Saturday, July 10, 2010

MACAM MANA NAK BUAT EMAIL

Aku terpanggil, untuk ajar pengunjung2 blog aku mcm mana nak buat email.... biasalah aku akan ajar menggunakan cara aku...ikut yang aku faham je lah.... dan menggunakan bahasa yang mudah difahami.... apa yang penting pengunjung berkenaan berjaya membuka akaun email....

Bila dah ada email tu... jangan lupa buka... dan rajin2 lah guna. Dan berikan alamat email tu kepada kekawan... mana tahu nanti boleh berkongsi maklumat. Sekarang nie mudah, segalanya di hujung jari.

LANGKAH 1

Macam biasalah guna abg Google kita yang baik hati nie.... taip je gmail.... atau pun nak mudah klik sini. Kalau hang pa klik yang nombor 1 tu..... akan kuar mcm gambar rajah kedua tu.... Jika hang pa klik yg nombor 2 tu... terus kuar mcm yg nombor 3 tu.... so skip sikit le... mana2 pun sama je.



LANGKAH 2

Klik nombor 1, kuar mcm kat bawah nie.... kemudian klik pada create an account. Guna duble click.

LANGKAH 3

Kuar form yang perlu diisi... sekiranya tak tahu bahasa inggeris tak apa.... guna bahasa melayu. Klik tempat pilih bahasa. So tak jadi masalah nak mengisi form nie.... yang jadi masalah kepada mereka yg tak tahu baca je....Isi selengkapnya.

LANGKAH 4

Kalau dah lengkap isi jangan lupa klik I accept create my account. Tunggu kejap... bagi masa dia nak proses... lepas tu dah boleh guna.


Kali nie aku ajar mcm mana nak buka akaun email dulu menggunakan gmail.... akan datang aku akan ajar cara nak buka akaun facebook. Mana lah tahu kan... lepas nie sesiapa yang berhajat nak buka akaun... tapi tak ada org nak ajar... tak ada masa nak suruh kawan ajar... so belajar sendiri je.

Thursday, July 8, 2010

INSAF DI PAGI JUMAAT

Setiap detik berlalu, terasa diri ini semakin dekat dengan kematian...tambah pulak ari nie aku dapat mesej daripada Bro Nizam.... senarai nama rakan2 yg telah pun kembali menemui penciptanya.

Bertuah rasanya, dapat kumpul kawan2 lama... dan sentiasa mengetahui perkembangan mereka... terasa dekat je di hati.. walaupun jauh beribu batu. Tambah pulak Bro Nizam nie...rajin update maklumat yang terkini mengenai kawan2. Terima kasih friend... atas keprihatinan.

SENARAI ANGGOTA YG TELAH MENINGGAL DUNIA

1. ALLAHYARHAM JAMAL (ASE)
- demam panas di KTU alor setar 1997

2. ALLAHYARHAM LABU
- kemalanngan motorsikal dengan lembu di kedah 1998

3. ALLAHYARHAM MOHAD HAFIZ ( AMRA)
-kemalangan kereta terbabas ke gaung 2000

4. ALLAHYARHAM RAMLI
- sakit 2008

5. MENDIANG SHAWN CHRISTOPER
kemalangan ejectition seat 2002

6. 719608 AZNIE MARZUHA BIN ABD GHANI
- 2006 meninggal demam panas di sek pondok kelantan

Wednesday, July 7, 2010

HAPY, SEDIH, BANGGA

Sepanjang minggu nie... mcm2 yang berlaku dalam hidupku.... hapy.. sedih, bangga... sebenarnya nie asam garam dalam kehidupan... setiap orang pun akan merasai perkara yang sama... cuma ada sedikit perbezaan... mungkin dari segi kekerapan dan sebagainya.

Aku nak ceta yang hapy dulu... semua orang pun suka yang hapy... kalau boleh setiap masa nak hapy je kan... tapi mana mungkin ianya berlaku... isnin ari tu, my best friends dapat kembali bersama dengan kekasih hatinya. Aku harap dia dapat menghargai peluang kali ini....aku tahu keduanya gembira sekarang nie.... sebagai kawan aku dah buat yang terbaik dan sentiasa doakan yg terbaik untuk mereka...sebenarnya, semua nie kerana kepercayaan kalian berdua kepadaku...Kalau tak... tak mampu aku nak tolong...mereka berdua nie, kawan baik aku... So dua kali lah aku gembira.

Keduanya, ari selasa 6.10 am, aku dah start keta... pukul 6.15 mesti kena kuar.... klu tak lewat pulak sampai kat sek... siapa yg malu...aku gak. Tiba2 jiran aku buka pintu...
"Da... jap," sambil menghulurkan bekal untuk aku... terharu betul aku... agaknya dia tahu, aku selalu makan kat kedai je...sekali sekali kena makan yang masak sendiri. Aku nak masak sendiri... lambat lagi kot. Dapur pun belum beli lagi.

Sedihnya, aku call member nie... nak mintak duit sewa umah... maklum lah cuti sek kan... banyak pakai duit.. jalan lebih... duit pun lebih.... sebenarnya sebelum nie aku tak pernah tanya pasal duit sewa... dia call suruh ambil aku datang... rasanya ada dalam 3 bulan kot....aku call dia tak angkat, aku sms dia tak balas... tak pe lah mungkin dia sibuk... aku biarkan je lah. Tiga hari selepas tu, dia call... bagi tahu dia berada di hospital. Masa tu, apa lah aku nie.... bukan call nak tanya khabar.... nak mintak duit je call. Sekarang masih lagi berada di hospital. Operation, sakit puan. Aku harap dia cepat sembuh.

Perkara kedua, mak aku balik dari umrah... ahad ari tu... tapi sampai rabu petang baru dapat bercakap dengan dia.
Ari isnin aku call, dia pe kenduri kahwin....
Malam aku call tak angkat. mungkin dah tido....
Ari selasa pagi aku call, ayah aku kat kedai kopi....
Pukul 10, aku call dia kat umah abg aku....
Petang aku call dia tak ada kat umah....
Petang tu gak, ayah aku call balik.... aku pulak kat hospital.. tak boleh nak sembang..
Ari rabu pagi, aku call mak aku entah ge mana....
Petang tu baru dapat bercakap...
Ha.. lega dapat bercakap dgn mak aku....

Seminggu nie gak aku bangga dengan kekawan yg bersemangat nak sambung belajar.... klu kawan minta pendapat aku... aku akan cakap sambung.. jangan lepaskan peluang. Sebab aku sendiri pun masih bercita2 nak sambung hingga ke peringkat master. Niat di hati nak tukar profesion... insya allah kalau ada rezeki. Sedang mencari peluang.
Telefon berdering tanya tu dan ini....sebenarnya aku pun bukan tahu sangat pun.... cuma ada kawan2 yg sentiasa dok sembang mengenai nie... tu je.
Kepada K.ita sy minta maaf lah pasal UPSI nie tak maklum kan kat akak....sy ingat semua sekolah dah dapat sedarannya.

Untuk makluman kepada kekawan yang berada di DG32, kalau berhasrat nak mohon DG32 hakiki... aku dengar dah kuar borang. Cuma kat sek aku ni belum lagi sampai. Rebut peluang... jangan tunggu esok.
"Asingkan diri kita drpd kelompok yang ramai. Dan berusaha menuju ke puncak".

Bukan aku cakap... aku guna pakai ayat pegawai di Jabatan yang aku jumpa ari tu.

Tuesday, July 6, 2010

TAK DENGAR KATA

Sehati sejiwa betul aku dgn k. ana...hari nie elok je, orang lain semua pakai baju koprat.... kami pakai baju kurung biasa. Kami berdua nie, memang tak dgr kata betul....mentang2 lah boss tak ada ari nie....

Hari nie, boleh pakai baju colour sama..... dah le, sarapan pagi2 kat kantin sama2.... sampai kat sekolah pun lebih kurang sama... sebelum pukul 7.00 am dah sampai kat sekolah. Nasib baik balik tak sama...

Orang yang lahir bulan 3 nie, dia memang boleh ngam dgn org yg lahir sama dengan bulannya....ada sikit sikap bertolak ansur.... mcm aku dgr kak ana....he he he , ya ke Kak Ana...?

Sekolah aku nie dah ditetapkan... hari Selasa pakai baju koprat...dan hari Rabu baju unit beruniform....klu ari Rabu tu, siap ambil nama lagi siapa yang pakai ke tak.... he he he...tapi aku biasalah ikut kepala aku je nak pakai ke tak...orang dah pakai banyak kali dah baju koprat yang baru nie.... aku tak pakai lagi. Baju dah ada, kain tudung dah beli..... kain je belum pe tempah lagi....tengok lah ada masa nanti pe tempah kain. Warna kuning tu yang lama.... warna biru tu yang baru... mcm keja kilang lah pulak kan....


Minggu lepas aku pe lah ke Maybank.... nak masukkan duit kutipan derma sorang murid nie....ambil nombor giliran... aku pun tunggu lah kat situ... maklumlah musim gaji nie biasalah orang pun ramai.... mana bank pun, suasananya sama je... tiba lah giliran aku....dah lah isi borang kuar.... sebenarnya nak masuk duit.... aku klu dalam kepala byk benda do fikir, memang semua tak menjadi. Kerani tu pun key in nombor akaun....
" minta maaf puan, akaun nie dah tutup. Nie akaun siapa?" sambil membelek2 buku akaun tu.
"Anak murid saya, tak pe lah.... kalau mcm tu. Terima kasih"
Hampa rasanya, ya lah... tunggu punya lama. Buku akun dah tutup.

Hari nie, PK HEM suruh aku kuar uruskan buka buku akaun murid aku nie... tapi kali nie kena ke Bank Simpanan Nasional lah pulak. Sebab bank nie tak perlu penjaganya hadir, klu nak buka buku akaun. Bab kuar nie, aku tak kisah janji keja selesai....sebenarnya lagi suka, he he he. Tambah ada orang tolong ganti kelas aku.... selagi tak selesai, selagi tu lah aku dok bawak duit ke hulu, ke hilir. Bukan urusan budak tu je selesai... termasuklah, keja aku pun selesai.

Aku ambil le peluang pe ke Maybank, bank in duit...sebab nak bayar bil brokebeng le....nak bayar insurans....kalau ikutkan....dah lewat nie... nasib baik agen tu aku kenal... klu orang lain tak ada dia nak dahulukan duitnya. Nak bayar bil telefon, yang dah kena sekat ari nie... aku klu tak ada telefon, tak boleh hidup....Lepas tu ke Public Bank nak check duit ada lagi ke tak... untuk ditolak bayaran umah bulan nie.. banyak betul urasan dunia nie kan....tu sebab setiap bulan aku kena buat senarai semak.... mana yg dah buat... mana yang belum buat... siapa yg biasa pe umah aku dia tahu le.... siap tampal kat pintu... so ari2 boleh tengok....

Monday, July 5, 2010

PERKHEMAHAN PENGAKAP DI SK KUANG

Kali ini, peserta perkhemahan kami terdiri daripada murid tahun 3 hingga tahun 6. Pada awalnya takut gak nak buat camping melibatkan murid tahap 1 nie.... rupanya, mereka nie begitu bersemangat dan tak sabar2..... awal lagi dah berkumpul di kantin sekolah....Mungkin juga ini merupakan pengalaman kali pertama mengikuti perkhemahan.

SK Kuang jadi tuan rumah.... terima kasih kerana dapat memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Jika berpeluang lain kali boleh lagi kot.... kami tak kisah nak jadi tuan rumah.... tapi takut banjir je le....

Murid2 diberi peluang mengikuti jungle tracking di sekitar kawasan kampung. Sekurang2nya dapat memberi pendedahan kepada mereka tentang suasana di dalam hutan..... walaupun bukan hutan yang selayaknya bergelar hutan.... tapi boleh lah...

Jumaat malam tu.... lepas je selesai program, dalam pukul 12.30 am... aku kuar pe layan bola kat MC Donal Rahman Putra....kebetulan ada member nak temankan.... selalu tak layan pun bola sebab tak ada geng....sorang2 bukan seronok.... nie ada kawan baru best.... sambil layan bola tu... kalau lapar boleh makan.... kan senang. Orang bujang mcm tu lah.

Biasalah bila dah ramai tu kan.... borak tu, borak nie.... sedar2 dah pukul 5.00 am. Aku terus balik ke tempat perkhemahan... nak tahu, time tu.... anak murid aku dah siap berkumpul kat dataran..... siap dengan uniform lengkap lagi.... cikgunya sorang pun tak jaga lagi....budak dia bukan tahu penat.

Kekawan aku, yang anaknya mengikut perkhemahan.... anak tak kisah apa pun... maknya pulak yang teruja.....pesan tu...pesan nie.... aku lah yang naik rimas, nak melayan parents yg mcm nie..... tu yang malas nak bawak anak cikgu nie... he he he jangan marah ye... Kak Az, Kak Shu dan Kak Asmida.... mereka nie..... sebenarnya risau nak lepaskan anaknya.... maklumlah kali pertama mengikuti perkhemahan.... dapat tak menguruskan diri sendiri. Bagi je peluang... mesti boleh punya....tak boleh pun... dia akan buat sampai boleh...

Tengok lah Faiz dan Hamzi bukan main lagi bersemangat klu bab camping.... kalau dalam kelas.... faham2 je lah...tapi tak pe, pengalaman nie.... jangan jadi mcm sorang budak yg aku jumpa kat kedai buku.... dia tengok aku berpakaian pengakap.... so dia tegur lah...
"akak cikgu ke? datang camping ke??"
"ya cikgu.... ha ah baru habis camping nie"

"Mesti seronokkan, sy tak pernah mengikuti perkhemahan semasa belajar, nie baru nak berjinak2 kat U"

Kesian kan, ada jugak murid yang tak pernah mengikuti perkhemahan masa kanak2nya.... so tak ada pengalaman lah kan.... bertapa ruginya... kegembiraan semasa camping zaman kanak2 tidak dirasai....so kepada ibu bapa, bagi lah peluang kepada anak2 mengikuti aktiviti yang dijalankan di sekolah.... sekurang2nya ada sesuatu untuk dikenang bila besar nanti.

Melihat dengan mata hati....
Supaya anak lebih mengerti...
Bahawa dirinya amat dihargai....


Sunday, July 4, 2010

KALI PERTAMA AKU AJAR KH

Sudah hampir 11 tahun aku bergelar pendidik.... tahun nie merupakan kali pertama aku mengajar subjek Kemahiran Hidup... Dalam hati boleh ke aku ajar nie..... member opsyen Matematik dan Pengajian Melayu tiba2 kena ajar KH.... aku tahu niat member nie baik... supaya aku tak stress mengajar... kalau semua subjek teras kan jenuh gak...

AKu tak kisah...
Tapi orang lain yang kisah...
Subjek yang tak pernah kita ajar...takut gak nak ajar....kalau ikutkan aku.... lebih selesa mengajar subjek opsyen kita.... daripada mengajar subjek yang bukan bidang kita.... bukan berkira, tapi takut tersalah ajar.

Melihat kesungguhan sorang kawan nie....untuk membantu aku.... aku sahut cabaran tu. Aku ajar...dah pertengahan tahun rupanya aku mengajar subjek KH....kalau kawan yang opysen KH pun boleh ajar Maths.... tak kan kita tak boleh buat,.... tapi sebelum mengajar aku siap kena cari sifu dulu lah suruh ajar.... cikgunya kena belajar dulu sebelum mengajar anak murid...

Gambar nie... merupakan salah satu projek dalam sukatan KH tahun 5... selalunya member aku nie dah siapkan bahan utk aku... sebelum aku masuk mengajar... dah siap lesson note lagi kat papan putih....mcm ada pembantulah pulak....selalu kat makmal sains sek. menengah je kan...aku nie special sikit.... semua orang dah siapkan....tinggal nak ajar je....tak kan itu pun tahu kan.... Cikgu Rohana nie bagus betul...sayang akak...

Bersemangat anak murid aku menjalankan aktiviti....Sejam je...KH nie seminggu...alamaknya projek aku nie mahu 2 minggu baru siap...

Thursday, July 1, 2010

AKU TERKILAN

Aku mengenalimu secara tidak sengaja melalui laman sosial. Sebelum ini aku penah dengar nama mu... tapi tidak pernah bertegur sapa. Puas aku cuba ingat wajahmu...melalui gambar2 di fb mu...namun aku masih tidak mampu mengingatnya... mungkin memory pun dah semakin low.....

First time chat... kau begitu teruja sebab aku banyak tahu mengenai dirimu... semua tu sebenarnya secara tidak sengaja...Aku tahu siapa kawan2 rapatmu semasa belajar... aku tahu kau sambung belajar....aku kagum dengan semangatmu....aku tahu rumahmu di kampung.... itu pun sebab kami ramai2 nak datang beraya... tapi tak ada rezeki, orangnya tiada di rumah... aku tahu mengenai perkara buruk yang menimpa dirimu....ada lagi lah yg aku tahu mengenaimu. Itu tidak beerti kau secret admireku.

Kau begitu selesa bersembang dengan aku... sehingga lah kau anggap aku kawan baikmu. Aku hargai, dan terima kasih kerana sudi berkawan denganku. Bermula dari situ kami menjadi kawan baik. Sekurang2nya ada kawan yang boleh dipercayai untuk berkongsi suka duka dan yang lebih penting dapat meringankan bebanan di kepala.

Aku hargai kepercayaan kau terhadapku untuk berkongsi suka duka yang kau lalui. Niatmu ingin berjumpa dengan aku... aku tolak dengan baik. Aku punya alasanku sendiri. Aku harap kau faham. Dalam keadaan tertentu kita perlu juga menghormati orang lain. Kalau boleh aku tak mahu menyingung perasaan org yg kita sayang. Aku akan cuba elak daripada ianya berlaku.

Aku tahu ada sesuatu yang ingin kau kongsi supaya aku lebih faham. Dan berharap, seandainya ianya berlaku, aku dapat sampaikan apa yang kau rasa... kepada orang yang berkenaan.

Hari ini aku terkilan, kerana tidak memenuhi permintaanmu tempoh hari... perkara yg ditakuti telah pun terjadi. Nasi sudah menjadi bubur. Harapan hanya tinggal harapan. Aku selalu cakap dengan kau.... bukan sekarang...bukan hari nie.... Mungkin suatu hari nanti kita akan jumpa... tapi ianya sudah terlambat. Maafkan aku.

Semalam aku terkejut, bila phone aku berdering....kebetulan aku belum tido, sedang layan lagu jiwang2 di radio... Ketika itu, jam aku menunjukkan pukul 1.00 pagi. Jelas di talian, kau begitu sedih... perkara yang kau takuti telah pun terjadi. Aku hanya mampu minta kau bersabar. Masa tu tuhan sahaja yg tahu... bersalahnya aku padamu.

Sebagai kawan aku berharap kau tabah menghadapi dugaan yang mendatang... masih ada peluang untuk perbaiki kesilapan... kali nie aku sudi berjumpa dgnmu walaupun telah terlewat. Tapi tidak tahu bila... buat masa sekarang aku terlalu sibuk.... sampai tiada masa utk kekawan dan bersosial. Aku janji pada kau dan diri sendiri akan memenuhi permintaan kali ini.

'Setiap pertemuan selalunya dinanti2kan oleh setiap orang.... tapi kita cukup takut untuk menghadapi perpisahan'

'Tuhan hadirkan seseorang untuk kita.... supaya kita saling berkongsi dan belajar daripadanya sama ada sesuatu yang baik, mahupun perkara yg cukup memedihkan untuk dikenang... anggaplah pengalaman itu amat bermakna bagi menempoh hari2 yang mendatang'

Aku harap kau lebih tabah kerana
Peristiwa semalam....
Lebih yakin pada hari ini...
dan lebih bersedia utk tempoh hari esok.