Tuesday, February 15, 2011

TERPUTUS SELEPAS MISI KE KONGO

Hari ini, aku mendapat panggilan telefon... jelas kedengaran suara ditalian tu... suara tu cukup ku kenali.

"Hello, Dah nie La.. lah, kenal lagi tak?"

Aku memang terkejut... sebab tak sangka dia akan call aku. Selepas sekembalinya dari Misi di Kongo beberapa tahun yang lalu puas aku hubungi... tapi ternyata tak berhasil. Dalam hati memang kuat mengatakan dia mesti dah tukar no phone nie. Tapi, selepas tu aku cuba lagi... mana tahu takut phone dia hilang dan guna semula no tu. Ternyata sampai sudah aku tak dapat hubunginya.

"Dah, apa khabar.. apa cerita sekarang??? dah berdua ke?"

Terus ajukan seoalan cepu emas.... memang patut soalan tu dia tanya... sebab last jumpa sebelum dia berangkat ke misi... aku memang ada tengah berusaha mengenali hati budi seseorang... tapi ternyata kami tak serasi.

"Masih macam dulu lagi... mungkin dia nak suruh tunggu La kot... nanti tak jemput pulak... Dah memang ada mencari La sebelum nie... ada jugak tanya kekawan kot-kot ada skot kita yang tahu di mana La posting... ramai yang cakap La kat TUDM Ipoh"

Rupanya sekarang member aku nie bertugas di TUDM Butterworth, Penang. Macam mana dia boleh teringat pulak nak call aku... masa dia buat panggilan tu... dia sedang memandu di highway bersama anaknya. Katanya on the way nak pergi bercuti... ke mana aku pun tak tanya...Sempat lagi anaknya, tanya... mama cakap dengan siapa tu. Last aku jumpa, anaknya berumur setahun... sekarang dah 6 tahun. Lima tahun jugak kami terputus hubungan.

Tak sempat nak sembang lama... talian di highway tak berapa jelas. Aku tahu ada sesuatu yang ingin dikongsi dengan aku... sebagai kawan aku sentiasa mendoakan kekawan semua bahagia dan beroleh kejayaan hidup di dunia mahu pun di sana nanti.

Jangan kerana kesilapan semalam, membuatkan kita patah semangat dan berputus asa. Sepatutnya kita perlu kuat untuk hadapi apa pun yang berlaku dalam kehidupan nie. Bagi aku yang merasai, yang melalui akan lebih mengerti. Jadikan sebagai benteng, untuk membina kehidupan yang akan datang.

Semangat setia kawan biar lah berkekalan...
Kemersaan di kalangan skot, aku hargai...

BERBELAS TAHUN TAK JUMPA

Ramlah, kawan aku masa sekolah rendah.... berbelas tahun tak jumpa... baru nie aku jumpa di majlis perkahwinan kawan aku... kawan dia gak sebenarnya... anak dah 5 orang... tahniah my friend.

Agaknya kalau aku mengajar di kampung... dah tentu aku akan mengajar anak kekawan aku kan. mesti seronok... yang sulung dah darjah 5.... anak kawan aku yang dah sekolah menengah pun ada... masa berlalu begitu pantas kan... sampai kita pun tak sedar... sebenarnya kita nie dah semakin meningkat umur.

Berada dengan kawan sebaya yang belum kawin tak terasa sangat... tapi bila berada dengan mereka yang dah beranak pinak nie... baru terasa.

Terasa kekurangan diri....
Bila mana belum mempunyai cahaya mata sendiri...

Masa nie lah baru sedar diri...
Yang diri nie, bila nak kawin lagi...

Monday, February 14, 2011

GULAM MEE KOTA DAMANSARA

First time aku lepak di Gulam Mee... pernah dengar nama, tapi tak pernah sampai... tempat nie sangat happening... selalu kita tahu kedai mamak je penuh... nie kedai melayu... tapi dia buat stail kedai cina... kat sana ada banyak gerai-gerai masakan... cakap je nak makan apa... semua ada.

Seronok jugak kan... dapat kuar mengeteh dengan orang yang mempunyai minat sama... sembang dah tentu berkisar perkara yang kita minat... sekali sekala keluar daripada bidang kerjaya nie best jugak. Kalau asyik bercerita sekolah... sekolah pun boring jugak kan...

Aku memang dari dulu lagi minat motor besar... so bila jumpa orang yang memang mahir dalam bidang tu... wah seronoknya sembang... sembang je lah... nak beli sendiri tu tak tahu bila boleh dapat.... kalau sebuah pun dah cecah puluhan ribu... sekarang memang tak mampu... banyak komitmen he he he he. Simpan dulu angan-angan tu. Mana tahu kan... jadi realiti.

Lagi satu dia nie minat memancing... aku pun minat jugak... tapi ya lah kan... susah nak jumpa perempuan minat memancing nie... baru bercadang-cadang dengan Ustaz and the gengs nak pe memancing kat kalong di Sabak Bernam tu...

Dia nie pulak tak suka memancing di kolam atau pun sungai... lebih suka memancing di laut je. Tu bila time ada cuti je... ke laut tempatnya... dengan kekawan yang kaki pancing. Rupanya modal boleh tahan jugak memancing di laut nie... tapi dah minat kan... sanggup je berhabisan. Bagi aku kerja penat-penat... dari 9.00 a.m hingga 8.00 p.m, apa salahnya labur sikit untuk diri sendiri.

Apa pun terima kasih lah... sebab sudi kuar mengeteh... bukan senang nak dapat kuar dengan orang yang sentiasa sibuk nie... bila time aku free... dia pulak tak free... nak jadikan rezeki malam tadi pulak dia free... itu pun bukan free sepenuhnya pun... lepas mengeteh, dia gerak ke Bagang Lalang pulak... ada member ajak pe memancing.

Setiap pertemuan perlu dihargi...
Agar tidak menyesal di kemudian hari...

Hari ini sudah pasti
kita diberi kesempatan waktu...

Esok belum pasti
oleh itu, perlu direbut peluang yang satu...

Sunday, February 13, 2011

ESOK CUTI

Esok memang cuti... tapi bagi aku, tak pernah cuti. Rutin harian berjalan seperti biasa.

Seawal 9.00 pagi mesti berada di Puchong.
Pukul 11.30 pagi kena berada di Shah Alam.
Pukul 12.30 member nak datang ke rumah... nak siapkan jadual waktu persekolahan... ini rombakkan kali 2. Harap-harap yang last lah.

Malam pulak dah ada kelas dengan anak jiran tetangga.

Friday, February 11, 2011

PAKAIAN SERAGAM

Hari Rabu, merupakan hari yang paling meriah. Bermacam jenis pakaian uniform kita boleh tengok... tak kira lah sama ada di kalangan guru mahu pun di kalangan murid. Minggu nie ramai pulak cikgu yang pakai baju uniform Puteri Islam.... wah boleh buat group tu...

Kat sekolah nie, hari Selasa cikgu-cikgu akan pakai baju korporat yang memang di tempah khas... warna biru dan warna kuning. Hari Khamis biasalah kena pakai baju batik. Meriah kan. Sebenarnya, tanpa kerjasama daripada cikgu-cikgu sesuatu yang ingin dilaksanakan sudah pasti tidak akan berjaya.

Berjaya sesebuah organisasi tersebut...
Bergantung kepada kerjasama yang berjaya dibentuk...

SEND GAMBAR GUNA FIREFTP

Kecanggihan teknologi banyak memudahkan urusan kita... baru nie aku hantar cuci gambar di Bangi... so sempat lagi tauke kedai nie... Ida bersama suaminya Azlan mengajar aku cara untuk menghantar file gambar menggunakan fireFTP. First time aku dengar. Tapi dengan arahan yang diberikan... sangat mudah untuk menggunakannya.

So, untuk akan datang aku tak perlu lagi ke kedainya di Bangi... hantar file yang hendak dicuci menggunakan fireFTP, buat pembayaran secara online dan dia akan pos gambar yang telah siap dicuci... wah mudah kan.... semuanya dihujung jari.

Belajar sesuatu yang baru...
Bukan berniat nak menunjuk yang kita nie tahu...

Thursday, February 10, 2011

MASTANA RESIDENCE

Malam nie sempat jugak aku menjengah di laman sosial fb Seri Pristana Mastana, mana tahu ada berita-berita terkini ke. Maklum lah aku nie... kuar awal pagi... balik dah malam. Apa yang berlaku, kalau kita tak ambil tahu... memang tak tahu lah.

Aku nak duduk lama kat taman nie... kalau boleh sampai pencen kat sini. Kalau tak bercampur dengan masyarakat... payah jugak kan. Insya Allah aku akan menyokong apa sahaja keputusan yang ajk buat... asalkan memberi kebaikan kepada penduduk.

Antara perkara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat nie.... setiap kenderaan perlu menampal stiker. Designnya memang cantik. Tambah menarik dengan warna orange. Tahniah kepada Ajk yang bekerja keras bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Apa yang lebih penting keselamatan penduduk di taman ini lebih terjamin.

Aku copy from fb:
Persatuan telah sebulat suara bersetuju untuk mewujudkan kawalan sekuriti mulai bulan Mac. Oleh yang demikian, penyertaan semua penduduk Seri Pristana 2 (Mastana) adalah 'WAJIB'. Bayaran yg dipersetujui adalah sebanyak RM30 sebulan. Persatuan telah bersetuju untuk membuka kaunter bayaran pada 19 dan 20 hb Feb ini di laluan masuk Jalan SP 2/3. Pada hari tersebut, penduduk dikehendaki membayar sejumlah RM100: pecahannya adalah seperti berikut : RM30-Yuran Tahunan, RM30-Yuran Sekuriti bulan Mac, RM30-Deposit Sekuriti dan RM10-Yuran pendaftaran.

Diharap semua penduduk dapat memberi kerjasama. Tanpa kerjasama agak mustahil apa yang dirancang dapat dilaksanakan.

Kita selalu bertanya apa yang kita dapat...
Tapi kita jarang bertanya apa yang kita beri...