Sunday, March 17, 2013

PERCUTIAN KE BINTULU - MIRI, SARAWAK PART 2

Hari kedua kami di Bintulu....

Sebenarnya tak ada aktiviti apa pun yang kami lakukan sepanjang berada di Bintulu... niat di hati untuk berehat dan makan-makan je pun... sambil tu dapat kenal tempat orang. Pepagi lagi kami bergerak ke Pasar Tamu... cuci mata,  mana lah tahu kot-kot terjumpa barang yang berkenan dihati boleh beli... sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. 

Lepas tu balik bilik lepak... sementara menunggu masa untuk check out jam 12.00 tengah hari.


Destinasi seterusnya, kami ke Pantai Temasya Bintulu... ramai jugak orang berlibur di sini... kami berehat sambil menikmati satay dan air kelapa... terasa mahalnya makanan kat sini... lepas tu kami singgah di Taman Tumbina Bintulu... nak masuk dikenakan bayaran... tak mahal pun RM2 je... boleh sangat lah kan... kat sini terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan binatang.... kawasannya berbukit... jenuh jugak lah kami menapak... nasib baik pakai kasut sukan... kalau tak.. tak tahu lah... 

Lepas tu kami singgah di Masjid Bintulu untuk solat... bas kami ke Miri pada pukul 5.30 petang... 

Cantik Pantai Temasya Bintulu.....

Sesiapa yang ingin perkhidmatan kereta sewa di Bintulu boleh call 016-2297940... servicenya pun bagus. 

0 ulasan: