Monday, September 19, 2011

PERCUTIAN KE TERENGGANU PART 1

Pada hari Jumaat yang lepas... 16 Sept hingga 18 Sept 2011... aku berpeluang bercuti bersama dengan 2 orang anak buah aku ke K.Terengganu. Dah lama aku tak bawa anak buah bercuti... last sekali pun aku bawak depa berdua nie masa si angah umur 4 tahun ke Melaka... lepas tu ajak dah tak mahu ikut.

Nie pun nak ikut sebab nak merasai pengalaman naik kapal terbang... saja aku pilih destinasi ke K.Terengganu... sebab tempat nie aku dah pernah pergi... so tak ada lah sesat barat sangat.

Si adik, mak itam tak bawak ok... sat lagi tak larat aku nak melayan... tunggu besar sikit. Flight kami pukul 6.55 a.m... bersemangat anak buah aku bangun... sekali kejut je. Kalau nak ke sekolah bukan main liat lagi...

Nie lah keluarga kakak aku yang nombor 4... yang nie aku rapat sikit... sebab duduk KL... selalu jumpa... paling tidak pun sebulan sekali. Aku tempah tiket 31 Jan 2011... lama tu... 8 bulan yang lalu... harga untuk 3 orang RM 533.

Anak buah aku yang si angah tu... merah jugak mata... takut dan pening katanya masa kapal terbang tu nak naik...

Dalam kapal terbang tu... sibuk cakap lapar... aku tak ada lah, nak oder makanan.. fikir penerbangan bukan lama sangat pun... dalam 45 minit je...

"Mak itam, kak ngah rasa macam lapar je"
Tak pe lah, aku tanya lah... mana ada makanan yang lebih... rupanya kalau ke Terengganu... dia orang bawa naik untuk mereka yang tempah je... tak macam penerbangan yang memakan masa lama... memang ada extra.

Aku beli lah Kit Kat dan air milo sekotak... reganya tu dia... RM10. Layan je lah anak buah aku nie.

Pukul 8.00 lebih dah sampai di Lapangan Terbang Terengganu... cantiknya lapangan terbang nie... sempat lagi anak buah aku posing di pintu masuk ketibaan sementara menunggu orang jemput... aku dah tempah kereta sewa... untuk memudahkan perjalanan di sana nanti.

So memang mereka akan ambil di Lapangan terbang dan akan hantar balik nanti. Aku sewa kereta viva sehari RM90 dan selama 2 hari RM180. Tempat kereta sewa nie... tak jauh pun dari lapangan terbang. Memang banyak kereta sewanya. Service yang diberikan oleh syarikat En. Rani memang terbaik.

Tempat nie... memang ramai yang mengambil peluang untuk bergambar... so aku pun apa lagi.. snap lah jugak gambar untuk anak buah nie...

0 ulasan: