Wednesday, July 7, 2010

HAPY, SEDIH, BANGGA

Sepanjang minggu nie... mcm2 yang berlaku dalam hidupku.... hapy.. sedih, bangga... sebenarnya nie asam garam dalam kehidupan... setiap orang pun akan merasai perkara yang sama... cuma ada sedikit perbezaan... mungkin dari segi kekerapan dan sebagainya.

Aku nak ceta yang hapy dulu... semua orang pun suka yang hapy... kalau boleh setiap masa nak hapy je kan... tapi mana mungkin ianya berlaku... isnin ari tu, my best friends dapat kembali bersama dengan kekasih hatinya. Aku harap dia dapat menghargai peluang kali ini....aku tahu keduanya gembira sekarang nie.... sebagai kawan aku dah buat yang terbaik dan sentiasa doakan yg terbaik untuk mereka...sebenarnya, semua nie kerana kepercayaan kalian berdua kepadaku...Kalau tak... tak mampu aku nak tolong...mereka berdua nie, kawan baik aku... So dua kali lah aku gembira.

Keduanya, ari selasa 6.10 am, aku dah start keta... pukul 6.15 mesti kena kuar.... klu tak lewat pulak sampai kat sek... siapa yg malu...aku gak. Tiba2 jiran aku buka pintu...
"Da... jap," sambil menghulurkan bekal untuk aku... terharu betul aku... agaknya dia tahu, aku selalu makan kat kedai je...sekali sekali kena makan yang masak sendiri. Aku nak masak sendiri... lambat lagi kot. Dapur pun belum beli lagi.

Sedihnya, aku call member nie... nak mintak duit sewa umah... maklum lah cuti sek kan... banyak pakai duit.. jalan lebih... duit pun lebih.... sebenarnya sebelum nie aku tak pernah tanya pasal duit sewa... dia call suruh ambil aku datang... rasanya ada dalam 3 bulan kot....aku call dia tak angkat, aku sms dia tak balas... tak pe lah mungkin dia sibuk... aku biarkan je lah. Tiga hari selepas tu, dia call... bagi tahu dia berada di hospital. Masa tu, apa lah aku nie.... bukan call nak tanya khabar.... nak mintak duit je call. Sekarang masih lagi berada di hospital. Operation, sakit puan. Aku harap dia cepat sembuh.

Perkara kedua, mak aku balik dari umrah... ahad ari tu... tapi sampai rabu petang baru dapat bercakap dengan dia.
Ari isnin aku call, dia pe kenduri kahwin....
Malam aku call tak angkat. mungkin dah tido....
Ari selasa pagi aku call, ayah aku kat kedai kopi....
Pukul 10, aku call dia kat umah abg aku....
Petang aku call dia tak ada kat umah....
Petang tu gak, ayah aku call balik.... aku pulak kat hospital.. tak boleh nak sembang..
Ari rabu pagi, aku call mak aku entah ge mana....
Petang tu baru dapat bercakap...
Ha.. lega dapat bercakap dgn mak aku....

Seminggu nie gak aku bangga dengan kekawan yg bersemangat nak sambung belajar.... klu kawan minta pendapat aku... aku akan cakap sambung.. jangan lepaskan peluang. Sebab aku sendiri pun masih bercita2 nak sambung hingga ke peringkat master. Niat di hati nak tukar profesion... insya allah kalau ada rezeki. Sedang mencari peluang.
Telefon berdering tanya tu dan ini....sebenarnya aku pun bukan tahu sangat pun.... cuma ada kawan2 yg sentiasa dok sembang mengenai nie... tu je.
Kepada K.ita sy minta maaf lah pasal UPSI nie tak maklum kan kat akak....sy ingat semua sekolah dah dapat sedarannya.

Untuk makluman kepada kekawan yang berada di DG32, kalau berhasrat nak mohon DG32 hakiki... aku dengar dah kuar borang. Cuma kat sek aku ni belum lagi sampai. Rebut peluang... jangan tunggu esok.
"Asingkan diri kita drpd kelompok yang ramai. Dan berusaha menuju ke puncak".

Bukan aku cakap... aku guna pakai ayat pegawai di Jabatan yang aku jumpa ari tu.

0 ulasan: