Wednesday, September 28, 2011

MENGHARGAI KUNJUNGAN TETAMU

Terasa rindu, jika sehari tak menjengah ke blog kesayangan aku nie. Seboleh mungkin aku akan buka blog nie... kecuali memang kesibukkan melanda dan berada di luar liputan tenet.

Terlebih dahulu terima kasih kepada mereka yang sudi singgah di blog yang tidak seberapa nie... blog nie lebih kepada catatan peribadi semata-mata dan sedikit info yang cuba dikongsikan bersama dengan pembaca di luar sana.

Beberapa minggu lepas aku pe meeting Guru Penyelaras ICT... so datang sorang cikgu nie... "cikgu ada blog kan... saya selalu masuk ke blog cikgu... saya ada rujuk contoh tugasan yang dilinkkan. Terima kasih cikgu"
Aku, mengiya je lah... aku letak kat situ memang nak kongsi dengan rakan-rakan di luar sana. Ambil lah mana yang boleh pakai...

Chatbox tetamu adalah tempat pertama yang aku akan tengok. Sekiranya terdapat komen yang kurang enak... aku akan delete. Tetamu berhak komen, tetapi jika melampau boleh mencemarkan imej tu terpaksalah. AKu seorang yang terbuka dalam menerima komen-komen daripada tetamu. Komen-komen berkenaan sebenarnya boleh membantu aku untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Kepada tetamu yang membuat komen pada 27 Sept 2010 (1410 hrs) terima kasih kerana sudi jengah ke blog aku nie dan membaca coretan yang tak seberapa.

Tetamu bkan apa ckgu suka baca ckgu pnya crita..

Tetamu asmkum.sja singah baca.ckgu thun ni melancong apa kata thn dpan kita p umrah plak.


Sebenarnya niat nak pergi menunaikan umrah tu memang ada. Insya Allah tahun depan jika ada rezeki dan diberi kesihatan yang baik. Nie dah orang yang keberapa suruh aku pe umrah.

Si dia merupakan orang yang pertama ajak aku pergi menunaikan umrah... tapi masa tu belum terbuka pintu hati...

PK Hem sekolah aku, pantang ada masa... time sembang je, mesti suruh aku pe umrah... katanya aku berkemampuan... benda lain boleh beli... pergi umrah berapa sangat je pun. Betul jugak apa yang dia cakap tu... PK aku nie, aku anggap macam mak aku berleter je. Niat dia baik, selalu ingatkan aku.

Kerani di sekolah, setiap kali aku mohon cuti untuk pergi bercuti... sibuk suruh aku pergi umrah... "cukup-cukup lah berjalan... pergi umrah dulu... nanti, dah pergi sekali mesti nak pergi lagi" katanya.

Kawan mak aku, dah berapa kali ajak aku pe buat umrah... " jom lah cikgu kita ge buat umrah sama-sama" Aku dengan orang tua boleh masuk... dengan kanak-kanak riang pun boleh join sekali... tapi sekejap je lah... lepas tu mesti budak akan menangis... aku ngenak.

Dalam bulan nie, aku berkesempatan jumpa dengan sesorang... yang baru saja balik dari menunaikan umrah selama 37 hari sepanjang bulan ramadhan... pun sama. "cikgu dah pernah pergi umrah ke?? kalau belum pernah pergi lah sekali... nanti setiap tahun rindu nak pergi lagi"

Terbaru, aku jumpa sepupu ayah aku di Hospital Selayang... masa tu aku datang melawat orang kampung... sembang punya sembang... terkeluar lah... "cikgu kena ge umrah, dah berkemampuan". Dalam hati, dah ramai mendoakan aku supaya pergi umrah.

Orang tua selalu cakap, kalau dah ada niat tu.. kita usaha Insya Allah... kita akan dapat.

2 ulasan:

zeda said...

Umrah tu memang baik bagi yang berkemampuan, tapi macam mana kalau dalam kehidupan seharian kita masih ada perkara-perkara sasama kita yang masih belum selasai.

eeeda said...

Tu lah, kalau dah sampai masa sy pun banyak benda yang perlu diselesaikan sebelum ke tanah suci... ada jugak orang tua ingatkan sy... takut nanti benda yg patut selesaikan di sini tak selesai... bila di sana nanti tak boleh nak beramal.

Pertama tu sesama kita... dan ada lagi yang lebih penting perlu diselesaikan.

Insya Allah niat tu ada... tapi ada je halangan.