Saturday, November 12, 2011

PERCUTIAN KE KUCHING, SARAWAK PART 6

Hari ketiga di Kuching... kami bersiap-siap seawal pagi... maklum lah pagi raya haji kan... tapi di Kuching nie tak macam raya pun... ada lah yang berbaju kurung dan berbaju melayu... bilangannya sangat kecil... kalau kat tempat kita mesti meriahkan. Aku memang dah biasa raya haji tak balik kampung... so tak ada lah rasa pelik sangat... tambah pulak tahun nie emak den beraya di Mekah.

Kawan aku Zila, pukul 9.30 pagi dah terpacak di depan hotel... bersiap sedia untuk membawa kami ke Perkampungan Budaya Sarawak yang terletak di kaki Gunung Santubong. Perjalanan tak ada lah jauh sangat... GPS menjadi juru pandu kami.

Tu sebab aku cakap... penat berjalan je sepanjang percutian 3 hari 2 malam di Kuching... mana tak naik lengoh kaki aku nie... Kawasan perkampungan nie pun boleh tahan jugak luasnya... Sama macam ke Taman Tamadun Islam... kita akan diberi pasport... tak habis pun aku cop... dah tak larat nak berjalan. Rumah yang aku berminat je... aku masuk.... yang lain tu aku lalu je.

Berlatar belakangkan Gunung Santubong... bersembang dengan kawan aku nie kena spend banyak hari... dia nie banyak pengalaman yang nak dikongsikan...

Kebetulan flight kami delay sejam... so sempat lah kami ke rumahnya... nak termuntah aku tengok gambar-gambar percutiannya ke luar negara... semasa bertugas di Kongo... dan aktiviti-aktiviti dia... selonggok gambarnya.

Betul lah pengalaman tak boleh dijual beli...
Dan pengalaman juga tak boleh dicuri...
Pengalaman perlu dicari...

Kat mana pun sempat je bergambar... tak tahu bila lah pulak dapat jumpa Nadia... tahu-tahu dah sekolah menengah.

Ada orang meniti jambatan macam nie pun boleh gayat... panjang jugak jambatan buloh nie... Jambatan nie mesti kena naik... pengalaman meniti jambatan macam nie bukan senang nak cari di Semanjung.

Tengok sekali, aku pun macam askar jugak... lasak... dari dulu lagi memang lasak... sekarang aktif camping je lah...tapi dah rezeki dalam bidang perguruan... aku bersyukur dengan rezeki sekarang...

Memang tak boleh dinafikan gaji kekawan di TUDM lebih besar berbanding dengan aku... tapi tengok lah depa kerja macam mana... nak cuti raya pun terpaksa ikut turn. Kerja tak tentu masa... setiap kerjaya ada kelebihan dan kekurangan... betul tak.

PERCUTIAN KE KUCHING, SARAWAK PART 5

Malam kedua di Kuching... Kapten Zila dan anaknya bawa kami keluar makan dan jalan-jalan di sekitat Waterfront. Anaknya sibuk nak naik bot penambang... so kami layan je lah... tak turun pun sampai ke seberang.

Umur 6 tahun... petahnya bercakap... tu kami dok gelak dengan telatahnya..

Terima kasih my friend... bukan senang nak jumpa member nie... time dia duduk di Shah Alam ada lah sekali 2 je jumpa... ini kan pulak jauh... so setiap saat yang ada perlu dihargai sebaik mungkin.

Aunty ida happy jumpa Nadia dengan ibu... last jumpa Nadia 5 tahun yang lalu... nanti kalau Nadia balik semenanjung... jangan lupa singgah umah aunty.

PERCUTIAN KE KUCHING, SARAWAK PART 4

Balik dari Pasar Serikin, kami singgah di Pasar Satok... gigih betul... menggunakan masa yang ada sebaik mungkin. Tujuan utamanya nak dapatkan ikan terubuk masin... rugi kalau dah sampai ke sana tak beli untuk orang di Semenanjung.

Pasar nie pun seronok jugak... nak apa??? semua ada. Nak beli cenderahati, nak beli makanan pelik-pelik... buah-buahan yang hang pa tak pernah jumpa pun ada kat sini.

Kami dah tak larat berjalan... dah le parking kereta jauh... so member aku ge ambil kereta. Padahal beli ikan terubuk masin je pun.

Aku nak cuba makan ulat sagu nie... RM0.40 seekor... ditegah oleh kawan aku... mesti sedap kan... makanan yang berprotein tinggi.

Buah nie aku beli... nama lupa lah pulak... kali nie aku bercuti lupa nak bawa buku catatan... isi di dalam dan rasanya seperti buah rambai je pun... tengok kulit luar memang menarik... buat aku tertarik untuk merasanya... kali pertam pun aku jumpa buah nie.

PERCUTIAN KE KUCHING, SARAWAK PART 3

Hari kedua di Kuching, kami plan untuk ke pasar Serikin... nasib baik ada kawan aku yang sudi bawa kami ke sana... terima kasih my friend.

Pukul 8.00 pagi kami bersiap-siap untuk sarapan di hotel... pukul 9.00 lebih kami bergerak ke sana... boleh tahan jugak perjalanannya... kalau drive sendiri jenuh jugak... sebab tak ada papan tanda... oleh sebab orang bawa... so boleh lah kami layan kiri kanan dan menyembang sakan... banyak cerita yang hendak diceritakan... maklumlah cerita yang bertahun-tahun nak dihabiskan dalam masa yang beberapa jam tu.

Bergambar di salah sebuah kedai yang kami singgah untuk beli kain batik Sarawak untuk keluarga... aku tak memborong pun... cuma beli kain batik je... kawan aku sorang nie je beli macam-macam.

Memang murah lah harganya... kebanyakkannya barang dari negara seberang dan juga hasil pertanian masyarakat setempat.

Memang meriah lah pasar nie... pelancong dari luar pun ramai... orang semenanjung yang borong sakan kat sini.

Kawan den bersama anak-anaknya yang sudi temankan kami ke sana... kebetulan pada hari tersebut dia tak ada kerja... so boleh lah temankan. Seharian jugak lah kami di sini... kami berjalan sampai di hujung jalan.

Naik lenguhlah kaki aku berjalan.

Balik tu, sempat kami singgah di restoran di Taman Ilmu... tak jauh pun dari rumahnya. Kami oder air special. Lepas tu gerak ke rumahnya... Isterinya sibuk masak rendang dan ketupat untuk hari raya... tu yang tak dapat join sama.

Friday, November 11, 2011

PERCUTIAN KE KUCHING, SARAWAK PART 2

Nie lah kawan aku yang sama-sama ke Kuching... aktiviti pertama kami... keluar makan malam. Kawan aku, yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di UiTM Cawangan Kuching bermurah hati untuk membawa kami makan. Kali pertama aku jumpa kawan nie, selepas tamat belajar di Maktab tahun 1999.

Kami makan malam di seberang... so merasa lah aku naik bot penambang untuk ke seberarang... tambangnya murah je RM 0.50... tapi kalau dah lepas pukul 10 malam... bayaran lain pulak... RM1... tapi masih murah lagi kan.

Kawan aku oder nasi ayam penyet dan aku try makan mee kolok... sedap jugak.

Lepas makan, kawan aku nie bawa kami jalan-jalan di sekitar Waterfront... kebetulan baru lepas hujan... so tak ramai sangat orang kat sana...sempat lah kami snap gambar untuk kenangan... nie bangunan Dewan Undangan Negeri yang terletak di seberang sana..

Kalau ke Kuching jangan lupa ambil gambar di sekitar replika kucing yang menjadi mercu tanda Bandaraya Kuching... he he he... last sekali aku ke Kuching pada tahun 1997...

Replika kucing yang menjadi daya penarik kepada pengunjung untuk merakamkan kenangan di Kuching.

Bergambar setelah perut diisi dengan mee kolok... lepas nie boleh lah cakap aku dah pernah makan... dah habis pusing sampai di menara kami patah balik... boleh tahan jugak kami berjalan... lain kali kalau nak bercuti yang memerlukan banyak pergerakkan kena buat latihan... lenguh kaki aku.

Habis kalau hari biasa... berjalan dalam kawasan sekolah je pun... itu pun kalau time banyak kelas... kalau tak duduk je kat siber tu... tahu-tahu je dah nak balik. Kalau dah balik rumah... dah lagi lah kurang pergerakkannya.

PERCUTIAN KE KUCHING, SARAWAK

Pada 4 November hingga 6 November 2011 aku berpeluang berkunjung ke Bandaraya Kuching bersama dengan seorang teman semasa berkursus di M4P sekarang I4P lah pulak ye. Hari Jumaat penerbangan kami pada pukul 4.30 petang. So tak payah lah susah-susah nak mohon cuti atau pun minta balik awal.

