Thursday, November 25, 2010

MELAPOR DIRI SEBELUM KE MANA-MANA

Bila ingat balik nak tergelak pulak dengan mak aku nie. Aku nak pergi tempat yang jauh sikit... aku call lah beritahu. Tapi setakat kat Selangor dan KL tak ada lah nak melapor diri. Nak ke Bandung ari tu aku call lah beritahu. Mula tu aku cakap dengan ayah... membebel jugak orang tua tu... bila membebel tu, tahu lah kita yang mereka tu sayang... tu yang tak nak lepas pe jauh. Pernah sekali aku ke Indonesia tak beritahu pun.... dah balik baru beritahu. Tak senonoh kan...

Aku pun call lah mak aku. Kalau nak call ayah aku kena guna no handphone dia, tapi kalau mak aku kena guna telefon umah. Masa aku call tu hujan lebat. Umah atap zink, faham-faham je lah...bercakap pun tak berapa nak jelas.

"Hello, Assalamualaikum... mek sihat ke?? kita nak bagi tahu nie... ari Sabtu kita nak ge Indonesia." kan kalau cakap Bandung dia tak tahu pulak kat mana tempat tu.

"Mek sihat....Berapa lama tu nak ge de nu... seminggu ko?" sebab Indon kan jauh tak kan nak ge 2-3 ari je.

"Dok lah mek, kito ge 3 ari je. Mek nok kirim gapo nie, kita nak ge de nu???" siap tanya tu... sebelum nie tak pernah tanya pun nak kirim apa.

"Mu beli lah ikan kering macam mu beli baru nie. Sedap, aku makan. Ikan keli mu tak yah beli lah... ayah mu tok makan. Kain pun boo lah beli, banyak dah. Dah tak dok nantu baru." kirim hok dia suka. Kebetulan ge Labuan ari tu aku beli ikan kering nipis.

"Tengok lah mek... kalau orang jupo ikan kering tu... orang beli lah. Orang bukan nak ge beli barang pun... pitih tok bowok banyak pun. Orang nak ge kenal tempat orang je" dalam hati, mek aku nie kalau ge ganu senang.... beli ikan kering je koo dia.

"Tak poo lah hujan lebat nie... tak berapo dengar mu kecek gapo" sebenarnya mek aku nie tak suka kecek lama kat telefon. Tu dia royak gitu. Aku pehem doh.

Last sekali, kat sana aku beli sarung kaki dan sarung tangan kat dia. Banyak jugak aku beli. Nanti senang dia boleh buat gilir-gilir. Murah rupanya kat sana. Sepasang baru seringgit lebih je. Aku ingat lain kali kalau aku nak ke mana, sarung tangan dengan sarung kaki lah pulak dia kirim.

Aku baru teringat, satu hari tu mak aku suruh aku beli barang. Aku ingat nak beli nanti dapat durian runtuh. Dah lama dia suruh beli. Aku suka mak aku nie... dia suka buat persiapan awal. Belum lagi sakit dah suruh aku beli. Sebab dia sihat walafiat tu, aku buat tak hirau.... cuba dah sakit, cepat je aku ge beli. Barang dia nak tu ada jual kat farmasi. Mak dengan ayah aku nie... jarang suruh-suruh anak dia beli barang tu...barang nie. Pandai-pandai kami lah kalau nak beli.

0 ulasan: