Saturday, November 13, 2010

FAKTOR KEJAYAAN DALAM UPSR

Seramai 16 orang mendapat 5A dan seorang tidak terdapat dalam gambar ini.

1. Faktor Murid itu Sendiri.

Setiap tahun kita dapati murid yang menduduki peperiksaan berbeza dari segi perwatakan dan minat mereka. Sekiranya murid yang tiada masalah disiplin, memberi tumpuan semasa belajar dan menghormati guru Insya Allah ilmu yang mereka dapat lebih berkat. Modal utama kita ialah murid itu sendiri. Sebab itu lah aku letak faktor utama ialah murid. Pernah aku dapat calon UPSR yang mempunyai pakej lengkap. Tak pandai kita boleh ajar ikut kemampuan dia. Tapi yang tidak menghormati guru nie. Tiga bulan pertama tu... tak boleh nak ajar apa pun lagi.

Murid yang mendapat keputusan 4A, 1 B seramai 15 orang.

2. Faktor Guru itu Sendiri

Guru yang berpengalaman selalunya dapat memberi yang terbaik kepada anak muridnya. Pengalaman seseorang itu menjadikan dia sorang yang mahir dalam bidang yang diajar. Tetapi kita jangan pula terlepas pandang, ada juga guru yang tiada pengalaman dan sanggup belajar daripada mereka yang berpengalaman juga boleh meningkatkan prestasi upsr. Komitmen guru itu sendiri penting. Pihak pentadbir perlulah membuat pilihan yang bijak dalam mengenal pasti guru yang akan mengajar tahun 6. Jika tersalah pilih impaknya besar di akhirnya nanti. Belajar dari kesilapan yang lalu lebih baik.

Berpusu-pusu melihat keputusan masing-masing di papan kenyataan.

3. Faktor Rakan Sekerja / Team Work
Secara peribadi aku melihat faktor ketiga ini sangat penting. Kita tahu, keseronokkan bekerja bergantung kepada rakan sekerja. Bukan semua rakan di tempat kerja kita boleh bekerjasama. Jika salah seorang sukar memberikan kerjasama yang baik, sedikit sebanyak akan menjejaskan program yang bakal dijalankan. Cuba cikgu-cikgu bayangkan, jika anda terpaksa bekerjasama dengan rakan yang tidak sekepala dalam tempoh masa yang panjang. Tentunya tak seronok kan....Bab yang nie, guru besar aku sangat peka. Tahu je dia guru mana yang tak ngam dengan guru nie... guru tu. Aku memang tabik lah kat my boss.

Ibu bapa meluangkan masa untuk meraikan kejayaan anaknya.

4. Faktor Kerjasama daripada Ibu bapa dan PIBG
Di samping kerja keras guru-guru merancang program peningkatan. Kerjasama daripada ibu bapa amat penting. Contohnya, menghantar anak-anak ke kelas tambahan malam, kelas waktu cuti.Ibu bapa perlu berkorban lah. Jangan cikgu je perlu berkorban waktu cuti untuk mengadakan kelas tambahan. Tapi ibu bapa bercuti dan tidak menghantar anak ke kelas tambahan. Ibu bapa juga perlu memantau kerja rumah yang diberikan oleh guru supaya anak mereka dapat siapkan di rumah.

PIBG juga perlu lah menyokong usaha cikgu-cikgu, dari segi sokongan moral mahupun dalam bentuk kewangan. Seperti mana yang kita tahu setiap program yang dijalankan memerlukan kewangan yang banyak.


Wah seronoknya.

5. Faktor Pemantauan yang Berterusan
Pihak pentadbir perlulah memantau dari masa ke semasa program yang dijalankan. Kita selalu tengok banyak sekolah cikgu-cikgu bertungkus-lumus membuat kelas tambahan. Tapi pihak pentadbir langsung tak jenguk. Kita kena ingat guru-guru nie pun perlu sokongan moral daripada pihak pentadbir.

Selain itu, sudah menjadi lumrah kita nie manusia biasa tak lari daripada melakukan kesilapan. So pihak pentadbir perlu tegur guru yang terlepas pandang kesilapan yang dilakukan.

Semua yang aku tulis di atas berdasarkan pandangan peribadi aku selaku salah seorang guru yang pernah mengajar tahun 6. Apa yang aku rasa, lalui, tempuhi sepanjang mengajar
tahun 6.


Hebatnya seorang guru itu, kerana faktor di atas. Sesungguhnya kita tidak mampu bergerak sendiri tanpa orang lain yang sentiasa menyokong kita.

Hari ini aku menjadi seorang guru....
Bermula daripada seorang guru yang pernah mengajar aku...

0 ulasan: