Monday, November 1, 2010

MESYUARAT GURU KE-4 DI D'MANGGIS

Boss aku nie, asyik-asyik di D'Manggis je... best sangat ke tempat nie. Nak tahu best ke tak kena datang sini baru tahu he he he... Hari yang sama nie, ada sebuah lagi Sekolah Menengah di Rawang adakan majlis di sini. Sekali-sekala adakan mesyuarat di luar apa salahnya kan. Ubah angin pulak...asyik kat sekolah je.

Mesyuarat Guru kali ke-4 nie memberi lebih tumpuan kepada persiapan akhir persekolahan dan persiapan menjelang sesi persekolahan 2011. Mula pukul 8.30 hingga pukul 12.15 tu. Tapi tak pe, lepas tu ada jamuan makan.

Tarikh-tarikh Penting untuk Persiapan Sebelum Cuti 2010
  • 01 & 02 Nov - Kutipan buku teks.
  • 03 hingga 07 Nov - Cuti Deepavali
  • 08 & 09 Nov - Penyerahan buku teks.
  • 08 Nov - Tarikh akhir hantar sijil.
  • 09 Nov - Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas.
  • 10 Nov - Hari Anugerah Cemerlang.
  • 12 Nov - Hari Kanak-kanak.
  • 15 Nov - Kenaikan Kelas Tahun 4 dan Tahun 5
  • 16 & 17 Nov - Cuti Raya Haji
  • 18 Nov - Majlis Qurban dan Aqiqah
  • 19 Nov - Jamuan Qurban dan Aqiqah
  • 19 Nov - Penyerahan Tugasan 2010
  • 30 Nov - Bagi guru yang bertukar serah nota serahan tugas.

Tarikh-tarikh Penting untuk Persiapan Sebelum Bermula 2011
  • 27 Dis - Mesyuarat Guru Kali Pertama
  • 28 Dis - Mesyuarat Induk Kurikulum dan HEM
  • 29 Dis - Mesyuarat Induk Kokurikulum dan Kelab Staf
  • 30 Dis - Mesyuarat Panitia-panitia.
  • 31 Dis - Pendaftaran Tahun 1, Pra Sekolah dan kemas kelas.
  • 03 Jan - Persekolah sesi 2011.

2 ulasan:

Kamsiah said...

salam
eeeda...pic tu..ala2 sesi tayang handbag la hehe..

eeeda said...

Biasalah akak... yang tu tak pernah tinggal...