Thursday, March 10, 2011

SEMAKAN DATA GURU SECARA ONLINE

Klik gambar untuk ke portal semak sendiri data peribadi...sebarang perubahan beritahu guru data.

Hari nie semua kekawan sibuk dok kejar den suruh print data guru untuk semakan... den punya semalam dah siap... tak sangka pulak disebabkan buat semakan dengan guru data... jumpa suku sakat lah pulak... kerja dah bertahun-tahun baru semalam tahu.

Kepada rakan guru, data emis nie perlu ambil serius... boleh dikatakan semua yang berkaitan dengan perkhidmatan secara online... data emis diguna pakai dalam banyak perkara.

Kalau boleh sentiasa lah update... sekiranya ada perubahan dari segi tangga gaji... tarikh-tarikh penting... maklumat belajar dan sebagainya.

Dulu lama jugak aku pengang guru data... so ada sidikit pengalaman... ada sorang guru nie tak dapat untuk mohon belajar... rupanya ada rekod dia yang ralat... bila kita suruh semak... deme nie ambil mudah.... dah jadi macam nie baru mengelabah... kan siapa yang susah.

Hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan... kita perlu ambil tahu... jangan semua benda tak tahu... yang dia nak tahu... gaji je naik setiap tahun.

Guru yang berilmu...
Semua benda perlu tahu...

SAMAN TRAFIK

Dua tiga hari nie.. kekawan sibuk bercerita pasal bayar saman... beratur panjang lah... dah habis no lah... parking susah lah... aku diam je lah... aku berjaya mengekalkan sifar saman selama 2 tahun berturut-turut.

Insaf betul aku, selepas kena hampir 10 saman speeding termasuk 1 saman yang dah dikeluarkan waran tangkap... hu hu hu hu... melayang duit aku beribu je kat situ. Buat pergi melancong lagi bagus.

Aku rasa... aku dah memandu secara berhemah...selepas kena banyak saman... tapi orang lain kata aku memandu kelam kabut dan laju... pelik kan...

Ada sorang rakan sekerja nie... sama taman dengan aku...
"kak, ko memandu bahaya betul... kelam kabut je, ko nak kejar apa? saya kat sebelah pun akak tak nampak"

"akak memandu macam biasa lah tu... mana ada kelam kabut... keta depan tu perlahan, dah le duduk lorong kanan... akak potong lah sebelah kiri"

Aku orang tanya confirm ada jawapan punya... aku selalu diajar... tahu ke tak tahu jawab je... masa belajar pensyarah selalu cakap macam tu... jangan hantar kertas kosong... so sampai sekarang terbawa-bawa.

Baru-baru nie aku ada keluar makan dengan sorang mamat nie...
"Lajunya bawa kereta, abang nie nak kawin lagi.. nanti tak sempat pulak"

Pada hal kalau dia yang bawa kereta lagi laju... tapi sebab duduk sebelah tu yang mulut bising... sebenarnya dia tak yakin dengan perempuan yang drive.

Sebolehnya aku akan elakkan disaman...
Biar perlahan, janji sampai ke destinasi yang dituju...

Wednesday, March 9, 2011

REZEKI KURNIAAN ILAHI

Seandainya langkahku telah terhenti nanti
Sekurang-kurangnya, ada juga kenangan disanubari
Yang selama ini jauh melangkah ke sana ke sini

Dengan hasil titik peluh sendiri
Bagi menghargai penat lelah bekerja selama ini
Siang dan malam tanpa henti

Bukan kerana tak cukup gaji yang diperolehi
Tapi menghargi kesihatan yang diberi
Mengisi masa dengan berkongsi ilmu yang ada dalam diri
Agar dapat menjadi penyambung amalan apabila tiada nanti

Rezeki yang diberi perlu disyukuri
Agar tidak menjadi orang yang lupa diri
Baru sedikit Tuhan memberi
Untuk menguji keimanan diri

Hidup ini perlu rajin berbakti
Ringankan tangan dalam memberi
Walaupun ada nanti yang membenci
Jangan dipeduli, rezeki kurniaan Ilahi

Tuesday, March 8, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat pengantin baru buat sepupu den Pinah... dan suaminya.... sebenarnya aku pun tak tahu menahu mereka nie berkahwin beberapa minggu yang lepas... dah selesai majlis baru aku tahu... kalau orang jemput Insya Allah aku balik.

Aku dengar khabar angin... lelaki nie memang asal dari Negara China... datang ke sini atas tiket student atau pun bekerja aku pun tak pasti.

Apa pun aku sentiasa mendoakan semoga mereka berdua dapat menjalani kehidupan berkeluarga dengan bahagia hingga ke akhir hayat.

Jarak bukan pemisah...
Warna kulit bukan menjadi ukuran...

Hati yang tulus...
Menjadi sandaran...

GINI GAMAKNYA PERANGAI CIKGU

Aku kat sekolah terkenal dengan garangnya... tak kira murid pagi mahu pun murid petang... kalau buat salah pasti kena tegur dengan aku... dah jadi tabiat lah pulak suka menegur silap murid... mungkin juga kita nak yang terbaik untuk murid...

