Friday, November 12, 2010

MAKANAN APA YANG PALING SEDAP?

Hari Khamis merupakan hari yang cukup gembira buat semua warga sksb dan guru-guru tahun 6 khasnya. Pertama dengan pengumuman keputusan UPSR yang melonjak naik. Keduanya ada member nak belanja makan. Terima kasih kepada cikgu Kamis kerana belanja kami makan tengah hari di Restoran Shahirah.

Ikhlaslah aku cakap, cikgu-cikgu tahun 6...tahun nie dah macam satu keluarga. Mereka nie boleh memberi kerjasama yang baik dalam segala hal. Mereka tak pernah berkira dan merungut dalam menjayakan program peningkatan. Aku rasa seronok bekerja di bawah satu team yang begitu komited dengan kerja.

Makanan telah ditempah awal oleh cikgu Kamis. Kami datang semuanya sudah terhidang di atas meja.... tinggal makan je. Menu ari tu:
  • Nasi putih
  • Sotong goreng tepung
  • Paprik campur
  • Hailan ikan masin
  • Ikan siakap masak 3 rasa
  • Air pilihan sendiri
Memang mewah ari tu kami makan. Cikgu Kamis kerana lulus PTK IV. So dapat anjakan gaji sebelum PTK dimansuhkan. Aku langsung tak merasa dapat IV. Hanya setakat lulus dan layak untuk naik pangkat je. he he he he ....tak sempat nak baca buku. Banyak masa dok pulun yang lain.

Terima kasih kepada rakan-rakan sekerjaku, Cikgu Kamis, Cikgu Rozam, Cikgu Mohd Noor, Kak Gee, Kak Wan, Wani, Izan, Kak Az dan yang tak dapat hadir hari tu cikgu Lucthumy, Ustaz Jakaria dan Hj. Moktar. Sekiranya ada tersalah cakap, tersasul tutur kata harap dimaafkan.

Sebenarnya ari tu ada 3 team cikgu sksb yang makan kat sini. Nie team cikgu lelaki open table menang piala malaysia apa... tanya tak nak cakap... taikonya cikgu nordin... sebab dia yang sampai paling awal... satu lagi team staf pendidikan khas... yang tu pulak semua perempuan.

0 ulasan: