Tuesday, March 12, 2013

PERCUTIAN KE BINTULU - MIRI, SARAWAK

Pembuka tirai 2013, aku memilih untuk bercuti ke Bintulu dan Miri. Apa yang ada kat sana??? antara soalan yang diajukan kepada aku...
"Aku pun tak tahu... sebab aku belum sampai... tu yang aku nak berjalan ke sana..." Tu jawapan yang baik sikit lah...

Boleh je bagi jawapan yang kurang asam sikit...
" Suka hati aku lah nak ke mana pun... duit aku.." tapi malas lah kan.

Apa yang penting bagi aku... aku nak kenal tempat orang... budaya hidup masyarakat di sana. Bak kata pepatah melayu 'Jauh Perjalanan, Luas Pengalaman'.

Aku booking tiket tahun lepas lagi... lama kan... tiket flight ke Bintulu dan balik dari Miri lebih kurang RM314 untuk 3 orang tidak termasuk bagasi... bagasi selalu aku akan booking dah dekat nak terbang. Kekawan selalu tanya aku...
"berapa budget ko berjalan farid???" 

Kali nie aku habis tak sampai RM500 seorang... termasuk semua... makan, penginapan, sewa kereta, dan segala bagai... kecuali buah tangan... tu kira yang lain.
Biasalah... pakej aku, main redah je... dapat je kereta... aku akan pusing dulu.... aku lebih suka sewa kereta... senang nak bergerak... dan suka hati nak ke mana, ikut masa sendiri.

Percutian kali nie sempena besday aku... besday aku pada 2 Mac... kali nie percutian kami tak sempat nak rancang betul-betul... pertama aku sibuk dengan segala urusan... urusan trade in kereta dan nak ambil kereta baru... semuanya nak buat sempena besday... mahu tak kelam kabut... aku cuma sempat booking kereta di Bintulu dan di Miri. Itu pun dah last minute.. last sekali dapat kereta yang kurang elok sikit lah... tapi masih boleh berjalan... hotel sampai di sana baru kami cari.


Di Bintulu, kami menginap di Hotel CT1 Inn.... cantik hotel nie... maklumlah hotel baru setahun beroperasi... segala-galannya baru. Puas hati sangat harga bilik untuk semalam dalam RM78- RM1++. Boleh lah kan, untuk tidur dan rehatkan badan sekejap.


Bandar Bintulu nie tak lah besar sangat... tak sesat lah kalau ke sini. Pusing-pusing area tu je.  Gambar kat atas tu sekitar pasar tamu... hari kedua kami di sana... sempat cuci mata di pasar tamu dan kawasan sekitarnya.


Nie pulak menara jam yang merupakan antara bangunan lama yang terdapat di Bintulu. Tugu Council Negeri Sarawak dibina pada tahun 1867... lama tu. Kami sempat jugak bergambar di Dataran Bintulu yang terletak di tepi sungai. Kat sini agak sukar jugak nak cari kedai makan halal... Kami jumpa 2 je restoran iaitu Restoran Nurul dan satu lagi apa entah... bertentangan dengan pasar tamu.. tapi orang ramainya... terpaksa menunggu untuk mendapatkan tempat duduk... last sekali kami bungkus je balik makan kat bilik.

7 ulasan:

Unknown said...

sush x dapat makanan halal kt bintulu..sbb maybe next month sy perlu ke sana

eeeda said...

Agak susah jugak lah... saya cuma jumpa 2 restoran je... makan kat kedai tu je.. nasib baik sewa keta senang nak bergerak. Selamat bercuti ke bintulu.

Unknown said...

jauh tak bintulu ker miri?..lbh dri sejam x dgn kreta?

eeeda said...

Jauh jugak lah... akak naik bas lebih kurang 3 jam perjalanan... jalan tak berapa elok.

Unknown said...

X susah cari makanan halal kt bintulu kalau tau tempat....

Unknown said...

X susah cari makanan halal kt bintulu kalau tau tempat....

Unknown said...

Best kan bercuti di Miri~ !

Jika Anda, keluarga dan kawan-kawan ingin bercuti di Miri?
Kami dari HRB Car Rental Miri menyediakan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang berpatutan. Sewa untuk kegunaan Miri-Brunei boleh diatur

Hubungi kami di 019 233 6923 / 013 883 6923 untuk mendapatkan harga dan servis kereta sewa yang terbaik di pasaran !

www.hrbcarrental.com