![]() |
| Pokok yang baru prunning. |
![]() |
| Pokok yang telah berusia 17 tahun. |
Pokok kelapa sawit ini telah berusia 17 tahun... kebun ini sebetulnya milik arwah ayah aku... setelah ketiadanya pada penghujung bulan September ari tu... diuruskan oleh abang aku... tapi pada penghujung bulan 11 kebun ini diambil alih sepenuhnya oleh syarikat kami.
Awal bulan Disember kami telah mengupah jawa 'prunning' atau buang pelepah sebelum kerja-kerja membaja dilakukan. Kos browning menelan belanja RM1000. Kalau nak ikutkan harga sepokok RM2... aku sebenarnya tak pernah kira berapa pokok... cuma yang aku tahu keluasan tanah 9 ekar purata pokok lebih kurang 500 lebih. Manakala membaja pula mencecah 60 beg yang 25kg.
Prunning atau buang pelepah kelapa sawit merupakan salah satu proses penjagaan pokok kelapa sawit supaya kelapa sawit dapat menghasilkan buah yang baik dan zat makanan hanya dibekalkan pada tempat yang betul. Pelepah kelapa yang sudah tua harus dipotong supaya pembesaran buah sawit tidak terbantut. Proses membersihkan pelepah kelapa sawit selalunya dilakukan berasingan dan upah yang lain. Pekerja pun pandai, mereka akan ambil buah semata-mata... dalam bahasa kebun 'curi buah' pelepah yang tak ada buah dibiarkan.
Pekerja jawa buang pelepah memakan masa 5 hari... dia hanya potong dan susun ada seorang pekerja yang lain... memang dah lama agaknya tak prunning... sebelum prunning sedih aku tengok pokok kelapa sawit arwah ayah aku... tak terurus langsung... tapi ari nie... pokok memang cantik. Insya Allah penghujung bulan 2 nie nak membaja kali pertama untuk tahun 2014.
Diharapkan ada peningkatan hasil dengan penjagaan yang baik.









































