Tuesday, July 27, 2010

GELARAN GURU GARANG

Hari nie murid kelas aku ramai yg terlibat dengan latihan nyanyian sempena dengan Program Senam Seni dan Hari Keusahawanan Sekolah...so tinggal lah beberapa orang je yang tak terlibat....aku ambil kesempatan sembang-sembang dengan anak2 nie... masa tu terfikir pulak nak tanya anak2 apa yang mereka seronok time aku mengajar dan apa yang tak seronoknya....saja buat survey... mana tahu klu banyak yg negatif tu perlu penambahbaikan.... yang positif tu perlu dipertingkatkan.

Berdasarkan survey ke atas enam orang murid... rata2 menyatakan aku nie sorang guru yang garang. Guru yg garang? Kalau dah anak murid kata mcm tu... memang betul lah tu. Kawan2 pun ada yang cakap aku nie garang time mengajar... sebab depa ckp budak tak dengar masa depa mengajar....tapi time aku mengajar boleh pulak budak nie beri tumpuan.

Ciri2 guru yang membuatkan murid suka dengan pengajaran dan pembelajaran kita, antaranya:

  • Mempunyai unsur2 kelakar dalam pengajaran dan pembelajaran. Jangan terlalu serius, sehingga murid merasakan subjek yang kita ajar terlalu sukar.
  • Menggunakan perkataan tertentu untuk mengingat formula. Cikgu janganlah terlalu protokol sehingga takut untuk menggunakan istilah lain bagi mengingati sesuatu formula. Murid lebih cepat mengingat sekirannya menggunakan perkataan pelik2 dan jarang mereka dengar. Cth, Whole Number merupakan nombor ajaib. Sebab.....murid aku je yang tahu...
  • Selalu bercerita. Gunakan 5 minit dalam p&p...ataupun 5 minit akhir.... dengan cerita2 yang boleh memberi pengajaran dan berguna dalam kehidupan mereka. Kita sebagai guru, jangan sayang 5 minit sebab nak mengajar. Selitkan cerita2.... setiap hari aku akan cari satu cerita untuk anak aku... sampai satu tahap sebelum tido mesti kena fikir apa nak diceritakan esok. Sebab klu aku lupa, mereka akan ingatkan..."cikgu ari nie tak ada cerita ke?"
  • Marah tak salah... tapi jangan setiap masa marah. Pastikan jika kita memarahi seseorang murid tu....mereka tahu apa kesalahan mereka. Dan ambil hati mereka semula. Aku senang je...time cikgu serius, jangan buat perangai...time cikgu gelak...siapa pun boleh gelak. he he he...
Kerjaya guru sangat mulia.... cuba kita lihat, ada tak kerjaya lain orang akan cium tangannya. Tapi kita sebagai seorang guru, setiap masa ada saja anak murid akan cium tangan kita. Tak kira di mana mereka jumpa akan cium tangan gurunya.

4 ulasan:

sI tEDI said...

garang tapi ttp akrab dgn murid2kan? :))

su said...

Su sokong semua point2 eeda tuh! huhu...su pon masih lg dlm memperbaikki kelemahan yg ada & menyesuaikan diri...kurang garang cket su skrg ni...dok bandar ni len, xmcm murid kat luar bandar...hehehe....

eeeda said...

sI TEDI:
Betul tu, kita garang tapi dalam masa yang sama murid masih lagi rapat dengan kita.

eeeda said...

Su:
Betul tu, kena sesuaikan diri dengan persekitaran baru, gelagat parents yg baru. Itu pun ambil masa nak faham mereka tu. Apa yg penting kita kena lah selalu bertanya dengan org yang lama.