Monday, September 6, 2010

HARI TERAKHIR SEKOLAH SEBELUM RAYA

Entry nie sepatutnya sebelum bercuti aku nak tulis...tapi tu lah, kekangan masa memaksa aku tangguh buat sementara. Hari terakhir persekolahan, aku tukar sesi dengan kawan aku nie... Kak Adi. Dia yang ada hal, nak balik kg di Kedah... aku tak ada masalah nak tolong kawan..klu aku tak ada hal. Tapi kalau ada hal tu aku minta maaf le ye kekawan.

Bagus jugak tukar sesi petang nie... sekurang2nya dapat gak aku rakamkan gambar anak-anak dan rakan-rakan di sesi petang. Bukan selalu aku dapat peluang nie. Hari terakhir sekolah aku nie adakan Majlis Ihya Ramadan dari awal hingga balik. Lagi pun sesi petang ari jumaat singkat je waktunya. Masuk kelas 2.40 petang dan 5.30 petang dah balik... sebab bulan puasa.

Sesi pagi selalunya murid khatam Al-Quran...tapi sesi petang cikgunya yang khatam Al-Quran. Program seperti nie memerlukan kerjasama. Aku bersyukur sangat berada di sekolah yang aktif dengan pelbagai program dan mendapat sambutan daripada semua guru. Guru-guru di sekolah nie memang bagus-bagus. Kalau ada yang tak ok tu...bilangannya sangat kecil...tak akan menjejaskan bilangan yang ramai.

Alhamdulillah aktiviti sebegini merapatkan lagi silaturahim di kalangan guru-guru sksb. Majlis ilmu perlu diberi perhatian dan jangan dipinggirkan. Ini salah satu pengajaran kepada generasi hari ini tentang pengisian di Bulan Ramadan yang mulia ini.

Hari terakhir...dah nak bercuti sempena menyambut Hari Raya...rasanya tak lengkap kalau tak ada lagu raya... Boleh tahan gak persembahan murid Tahun 3 nie. Baru bersemangat nak beraya bila dengar lagu raya.

Aduh...kakak-kakak aku nie bukan main lagi kalau bab bergambar... nie semua sibuk suruh tag kat pesbook.. Dalam ramai2 tu ada sorang kakak aku... 2 tahun lagi nak pencen...bukan pencen pilihan tau... pencen wajib.... raut wajahnya tak nampak pun mcm orang yang dah nak pencen. Tu lah petua2 orang tua kita kena ambil... nanti dah tak ada orang tua esok... tak tahu dengan sapo kita nak menuntut.

Budaya bersalaman perlu diterapkan.... aku kadang2 sedih jugak bila ada anak murid hulur tangan nak bersalam.... cikgu tak nak dan suruh murid terus jalan. Cikgu luangkan lah masa sikit kat anak murid... kita nie bukan mengajar ilmu untuk lulus peperiksaan je... ilmu dalam kehidupan jangan lupa. Bersalaman nie sepatutnya jadikan sebagai budaya. Lama kelamaan dah biasa tak jadi masalah.

Benda macam nie kita tak boleh salah kan dia orang pun...betul tak. Setiap cikgu dia ada gaya dia sendiri untuk mendidik muridnya. Apa pun kita fikir yang terbaik untuk anak2 didik kita supaya suatu hari nanti mereka akan menjadi generasi yang mampu menjadi khalifah yang baik di muka bumi ini.

Berusaha buat yang terbaik....
Hasilnya juga sudah pasti yang terbaik...

Niat kita seorang pun tak akan tahu...
Tapi apa yang kita buat orang akan tahu...

MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT HAJAT

Pada hari Khamis sekolah aku telah mengadakan majlis berbuka puasa dan solat hajat untuk murid-murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR selepas raya nanti... Biasanya orang jauh memang datang awal. he he he puji diri sendiri lah pulak. Tapi itulah hakikatnya. Masa aku tinggal Puncak Jalil, aku boleh datang awal ke sekolah. Bukan apa dah jauh kena pandai2 bajet masa, sat lagi jem jenuh. Tak boleh sampai on time.

Masa aku sampai tu.. boleh dikatakan semua dah siap. Tu untungnya buat kat kantin. Persiapan tempat dan makanan telah diuruskan oleh pihak kantin. Ajk makanan tak banyak keja sangat, cuma pantau apa yang patut je. Sebenarnya aku ajk disiplin.

Tetamu sampai je, kena daftar dulu... mana2 majlis pun mesti ada pendaftaran. Kecuali majlis kawin je tak ada pendaftaran... penting pendaftaran nie untuk survey kehadiran jemputan supaya ajk makanan dapat memastikan makanan yang disediakan mencukupi. Lagi satu, senang nak buat bajet untuk tahun-tahun akan datang.

Makanan telah terhidang. Masakan ala kampung memang membuka selera. Nak pulak ada ulam-ulaman. Ikan bakar, masak lemak kuning daging dan macam-macam lagi. Hari tu ikan bakar berlebih-lebih.

Kita dahulukan ibu bapa.... baru lah turn cikgu2 pulak ambil makanan. Pilih jangan tak pilih...bukan selalu pun dapat berbuka puasa ramai-ramai mcm nie....setahun hanya sekali je. Kehadiran cikgu sangat memuaskan... orang lain tak datang gb tak nampak.... kalau aku tak datang gb nampak..... sebab selalu aku tergedik2 mengambil gambar.

Lepas makan aku hilang entah ke mana... janji dah datang kan...

Dua orang guru yang di tengah tu.... cikgu praktikum. Dua dari kiri cikgu praktikum Unisel dan sebelahnya dari IPG Melaka... Baju hijau, pertama dari kiri tu... cikgu baru posting. Aku pun tak sempat lagi nak berkenalan.... nama pun aku dah lupa. Apa yang pasti dia orang Maran, Kuantan... orang Pahang gak sama dengan aku. Last tu tak payah perkenalkan pun semua orang dah tahu, Pn. Fadzillah Che Wil.

Ajk pelaksana telah dibuat....
Kalau cikgu tak datang siapa nak ganti tempat cikgu...
Cikgu fikir lah sendiri....

KONVOKESYEN KE 9 OUM

Kegembiraan bagi seorang yang bergelar siswa ialah bila tiba masa untuk dianugerahkan segulung ijazah di dalam majlis yang gilang gemilang... OUM selalunya akan mengadakan majlis konvokesyen di PWTC...bukan calang-calang tempat tu...

Pada tahun 2006 aku terima berita gembira kerana diterima untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Setelah bersusah payah dan berhempas pulas akhirnya aku dapat menamatkan pengajian pada Mei 2010. Di sebalik kejayaan aku hari ini...ada mereka yang selalu membantu. Terima kasih kepada mereka yang telibat secara langsung.... mahu pun secara tidak langsung.

Pada penghujung tahun 2010 ini, akan menjadi sejarah buat diri sendiri. Selepas ini, aku akan bergelar guru siswazah...tak kisah lah walaupun mengajar di sekolah rendah.

Terima kasih kepada kawan aku kerana memberi maklumat untuk menyemak status graduan... padahal dah berminggu aku cari kat mana nak semak... tak jumpa2...rupa2nya kat home je... ingatkan kena tengok kat lms.

Konvokesyen akan berlangsung selama 4 hari. Course aku tak tahu lagi terkena ari apa.... apa yang pasti kohot 2 (KPM-OUM) start 21 -23 Nov...kalau ikutkan banyak sidang tu. Saja aku tengok course kawan aku ( Ami Norsaadah Amran) pada hari Ahad sidang pagi.. Tahniah ami kerana berjaya menamatkan pengajian. Memang rezeki kita nak konvo sama.

Alhamdulillah aku berjaya memenuhi syarat untuk bergraduat, tertakluk kepada kelulusan senat. Dalam keseronokkan... sebenarnya kami sedih. Sebab ada rakan seperjuangan kami tidak dapat konvo bersama dengan kami.

GELAGAT YANG MENCUIT HATI

Sementara menunggu kelas Tahun 6 yang lain sampai.... aku bawak anak murid aku nie lepak kat Taman Green Velly...kawasan nie memang redup....tu yang seronok lepak kat sini... lagi pun murid kelas nie bukan ramai pun.... tambah time hujung2 nak cuti nie lagi lah tinggal berapa kerat je yang datangnya....

Kebetulan kat tepi taman nie ada meja batu... kat sekitar sekolah nie memang banyak meja batu, untuk kemudahan kepada murid-murid berehat mahu pun digunakan untuk membaca buku semasa waktu rehat. Meja nie diimport khas dari Kelantan lagi... jauh tu.

Tiba-tiba terlintas difikiran aku... dulu masa kami sekolah pantang ada masa free.... ada je aktiviti yang kami buat. Aku rasa zaman aku lagi nakal daripada budak sekarang.... tapi nakal dulu lain... nakal sekarang lain...

Teringat pulak zaman sekolah dulu suka sangat 'main buaya'....apa lagi aku suruh anak murid aku main... rupanya budak sekarang tak pandai main semua tu.. yang mereka tahu main game je....

" Betul ke nie cikgu nak suruh kami main" macam tak percaya cikgu dia baik ari nie.
" Betul lah" siap ajar lagi anak murid aku cara nak main permainan nie. Bagus punya cikgu... alah bukan selalu pun beri peluang mereka bermain mcm nie.

Seronok pulak aku tengok anak murid aku nie....bermain. Rasa macam nak join sekali....nasib baiklah aku nie sedar diri....dah tua2 nie ada hati nak main mcm budak-budak. Sebenarnya dapat tengok murid bermain.... boleh mengingatkan kita, pada zaman kanak-kanak dulu.... memang keja aku main je.... datang sekolah sebab nak bermain.

Siap datang awal sekolah sebab nak chup (tanda) tiang.... tiang pun kami boleh berebut sebab nak bermain rebut tiang.... chup gelanggang badminton lah.... sebab nak bermain galah panjang.

Kawasan yang tinggi tu sebagai daratan.. siapa yang berada di bawah kalau dapat dicuit dengan buaya... dia akan jadi buaya pulak.... begitulah seterusnya.... sampai lah orang yang jadi buaya tu....tak dapat-dapat nak cari mangsa.... kira dia kalah lah.

Kesian aku tengok murid perempuan nak main jugak tu.... tapi sebab mereka tak ramai.... jadi mereka jadi penonton je.... Masa aku sekolah dulu, kami tak ada pulak segan-segan nak bermain dengan kawan lelaki.... sekarang lain. Murid sekarang pemalu...

Kadang kala kita perlu beri peluang kepada murid kita bermain... aku tengok kesian budak sekarang nie... belajar-belajar sampai tak ada masa bermain. Masuk je darjah 6....mereka terpaksa datang kelas pagi... kelas hari Sabtu... kelas malam... kelas cuti sekolah.. pendek kata memang tak ada masa untuk bermain.

Berbeza dengan zaman aku kanak2 dulu... kejanya bermain... bermain.. bermain.... balik sekolah je... makan nasi terus hilang pe bermain.... tahu2 dah tak nampak tanah baru nak balik. Mak aku tak adanya nak cari ke...pandai2 lah ko balik kalau dah gelap tu.

Zaman akan beredar mengikut arus kemodenan...
Kita tidak boleh samakan zaman kita, dengan zaman sekarang...
Apatah lagi nak samakan dengan zaman akan datang....

Friday, September 3, 2010

PEMBERIAN

Hari last day (Jumaat), aku tukar sesi... member minta tolong sebab dia nak balik kampung awal... insya allah kalau aku tak ada halangan...aku akan tolong. Bila tukar sesi, so aku tak berkesempatan lah nak minta maaf dengan kekawan sesi pagi. Kepada mereka yang membaca blog aku nie.... aku nak minta maaf banyak sekiranya selama ini aku ada menyakit hati hampa semua.

Nie hamper raya yang anak murid tuisyen aku bagi... malu jugak aku, dah le hari sebelum tu bagi duit raya...(apa pun terima kasih kak Lini). Aku baru ajar dia dua bulan... dia menunjukkan minat untuk belajar... mengajar nie yang penting murid tu ada minat... baru lah cikgunya seronok nak mengajar. Selalunya dia memang mintak aku ajar lebih masa.... selalunya murid lagi mintak nak cepat balik...nie tak.

"cikgu ari nie lama sikit boleh tak?" memang nie lah ayat dia.

Aku tak kisah... sebab ari2 aku balik pukul 4.30 petang. Janji murid berminat nak belajar.


Thursday, September 2, 2010

BERSAHUR DI PUTRAJAYA

Semalam sekolah aku ada mengadakan Majlis berbuka puasa dan solat hajat. Pada dasarnya memang aku tak nak datang. Dalam senarai kehadiran pun memang aku tanda tak hadir. Tapi aku tak sampai hati pulak bila member sms...

Sms 1 "Oh adiku, datang ke idak mlm ni? Mai le tolong akak ambil gambar...atau nak duduk sja" (biasalah jadi juru gambar amatur nie, pendek kata ke mana pe pun kamera sentiasa ada dlm beg)

Sms 2 "Datang lah, tak ada sebab farid tak datang. Guru Besar dah banyak memuji farid. Jangan sampai dia kecil hati" (Bila dpt sms nie aku fikir balik....mcm mana bertahun2 aku tak tegur GB...konon nak tunjuk protes dgn boss)

Sms 3 " Mai ya"
(Dalam hati nie dah sms ketiga... kena datang. Tak sampai hati nak hampakan harapan orang.

Pukul 4.30 p.m aku start keta balik umah untuk tukar baju.... dalam pada tu sempat lagi call member kat Putrajaya... saja nak confirm sama ada malam nie dia free ke tak.... aku nak jumpa dengannya sebelum dia berpindah ke Melaka. Nama je duduk dekat, tapi tak berkesempatan nak jumpa. Ada je halangannya. Alhamdulillah dia tak ada masalah dan bersetuju nak jumpa aku. Aku call pulak member sorang lagi nie... kot..kot lah dia free so nak ajak dia join sekali... Rezeki kawan nie free.. so tak adalah aku keseorangan dari Sg. Buloh ke Putrajaya. Apis nie sebenarnya on je kalau dia tak ada hal.

So lepas je berbuka,aku ambil gambar sekitar majlis berbuka...ting tong...ting tong... pukul 8.45 p.m aku gerak ke Putrajaya... sampai sana dah pukul 9.30 p.m. Member aku nie duduk persint 9...alah flet hijau yang glamor itu....bagi aku bukan susah pun nak cari tempat tu.... janji orang yg memberi arahan tu pandai... so tak jadi masalah.

Aku jemput member nie pe minum kat medan selera persint 9 tu je... apa yang penting, dapat luangkan masa bersama member nie untuk berborak. Terperanjat jugak temgok member aku... kurusnya macam zaman muda2 dulu gak... walaupun sekarang dah ada 3 orang anak. Hampir 2 tahun aku tak jumpa kawan nie.... last jumpa masa dia baru lepas berpantang anak ketiga... masa tu kat Maydin Subang Jaya....

Borak punyak borak...maklum lah si apis nie dah lama tak jumpa dengan along.... 17 tahun tak jumpa... banyak tu ceta, yang nak di story kan....daripada ceta zaman sekolah.... sampai lah zaman berkeluarga dan akhirnya zaman single balik..... bukan pendek ceta tu.....sedar tak sedar dah pukul 12 malam.... kedai tempat kami lepak pun dah nak tutup... ceta tak habis lagi...

Kami sambung sembang kat kedai mamak, kawasan area tu jugak..... story untuk 17 tahun dan 3 orang punya ceta... mahu tak sampai 4.30 pagi... nasib baik lah aku keja sesi petang ari nie... itu pun kebetulan member mintak tukar sesi.... memang rezeki aku, nak beri peluang aku jumpa dengan along....kalau tak mahu tak jaga aku ari nie ...

Aku rasa bertuah sangat kerana mempunyai seorang kawan, yang sentiasa ingat kawannya..... walaupun sekarang telah berjaya... Sesetengah kawan bila berjaya sikit, mula lah lupa kawan yg keja bawah nie..... tapi tak bagi along.... daripada tak bekerja, sekarang dah jadi penolong pengarah di KKM, tapi perangai masih lagi sama macam dulu... aku suka sikapnya yang sangat matang dalam banyak perkara. Di samping itu, mempunyai sikap ikhlas dalam memberi pandangan.


Punya lah leka bercerita...mata langsung tak mengantuk... sebenarnya dah lama aku tak buat keja lepak kat kedai mamak sembang sampai pagi nie... maklumlah, sekarang dah duduk jauh.... kawan pun tak ada area sini... kalau sembang pun terhad sebelum pukul 11 dah kena balik...

Berjam-jam berborak... mahu tak kering tekak.... along siap belasah 3 gelas air. Kami terus je bersahur kat situ....aku bersahur dengan roti canai... aku oder air kurang sikit lah daripada along....aku 2 gelas je... Ikutkan along, dia suruh aku tido kat umah dia je....esok pagi2 balik... dalam hati nak tido apa..dah pagi pun masa tu.... kalau tido pun, sempat lah sejam kot.... lebih baik balik terus je. Aku boleh cover kat umah.... kan pukul 10.00 baru bangun...

Berkongsi pengalaman boleh mematangkan diri...

Keterbukaan dalam berbicara, diri disenangi...


Wednesday, September 1, 2010

AKU DAN KAMERA

Aku mula berminat untuk bergambar dan mengambil gambar... sejak aku mula berjinak-jinak untuk menulis di blog. Kalau ikutkan blog aku tak ada apa yang menarik pun...jika nak dibandingkan dengan blog orang lain yang sarat dengan info untuk santapan pembaca.

Aku menulis bukan kerana nama, cuma ingin mencatat sikit kisah suka duka, pengalaman, dan kegembiraan. Kita hidup bukannya lama, mugkin kegembiraan kita hari ini tidak sempat untuk dikongsi dengan orang yang tersayang. Sekurang-kurangnya mereka boleh membacanya melalui catatan yang tak seberapa ini.

Kamera Olympus 795 sw merupakan kamera digital aku yang pertama. Sekarang sudah menjangkau usia 2 tahun. Banyak kenangan aku diabadikan menggunakan kamera nie. Sangat berjasa kepada tuannya.

Kamera yang bersaiz kecil nie sebenarnya senang dibawa ke mana-mana. Pendek kata memang sentiasa ada di dalam beg.

Aku salah sorang peminat kamera yang menjadi kegilaan orang ramai pada hari ini... masing2 dok berusaha untuk mendapatkan kamera idaman nie. Tapi bila memikirkan harganya... rasa mcm lambat je nak merasa guna kamera DSLR...

DSLR adalah singkatan dari Digital Single-Lens Reflex. Kamera DSLR artinya kamera digital yang menggunakan refreksi lensa tunggal. Fotografer mengintip objek yang akan difoto melalui lubang intip atau biasa disebut view-finder. Hasil foto yang akan didapat adalah sama dengan apa yang tampak melalui view-finder tersebut.

Kita selalu sangat berangan kan.... nak itu, nak ini. Ingat dapat tunggakan nanti nak sambar kamera nie satu... tut..tut..tut.. dapat surat nak kena bayar MOT umah lah pulak.... punah sudah harapan aku. Kena dahulukan yang lebih penting.

Aku baru berkira-kira nak menghantar kertas cadangan kepada GB... he he he kertas cadangan apa tu???... aku sanggup beli kamera nie, kalau gb setuju dengan cadangan aku... aku nak jadi ajk juru gambar je... dalam apa pun program sekolah. Mesti ramai yang bengangkan... mahu tak nya, juru gambar merupakan ajk yang paling senang... tapi kalau kena edit sekali...aku pun tak nak... makan masa nak buat semua tu... sat lagi banyak pulak keja aku yang tak siap.

Baru je buka mulut kat kawan nak beli kamera DSLR... dah ada yang offer nak ajar cara menggunakan kamera nie... kebetulan dia memang buat keja part time juru gambar untuk wedding. Bab-bab mengedit nie.... aku nak belajar dengan fasilitator School net sekolah aku.... dia memang hebat..... aku tengok hasil editing dia memang menarik lah.... Tu gunanya ada ramai kawan.