Wednesday, November 24, 2010

PERCUTIAN KE BANDUNG PART 2

Aku bergambar bersama kak ita di Gunung Tengkuban Parahu

Seawal jam 8.00 pagi, kami bersiap-siap untuk meneruskan aktiviti hari kedua kami di Bandung. Di hotel nie bagus gak.... sarapan pagi di hantar ke bilik lagi. Tapi aku memang tak boleh minum teh wanginya... bau semacam je. Sudahnya aku oder kopi O. Macam orang kaya je.... my oder. Kalau kat hotel di Malaysia... takut aku nak oder.... mahal mak datuk. Kat sana kopi O tak sampai RM 2 pun. Kalau nak merasa jadi orang kaya.... pe lah bercuti ke Indonesia.

Perjalanan dari tempat kami menginap ke Gunung Tengkuban Parahu mengambil masa selama sejam. Jalannya memang mencabar. Berliku-liku dan mendaki. Kalau siapa yang tak tahan... mahu muntah. Jalan raya kat sana memang teruk. Aku ingat kalau kat kampung aku.... nak pe kebun getah pun jalannya jauh lagi lebih baik. Sepanjang perjalanan ke sana, kami dihidangkan dengan pemandangan yang sungguh cantik... di kiri dan kanan jalan penuh dengan sayur-sayuran yang hidup subur.

Bayaran masuk, dikenakan Rp. 50 000 seorang. Sayang seribu kali sayang.... kamera aku memang lensernya dah nak habis.... dah tak bersemangat aku nak ambil gambar. Sebabnya, kualiti gambar memang dah tak secantik sebelumnya. Kalau tengok kat dalam gambar tu.... asap dari gunung berapi.... bau belerangnya memang menusuk lubang hidung.

Cuaca ari tu... memang baik dan sesuai untuk ambil gambar. Tak pe lah dapat 2-3 keping pun jadi lah. Buat kenangan. Kami diberi masa selama sejam sahaja di sini oleh ketua rombongan... he he he ada ketua ke???? tak lah. Sekejap je kat sini... sebab nak habiskan di tempat membeli belah nanti. Aku diberitahu oleh penjual yang mengekori kami.... gunung berapi ini meletup pada tahun 60-an dan meletup lagi sekali pada tahun 80-an. Kalau salah maklumat yang diberi...salah lah yang aku ceta nie.

Nie pun, nasib baik le... abang Saini rajin nak tolong snap gambar aku. Kalau datang nak bergambar.... kat sini kena habiskan 2 jam... sebabnya view di sini memang cantik. Tapi kalau dah kabus.... apa pun dah tak nampak. Sejuk kawasan nie. Mungkin berada di tempat tinggi.

Di sini jangan pelik... kalau turun je kereta...anda dikerumuni oleh penjual jalanan. Kalau tak nak beli jangan tanya... nanti dia akan ikut je... selagi tak beli. Lagi satu.... kalau beli kat sorang je... habis semua datang berkerumu. Kat sini kena pandai-pandai le minta kurang. Pak supir aku memang pesan awal-awal lagi.

Terdapat juga di bahagian bawah... gerai yang menjual pelbagai barangan cenderahati. Aku sebenarnya teringin nak beli angklung. Tapi bila difikirkan, susah pulak nak dibawa balik. Tapi lain kali kalau ke sana lagi.... aku nak beli jugak.

Banyak-banyak gerai yang ada kat sana... aku tertarik dengan gerai yang menjual cenderahati yang diperbuat daripada kayu. Kayu kukur nie terlalu unik bagi aku. Mempunyai urat yang cukup cantik. Aku beli juga satu. Harganya Rp. 50 000. Kelebihannya, dapat menghalau tikus. Aku tawakal je lah.... kalau tak lepas semasa pemeriksaan kastam.

Jenuh juga aku membaca ayat.... kat Bandung lepas. Cuma dia tanya botol yang aku bawa balik. Sebenarnya botol teh... cantik sangat. Aku nie pelik... pantang jumpa benda yang aku tak pernah tengok dan menarik sikit. Rezeki aku, sampai di LCCT... langsung kastam tak check. Selamat kayu kukur aku sampai di Seri Pristana. Aku rasa kalau dah disapu vanis tak jadi masalah.

KONVOKESYEN KE 9 OUM

Aku, tidak hadir di majlis konvokesyen... tapi sehari sebelumnya aku sempat meninjau di persekitaran OUM. Mana lah tahu... kot, kot... terjumpa kekawan yang ambil jubah awal boleh pinjam jap untuk bergambar. Tapi ari tu, kurang bernasib baik. AKu tak jumpa pun kekawan yang ambil jubah awal.

Kawan aku semuanya ikut jadual ambil jubah... bab nie protokol lah pulak. Semua pe ambil di sebelah petang. Udahnya aku bergambar le tanpa jubah. Nak pinjam dengan orang yang ada jubah tu.... segan lah pulak.

Insya Allah minggu nie nak pe ambil jubah kawan yang belum pulangkan lagi...di rumahnya di Sepang. Tak kisah lah, dapat bergambar out door di sekitar Putrajaya pun cantik jugak kan.... he he he he he... Janji dapat pakai jubah oum yang glamor gitu...

Tahniah, my best friend... Kak Fatehah kerana berjaya jugak akhirnya memakai jubah. Semangat, tidak pernah putus asa dan tidak pernah mengenal erti kalah... akhirnya sampai juga di penghujungnya. Nie lah kawan susah senang aku.... kami sama opsyen dan sama subjek elektif. Selalunya kami akan daftar kelas sama. Aku banyak terhutang budi dengan dia sepanjang tempoh pengajian. Terima kasih akak kerana tolong saya dalam banyak hal.

Tahniah Kak Azie kerana berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Kami sama kelas untuk Subjek Maths dan kadang kala sama untuk subjek Kesihatan. Kak Azie adalah orang yang pertama aku jumpa, semasa kelas pertama OUM di IPBA dan terus rapat hingga ke ari ini.

Dalam kegembiraan...kami tetap berasa sedih kerana ada dua orang rakan sekelas kami tidak dapat konvo sama-sama kali ini. Insya Allah mereka akan konvo pada majlis konvokesyen yang ke 10 nanti.

Tahniah my friend Suraya Hani. Aku kagum dengan semangat dia, terus berusaha untuk menamatkan pengajian walaupun terdapat banyak rintangan dan masalah yang perlu ditempuhnya.

Pernah satu semester, markah amalinya tak keluar. Jenuh jugak aku menyamar sebagai dia untuk menelefon OUM... aku dalam phone berani.... kalau kat luar mahu ketar lutut gak.

Sue ni ambil program KPM-OUM, course Sains. Aku memang tabik lah kepada mereka yang ambil, subjek Maths, Sains atau pun Bahasa Inggeris nie... memang depa belajar teruk... tak macam course kami, KDP-OUM releks je... boleh lagi gelak-gelak... kalau exam tu boleh gak aplikasikan apa yang kita mengajar di dalam kelas... ke dalam peperiksaan.

Tahniah my friend Syah. Member nie, kawan maktab den.... merangkap geng blogger. Sebab aku rapat dengan dia kerana bersembang di blog dan fb.... kat maktab dulu tak kenal pun. Nak bertegur sapa tu... jauh sekali. Syahidah nie ambil course KPM-OUM, Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.

Rupanya, dah ramai kekawan sama maktab dulu yang berjaya meningkatkan taraf pendidikan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Tak kurang juga dah ada, kekawan yang ada master.... setakat nie aku tak dengar lagi kekawan masa maktab yang dah ada PHD. Insya Allah sikit masa lagi ada tu.....

Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahat...
Rebut peluang yang ada, selagi ada kesempatan....

Tuesday, November 23, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat pengantin baru kepada Fairos Jannatul Naimah dan pasangannya.
Pekan, Pahang.

Selamat pengantin baru kepada Puteri dan pasangannya.
Setapak, Kuala Lumpur.

Kedua pasangan ini selamat telah selamat melangsungkan perkahwinannya pada 21 November 2010. Minta maaf kepada my friends kerana tidak dapat memenuhi jemputan kalian.

Selamat pengantin baru kepada kedua pasangan ini semoga berbahagia hingga keakhir hayat.

Monday, November 22, 2010

PERCUTIAN KE BANDUNG PART 1

Bandung menjadi destinasi aku untuk kali ini. Sebelum ini aku pernah ke Dumai dengan menaiki feri. Tujuan aku ke Bandung bukan untuk shopping....tapi apa yang lebih penting dapat berjalan untuk melihat tempat orang. Tambah lagi di sana cukup terkenal dengan syurga membeli belah serta tempat menarik bekas gunung berapi. di Tengkuban Parahu.

Pukul 1.00 p.m aku telah selesai check in untuk kekawan yang lain sekali. Senang kan... berbekalkan nombor booking je settle masalah.... cuma yang membawa anak kecil terpaksa check in di kaunter.

Pukul 2.40 p.m aku berjaya melepasi segala tempat untuk pemeriksaan... rupanya nak ke luar negara nie leceh sikit.... mana nak check pasport lah... tu yang kena awal. Setiap kali aku lalu untuk scan mesti berbunyi.... baru aku perasan, rupanya tali pinggang aku kepalanya besi... tu yang berbunyi... boringnya bila berbunyi je... dah tentu le kena raba satu badan. Lepas nie, nak kena cari yang jenis tak berbunyi.

Bergambar dengan member yang sudi menghantar aku ke LCCT Airport. Susah jugak kan, kalau tak ada orang yang boleh hantar. Maklumlah dari Sungai Buloh ke sana jauh jugak tu. Kalau tak ada orang hantar mahu aku kena ke luar awal pagi. Dari umah aku kena naik kereta... parking kat sekolah. Lepas tu, kena tunggu teksi untuk ke komuter. Naik komuter ke KL Central, kemudian naik bas pula ke LCCT. Terima kasih my friends.

Group kami dah masuk awal ke balai berlepas. Punya lah semua orang leka berborak... sorang pun tak dengar pengumuman untuk penumpang ke pesawat. Masa tu dalam pukul 3.00 p.m, kami boleh releks je... pada hal orang lain dah naik pesawat. Tahu-tahu je nama kami yang 10 orang nie di panggil untuk ke pesawat. Baru kelam kabut berlari.... dah le jauh pesawatnya. Sampai je dalam pesawat... semua orang dah duduk tempat duduk masing-masing. Rupanya kami penumpang yang terakhir naik.... senget kan... sampai awal, tapi leka berborak tak ingat dunia. Bukan sikit tu....10 orang, tapi sorang pun tak peka. Pukul 3.50 pesawat kami selamat berlepas.

Nasib baik lah aku, ke mana pun mesti bawa pen dan nota untuk catatan. Rupanya di atas pesawat kita perlu mengisi borang. Tak pernah lah pulak orang beritahu aku kena isi borang. Borangnya simple je... tapi kalau dah sorang-sorang tercampak kat depan... yang lain semua di belakang. Terkial-kial jugak nak mengisinya. Apa yang aku tak tahu.... aku tinggal je kosong. Tapi lepas nie dah tak ada masalah.... aik macam ada cita-cita je nak ke sana lagi. Insya Allah ada rezeki lebih.

Masa di LCCT, member kami ada tukar duit RM388 = Rp. 1 Juta. Bayangkan berapa banyak beza tu... hampir RM35... tu baru untuk 1 juta.... kalau tukar 3 juta dah seratus lebih. Kat sana kalau seratus lebih duit kita tu dah hampir Rp. 300 000. Macam-macam dah boleh beli tu.... mewah dah berbelanja kat sana. Seluar jeans pun dah dapat sehelai.

Moral of the story, jangan buat keja last minute. Perancangan mesti ada, jika bercita-cita untuk pergi bercuti. Tak kira lah sama ada dalam negeri atau pun ke luar negara.

Penerbangan ke Bandung lebih kurang 2 jam je... Sampai je di Bandung, pengankutan untuk membawa kami ke hotel telah menunggu di pintu keluar. Kami akan ditemani oleh pak supir Yan Yan sepanjang berada di sana.

Kami menginap di Hotel Edelweiss, Jln. Sukajadi. Semua nie, kawan aku yang uruskan. Harga sewa hotel untuk hari Sabtu, Rp. 250 000, rate hujung minggu. Harga untuk hari Ahad, Rp. 180 000. Hotel nie sebenarnya tak jauh pun dari Hotel Sukajadi. Aku tak kisah hotel apa pun. Janji selesa dan harganya berpatutan. Alah, kami berada di hotel tak sampai 6 jam pun sehari. Rugi kan bayar mahal di Sukajadi tu.... tapi bagi mereka yang berduit, setakat Rp. 400 000 tu baru berapa kalau convert to RM.

