Thursday, May 23, 2013

BERCUCUK TANAM DI RUANG TERHAD

Fasa kedua, aku menggunakan ruang belakang... ruang nie agak terhad.... ruang tanah lebih kurang 20" x 2.5" itu belum lagi ditolak ruang penutut tangki najis... tapi boleh lah nak tanam pokok petola tu... dapat lah 10 lubang... lepas nie aku nak kena buat para...

Di hujung tu cili api (lada burung)...
Tapak penanaman petola...
Aku gunakan plastik sampah je.... tebuk lubang sendiri... sekurang-kurangnya dapat mengelak daripada rumput tumbuh dan dapat mengekalkan kelembapan tanah... ruang belakang nie aku suka sebab panas sebelah pagi je.. petang dah tak panas. 

Petola baru nak tumbuh....
Bendi dalam polibag di luar pagar...
Bendi dah mula keluar bunga....
Bendi....
Cili api...
Sejak bercucuk tanam nie... ingat kat umah je... balik je sekolah, perkara pertama mesti pe tengok pokok sayur dulu... betul lah orang kata, kalau kita ada anak pun sama... teringat kat anak je kat umah... penat macam mana pun mesti layan dulu... macam tu lah aku... penat macam mana pun, aku akan buka jugak pintu belakang jengah tanaman.

2 ulasan:

Hisyam Muhibah said...

berbudi pada tanah...

eeeda said...

Tu lah, duduk kat umah tak ada apa nak buat... lebih baik berbudi kepada tanah... dapat jugak hasilnya..