Cuti persekolahan kali ini aku berpeluang bercuti ke Medan. Percutian selama 3 hari 2 malam. Kali ini aku bercuti bersama teman yang bekerja di Kuching. Kami booking tiket Airasia tahun lepas. Harga tiket untuk 3 orang RM150, bagasi RM40 untuk 20 kg.
First time aku ke Medan. Seronoknya, kali pertama terbang di KLIA2 dan mendarat di Kuala Namu, Medan. Keduanya merupakan lapangan terbang baru. Tak seronoknya cukai kepala
di Kuala Namu rp200 000.. yang termahal berbanding
Jakarta dikenakan rp150 000
Pekanbaru baru naik rp150 000
Bandung masih lagi rp75 000
Kami menggunakan pakej Lovely Holiday untuk melancarkan perjalanan percutian kami.. semua kos percutian kami tak sampai RM500 seorang. Jimat kan.... termasuk tiket kapal terbang, makan minum, hotel. Parking di KLIA2 kawasan lapang masih free.... he he he untung 2 kali.
Kami menginap di Hotel Patra Jasa, Danau Toba. Seronoknya hotel nie, buka je pintu bilik nampak view yang sangat indah... berlatar belakangkan tasik yang terbentang luas. Makanan di hotel nie pun enak. Jika ingin bersiar di pekan yang berdekatan pihak hotel ada menawarkan perkhidmatan dengan bayaran sangat berpatutan.
Untuk sampai ke kawasan peranginan nie mengambil masa yang agak lama... kami terpaksa melalui jalan yang cukup mencabar... mendaki, melalui jalan yang bercerun di tepi tebing gunung berapi... seram aku... sepanjang perjalanan aku tidur... takut.
Pemandangan waktu senja... menikmati keindahan ciptaan illahi.. matahari terbenam. Cantik...
Bergambar kenangan di tepi Tasik Danau Toba.
Hari Kedua, aktiviti melawat perkampungan yang terletak di pulau yang terdapat di tengah tasik. Di sini aku dapat mengenali dengan lebih dekat tentang cerita orang batak. Seharian jugak lah. Lepas makan tengah hari... kami bergerak ke Brastagi... untuk sampai ke sana kami terpaksa melalui lereng-lereng bukit... perjalanan kali ini pun boleh tahan lamanya. Lagi menakutkan... sepanjang perjalanan ke sana hujan... memang sejuk di Brastagi.
Sayang kami tak berpeluang bergambar di kawasan air terjun... sebab hujan. AKu turun jugak sekejap... tapi tak tahan menggigil kesejukan. Aku tak bawa baju sejuk... lain kali kena bawa baju sejuk.
Malam kedua kami menginap di Hotel Horison... hotel nie selesa... makanannya pun sedap... Malam tu aku memang tido lena... sebab kepenatan... Paginya kami bergerak ke Medan... jarak antara satu tempat ke tempat yang lain... boleh tahan jauhnya.
Sebelum balik sempat kami shopping kain batik... lepas makan kami terus ke Bandara Kuala Namu. Dari Pekan Medan ke Bandara mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih.
Dalam perancangan tahun depan kami nak pergi ke India.












































