli semua tu.
Taman Damai ini dibina oleh kerajaan Jepun pada tahun 1982.... masa nie aku baru berumur 4 tahun... sokalau ditambah dan ditolak.... taman nie dah menjangkau usia 28 tahun. Taman ini dibina sebagai satu memorial keamanan dan kedamaian. Orang yang jiwa kacau... mental tak stabil memang sesuai sangat santai kat sini.
Pintu gerbang ke Taman Damai. Di dalam taman ini terdapat jambatan yang merentangi tasik dan beberapa gazebo yang menarik. Kemudahan ini disediakan kepada pengunjung yang datang. Kawan aku tu... sempat lagi meronda kawasan sekitar. AKu dah tak larat.
Batu tu, aku dah tak larat nak pe baca apa yang tertulis kat batu tu... dari jauh nampak macam tulisan cina. Sayang kan... jika kesempatan yang ada tidak dapat digunakan.... kita nie bukannya selalu boleh datang ke sini. Ini pun secara tidak disengajakan je.
Perbezaan waktu yang ketara, membuatkan kami nie selalu tersalah rancang... ingat awal lagi pukul 6.00 a.m tu. Tapi kat sini dah terang benderang... time nie kalau nak sembahyang....dah subuh gajah.
Kami tak melepaskan peluang melawat ke perkampungan air di Patau-patau. Si anis nie rupanya gayat. AKu gayat gak... tapi kalau tempat tinggi je... setakat atas laut macam nie tak ada masalah lagi....boleh berjalan. Aku nak pe sampai ke penghujung perkampungan nie... tapi member aku nie penakut. Payah bawak orang penakut nie... bawak orang berani sangat pun payah gak... apa pun sedang...sedang je.
Betul lah, alah tegal bisa biasa.... aku tak selesa bau laut yang hayir nie. Tapi aku rasa orang di perkampungan nie tak ada masalah. Rumah mereka cukup selesa. Siap ada tu dah ada air-cond dan astro tu.... kalah umah kita yang di bandar nie. Kebanyakkan umah lama menggunakan tiang kayu... tapi yang baru dibina kebanyakkannya sudah menggunakan tiang simen. Lebih tahan.
Aku bergambar di tepi pantai berdekatan dengan Pasar Filipine dan di belakang aku tu... perkampungan air. Kawasan nie sangat sibuk terutamanya di awal pagi... ramai yang akan ke pasar. Pasar mula dibuka seawal jam 8.00 pagi dan tutup pada pukul 5.00 petang. Kat sini pukul 6.30 tu dah gelap. Bandar Labuan nie dah mula sunyi sepi...malam pusat hiburan lah pulak ambil alih. Kat Labuan nie banyak betul pub... disco...kelab malam. Bila ada tempat macam nie... maka akan ramai lah orang yang mabuk... tambah lagi kat sini arak memang murah.
Tengok...tengok...tengok.... jangan tak caya pokok kaktus zaman moden nie boleh hidup di perkampungan air. Mereka masih lagi berminat menghias kawasan rumah dengan pokok bunga.
Aku ingat sikit masa lagi pelantar pejalan kaki yang kita tengok ari nie menggunakan kayu akan mula dibina menggunakan konkrit simen supaya lebih kukuh dan tahan lama. Lagi pun kayu sekarang dah susah nak dapat. Tambah lagi kayu yang tahan dengan hujan dan panas.
Kebanyakkan dinding rumah mereka nie menggunakan papan lapis. Tapi aku tak pasti diperbuat dengan menggunakan bahan apa.... kalau daripada habuk kayu biasa tu... confirm bukan. Sebab kalau papan lapis biasa memang tak tahan daripada hujan dan panas.

0 ulasan:
Post a Comment