Beberapa minggu lepas aku ke pasar raya... saja cuci mata... jalan sorang-sorang, pada hal bukan ada apa pun nak beli. Itu lah aku, kalau boring tak ada apa nak buat... aku ronda, kalau tak ke pasar raya... aku akan ukur jalan raya...

Masa nak keluar pasar raya... ada sorang kanak-kanak nie buang sampah... tapi tak masuk dalam tong sampah... aku dengan spontanya... tanpa rasa bersalah memanggil budak tu...

"sini..sini ambil sampah tu... masukkan ke dalam tong sampah"


Bila ramai orang sekeliling memerhatikan aku... termasuklah mak ayah budak tu... baru lah aku perasan... aku tersalah tempat menegur. Ingat kat sekolah... rupanya kat pasar raya...

Punya lah malu... rasa macam nak sorok muka nie dalam baju... malu.. malu... malu semalu malunya.

Perangai kat sekolah terbawa-bawa sampai ke luar. Entah apa lah yang difikirkan oleh mereka semua tu.... Kalau hampa lah... apa yang hampa fikir....???????

Perangai susah nak ubah...
Tapi tak tidak mustahil untuk berubah...

Hendak seribu daya...
Tak hendak seribu dalih...

SALAH KAH AKU ?????

Semalam merupakan sejarah dalam hidup sepanjang aku bekerja... aku terpaksa pertahankan diri daripada tomahan rakan sekerja... yang aku anggap kakak yang perlu dihomati.. orang tua yang hanya berbaki beberapa tahun lagi nak pencen... bukan untuk menegak benang yang basah... bukan juga bertujuan untuk mengeruhkan lagi keadaan... aku rasa keadaan perlu diperbetulkan... jangan biarkan buruk sangka antara satu sama lain berterusan.

Kalau sebelum nie, apa pun orang bercerita pasal aku... aku diam... memang betul berdiam diri bukan beerti kalah... bukan juga beerti bersalah... tapi bila masalah kawan aku... nama aku pulak yang dikaitkan... nie dah tak boleh jadi... kesabaran aku teruji.

Masih lagi menjadi tanda tanya apa salah member aku... sampai nak difitnah sedemikian rupa... sampai ke sudah kami tak mendapat jawapan. Kalau akak tak salah jangan lari.. mai kita selesai masalah... kalau betul tak payah nak takut... masalahnya apa yang akak cakap tu memang tak betul... macam mana aku nak percaya...

Akak silap, kami nie kenal dah lama... kat sekolah nie kami dah macam adik beradik... cubit paha kanan, paha kiri pun turut terasa. Kawan aku sampai menangis sedihnya dia... bila orang tua boleh keluarkan kata-kata macam tu... nasib baik aku nie hati batu... menangis tu tak lah... tapi makin panas... memang orangnya panas baran.

Salah ke aku tanya kepada tuan empuya diri... sama ada betul ke tak??? aku tak kan dengar daripada sebelah pihak... akak ko silap orang untuk menguji aku berdua.... dan bercerita tentang kawan kami... dah sah-sah lah kami akan tanya... dan lagi satu aku rasa akak masih belum mampu membezakan antara fitnah dan juga rahsia. Kalau rahsia orang memang ya... kita perlu simpan dengan rapi... biar pecah di perut... jangan pecah di mulut... tapi kalau fitnah... kita kena selidik betul atau tak... jangan terus percaya.

Semalam tu nasib baiklah... PK datang menyelamatkan keadaan... ikutkan panas aku... aku nak tekan je sampai akak mengaku... kenapa akak buat macam tu... apa akak dapat.. dan untuk apa??? Nasib baik aku diredakan dengan kata-kata PK....
" biar lah farid, orang tua... dia lupa apa yang dia cakap semalam"
Lega sikit.

Kita dah tua... malu lah sikit... buat perangai macam tu... kita nak orang menghormati semasa kita bercakap... tapi kita masa orang bercakap sibuk nak mencelah... panas jugak aku... sampai naik tangan.... berkali-kali ditegur oleh member nie....
" farid, tangan tu... farid tangan tu... farid..... tangan tu"

Aku terasa tertekan jugak... masalah lama belum selesai... dah timbul masalah baru... mungkin tuhan nak uji kesabaran aku.

Hidup perlukan kesabaran...
Agar lebih tabah mengharungi hari mendatang...

Monday, March 7, 2011

JOM BERSENAM DI SK SERI PRISTANA

Tahniah kepada Ajk Biro Wanita.... kerana berjaya menganjurkan aktiviti senamrobik pada setiap Hari Ahad. Setakat ari nie aku belum berkesempatan untuk join sama... banyak komitmen di luar.

Aktiviti sebegini banyak kebaikannya... sekurang-kurangnya dapat juga mengenali antara satu sama lain. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai nie... masing-masing bekerja kan.. Bayaran yang dikenakan amat berbaloi... jika dibandingkan faedah yang kita dapat.

Terima kasih jugak kepada pihak sekolah kerana membenarkan komuniti Seri Pristana 2 Mastana menggunakan ruang legar sekolah berkenaan.

Niat yang baik perlu disokong...
Perkara yang mungkar perlu ditegah...