Lepas je check in, kami terus je ke kawasan yang terkenal dengan syurga membeli belah di kawasan factory outlet. Aku, berjalan cuci mata je malam tu. Kawasan nie pukul 9.00 malam dah hampir nak tutup. Waktu di sana lewat sejam. Bagus jugak maxis nie, bila sampai je di Bandung... secara automatik berubah ke waktu sana. So senang.... tak yah nak tukar.

Pukul 10.30 malam baru kami dapat menjamah nasi. Kami di bawa oleh pak supir makan di Restoran Sari Pawon. Sebenarnya restoran nie, tak jauh pun dari tempat tinggal kami. Kalau berjalan kaki pun... rasanya boleh sampai.

Kami makan nasi Timbeul Kompti Gepuk atau Ayam. Harganya Rp. 24 750. Satu set lengkap, seperti dalam gambar. Jika ke sana, jangan lupa untuk mencubanya. Memang enak.

Baru boleh bergambar, setelah kekenyangan. Boleh dikatakan, semua orang makan dengan licin. Mungkin sebab lapar atau pun memang sedap.... tak pun, lapar + sedap = licin dan kekenyang. Kak Ita siap bungkus untuk abangnya. Abangnya naik pesawat pukul 8.00 malam di LCCT. Kelakar kan.... masa booking kami tak perasan masanya. Nasib baik lah dia sering ke Bandung. So tak jadi masalah, dia boleh ambil teksi sendiri untuk ke hotel.

Friday, November 19, 2010

PERSIAPAN TERAKHIR SEBELUM TERBANG

Macam suasana kat London lah pulak...pada hal aku snap kat Klang.

Bersemangat ari nie, banyaknya benda nak buat. Pertama nak siapkan kerja yang tak siap. Aku ke sekolah, sempat lah buat sikit... tu pun tak siap jugak... sambung ari Selasa lah... jangan marah ye my boss. Pukul 11 member call, dia dah sampai di taska. Misi kami ke Klang sebab nak tukar duit.... entah macam mana kami tersesat hingga ke pelabuhan utara.... tapi member aku nie, jenis macam aku jugak... ada ku kisah kalau sesat. Boleh kenal tempat baru.... nak harap sampai ke kawasan tu tak tahu bila...

Kami parking kereta di Mydin Klang... dan melintas ke perhentian bas Klang untuk mencari tempat money changer. Rupanya banyak kat kawasan tu... mungkin faktor kawasan tersebut menjadi tumpuan warga pendatang. So kami boleh membuat pilihan yang mana paling murah.

Kebanyakkan harganya berbeza, paling murah RM 353 = 1 Juta Rupiah. Ada yang RM354, RM355. Di Sungai Buloh aku tanya semalam RM357 dan tadi member aku tukar kat Low Yat RM356. Tak pernah aku merasa pegang duit berjuta-juta... tapi ari nie wah bunyi macam orang kaya je.... ada duit berjuta-juta. Kalau mata wang ringgit berjuta, aku dah berhenti kerja. Lepas nie boleh beri tumpuan terhadap kerja amal je.

Bagi mereka yang ingin keluar negara, terutamanya kaki tangan gomen jangan lupa mohon kelulusan ke luar negara. Permohonan diluluskan, baru lah boleh bercuti. Jangan buat kerja yang pada mulanya senang, tapi di akhirnya menyusahkan diri sendiri, dan orang di sekeliling. Tak berlaku perkara yang tidak diingini, ok... tak ada masalah. Orang tua selalu cakap beringat sebelum kena, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

Bila permohonan diluluskan kita akan diberi Kad Insurans Travel Star - JPA... banyak faedahnya. Tak sempat lah nak cerita time nie. Salah satunya, urusan membawa pulang jenazah akan diuruskan sepenuhnya... takut je dengar kan. Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.

Malam nie kena packing barang. Selalunya aku bab packing barang nie tak jadi masalah. Kejap je siap. Dokumen-dokumen penting tu, perlu pastikan tidak teringgal. Kalau ke luar negara nie dah tentu lah pasport dan lagi satu check betul-betul bila tamat tempohnya.... kurang 6 bulan... dah tak boleh ke luar negara tau. Aku nie baru kali kedua guna. Pada Julai 2012 depan dah tamat tempoh... he he he sempat lagi kot sekali dua ke luar negara. Insya Allah kalau di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Tiket AirAsia jangan lupa print. Nak selamat kena print lah. Self check in di LCCT tak ada tiket pun tak ada masalah... janji ingat booking number.. yang problemnya, kat Bandung nanti. So kita pilih jalan yang selamat.

Perkara yang perlu diberi perhatian bila nak bercuti :
  • Pasport - kalau ke luar negara
  • Print Tiket AirAsia
  • Tukar Duit - mengikut keperluan... tak cukup nanti kena tinggal kat indon pulak... duit cukai kepala jangan lupa. Belanja tu kena beringat.
  • Pakaian secukup rasa - Nanti pastikan ada ruang nak isi barang yang di shopping.
  • Make up - aku bab nie.... bedak je. simple.
  • Ubat - yang tak bermasalah kesihatan.
Diharap percutian kami seramai 10 orang dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sepatutnya kami akan ke sana 11 orang.. tapi sorang kawan terpaksa menghadiri konvo.

Persiapan yang rapi...
Agar percutian berjalan dengan lancar....

SEMUA BENDA NAK KENA FOLLOW UP

Hari nie, nak keluar rumah sempat lagi aku tengok dalam peti surat... rupanya ada dua surat hutang.... he he he. Satu daripadanya surat maintenance rumah di Seri Kembangan. Hampir setengah tahun aku tidak membuat bayaran berikutan alamat belum bertukar.

Selalunya aku membuat bayaran menggunakan maybank2u dan beberapa hari selepas itu pihak pengurusan akan mengepos resit pembayaran. Sejak aku pindah rumah, aku belum membuat bayaran. Aku memohon pertukaran alamat... tapi tu lah macam-macam alasan yang aku terima...

"Cik pihak kami tidak menerima sebarang fax.... cik fax ke unit mana??... untuk perhatian siapa???"

Aku dah naik angin seluruh badan, masa aku call bukan main suruh je fax ke nombor yang tertera pada bil maintenance. Bila aku call tanya dah terima ke belum fax.... senang je dia jawab.

"Tempat nie besar, nanti tak tahu nak ke mana surat tu.... boleh tak fax sekali lagi"
Banyak cantik muka dia. Suruh aku fax balik... aku minta dia tukar alamat dan aku akan beri maklumat yang diingini.... tapi minah yang bertugas tu berkeras tak mahu berbuat demikian. Alasannya perlu mengikut prosedur.

Last sekali, aku malas nak ambil kisah.... lantak lah kat situ... tunggu dapat surat merah kan aku pe bayar kat pejabat LT Sdn Bhd dan tukar alamat sekali.

Tak sangka pulak ari nie dah sampai surat dengan bil yang semakin melambung... duit lagi kan. Tapi tak pe....Lepas nie senang lah, janji duit dalam akaun ada... klik je... settle masalah. Kalau bayar setiap bulan bukan mahal pun RM34.10 je sebulan. Tapi kalau dah setengah tahun tak bayar.... dah berapa.... sikit-sikit, lama-lama berbukit hutangnya.

Thursday, November 18, 2010

KEPUTUSAN UPSR SKSB

ANALISIS KESELURUHAN PENCAPAIAN UPSR TAHUN 2009 & 2010

MATA PELAJARAN

2009

2010

BM (PEMAHAMAN)

92.3%

94.6%

BM (PENULISAN)

86.7%

88%

BAHASA INGGERIS

64.6%

77.6%

MATEMATIK

86.7%

87.3%

SAINS

87%

87.9%



RUMUSAN PENCAPAIAN SEKOLAH

TAHUN

2009

2010

BILANGAN CALON

181

166

BILANGAN CALON 5A

13

16

PERATUS CALON 5A

7,2%

9.6%

BILANGAN CALON LULUS

SEMUA MATA PELAJARAN

117

120

PERATUS KESELURUHAN

64.6%

72.29%

GRED PURATA SEKOLAH

2.42

2.23


TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SKSB.