Tuesday, September 20, 2011

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 4

Dalam kawasan Muzium Negeri Terengganu nie... terdapat jugak pelbagai jenis rumah masyarakat di negeri ini... menarik jugak rumahnya... teringat pulak rumah Mini Malaysia yang terdapat di Melaka. Rugi kan, dah sampai kalau tak bergambar.

Rumah yang nie... luas betul. Rumah orang dulu-dulu, selalunya dibina tinggi dan di bawah rumah berkenaan boleh digunakan untuk tujuan lain... kalau umah pak cik aku, hang pa tau dia buat apa... tambat lembu... malam memang tak boleh tidur...banyak agas-agas... satu lagi bau tahi lembu... tak tahan aku... Mereka yang dah biasa memang tak heran pun.

Anak buah aku nie... sebenarnya dah kepenatan... bangun seawal 4.00 pagi... ya lah perjalanan ke LCCT dah ambil masa 1 jam... pukul 5.30 pagi dah sampai sana self check in bagai... sampai di Kuala Terengganu terus berjalan... tapi tak berani nak cakap penat, lagi satu depa nie seronok dapat berjalan. Siap cakap lagi, "mak itam nanti kita ge jalan-jalan lagi... tapi kat tempat lain lah". Dalam hati sekejap je dah besar anak buah aku... dah boleh buat kawan... lepas nie tak payah susah-susah cari kawan kalau nak berjalan... nie lah kawan aku berjalan... dua beradik nie tak banyak kerenah sangat pun.

Bergambar di tempat kenderaan lama dipamerkan... antaranya kenderaan yang digunakan oleh orang besar-besar Negeri Terengganu seperti kenderaan rasmi Menteri Besar. Tu orang selalu cakap... barang lama, baik hantar masuk muzium je... tapi orang sekarang lain pulak, lagi nak cari barang lama... katanya ada sentimental value. Aku sendiri pun, antara salah seorang yang berminat mengumpul barang lama. Nasib baik si dia memang faham jiwa aku... si dia pun dah tahu aku minat barang antik-antik.

Nie pajero yang digunakan oleh Lembaga Muzium Negeri Terengganu... kenderaan rasmi lah nie.

Kereta kebal pun ada jugak... ingat di Kem Askar je ada... kat sini pun ada tau.

Kalau orang ramai... atau pun hari tertentu... keretapi nie digunakan untuk melawat kawasan sekitar muzium... ya lah kawasannya luas... boleh tahan jugak lah penatnya berjalan.

Dah tengah hari... kami bergerak ke Marang... menggunakan gps yang aku bawa... aku setting bank yang terdapat di Marang... sebab tak berapa reti nak guna kan... dalam perjalanan kami singgah sekejap di masjid terapung nie... sempat lah aku rehat sekejap sementara dua beradik tu bermain kat taman...

Lepas tu gerak ke Marang... nasib baik jumpa tempatnya. Anak buah aku dah merenget nak tidur... katanya dia mengantuk sangat... sebelum tu kami cari kedai makan untuk isi perut. Rupanya kat Terengganu pun dah macam kat KL... siang nak cari kedai makan punya susah... tapi kalau dah malam berlambak kedai makan yang buka.

Rupanya anak buah aku nie memang kuat makan... aku oder nasi goreng sepinggan seorang boleh habis.... aku pun tak habis... lepas tu balik singgah 7-eleven beli roti dan air mineral lagi. Tengah hari memang tak boleh buat apa-apa aktiviti... cuaca ari tu panas terik... aktiviti yang paling sesuai ialah kuak lentang... aktiviti bersambung lepas solat Asar.

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 3

Muzium Terengganu nie banyak yang menariknya... kalau mereka yang ingin mengambil peluang untuk lebih mendalami apa yang tersimpan di sini... perlu spend setengah hari.... aku cuma lalu dan bergambar di tempat-tempat yang aku kira menarik... tak sempat pun nak baca setiap apa yang dipamerkan.

Kawasan yang menempatkan pelbagai jenis perahu pun dah cukup luas... ada pelbagai jenis perahu yang digunakan oleh masyarakat dahulu untuk menghubungkan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Ini pun aku pilih-pilih je untuk bergambar... kalau ikutkan anak buah aku... semua dia nak bergambar.

Setiap jenis perahu di tempatkan di bawah satu bumbung khas... bayangkan ada berapa banyak tempat seumpama nie... kawasan di sini tak lah panas... sebab memang banyak pokok-pokok yang dah besar... tapi sunyi lah sikit. Tapi jangan risau ada pengawal. Keselamatan memang terjamin.

Perahu yang nie aku paling suka... sebab cantik. Siap berbumbung lagi.

Tempat nie, kami hanya sekadar bergambar di luar je... aku tak masuk pun di dalam... apa yang ada di dalam... kalau nak tahu kena datang lagi lain kali. Apa yang dipamerkan di dalam bangunan nie pun aku tak tahu... mungkin yang berbentuk artifak yang bersaiz kecil... aku tak sempat nak tengok... kat sini pun, kena ambil masa kalau nak baca satu-satu.

Sebenarnya aku suka nak baca semua tu... tapi kali nie berkejar-kejar... kononnya nak pergi banyak tempat yang menarik di ganu nie... he he he he...

Monday, September 19, 2011

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 2

Turun je flight, destinasi pertama tentunya pe ambil kereta dulu... baru senang nak bergerak. Masa aku sampai, kereta memang banyak lagi... lewat sikit lagi, kalau hujung minggu memang habis kereta sewa nie... kebanyakkan yang sewa penuntut 'U'. Kalau sewa ikut jam... sejam RM6.

Bergambar di salah satu pondok yang terletak di tepi sungai Terengganu di dalam kawasan muzium kapal.

Kami bergerak ke destinasi seterusnya... Muzium Negeri. Kali pertama aku sampai ke Muzium nie... rupanya kat dalam nie luas... banyak benda yang boleh kita terokai... berpeluh jugak lah aku berjalan di sekitar kawasan dalam muzium tu. Itu pun ada tempat yang kami tak pe tengok... sebab dah penat... cuaca hari tu memang panas... pukul 11.30 tu dah panas sangat.

Bergambar, berlatar belakangkan kapal yang terdapat di muzium berkenaan. Ada bahagian tertentu tidak dibenarkan naik kerana sedang diselenggara. Masa kami datang nie... sunyi. Hanya ada 2 group je sedang membuat lawatan. Group kami dan satu lagi group.

Banyak tempat dalam muzium nie kami lalu je... tak larat nak masuk di dalamnya... aku rasa di dalam tu lagi banyak benda yang boleh kita tengok. Tak pe lah kali pertama, tengok kat luar je... kali kedua kan... masuk dalam dan ambil masa baca semua.

Time nie, anak buah aku bersemangat lagi... bergambar sana... bergambar sini... sat lagi, mengadu mengantuk lah... lapar lah... biasalah budak-budak. Bila berjalan dengan anak-anak nie, kita lebih fikir mereka je... kita tu dah jadi nombor 2. Kali nie aku pun tak teruja sangat nak bergambar... kata je pe bercuti nak rehatkan minda... tapi dalam kepala nie macam-macam dok fikir... plan A, Plan B...buat aku stress lah jugak.

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 1

Pada hari Jumaat yang lepas... 16 Sept hingga 18 Sept 2011... aku berpeluang bercuti bersama dengan 2 orang anak buah aku ke K.Terengganu. Dah lama aku tak bawa anak buah bercuti... last sekali pun aku bawak depa berdua nie masa si angah umur 4 tahun ke Melaka... lepas tu ajak dah tak mahu ikut.

Nie pun nak ikut sebab nak merasai pengalaman naik kapal terbang... saja aku pilih destinasi ke K.Terengganu... sebab tempat nie aku dah pernah pergi... so tak ada lah sesat barat sangat.

Si adik, mak itam tak bawak ok... sat lagi tak larat aku nak melayan... tunggu besar sikit. Flight kami pukul 6.55 a.m... bersemangat anak buah aku bangun... sekali kejut je. Kalau nak ke sekolah bukan main liat lagi...

Nie lah keluarga kakak aku yang nombor 4... yang nie aku rapat sikit... sebab duduk KL... selalu jumpa... paling tidak pun sebulan sekali. Aku tempah tiket 31 Jan 2011... lama tu... 8 bulan yang lalu... harga untuk 3 orang RM 533.

Anak buah aku yang si angah tu... merah jugak mata... takut dan pening katanya masa kapal terbang tu nak naik...

Dalam kapal terbang tu... sibuk cakap lapar... aku tak ada lah, nak oder makanan.. fikir penerbangan bukan lama sangat pun... dalam 45 minit je...

"Mak itam, kak ngah rasa macam lapar je"
Tak pe lah, aku tanya lah... mana ada makanan yang lebih... rupanya kalau ke Terengganu... dia orang bawa naik untuk mereka yang tempah je... tak macam penerbangan yang memakan masa lama... memang ada extra.

Aku beli lah Kit Kat dan air milo sekotak... reganya tu dia... RM10. Layan je lah anak buah aku nie.

Pukul 8.00 lebih dah sampai di Lapangan Terbang Terengganu... cantiknya lapangan terbang nie... sempat lagi anak buah aku posing di pintu masuk ketibaan sementara menunggu orang jemput... aku dah tempah kereta sewa... untuk memudahkan perjalanan di sana nanti.

So memang mereka akan ambil di Lapangan terbang dan akan hantar balik nanti. Aku sewa kereta viva sehari RM90 dan selama 2 hari RM180. Tempat kereta sewa nie... tak jauh pun dari lapangan terbang. Memang banyak kereta sewanya. Service yang diberikan oleh syarikat En. Rani memang terbaik.

Tempat nie... memang ramai yang mengambil peluang untuk bergambar... so aku pun apa lagi.. snap lah jugak gambar untuk anak buah nie...

Wednesday, September 14, 2011

PERCUTIAN KE TERENGGANU

Hari nie merupakan hari terakhir peperiksaan UPSR... lega rasanya... berdebar tu akan muncul kembali, bila tiba time keputusan keluar nanti. Janji, yang dekat nie dah selesai... Esok mula bercuti selama 3 hari... so aku ambil kesempatan nie untuk merehatkan minda di Kuala Terengganu. Flight aku esok pada pukul 7.00 pagi.

Minggu nie aku rasa bersyukur sangat... segala yang dirancang berjalan dengan baik. Alhamdulillah, Allah s.w.t permudahkan segala urusan aku... dari awal perancangan sehinggalah tiba pada hari kejadian. Penantian aku selama sebulan lebih tidak sia-sia... kerana aku dapat berjumpa dengan seorang yang sangat aku kagumi keperibadiannya.

Kesudiannya untuk bertemu dengan aku... amat dihargai.

Malam nie, aku nak kena hantar member di Hentian Jalan Duta... basnya ke Kedah akan bertolak pada pukul 8.30 malam... lepas tu aku akan terus ke Cheras Utama... umah kakak aku... so, esok dekat sikit nak ke LCCT. Harap pergerakan di sana nanti berjalan dengan lancar.

Semalam Ustaz dah beri GPS yang aku akan gunakan sepanjang berada di sana... supaya senang... tak ada lah makan langsat. GPS nie dah lama aku beli ... tapi aku nak ke mana sangat... time macam nie nak kena ada... kalau tak, Ustaz je lah yang guna... dia selalu ke hulu ke hilir.

Jalan-jalan lihat pemandangan...
Beroleh ketenangan luas pandangan...

Jalan-jalan tengok sekitar...
Cari pengalaman jangan gentar...

Saturday, September 10, 2011

AKTIVITI PENUH BULAN NIE.

Aku rasa bulan nie tak berapa nak boleh bernafas... penuh aktiviti di hujung minggu... Aku minta maaf bebanyak kepada my friend yang menyatakan hasrat nak turun melepak kat umah aku... aktiviti bulan nie penuh. Aktiviti nie sebenarnya dah lama rancang. Aku kalau tak ada program... on je.

Bermula minggu nie... dengan kelas tambahan hari Sabtu... dengan extra kelas lah... macam-macam kelas lah... pendek kata Hari Sabtu dan Ahad aku memang penuh... hari Ahad esok ada kelas sampai malam... ajar anak kawan aku kat umahnya... tu kira last revision.

Hari Selasa 13 Sept nie ada temujanji dengan seseorang... belum sempat lagi aku nak buat persiapan... kalau kita nak pergi berperang perlu bersiap sedia dengan segala macam kelengkapan perang... sama jugak dengan yang nie... nak jumpa seseorang yang kita belum kenal... pastinya perlu buat persediaan yang rapi. Pendek kata jangan pe tangan kosong... perlu buat research dulu.. cari maklumat apa yang patut... buat andaian dan kemungkinan-kemungkinan serta sedia jawapan yang boleh diterima oleh akal.

Minggu depan 16 Sept -18 Sept, cuti-cuti Malaysia di Terengganu... segala tempahan... penginapan dan pengangkutan... dah selesai. Aktivti di sana sekejap je rancang... ikut jadual sendiri kan... apa nak kisah. Tinggal packing barang je... apa je pun yang nak dibawa... perkara aku kira penting kena bawa adalah gps he he he... takut sesat barat kat sana nanti... siapa nak tolong aku jadi peta bergerak... tahun 2009 pe, ada juru pandu... tahun nie nak kena redah sendiri... tambah pulak dengan kanak-kanak riang... lagi mati kutu aku...

Insya Allah aku akan luangkan masa untuk melawat keluarga arwah Cikgu Nuar... memang sengaja aku sewa semalam penginapan kat tempat menjadi kenangan kami ke sana. Semalam tidur di Marang.... dan semalam lagi tidur di Mengabang Talipot.

Petang balik dari Terengganu tu... nak kena jemput sepupu di tol Gombak... sebab esoknya 19 Sept nak daftar masuk kolej di Damansara Perdana. Nasib baik tak jauh dari umah aku.

Minggu tu jugak 21- 23 Sept aku kena pe kursus di BTP Shah Alam... jadualnya sampai pukul 10.00 malam... alamaknya kena bermalam di sana lah... nak balik bukan tak boleh... tapi penat tu... sat lagi tak jaga pulak.

Hari Sabtu 24 Sept ada LADAP di sekolah... lepas tu, kena pe umah member ada buat jamuan sikit... Ingat kalau sempat petang tu nak kuar dengan seseorang... sebab dah tak ada kelapangan bulan nie. Kalau tak pun hari Ahad je lah kuar dengan dia... nanti berkejar-kejar... penat je.

Hari Jumaat 30 Sept - 2 Okt tu pulak, nak terbang ke Kota Kinabalu... teruja aku nak ke sana... nie kali pertama aku sampai ke Sabah... tu yang tak sabar nak terbang.

Dalam kekalutan dengan macam-macam hal... lupa pulak nak tanya member nie... dah booking ke belum tempat untuk aku... trip ke Hat Yai cuti Deepavali nie... kalau budget lebih boleh pe Korea... my boss pelawa jugak ari tu... tapi belum berkemampuan lagi... budget besar bangat... apa pun kena plan awal-awal senang...

Trip yang dah confirm pada 23 Okt dan 24 Okt nie ke Melaka. Tapi yang nie rombongan sekolah... bawa anak murid bermalam di sana. Sambutannya sangat menggalakkan. Terbaik betul, cikgu yang buat promosi tu.

Jalan-jalan makan angin...
Ada wang ke mana sahaja teringin...

Jalan-jalan cari pengalaman...
Jadikan kenangan sepanjang zaman...

Tuesday, September 6, 2011

RAKAN SEKERJA SILIH BERGANTI

Dari kiri, Rusmina, Zubaidah, aku, dan Rosma Aina

Saban tahun pastinya ada saja rakan sekerjaku yang mohon bertukar dengan pelbagai alasan... minggu sebelum cuti, aku difahamkan e-tukar telah pun dibuka... rasanya tahun nie aku tak mohon lagi kot... akan datang tak tahu lah... ada sebab mengapa aku tak nak mohon lagi... hanya aku je yang tahu.

Boleh dikatakan... setiap tahun ada saja rakan yang berjaya dalam permohonannya... ini bermakna aku akan kehilangan rakan sekerja... bagi aku, itu bukan bermakna akan terus hilang kawan... ke mana mereka berpindah tidak penting... apa yang penting kemudahan perhubungan yang ada masih boleh sentiasa berhubung dengan mereka yang jauh.

'Patah tumbuh hilang berganti'... begitulah lumrahnya kehidupan nie. Setiap guru yang keluar pastinya akan diganti dengan guru yang baru... ini bermakna aku akan mendapat rakan yang baru... di atas tu rakan sekerja aku yang baru setahun dua di sekolah nie. Harap-harap lama lah mereka berada di sekolah nie.