Orang lain sibuk nak balik kampung untuk menyambut Hari Raya Haji... kami berdua nie sibuk nak pergi berjalan... tak sengaja booking tiket... gara-gara tak tengok kalendar betul-betul... hanya berpandukan kalendar di phone je. Tiket memang murah RM252 pergi balik untuk 2 orang.

Kali nie aku tak perlu menyusahkan orang hantar atau jemput kat airport ... aku parking kereta tempat yang free tu... memang jauh sikit lah... keselamatan tanggungjawab sendiri... tawakal je lah... kalau tak, kena menyusahkan orang hantar dan jemput. So lepas nie senang sikit nak berjalan ke mana pun.

Pengalaman kali pertama menaiki kapal terbang... membuatkan kawan aku sangat teruja... di awal penerbangan memang cuaca baik... sempat lagi kami snap gambar... setiap kali terbang rasanya asyik dapat seat belakang je...

Di pertengahan perjalanan cuaca dah mula hujan... time nie memang lah tak berapa selesa... kapal terbang akan mula bergegar sikit... kalau naik kereta, macam lalu jalan yang tak elok lah... kalau cuaca ok... macam guna highway.

Sampai di Kuching kawan aku Kapten Norzila dah tunggu bersama dengan anaknya... dia bersetuju nak hantar kami ke Hotel Lime Tree... aku dah booking awal lagi... aku search kat tenet je... tak ada nak tanya-tanya orang... hotel nie memang cantik... kena jalan sikit lah kalau nak ke Waterfront...

Member aku baru 2 bulan bertugas di sana... so tak tahu sangat jalan di Bandaraya Kuching... bandaraya yang terkenal dengan kurangnya papan tanda... nasib baik lah ada GPS... tu pun sesat barat... maklum lah GPS nie bukan update jalannya.

Aku memang puas hati menginap di hotel nie... rate untuk gomen staf RM138 semalam... kami menginap 2 malam... tak sangka dapat bilik 101.. cantik nombor tu.. aku suka sangat. Service memang terbaik lah... aku boleh beri 5 bintang. Ada ciri-ciri keselamatan untuk customernya...

Nie lah tilam empuk yang kami menginap selama 2 hari di sini... just balik bilik untuk tidur je... aktiviti di sana sangat padat.

Kawan aku bising... buang duit je tidur kat hotel.... baik tidur di rumahnya... jenis aku, sekali sekala nak merasa jugak menginap di hotel... bersarapan di hotel... betul tak??? Bukan tak sudi.... aku terharu sesangat atas pelawaan kekawan. Kalau tak kali nie... mungkin lain kali aku menginap umah hampa.

Thursday, November 3, 2011

AKTIVITI MINGGU NIE

Minggu nie, tak sempat bernafas... Selasa hingga Khamis berada di Tapak Perkhemahan Kuala Kubu... hantar murid menyertai perkhemahan unit beruniform peringkat Daerah. Seronok jugak, mungkin tahun nie aku belum berkesempatan untuk menyertai mana-mana perkhemahan.

Hilang lah jugak stress bekerja kan... kat sana layan aktiviti yang dijalankan dan makan-makan je... rugi siapa yang tak nak pergi... dah tu, makanannya memang sedap... tak rasa macam camping...yang untungnya aku lah.

Esok petang, aku akan terbang ke Kuching bersama dengan kawan KDP/2004 di Penang... berdua je... Insya Allah kawan aku Kapten Zila akan jemput di lapangan terbang... ingat nak check in kat hotel je... malas menyusahkan dia... sebab hari Sabtu dia ada program... kebetulan kawan maktab nak bagi pinjam keretanya... so selesai satu masalah.

Insya Allah, beraya haji di Bandaraya Kuching aku tahun nie... sempat lah merasa beraya di sana... kawan maktab aku tu seronok sangat dapat tahu aku nak datang... beriya offer aku tidur di rumahnya... aku malas nak menyusahkan dia sekeluarga... lagi pun segan lah dengan isterinya. Aku ingat dah banyak kali dia dok tanya bila aku nak terbang ke sana... akhirnya sampai jugak aku... last sekali aku sampai di Bandar Kuching pada tahun 1997.... masa zaman kegawatan ekonomi.

Untung jugak ada ramai kawan kan... kawan TUDM pun offer tidur di rumahnya... tu lah tidur di kem nie susah sikit nak keluar masuk... senang keluar masuk... tentunya tidur di hotel je lah.

Balik dari Kuching nanti... ingat nak lari balik kampung sekejap... dah agak lama tak balik... last balik raya puasa ari tu. Nasib balik lah sekolah aku cuti sehingga hari Selasa.