Wednesday, October 29, 2008

TUDM BUKAN REZEKI KU

Semasa di tingkatan 5, aku mula lah memasang cita-cita....siap tampal kat dinding lg....siap target dalam SPM.. tak capai target pun..jauh lg. Ada 3 cita-cita yg aku buat...pertama nak jd akauntan....tak kesampaian Prinsip Akaun dpt F9. Berkecai lah impian aku. Keduanya...nak masuk TUDM....sebab org kg aku blm ada perempuan masuk TUDM.

Apa lagi kuar iklan kat paper aku pun pe...lah temuduga.... jgn tak caya tinggal kat Jerantut...temuduga kat Kelate nun....sanggup..krn cita2. Seharian melalui sesi temuduga....lulus pulak tu..Aku diberi waran ke temuduga di Ipoh sblm diterima masuk. Setelah beberapa hari di sana... menjalani pelbagai ujian....aku diterima masuk TUDM.. Siap dah dpt nombor tentera. Bila seronok dpt, aku pun call lah ayah aku kat kg.. apa lagi mengamuk lah ayah aku....dia suruh balik. Aku ckp kat mak ayah aku....pergi umah kwn. dia orang tak tahu pun aku ge temuduga kat kelate smp le ke Ipoh. Keja aku..tipu je.... Ckp ge umah kawan...minat punya pasal. Siap ponteng sekolah lg... seminggu....masa tingkatan 6 krn TUDM.

Masa tu aku dengar pulak ckp ayah aku.....aku pun blk. Pergi sekolah SMJ semua kwn sibuk tanya mana aku...menghilang tak dtg sek...cikgu2 pun bising.....aku pun mula lah boring. Aku ambil keputusan berhenti sekolah.....Tak sedar diri, dah lah masuk tingkatan 6 merayu..dpt berhenti pulak..... Bukan apa Ijan, dapat tawaran ke UiTM. Senah ke Matrikulasi...boring kwn tak ada...Nasib baik baju sek. senah sedekah kat aku..Klu kena beli rugi je...pakai kejap. Aku sedekah pulak baju tu kat kawan aku. Mula lah hidup aku sebagai....penganggur..tp aku bkn penganggur sgt lah...sebab pg pe menoreh getah...Aku memang minat keja kg.. janji dpt duit.

Seminggu lepas tu....aku dpt tawaran masuk maktab. Memang dah tertulis yg rezeki aku kat bidang perguruan. Lama jgk lepak kat umah...rupanya maktab Raja Melewar daftar lambat....26 ogos 1996, sebab jd tuan umah KAGUM. Ayah aku tak usah ceta le seronoknya masa tu....

Hari ini aku telah menjadi seorang guru. Guru merupakan pilihan ketiga dalam senarai cita-cita yang pernah aku luahkan di atas sekeping kertas. Kesimpulannya, pilihan pertama yg kita buat tak semestinya terbaik untuk kita. Dan pilihan ketiga tidak semestinya pilihan yg salah.

0 ulasan: