Monday, September 5, 2011

URUSAN PENTING DAH SELESAI

Hari nie, hari pertama setelah bercuti panjang... hari pertama bekerja...terjaga lewat, itu pun nasib baik jiran yang call... kalau tak, tak tahu lah pukul berapa aku bangun. Nak jadikan rezeki... baju dah gosok awal... so tak ada lah lewat sangat pun... pukul 7.10 a.m aku keluar rumah... kebetulan jalan clear ari nie...so boleh lah pecut naik highway... pukul 7.40 dah sampai sekolah. Nasib baik ada highway... kalau ikut jalan biasa... mahu pukul 8.00 lebih baru sampai.

Hari nie, uruskan booking penginapan di Kuala Terengganu... konon-konon nak bersantai di Pantai... chalet banyak yang penuh pada tarikh 16 -18 Sept nie... rupanya ada majlis konvokesyen universiti... sedihnya... satu malam kat tempat nie... satu malam kat tempat lain... nasib baik dapat kereta sewa... tak kisah lah... janji ada tempat penginapan.

Lepas sekolah, aku terus ke pejabat pos di Damansara Damai... nak perbaharui lesen memandu yang dah tamat tempoh pada 3 Sept lepas... malas nak tangguh... kan jadi apa-apa susah pulak. Lepas tu aku gerak ke Bandar Sri Damansara... ada kerja sikit. Pukul 3.00 p.m drive ke Seri Pristana... target ari nie nak settlekan urusan TNB dan Majlis Perbandaran.

Sampai umah dah pukul 3.40 p.m... aku call Majlis Perbandaran Subang Jaya.... nak pastikan cukai pintu... mana tahu takut ada yang tertunggak... dah banyak tahun aku tak terima bil cukai pintu berkenaan... nanti kalau ada masa nak kena pe tukar alamat... supaya senang, bil tu terus je sampai kepada aku... Alhamdulillah setakat nie tak ada yang tertunggak.

Lepas tu aku call TNB Rawang berkaitan dengan bil aku yang dah mencecah RM460 tu... setahun aku duduk meter rosak... so sepanjang setahun bil aku dalam RM 3 lebih... so aku rasa macam tak logik. Aku call TNB, buat aduan kerosakkan... bulan 4 ari tu dah mula guna meter baru... bulan berikutnya aku terima bil... dah mencecah RM480. Aku call... jawapan yang aku terima... bil tu dikira setahun yang lepas... so pegawai berkenaan suruh aku tunggu 3 bulan... sebelum buat pelarasan... Aku siap pesan... jangan potong elektrik sudah le... sebab bil dah banyak tertunggak.

Setelah aku terima bil untuk 3 bulan... so aku call lah ari nie... bertanyakan mengenai pelarasan tu... sepanjang 3 bulan tu bil aku tak sampai RM20 pun... barang elektrik tak banyak pun... lagi satu aku balik rumah untuk tidur je... itu pun setiap malam umah aku terang benderang...masa aku call telefon past sana... past sini... sudahnya tak ada keputusan... masing-masing tak boleh nak jawab... minta nombor phone aku... nanti dia nak call balik... aku nak tunggu sampai Jumaat je... kalau tak call aku nak pe TNB Rawang... susah cakap dalam talian nie... orang nie past kepada orang tu... dah tu kita tunggu je depa tanya orang tu... tanya orang nie. Mungkin orang yang sepatutnya jawab belum masuk bekerja. Tak pe kita beri masa.

Bukan berkira... kalau memang penggunaan aku sebanyak tu... tak pe... kita bayar lah... memang kita guna... masalah sekarang nie... penggunaan aku di bawah had yang dikenakan bayaran... setiap bulan kena penalti bil makin bertambah... itu pun ada 2 kali aku bayar... risau jugak... balik malam... sekali kena potong elektrik... malu kat jiran... macam kita tak mampu bayar bil elektrik lah pulak kan... Dulu umah lama... time banyak barang elektrik pun tak ada lah cecah sampai RM40 sebulan. Kalau dah penggunanya sorang... banyak mana je pun nak guna elektrik... paling nie pun iron, tv, lampu, kipas, laptop... itu pun laptop sentiasa on. Harap minggu nie dapat settle lah masalah bil elektrik nie. Serabut betul.

Petang tadi aku terima email daripada seseorang... berita nie, betul-betul mengembirakan aku... kesudiannya untuk berjumpa dengan aku amat dihargai. Aku memang tak sangka... bersyukur sangat... diharap semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan... kalau niat kita baik Insya Allah... Tuhan akan tolong.


MENGHARGAI PANDANGAN

Sudah menjadi kebiasaan... sesibuk mana sekali pun aku akan menjengah blog kesayangan nie... Balik dari Jalan Duta pukul 12.00 mlm tadi... sempat lagi aku buka blog...aku tertarik dengan komen diruangan chatbox... so aku copy paste kat entry nie... kat chatbox tu aku dah delete.
Tetamu nasihat saya pd ckgu jgn i pilih suami org sbgai jodoh biar kita pilih org pencen tiada isteri.sory singgah baca n bg ckit pandangan
Bagi aku, komen dan pandangan seseorang... kita perlu hargai, bukan semua orang berminat untuk memberi pandangan... pandangan merupakan hak peribadi seseorang... apa yang penting dalam memberi pandangan itu sendiri... adalah keikhlasan dan niat.

Aku bersikap keterbukaan dalam menerima pandangan daripada sesiapa pun. Dari satu sudut, pandangan yang diberi oleh seseorang membuatkan kita berfikir... berfikir dalam kewarasan sudah pasti memberi impak yang besar dalam membuat keputusan. Kadang kala,
apa yang orang lain fikir tak sama dengan apa yang kita fikir...
apa yang orang lain nilai tak sama dengan apa yang kita nilai...

Perbezaan ini lah yang akan memberi jawapan yang berbeza.

Cuci muka biar bersih, agar wajah tampak berseri...
Terima kasih atas pandangan yang diberi...


Saturday, September 3, 2011

SIFAT SESEORANG MENURUT HARI KELAHIRAN

Hari nie, keboringan... bila aku keboringan tentunya internet lah tempat aku menjelajah... tetiba teringin pulak nak cari sifa mengikut hari kelahiran... tadi terjumpa program pengiraan tarikh lahir... boleh cari hari apa kita lahir... kepada yang dah lupa lah,... boleh cari tarikh lahir dalam kalendar Islam. Saja suka-suka je... kadang-kadang kalau betul tu orang kata secara kebetulan... bukan nak percaya 100% pun.


HARI ISNIN : Seorang yang rupawan

Kamu lahir pada hari Isnin? Ciri-ciri mereka yang yang lahir hari Isnin adalah berwajah ceria. Tingkah lakunya, mereka ini seorang yang periang, memiliki rasa humor yang tinggi, suka menyanyi atau berbuat sesuatu yang sedap mata melihat (juga menyenangkan orang lain). Maka orang akan lebih gemar melebelkannya sebagai si ceria.

Ada juga yang menyebutnya sebagai si rupawan, kerana memang memiliki daya penarik yang kuat bila berada di antara kerumunan orang. Wajahnya akan tampak “bercahaya” dalam erti kata lain menonjol, ciri khasnya: Murah senyum, maka wajah sedap mata memandang, meskipun pada saat itu hatinya sedang gundah gelana. Inilah kelebihannya, kerana dia begitu rapi menyimpan segala sesuatu yang ada dalam hatinya. Maka amat layak sebagai simbol ”hari pertama” dalam memasuki harapan baru setelah melalui sekian waktu untuk sekian berikutnya.

HARI SELASA : Seorang yang berkarisma

Mereka yang lahir pada hari Selasa, ciri-ciri khasnya: memiliki karisma, ini yang membuat mereka disegani dan diakui sikap beradapnya. Pada umumnya anak Selasa memang mempunyai bakat sebagai pemimpin, modalnya mempunyai kepercayaan terhadap diri sendiri sangat tinggi, Jika seorang jejaka pada umumnya memiliki penampilan yang tegap. Jika seorang perempuan memancarkan keanggunan yang memiliki daya tarikan tersendiri.

Ada juga yang berbakat tampil sebagai orang panggung misalnya sebagai artis, penampilannya penuh daya memikat, maka tidak heran mereka yang lahir hari Selasa cenderung memilih kerjaya dalam bidang seni (orang panggung). Bila menjadi orang politik mereka berbakat sebagai pemimpin, sebagai ahli perniagaan, mereka cenderung memilih bidang public relations atau promotor. Penampilannya memang berkesan.

HARI RABU : Seorang yang dermawan

Mereka yang lahir pada hari Rabu terkenal sebagai si dermawan, penuh kasih sayang, sumber kasih sayang (cinta) dan punya rasa keprimanusiaan. Kerana itu mereka mudah belas kasihan (kadang berlebihan) ini membuat mereka sentimental, bahkan kadang-kadang kurang tepat tindakannya.

Memberi dan memberi merupakan kebiasaannya, jiwanya memang dipenuhi minat untuk memberi kepada orang lain sesuatu, apa saja yang mereka miliki kerana kebiasaannya memberi membuat banyak orang yang bergantung kepadanya, nampak negatif kerana membuat yang menerima tidak berdikari, bahkan kekadang menjadi pemalas. Kerana hatinya didera penderitaan orang lain. Si anak Rabu memang memiliki rasa empati yang dalam. untuk itu mereka digelar sebagai anak yang penuh kasih sayang.

HARI KHAMIS : Seorang yang kuat bekerja

Kamukah yang termasuk dalam kelompok mereka yang lahir pada hari Khamis? ciri khasnya adalah suka bekerja, baginya bekerja seperti bernafas, maka untuk hidup mereka perlu bekerja dan bekerja. Ertinya ada saja kegiatannya, sehingga seperti tidak bisa duduk diam. Bahkan mereka yang dilahirkan hari Khamis ada sedikit yang hiperaktif.

Walaupun asyik bekerja, si anak Khamis dapat dipastikan hasilnya memuaskan, kerana mereka bekerja dengan penghayatan dan ketulusan. Oleh sebab itu, mereka menikmati hasil usaha sebagai karya seni (sangat menghargai). Ini yang membuatnya mereka selalu membuat semaksima mungkin. Bila mengalami jalan buntu, mereka akan mengatasinya dengan mengerahkan segenap kemampuan dan kreativitinya. Kalau masih buntu mereka akan mencari dalam buku, tanya kepada pakar atau mereka tidak segan mengambil pelajaran tambahan. Faktor ini yang membuat si anak Khamis suka belajar dan belajar untuk mengembangkan karyanya.

HARI JUMAAT : Seorang yang pemurung

Mereka yang lahir pada hari Jumaat disebut sebagai si pemurung, kerana mudah sedih. Ada persoalan sedikit saja dimasukkan dalam hati, yang membuatnya tersiksa kalau ada masalah dipikirkannya dalam-dalam, bahkan sampai mengalirkan air mata. Oleh kerana itu, mereka yang lahir pada hari Jumaat digelar sebagai si pemurung atau mudah sedih.

Kerana terlalu sedih mereka sukar untuk ceria. Ini akan jelas kelihatan pada penampilannya sehari-hari yang dapat kita lihat. Murung dan murung, kekadang ada perkara berkenaan tidak perlu dipikirkan dengan serius, justeru mereka mempersoalkannya. Jadi hidupnya dibelenggu dengan masalah yang remeh.

HARI SABTU : Seorang yang suka melancong

Mereka yang lahir pada hari Sabtu selalu hidup dalam gelak dan keriangan, kerana itu mereka digelar sebagai orang yang suka melancong. Bagi yang melancongnya keterlaluan, jadilah si petualang. Ada saja idenya untuk membolehkannya pergi melancong dan menuntut keberanian.

Si pelancong mempunyai ciri khas: sifat unit tak mudah menyerah kalah, berani bertanya dan jiwanya selalu meronta untuk tahu banyak tentang berbagai hal, khususnya hal-hal baru mengenai gaya hidup. Modalnya mudah bergaul, sporting dan mudah menerima orang siapa sahaja, hanya tersenyum bila mengalami kegagalan.

HARI MINGGU : Seorang yang optimis

Mereka yang lahir hari minggu ciri-cirinya: periang, optimis, selalu merasa tenang kerana ciri-cirinya yang positif itu konon membuat mereka yang lahir pada hari minggu jarang diserang stress, mereka sentiasa nampak tenang dan ceria sekalipun mengalami kegagalan.

Mereka yang lahir pada hari minggu pada umumnya suka menikmati hidup dalam dengan mengisi hari-harinya dengan langkah mantap dan penuh harapan. Bila ada masalah yang menimpa hanya dianggap sebagai buih-buih kecil yang aku berlalu dengan sendiri. Oleh kerana itu, mereka bergelak ketawa setiap saat. Mereka ini digelar sebagai seorang yang mempunyai peribadi yang selalu ceria.

Penat jugak aku mengedit Bahasa Indonesia nie mengikut pemahaman aku... he he he ... aku adaptasi menggunakan gaya bahasa santai yang mudah difahami.

Friday, September 2, 2011

SUSAH NAK CARI MAKAN

Raya kedua malam aku dah sampai Seri Pristana... memang malam tu aku dah tak makan... masih lagi kekenyangan dek kerana makan kat rumah yang aku pe beraya... Besoknya raya ketiga... aku keluar meronda dalam Saujana nak cari kedai makan... kedai yang aku selalu singgah makan semua tutup... yang ada kedai mamak, KFC dan Ayamas.

Kalau kedai mamak tu... setakat teh tarik dengan roti canai aku boleh telan lagi... tapi kalau nasi dengan mee... memang langsung tak boleh masuk... rela aku makan maggi lagi. Bila time cuti macam nie... susah nak cari kedai makan... mula terfikir nak masak sendiri... biar lah masakan bodoh-bodoh pun... janji kenyang. Tapi bila time kedai semua buka... malas nak fikir pasal dapur.. selalu jugak kena perli kat kekawan... sayangkan umah takut bersepah... sanggup makan kat kedai... Sebenarnya bukan sayang kat umah.

Dulu umah lama semua ada... cukup lengkap... pun tak masak jugak. Makan sorang je... tak berbaloi... kalau time kerja, sampai umah dah lewat malam... bila masa aku nak masak... time Sabtu Ahad pun aku jarang lekat kat umah... umah aku nie dah macam umah persinggahan untuk rehatkan badan setelah penat seharian bekerja je.

Tak ada pilihan lain... aku makan nasi KFC je lah sehari dua nie... sarapan pagi kat kedai mamak... petang kan aku beli KFC je. Minggu depan kedai dah mula buka... so dah tak timbul masalah nak cari kedai makan.

Malam tadi aku bersiap-siap nak keluar pe makan... buka pintu... tengok pintu pagar kena blok dengan kereta yang datang beraya umah jiran... biasalah aku... nak panggil suruh alih kereta segan... sudahnya tak keluar makan... pagi tadi... pepagi lagi dah kuar cari sarapan...baru tahu kebulur tak makan malam. Biasalah, kalau bulan puasa boleh pulak tahan... kalau tak puasa... tak dan dan lapar... celik je mata lapar.

Sayang kita kepada diri sendiri...
Insaf sedar muhasabah diri...

KU SANGKAKAN TERSALAH CALL

Hari raya pertama dalam kesibukan melayan tetamu yang datang beraya... memang tak sempat nak fikir pasal phone... time tu, phone aku kat dapur. Bila time orang mula lengang aku saja nak tengok phone mana tahu kot ada sms ucapan hari raya... dah le malam tu aku main foward je sms ucapan raya tanpa mengedit nama pengirimnya... sampai kena perli kat kawan aku... he he he sorry ya my friend.

Ada satu miss call daripada kawan lama he he he !!! aku tak ada nak call balik... aku takut dia tersalah call... sebab isteri dia nama sama dengan aku... mungkin dia nak call isteri dia... maklumlah pagi raya... tersalah tekan nombor aku... aku biar je lah.

Lewat tengah hari dia call lagi... aku angkat, tapi dengar suara dulu... mana tahu kot isteri dia yang call mati aku... kena maki dengan orang di hari raya hilang mood raya nanti... Rupanya si mamat nie yang call. Aku pun dah lupa yang dia sekarang sedang berkursus di Semenanjung... dah tentu lah beraya di sini.
Soalan pertama aku tanya.
" nie tersalah call ke???"

Rupanya dia memang nak call aku... tak sangka dia ingat lagi kat aku... rupanya susah untuk dia melupakan aku... Perkenalan kami di awal 1997 sehinggalah kami merancang untuk menamatkan zaman bujang setelah aku tamat belajar di maktab tahun 1999. Mungkin bukan jodoh kami... dia memilih orang lain tapi namanya hampir sama. Sekarang dia dah pun dikurniakan 4 orang cahaya mata.

Tak sangka, setelah terputus perhubungan sekian lama... akhir 2008 kami jumpa... nie pun secara kebetulan... pernah beberapa kali dia ajak aku kawin... ada hati tu nak pasang 2... nak pasang 2 kena fikir banyak perkara... kawan-kawan aku yang kenal dia semua menyokong aku berkawin dengan dia... tapi hati aku berat... walaupun suatu ketika dulu dia pernah ada di hati aku... sampai lah sorang kawan aku nie... guna kabel yang dia ada... check gaji member nie... ya lah dah nak pasang 2... pertama mesti berkemampuan... rupanya gaji dia masa tu tinggal RM150 je... bayangkan macam mana dia nak tanggung keluarga dia... nak tanggung aku lagi. Terima kasih sangat kat kawan aku dan suaminya yang bersusah payah mencari maklumat.

Semalam dia call aku, nak jumpa... ada banyak benda nak bincang dengan aku... aku hanya free 24 Sept nie je... Minggu nie sibuk anak murid nak exam UPSR... minggu depan 16-18 Sept aku nak pergi bercuti ke Terengganu... 19 Sept nak hantar sepupu masuk kolej... dan 30-2 Okt aku nak pergi bercuti ke Kota Kinabalu... dan 5 Okt dia dah tamat kursus... Sebenarnya aku perlu berterus terang dengan dia... dalam hati aku sekarang nie hanya ada si dia... walaupun si dia tiada di depan mata aku... tapi hati aku untuk si dia... doa aku sentiasa mengiringinya.

Memang aku ada beritahu kepadanya aku akan berkawin dengan si dia hujung tahun nie... tapi kalau tak jadi dia minta aku tunggu dia sampai tahun depan... Tahun depan baru ekonomi dia kukuh... Bila berkawin dengan suami orang nie faham-faham je lah banyak masalah... tanggungjawab dia terhadap anak-anak tak boleh diabaikan... Jadi banyak perkara perlu dipertimbangkan. Apa pun keputusan aku nanti... aku harap dia boleh terima dengan hati yang terbuka... aku tak membenci dia... walaupun dulu dia pernah buat hati ini hancur luluh bila dia beritahu untuk berkawin dengan orang lain... alasannya memang aku tak boleh terima... alasannya gaji aku lebih besar daripadanya.

HARI RAYA PERTAMA

Hari raya pertama, sudah menjadi rutin aku... mesti tak menang tangan melayan sanak-saudara dan jiran tetangga yang datang bertandang... selalunya hari raya pertama memang memenatkan... selepas solat Hari Raya sehinggalah lewat petang. Memang aku tak beraya ke mana pun kalau hari raya pertama. Kerjanya basuh gelas dan pinggan mangkuk serta melayan orang yang datang.

Adik-beradik aku ada 4 orang yang memang duduk dekat kg... hanya aku dengan kakak yang nombor 3 je tinggal di KL. Tapi biasalah lah kan... yang duduk kat kg... datang pagi raya je... semuanya kami yang jauh nie nak kena buat. Kami lah nak kena fikir pasal kuih raya... nak mengemas rumah... yang lain datang tangan kosong je. Sedih jugak lah... datang dengan bangganya bercerita jual kuih dapat beribu... apa lah salahnya hantar ke rumah nie sejenis dua.

Tu tak pe lagi, suka hati lah nak bercerita... walaupun dengar sakit telinga. Paling aku begangnya, pagi raya kedua... mak aku sibuk suruh meracun sekeliling rumah... bayangkan orang sibuk bersiap nak pergi beraya, dia pulak sibuk suruh aku meracun... memang tak boleh dinafikan sebelum nie aku yang meracun setiap kali menjelang hari raya... balik awal boleh lah. Sekarang nie memang aku dah jarang balik... kalau balik pun, balik ari je.

Masalahnya, aku tak kisah kalau tak ada orang lain... ini anak menantu yang tinggal kat kampung ramai... apa lah salahnya suruh meracun... bukan banyak pun, dalam sejam je boleh siap. Anak lelaki ada... lepas tu sibuk suruh aku tebang pokok yang membahayakan di sekeliling rumah. Aku teringat kata-kata kawan aku... "Orang suruh kita sebab dia percayakan kita". Memang ada kebenaran daripada kata-kata tu. Tapi kalau pasal duit semua cepat je... salahnya orang tua jugak... manjakan anak-anak dengan duit... buat nie sikit beri duit... buat tu sikit beri duit... tengok sekarang. Tak beri duit tak ada siapa nak buat.

Kadang-kadang kita balik kampung sekali sekala nak rehatkan kepala otak... tapi bila kena fikir benda yang remeh-remeh nie jadi serabut... niat hati memang nak duduk lama sikit di kampung... cuti pun memang lama... tapi malas nak cari gaduh... hari raya kedua aku dah balik KL... sepatutnya aku nak buat kenduri kesyukuran dah beri duit kat ayah aku.... last sekali kakak aku yang handle. Itu pun ayah aku tak nak buat kat rumah... susah nanti tak ajak yang tu... tak kena... ajak orang nie... orang tu tak datang... last sekali masak dan bawak ke masjid je. Tak kisah lah mana-mana pun. Aku sedih jugak, kenduri kakak dan adik aku boleh pulak buat kat umah... kenduri aku tak boleh. Tak pe lah... nak buat macam mana kan... redha je lah.

Aku sebenarnya bukan jenis orang yang suka menyendiri... tetapi keadaan memaksa agar aku menyendiri dan bermuhasabah diri... di mana silap aku sehingga aku begitu tidak selesa untuk balik ke kampung. Memang tak boleh dinafikan sejak aku berpindah ke KL tahun 2001 aku jarang balik kampung. Tapi sekarang nie makin jauh hati. Dalam keadaan sekarang nie perlu banyak bersabar.

Thursday, September 1, 2011

MENGIMBAU KENANGAN LALU

Seronok bila ada kelapangan tengok semula gambar-gambar lama semasa berpeluang berjalan-jalan. Tapi lepas nie susah lah dah tak ada member nak diajak berjalan... masing-masing dah ada komitmen dengan keluarga. Nak pergi sorang bukan tak boleh... tapi tak seronok... mati kutu dibuatnya.

Sebenarnya dalam Malaysia pun masih banyak lagi tempat yang aku belum pernah pergi... kalau boleh ada je kelapangan memang nak berjalan je... penat bekerja, ada masa rehatkan otak seronok jugak.

Nie gambar di Seri Menanti, Jun 2009. Kalau ke Negeri Sembilan... tak ada lah aku bermalam... selalunya balik ari je... dekat je kan.

Nie gambar bercuti ke Terengganu bersama kawan OUM... posing kat kereta dia (Fairus)... masa nie baru je kuat keta tu... memang best lah drive kereta baru... Nie pun gambar Jun 2009.

Fist time bercuti jauh... naik pengangkutan udara tambang murah ke Pulau Labuan. Aku berdua je dengan kawan sama maktab. Tapi sampai kat sana tak kisah... ada orang kenal. Memang seronok jugak kat Labuan nie. Nie gambar Mei 2010.

Bercuti di Pulau Pangkor bersama kekawan Form 6 SMJ... Pangkor bukan jauh sangat pun... seronok jugak kat pulau nie... kalau nak santai. Kekawan yang lain memang enjoy, sepanjang berada di sana... Nie gambar Okt 2010.

Nie gambar bercuti ke luar negara... alah negara jiran je pun. Time nie aku ge bersama dengan kak Ita dan kekawan yang lain. Kalau ada masa memang aku nak pergi lagi ke Bandung. Seronok kalau nak shopping. Lain kali kalau nak shopping kena bawa duit banyak sikit. Nie gambar, Nov 2010.

Trip ke Melaka nie bersama kawan yang biasa lah... siapa lagi kalau bukan Anis. Lepas nie, nak kena cari geng baru lah untuk berpoyo-poyo.... orang dah berkeluarga nie tak boleh kacau sangat... dia ada banyak komitmen. Melaka nie, walaupun dah selalu pergi pun... tetap jugak seronok. Nie gambar, Dis 2010.

Nie time berpoyo-poyo bersama teman form 6... kalau ke Langkawi mesti pastikan setiap kenangan dirakam. Nak ke sana kena naik belon je... aku kalau naik feri nie rasa macam dah serik. Serik masa ke Dumai, Indonesia 5 tahun yang lalu.... cuaca buruk menyebabkan feri dilambung ombak setinggi 3 meter. Aku rasa macam nyawa dihujung tanduk. Nie gambar, Mei 2011.

Sementara masih belum terikat nie... aku nak habiskan masa dengan berjalan. Kalau boleh semua tempat menarik dalam Malaysia nie aku nak sampai. Itu pun jika poket berisi... kalau tak cuti je... lepak kat umah.