Sunday, October 9, 2011

KERETA IDAMAN

Copy from abg goole

Ini lah kereta idaman kalbu... lama dah dok berangan nak pakai kereta nie... ikutkan nak buat keluar tahun nie 2011 sama dengan member sorang nie... tapi apa kan daya belum ada rezeki lagi... rezeki member tu tahun nie.... minggu lepas dia buat kuar kereta Honda Civic... tahniah my friend dapat buah hati baru.... klik sini. Rezeki berdua... esok kan ada rezeki lain pulak... kalau dah bertiga... amin....

Bulannya RM1k lebih tu... ikat 9 tahun.... parah jugak kan.... bagi aku biar lambat dapat... janji puas hati... beli keta nie bukan sehari dua nak pakai... aku kalau beli pun nak pakai sampai pencen... he he he he... sekarang pencen dah up ke 60 tahun... kalau dulu aku pilih sampai 56 tahun je.... sebab masa tu semua hutang dah habis. Larat ke nak kerja sampai 60 tahun tu.

Copy from abg goole

Kalau sambar Honda City nie... sama pulak dengan seseorang tu... biarlah upgrate sikit... kalau yang nie Insya Allah boleh pakai... tapi hati berat sikit. Dok berapa minat. Ko orang layan je lah... aku nie memang suka berangan tau...

Sanggup naik motor bertahun-tahun... semata-mata nak tunggu mampu beli kereta idaman... sekarang sanggup pakai kereta wira yang asyik pening lalat... semata-mata nak tunggu mampu beli kereta idaman... baru nak tukar.

Copy from abg goole

Sekarang nie... bila dah selalu drive kereta Vios TRD member... macam best lah pulak... murah sikit daripada Honda Civic tu... bulanannya dalam RM9++.00 hu hu hu masak aku.... lepas nie makan maggi.... kalau buat keluar sekarang le... kalau akan datang... kereta nie pun dah tak keluar... keluar kereta baru lagi.

Berangan je lah... nak beli tu tak tahu bila... sekarang baru lega... gaji dah naik... mewah sikit berbelanja... nak tambah hutang baru pulak...

Lepas semakan gaji baru nanti... tengok lah, masing-masing akan tukar kereta baru... maklum lah naik banyak tu...

Apa pun kata ustaz... "kak buat sembahyang istikharah dulu... itu lah keputusan yang terbaik"
Nak beli kereta pun???
Apa pun yang kita nak buat.

GAYA HIDUP MEWAH

Beberapa minggu lepas aku berkesempatan menjengah kawan di rumahnya... dah di penghujung Syawal baru lah berkesempatan. Aku kenal dengan dia nie bukan sehari... bukan sebulan... bukan setahun... aku berkawan dengan dia masa kami pernah susah... duit dalam poket pernah tinggal seringgit lebih... cukup untuk isi minyak motor je... makan mee maggi tu biasa.

Sampai lah ke hari ini... kami dah boleh hidup dengan selesa... walaupun tak mewah. Kalau dulu menyewa... sekarang dah punya tempat tinggal yang selesa.... kalau dulu naik motor kena hujan... sekarang berkereta dan berbumbung, terlindung dari hujan dan panas.... makan tak berkira... kalau dulu nak makan fikir banyak kali. Daripada gaji seribu lebih... sehingga lah gaji sekarang... boleh dikatakan dapat gaji bulan nie... yang bulan lepas masih berbaki.

Biasalah aku dengan dia... suka berseloroh...
"Akak saya nak pinjam duit dalam RM2000..."
Aku selalu kalau tak ada duit... memang pinjam dengan dia. Sekali pinjam beribu... tapi time nak bayar... sikit-sikit... biasa tu. Ya lah dia laki bini gaji dah cecah RM8K lebih. Aku bayar sikit-sikit guna duit rumah sewa.

"Akak tak ada duit lah farid"
Aku pun jadi pelik... sebenarnya aku bukan nak pinjam pun... saja bergurau je dengan dia. Sebab aku tengok rumah dia baru diubahsuai... barang lama masih boleh pakai... tapi beli barang baru... so aku dok fikir mana dia dapat durian runtuh nie... Dia mula lah bercerita...

