Wednesday, November 24, 2010

KITA SELALU MUDAH LUPA DIRI

Kita mudah lupa dan sentiasa perlu ingat-mengingati supaya tida terus alpa dengan kemewahan dunia. Apa yang kita ada hari ini hanyalah dipinjamkan buat sementara. Bukannya hak milik kekal. Tiba masa dan saatnya kalau DIA nak ambil... sesaat pun dah tak boleh tunggu.

"JANGAN BERBANGGA DENGAN CALVIN KLIEN & ARMANI EXCHANGE anda kerana....
PAKAIAN TERAKHIR ANDA ADALAH KAIN KAFAN & perfume anda adalah kapur barus....

( Suka berbangga dengan barang berjenama... kononnya jaga standard, nak up to date... yang paling aku tak suka, yang jenis nak menunjuk dan memperlekehkan orang lain yang pakai jenama cap ayam)



"JANGAN BERBANGGA DENGAN BMW & CALDINA GT FOUR anda kerana...
KENDERAAN TERAKHIR anda adalah keranda yang akan diusung...

( Kenderaan memang barang keperluan.... tapi kalau kita tengok ada sesetengah pakai keta besar... berlagaknya macam dia je ada kereta. Kita keta kodok nie baru je nak memotong, dah bagi lampu... apa lah salahnya tunggu kejap bagi kita lepas memotong. Kita pun ada akal gak... tak kan nak duduk lorong laju, cuma nak lepaskan keta yang lebih perlahan daripada kita.)



"JANGAN BERBANGGA DENGAN BANGLO DAN KONDO anda kerana....
TEMPAT PERISTIREHAT anda yang terakhir adalah kubur...

( Tempat berteduh perlu ada. Kita dituntut supaya berusaha memperbaiki taraf hidup... supaya hidup tidak meminta-minta. Kalau mampu beli lah umah yang mampu milik... tapi tak perlu lah memperlekehkan orang yang duduk umah sarang burung. Itu je umah yang dia mampu. Janji selesa, tak kira lah umah apa pun.)



"JANGAN BERBANGGA dengan kehenseman atau kecantikan anda kerana....
AKHIRNYA hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga...

( Cerita pasal cantik semua orang suka. Kalau tak masakan orang sanggup berhabisan duit untuk kecantikan. Cantik dalaman lebih mulia, jika dibandingakan dengan produk kecantikan yang kadang kala nak senyum pun susah)


Sentiasalah berdoa agar kita tidak menjadi orang yang suka berbangga diri dengan apa yang dimiliki. Dan jangan sesekali menghina mereka yang kurang bernasib baik. Semuanya milikNYA dan akan kembali kepadaNYA.

0 ulasan: