Friday, November 5, 2010

PERCUTIAN KE PULAU LABUAN PART 3

Bersiap-siap untuk turun bersarapan di coffee house hotel. Sarapan pagi banyak jugak lah pilihannya. Tapi macam biasalah aku kan diet... sarapan dengan 2 keping roti, segelas kopi dan semangkuk koko krunch he he he betul ke nie ejaannya.... belasah je lah kan... janji bunyi tu ada sikit-sikit... sudah cukup.

Bergambar di hadapan hotel. Bangunan tinggi di belakang aku tu... bangunan Ujana Kewangan. Kat dalam tu macam-macam ada.... segala bank... kedai-kedai cenderahati.... dan segala shop untuk membeli-belah. Kalau bawak duit berkepuk, boleh layan kat Ujana nie....

Bergambar di Dataran Labuan. Lepas sarapan kami jalan kaki ke dataran nie... time nie baru pukul 9.00 a.m. Tapi panasnya macam pukul 12.00 tengah hari. Balik dari dataran nie aku sakit kepala dan terpaska lena sampai ke petang.

Perbadanan Labuan nie berhadapan dengan hotel kami menginap je.. Keja kami memang bergambar je... target nak snap 500 keping gambar di Labuan. Impian tak tercapai.... nie pun dah nak termuntah bergambar.


Muzium Labuan nie pun boleh jalan kaki je... di sini kita akan dapat banyak info yang berkaitan dengan Labuan. Muzium ini juga mempamerkan segala khazanah untuk ditatapi oleh generasi akan datang terutamanya kepelbagaian warna budaya masyarakatnya. Bagi mereka yang meminat sejarah jangan lupa berkunjung ke sini.

PERCUTIAN KE PULAU LABUAN PART2

Tengah hari kawan lama jemput kat hotel pe makan tengah hari. Kebetulan time tu je dia free... dalam hati geram jugak janji bukan main lagi nak ambil cuti... last sekali tak dapat cuti. Tu lah keja makan gaji nie... Apa pun terima kasih kerana sudi gak curi-curi masa teman pe makan.

Pukul 3.00 petang sepupu den call, nak bawak jalan-jalan sekitar pekan Labuan. Rezeki aku, hari tu dia off day. Sempat lah dia bawak aku pe Pasar Filipine. Bukan jauh pun dari hotel yang aku menginap tu. Boleh jalan kaki je. Tapi cuaca kat sana memang panas. Naik keta lah....

Aku tak lepaskan peluang untuk mencuci mata di kedai yang menjual mutiara. Jiran sebelah umah aku nie kirim beli kayu tas... nak buat ubat katanya. Aku bawak jauh-jauh tut..tut...tut... sampai di LCCT nak kena rampas dengan kastam lah pulak.... mahu tak angin aku. Bertekak jugak lah aku.... kalau nak rampas kenapa tak rampas kat labuan je... penat aku buat turun naik kapal.

Alasannya semua jenis kayu kayan, buah-buahan dan sayur-sayuran tak boleh masuk semenanjung. Dikhuatiri ada sejenis virus. So next time kalau nak bawak jugak perlu spray menggunakan sejenis spray jenis untuk menutupi lapisan permukaan kayu tersebut.

Nasib baik ada sepupu aku nie....baru je dia kena trasfer sana... aku tak lepaskan peluang beli kain batik. Mak aku memang suka sangat kain batik. Bukan apa kalau ada menantu-menantu baru dia jemput datang umah... tak ada benda lain yang dia bagi sebagai cenderahati... kain batik kalau menantu perempuan.... kain pelekat untuk menantu lelaki. Kedai no. 26 nie antara kedai yang murah lah.... lagi satu banyak pilihan.

Kawan anis yang mengajar di Labuan. Labuan nie tak lah besar sangat. Satu hari aku boleh pusing satu pulau. Tapi sekolahnya punya lah banyak... Sekolah rendah je ada 17 buah....sekolah menengah ada 9 buah.... belum masuk UMSKAL dan ILP.

Kawan anis nie... cari punya cari kunci keta dia....tak jumpa. Rupanya tertinggal dalam keta. Kalau kat tempat kita dah lama hilang keta tu. Kat sana nak curi pun nak ke mana je. Keta Honda Accord pun orang tak nak... he he he.

Juru pandu free. Minum petang di depan UMSKAL dan Sekolah Menengah Sains nie ada gerai makan. Seronok gak... sambil minum boleh menikmati keindahan di tepi pantai. Kawasan nie ramai budak UMSKAL je duduk makan....

Aku borong 10 helai kain batik. Mula tu takut gak... nak bawak banyak. Tapi tawakal je lah. Nie sesi nak parking barang-barang yang dibeli. Sebenarnya percutian kami nie... percutian buget... so maklamat utama bukannya shopping. Just beli sedikit buah tangan untuk yang tersayang sebagai kenangan. Kami lebih kepada ingin melawat tempat orang.

Percaya atau tak... aku datang dengan satu beg nie... dan aku balik dengan beg nie yang ditambah 10 helai kain batik. Packing baik punya... semua aku sumbat dalam satu beg... Kat airport masa time scan aku tengok bergulung-gulung kain.... memang alat scan tu canggih betul. Nampak segala isi perut..siap berwarna lagi tu. Apa pun dah selamat sampai ke semenanjung kain batik aku. Niat baik, beli untuk mak tu yang lepas he he he he.

PEMANDANGAN WAKTU SENJA DI TEPI PANTAI

Pemandangan waktu senja di Pantai Manikar, Labuan. Pemandangan hari kedua aku berada di sana. Kawasan nie memang menjadi tumpuan pelancong terutama pada hujung minggu.

Time nie aku tak pasti pukul berapa, tapi lebih kurang pukul 6.30 petang.

Tak lama kami berada di sini... takut. Tak ada orang... hanya kami je yang teruja....

Memang cantik lah...

Kawasan nie agak sunyi... mungkin di Labuan hari bekerja... di semenanjung je cuti Deepavali. Sini semua kerja seperti biasa.

PERCUTIAN KE PULAU LABUAN PART 1

Setelah sekian lama aku tak berjalan-jalan cuti-cuti Malaysia... dek kerana sibuk belajar... belajar... belajar. Tahun nie aku balas dendam... takut tahun depan dapat sambung belajar.... dah terikat dengan waktu belajar.

Aku booking tiket ke Labuan bulan 8 ari tu... tiket harga RM192 seorang. Aku pe berdua dengan kawan aku anis. Percutian kami 3 hari 2 malam, bukan pakej pun... kami namakan percutian main redah je.

Penerbangan 03 Nov 2010, jam 7.30 a.m. Pukul 5.00 a.m kami dah sampai di LCCT. First time aku gunakan self check in... sangat mudah dan cepat. Kiosk self check in pun banyak, so tak ada masalah kalau kawan lambat... orang lain boleh tolong check in dengan hanya menggunakan nombor booking.

Kami landing di Labuan pukul 10.30 a.m. Kami nie macam dah pernah sampai je sini... dapatkan keta sewa yang telah kami tempah dan teruskan misi melawat tempat-tempat bersejarah di Pulau Labuan.

Destinasi pertama kami ke Muzium Chimney. Kami main redah ikut papan tanda je. Masa nie peta pun tak ada lagi. Kat sini terdapat menara yang tingginya lebih kurang 106 kaki.

Bergambar di depan Muzium Chimney. Di dalam nie tersimpan artifak yang digunakan semasa melombong arang batu di Tanjung Kubong.

Bergambar di Menara Chimney. Menara nie terletak di atas bukit. Kawasannya cantik kerana diurus dengan baik.


Destinasi kedua kami ke Taman Burung Labuan. Taman burung nie terletak bersebelahan je dengan Muzium Chimney. Bayaran masuk dikenakan RM3.00. Tapi aku guna kad pelajar he he he... pelajar tua...RM2.00. Murah kan... dah la kat dalam tu... bermacam-macam jenis burung kita boleh lihat.

Hari nie, taman burung nie hanya aku berdua je pun... tak ada pengunjung lain.

Kawasannya memang cantik dan menarik lah. Kami habiskan masa ada kot dalam sejam.

Keta kelisa nie kami sewa khas untuk memudahkan pergerakkan kami sepanjang berada di Pulau Labuan. Kadar sewa sehari RM60 dan darab dengan 2 hari... tambah dengan minyak. Total lebih kurang RM150. Memang puas kami pusing pulau labuan. Rasanya semua tempat kami pe.

Keta nie tak ada handbreak... mula tu kami nie sengal betul... guna batu. Pada hal boleh je parking dalam gear tak ada lah dia nak bergerak. Tapi tu lah masalahnya.... kita jarang parking dalam gear bila nak start je mula lah melompat keta tu.... ada sekali tu, time member aku nak drive ... selalunya aku yang drive, tapi time tu aku sakit kepala so di take part.... melompat nasib baik tak masuk longkang.

Bergambar di tepi pantai Pancur Batu Hitam. Kawan pantai kat sini memang cantik... di penuhi dengan pokok ru... memang sesuai lah untuk bersantai pada waktu petang. Time kami bergambar nie memang panas terik. Pukul 12.00 tengah hari.

Nie lah hotel yang kami menginap. Hotel Mariner yang terletak di tengah bandar. Bersebelahan dengan balai polis dan Perbadanan Labuan. Kalau nak ke Ujana Kewangan atau pun nak meronda kawasan pekan tak payah naik keta... jalan kaki je...

Rate semalam RM110, dan kami menginap 2 malam. Service hotel nie memang aku puji terbaik. Call je, cepat je sampai depan pintu. Next time kalau nak ke sini lagi.... sudah pasti hotel nie menjadi pilihan aku.

PEMANDANGAN WAKTU SENJA DI TEPI PANTAI

Keindahan waktu senja di tepi pantai Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan.

Minum petang sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Kawasan nie boleh dikatakan menjadi tumpuan siswa siswi UMSKAL.

Cantik kan....
Cuaca mendung telah menutupi matahari yang hampir terbenam.

Monday, November 1, 2010

MESYUARAT GURU KE-4 DI D'MANGGIS

Boss aku nie, asyik-asyik di D'Manggis je... best sangat ke tempat nie. Nak tahu best ke tak kena datang sini baru tahu he he he... Hari yang sama nie, ada sebuah lagi Sekolah Menengah di Rawang adakan majlis di sini. Sekali-sekala adakan mesyuarat di luar apa salahnya kan. Ubah angin pulak...asyik kat sekolah je.

Mesyuarat Guru kali ke-4 nie memberi lebih tumpuan kepada persiapan akhir persekolahan dan persiapan menjelang sesi persekolahan 2011. Mula pukul 8.30 hingga pukul 12.15 tu. Tapi tak pe, lepas tu ada jamuan makan.

Tarikh-tarikh Penting untuk Persiapan Sebelum Cuti 2010
  • 01 & 02 Nov - Kutipan buku teks.
  • 03 hingga 07 Nov - Cuti Deepavali
  • 08 & 09 Nov - Penyerahan buku teks.
  • 08 Nov - Tarikh akhir hantar sijil.
  • 09 Nov - Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas.
  • 10 Nov - Hari Anugerah Cemerlang.
  • 12 Nov - Hari Kanak-kanak.
  • 15 Nov - Kenaikan Kelas Tahun 4 dan Tahun 5
  • 16 & 17 Nov - Cuti Raya Haji
  • 18 Nov - Majlis Qurban dan Aqiqah
  • 19 Nov - Jamuan Qurban dan Aqiqah
  • 19 Nov - Penyerahan Tugasan 2010
  • 30 Nov - Bagi guru yang bertukar serah nota serahan tugas.

Tarikh-tarikh Penting untuk Persiapan Sebelum Bermula 2011
  • 27 Dis - Mesyuarat Guru Kali Pertama
  • 28 Dis - Mesyuarat Induk Kurikulum dan HEM
  • 29 Dis - Mesyuarat Induk Kokurikulum dan Kelab Staf
  • 30 Dis - Mesyuarat Panitia-panitia.
  • 31 Dis - Pendaftaran Tahun 1, Pra Sekolah dan kemas kelas.
  • 03 Jan - Persekolah sesi 2011.

MAJLIS APRESIASI & MAHABBAH GURU2 TAHUN 6

Tahniah kepada semua kekawan yang berjaya menganjurkan majlis yang ku kira dapat merapatkan ahli keluarga sesama rakan sekerja. Majlis sebegini julung kali diadakan. Majlis Apresiasi & Mahabbah Guru-guru Tahun 6 adalah merupakan idea murni rakan-rakan. Tahun depan buat kat umah den pun boleh.

Tak sangka pulak tarikh yang ditetapkan, bertembung dengan piala Malaysia. Wah, lagi meriah lah...dengan sorakkan penyokong Negeri Sembilan dan penyokong Kelantan. Siap pasang skrin tu... bola punya pasal. Kena pasang gak... kalau tak depa nie nak pe tengok kat kedai mamak. Habis makanan yang banyak tu, siapa nak makan.

Depa nie, program santai-santai pun ada kad jemputan tu.

Hari tu, aku memang kepenatan. Lepas mesyuarat aku berkejar ke Subang Permata...and than balik Saujana ambil perencah kat umah Cikgu Andy.... than hantar ke Sungai Buloh. Aku tolong lah apa yang patut... tak kan nak balik terus. Selesai semua keja dah pukul 5.00 petang. Aku ingat nak balik dulu.... nak rehat kat umah kejap.... pukul 8.00 kan baru datang.

Kena marah pulak dengan kakak-kakan nie... depa risau kalau aku balik nanti dah tak datang terus. Aku nie kalau badan penat.... tidur memang tak ingat dunia. Orang biasa tidur tak ada orang kacau nie lain. So, tak balik lah aku. Habis majlis pukul 12.00 malam baru aku balik.

Makanan yang bakar-bakar malam tu... ada kambing, udang, kepak ayam, sosej dan otak-otak pun ada. Pendek kata mewah lah makan malam tu. Nak termuntah aku makan kambing. Selalu asyik tak cukup je sekeping. Nie sampai tak termakan.

Perencah untuk perap cikgu Andy yang buat. Sos untuk cecah cikgu Rozamruni yang sediakan. Bagus betul lah kan....semua cikgu lelaki yang sediakan. Ringan sikit keja cikgu perempuan. Apa yang penting kerjasama.


Cikgu yang berbaju biru nie tukang buat pencecah sos dan black paper... memang sedap. Selain makanan bakar-bakar ada puding krimer, nasi lemak, mee goreng dan ada kek disponser oleh suami kawan nie. Sekarang dia sedang berkursus peralihan sebelum pencen tentera. Dia memang ambil kursus buat kek.. kebetulan hari nie ada PK Hem kami yang menyambut hari lahirnya ke 52 tahun. Selamat Ulang Tahun Pn. Sumiah Abdul Rahman semoga panjang umur, murah rezeki.

Kak Gee, temuramah... jangan tak temuramah. Dia tu pemalu sikit. Kesudian seseorang untuk hadir dalam majlis nie amat aku hargai. Lagi pun aku faham kejanya yang sentiasa sibuk membataskan pergaulan sehariannya.

Gambar ehsan daripada kak Wan yang tag kat fb aku.... he he he...Nie lah kakak-kakak aku, dengan siapa aku berkawan... dengan siapa aku kuar semuanya ambil tahu. Masak mamat tu nak menjawab macam-macam soalan. Nasib lah kan.