Sunday, April 18, 2010

KELAM KABUT SEBAB RIBUT

Keadaan menjadi kecoh seketika bila cuaca yang cerah tiba2 bertukar menjadi mendung... berserta dengan ribut dan hujan. Keadaan peserta sudah tidak terkawal. Masing2 berkejar ke khemah untuk menyelamatkan beg daripada basah.

Kejar khemah yang ditiup angin kencang....sebab kawasan sekitar lapang... maklumlah tempat baru. Dah tu tak pokok pun tak ada...untuk halang daripada tiupan angin. Di tambahan pula berhampiran dengan lebuh raya.... yg dah tentunya terdedah dengan tiupan angin...

Gelagat sebahagian peserta Perkhemahan Pengakap Wanita Selangor 2010 yang diadakan di Putrajaya. Aku yang berada di tempat kejadian sukar untuk mengawal keadaan peserta... suara kita memang dah tak boleh didengari.... suasana dah kelam kabut.... bising... aku hanya mampu tengok je.... kecuali ada alat pembesar suara bolehlah aku jerit.

Basah kuyup....gara2 nak menyelamatkan khemah mereka.... sepatutnya keselamatan diri perlu diutamakan... benda yg paling aku takut petir.... dah la kawasan lapang... tapi alhamdulilah semuanya selamat.

Aktiviti ikhtiar hidup.... main pegan hujung jari je.... geli kot... tu le, semua keja kat umah bibik yang buat.... ini klu bawak pe camping masak sendiri... mahu makan nasi mentah...

Saturday, April 17, 2010

PEMERGIAN ACHIK SPIN

Beginilah keadaan kereta yang dinaiki oleh Achik yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Aku pun tak mengikuti beritanya sebab sibuk dengan camping. Gambar nie aku dapat drpd kawan aku yang dikirimkan oleh kawannya melalui fb. Mungkin dia berada di lokasi semasa kejadian.

Hari ini kita dikejutkan dengan berita sedih,,,, apabila kereta Estima yang dinaiki oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu bola2 api.... aku ingat lagu tu.. sebab aku minat sangat. Penyanyi yang berduet dengan Nana dalam lagu tersebut. Achik spin pergi meninggalkan kita untuk selamanya.

Baru beberapa hari yang lepas aku dengar lagu barunya di corong radio... yang juga berduet dengan Nana. Takziah kepada seluruh ahli keluarga Achik. Al-fatihah.

SEKITAR PERHIMPUNAN KO-KO

Segak my boss berpakaian unit beruniform TKRS... sebulan sekali akan diadakan perhimpunan ko-ko yang diadakan pada hari Rabu. Pada hari berkenaan, apa saja penyampaian sijil atau pun hadiah aktiviti ko-ko akan disampaikan. Meriah sikit... mcm2 pakaian kita boleh tengok.


Tahniah kepada K.Nida and the gengs kerana berjaya melatih pasukan tarian sekolah untuk satu pertanadingan. Pertandingan tersebut telah diadakan di Universiti Malaya. Aku difahamkan majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pak Nil. Tak sia2 GB kuarkan duit untuk pasang cermin...ala2 studio tarian gitu. Hari guru nie confirm ada tarian daripada guru2 kan????

Meriah tu... mcm2 unit beruniform ada. Segak murid2 aku berpakaian uniform.

Friday, April 16, 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP WANITA

Ini merupakan kali pertama aku menghadiri perkhemahan yang melibatkan penyertaan yang paling ramai. Selalu kita camping bersama murid2 sekolah rendah... kali ini memang banyak kelainan dan mungkin pengalaman baru bagi aku sepanjang melibatkan diri dalam pengakap
.
Peserta perkhemahan diberi taklimat selepas mereka melaporkan diri. Peserta cukup bertuah kerana segala kemudahan yang cukup selesa di sekolah ini. Maklum lah sekolah baru... segala2nya baru. Peserta pengakap wanita lebih kurang seramai 700 orang yang terdiri daripada pengakap muda dan pengakap remaja.

Zaman dah berubah, negara dah maju... klu dulu sebut je camping mesti dalam hutan.... masak sendiri... ada aktiviti lasak... masuk dalam lumpur... kena kutu babi... kena gigit pajat. Pendek kata macam2 lah kenangan yang akan tersemat sampai mati... klu tak nyayuk... nanti boleh ceta kat anak cucu.

Sekarang camping kat tengah hutan batu.... masak pakai catering.... mandi dalam bilik air...segala2nya senang belaka.... tak ada cabaran langsung. Mungkin sampai satu tahap anak2 kita nanti tak bisa menerima cabaran. Jika kita sentiasa disogokkan dengan segala kemudahan dan kesenangan.

Orang yg biasa susah, boleh terima kesenangan...
Orang yg biasa senang, sukar untuk terima kesusahan...

KESIBUKAN ...HUJUNG MINGGU TERISI

Pada 10 April 2010 kami guru2 dan murid2 untuk program SMART A berpeluang membuat lawatan ke sekolah berasrama penuh di Seremban, Negeri Sembilan. Pada awal pagi kami ke SEDAR dan sebelah petang ke Kolej Tunku Kursiah. Murid kami berpeluang mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pelajar2 sekolah berkenaan.


Seronok anak murid den nie.... bergambar depan pintu masuk ke sekolah SEDAR... merupakan salah sebuah sebuah berprestasi tinggi... bertuah aku dapat melawat ke sekolah nie... walaupun jenuh tanya kawan yang nie.... kawan yang tu... untuk sampai ke sekolah nie... Rupanya kalau ikut Senawang dekat je.... aku dgn member sorang nie pe naik keta.... sebab kami ada hal, lewat sikit....rezeki... sempat lagi kami melawat sekitar kawasan sekolah nie.... terima kasih kepada guru2 SEDAR yg melayan kami dengan baik.

Pada minggu lepas, penuh aktiviti. Setiap hari sampai kat umah dah lewat petang... agaknya jiran aku nie mesti pelik... pegi keja awal pagi. Balik tak tentu masa. Hari Khamis lepas, sibuk teman kawan aku nak beli umah.... cantik kan... show house nie.... aku cukup berkenan umah nie. dah le luas... harga pun boleh lah...mampu milik.

Aku jadi jurucakap je... apa yg dia nak tanya.... aku tolong tanya kan... aku bukan pandai sangat.... cuma ada pengalaman sikit. Sebab sebelum nie... beli umah semua uruskan sendiri je.... pendek kata segala2nya uruskan sendiri le....

SIKAP SUSAH NAK BENTUK

Ari nie aku berkejar ke Putrajaya sebab ada Perkhemahan Pengakap Wanita 2010 peringkat Negeri Selangor yang diadakan di SK Persint 11(2)... aku sebagai urusetia je...Dalam perjalanan kuar dari Saujana ada lah sebuah keta Myvi putih nie... dipandu oleh seorang pemuda... memang handsome. Siap berkopiah lagi.. maklumlah baru lepas sembahyang Jumaat. Sebelah dia ada seorang kawannya pun sama berkopiah.

Aku pandang pun sebab perangai tak senonoh.... kalau tak, jarang aku nak jeling keta sebelah... cikgu2 kat sekolah selalu ajar...
"buang sampah kat mana murid2?"
Masa tu kita pandai menjawab...
"kat dalam tong sampah cikgu"
Cikgu akan cakap..."bagus...baru lah bersih"

Tapi bila dah besar... lain jadinya. Mamat yg aku kata handsome tadi tu... dengan selambanya membuang plastik bungkusan yang dia makan kat luar tingkap. Walaupun kawasan tu hutan ... tak eloklah buang keluar dari keta. Apa lah salahnya, klu simpan kejap dalam keta.... dah sampai tempatnya nanti buang lah.

Aku cukup menyampah klu orang buang sampah dari keta dan lagi satu buang putung rokok.... yang merokok tu apa lah salahnya letak tin kecil berisi pasir dalam keta.... dah siap merokok masukkan dalam tu.... Ini tak, buang atas jalan. Tengok orang memang segak... dengan tali leher.... berkot.... keta besar... belajar tinggi.. tapi otak letak kat kepala lutut.

Siapa yang rasa2 pernah buat perkara mcm nie... fikir2kan lah. Kalau kita tak jaga alam sekitar kita...siapa nak jaga... tak kan monyet2 kat atas pokok tu yg nak tolong kutip sampah yg kita buang tu.....

Wednesday, April 14, 2010

TAHNIAH DINAIKAN PANGKAT

Tahniah kepada rakan sekerja aku.... Sulia Suhed kerana baru sahaja menerima surat tawaran kenaikan pangkat sebagai PK koko di salah sebuah sekolah di PJ. Sejak aku tahu dia dapat tawaran... aku yang tak boleh tido... dia ok je.... tido lena je sampai ke pagi...

Aku dah mula terasa akan kehilangan sorang rakan sekerja yang serba tahu dan cekap dalam apa jua tugasan yang diberikan. Walaupun lebih junior daripada aku... tapi aku banyak belajar daripada dia. Aku sendiri akui.... memang tak mampu nak buat sebaik dia.

Dia yang pernah aku kenal... seorang yg rajin bekerja... dan ringan tulang untuk membantu kawan2 tanpa diminta. Tahu2 je... "akak tak payah buat nie.... su dah buat". Bagilah apa keja pun mesti jalan....

Kalau kita buat kerja dengan ikhlas, bersungguh2... Insya Allah kejayaan tu akan datang dengan sendiri.... tak perlu pakai kabel pun..... tengok pengalaman dia pun kita dah boleh nilai sendiri...(penyelaras unit beruniform, Penyelaras SPBT Tahun 4 (2003-2006), s/u kokurikulum, s/u Tahun Enam (2004-2010), ketua pantia sivik, ketua panitia kajian tempatan, ketua panitia pend seni visual, penyelaras sekolah lestari,jurulatih hoki sekolah, jurulatih badminton sekolah, s/u jadual waktu,ajk lawatan, ajk keselamatan sekolah)

Secara peribadi aku rasa dia mampu menjadi pentadbir yang baik... sekali lagi akak ucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan baik di sekolah baru.