Monday, December 15, 2008

PERSIAPAN MENGHADAPI KESUSAHAN

• Mengambil insurans adalah tindakan yang bijak kerana kita tidak tahu bila musibah akan menimpa.

• Orang ramai digalakkan mengambil insurans ketika masih muda dan sihat mengikut kemampuan.

• Lebih muda usia bermula mengambil insurans, lebih tinggi pulangan apabila mencapai tempoh matang insurans.

• Pelbagai jenis insurans yang ditawarkan pelbagai syarikat antaranya insurans hayat, pendidikan, kesihatan dan am.

• Ada takaful yang mengamalkan pelaburan secara Islamic dan pelanggan tidak seharusnya risau mengenai msalah riba yang selalu dikaitkan dengan insurans.

• Insurans terbahagi kepada simpanan membolehkan pelanggan mendapat balik semua wang yang dilaburkan selepas mencapai tempoh matang manakala perlindungan akan mendapat manfaat yang tinggi apabila berlaku sesuatu.

• Insurans hayat dan perubatan, pelanggan yang terpaksa dimasukkan ke wad dijamin tanggungan perbelanjaan kos rawatan dan boleh mendapatkan bayaran masa yang dihabiskan di dalam wad.

• Jika pemegang polisi insurans meninggal dunia akibat musibah, nilai pampas an insurans akan diserahkan kepada warisnya.

• Pelanggan digalakkan mengambil insurans pendidikan untuk anak kerana kos pengajian yang semakin tinggi sekarang ini.

Dipetik daripada Harian Metro - 11/10/2008

“Perjalanan hidup ini seperti air sungai yang mengalir. Ada kalanya mengalir lesu dan tenang. Ada ketikanya mengalir laju dan bergelora…sehingga memusnahkan tebing yang tidak berdosa itu.”

1 ulasan:

su said...

hmmm yaa...kalau takde insurans lagi bolehlah su suggest prudential.skang ni no 1 dalam malaysia. utk perempuan byk kelebihannya..contoh pampasan akibat perceraian, anak meninggal, anak cacat, bersalin (sampai 2 anak) dan mc.kalau nak boleh contact su yerk...dalam persediaan ke arah jadi ejen insurans prudential.bbbaasha...