Gaji mereka sekeluarga memang banyak... tapi oleh kerana mengamalkan gaya hidup mewah... sekarang mereka dah terbeban dengan hutang... Buat pinjaman Bank Rakyat 2-3 tahun lepas... tahun nie dah overlap lagi... semata-mata nak bayar hutang... barang kemas semua dah masuk pajak gadai... bank call kad kredi tak bayar... sampai surat kereta dah tertunggak... mahu tak pening dia... aku yang mendengar pun seram sejuk...

AKu mula tanya... macam mana boleh jadi teruk gini...
"Semua nie gara-gara gaya hidup mewah... semua akak beli apa yang orang jual... tak kira pun barang tu perlu atau pun tak..."

Rasa macam tak percaya gaji sebanyak tu... tapi masih tak cukup. Tapi bila dihitung balik... duit nie memang berantu... ada banyak habis banyak...

Bila aku dengar cerita daripada kawan nie... mula lah insaf sendiri... dalam keadaan apa sekali pun... mesti ada simpanan.... dan beli barang mengikut keperluan. Jangan sampai terjebak dengan keberhutangan yang melampau.

Banyak pun tak cukup...
Sikit pun cukup...

Saturday, October 8, 2011

SEPAKAT KAMI BEREMPAT

Hari Jumaat lepas... saja nak suka-suka pakai baju raya he he he he... memang tahun nie kami buat colour sama... kecuali Azrizal je... yang pakai t.shirt tu.

Dari kanan, mamat yang berkaca mata tu... ustaz pejal... Cikgu Aina dan Cikgu Zubaidah... bergambar di dalam bilik kerja Penyelaras ICT sksb.

Pakai baju sama pun jadi kontroversi... aku bab nie malas nak fikir sangat... biarlah apa nak jadi pun... yang penting kami happy bekerja.

Friday, October 7, 2011

MAK DEN SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI

Copy from blogger Mus

Alhamdulillah, rezeki mak aku dapat mengerjakan ibadah haji tahun nie... bersemangat mak aku untuk ke sana walaupun terpaksa pergi seorang diri tanpa ditemani oleh ayah aku. Kalau kali pertama mungkin terasa jugak... tapi ini dah kali kedua dia ke sana lain sikit.

Aku sempat lah jumpa dia di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya... dari Jerantut dia naik bas yang disediakan oleh syarikat CS Holidays... dan sampai di Kelana Jaya dalam pukul 10.00 p.m lebih. So satu group hantar di Jerantut dan aku dengan kakak aku kat sini hantar sehingga ke dewan check in.

Mak aku check in pukul 1.50 pagi, (6 Okt 2011)... malam tu ada 2 penerbangan... KT20 yang berlepas pukul 10 malam dah KT21... dan dijangkan KT21 akan balik pada 21 November 2011 dan tiba di KLIA pada pukul 1.30 pagi.

Kat sana memang ramai kaum keluarga masing- masing... lepas KT20 berlepas baru lah keadaan terkawal sikit... aku sempat lah call si dia yang berada di kejauhan tu... nak beri peluang dia bercakap dengan mak aku... kesian jugak setiap masa dia dok teringatkan mak aku kat kampung... nasib baik dapat juga bercakap... sekejap je pun... suasana bising... biasalah orang tua... mana nak dengar kalau cakap perlahan-lahan.

Mak aku berkali-kali minta aku doakan dia selamat di sana dan beroleh kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah haji...
"mek nie, sepatutnya kita yang mintak mek doakan di sana semoga kita cepat dipertemukan jodoh" sambil melawak...
"aku doakan untuk semua"

Mek aku memang tak reti guna phone... so kami tak adalah nak bekalkan telefon kat dia... menyesal pulak tak ajar dia guna telefon. Kalau kat umah telefon ayah aku berbunyi..tak adanya dia nak angkat... kecuali lah yang dah berangkat... dia just cakap je boleh lah.

BAJET TAHUN 2012

Hari nie, balik awal sebab nak dengar baget 2012, yang dikatakan bajet membela nasib rakyat... sebab aku adalah salah seorang penjawat awam... mesti nak dengar berita gembira berkenaan... terutamanya:
  • Kenaikan Gaji
Sebab sebelum tu, macam-macam kabar angin aku dengar... ada yang kata naik 30% le... cola ditarik balik le... elaun rumah ditambah le...

  • Peluang Dalam Kerjaya
Mana lah tahu kan... ada peluang-peluang kenaikan pangkat... tak pun penambahan untuk jawatan-jawatan tertentu.

  • Peluang Melanjutkan Pelajaran
Aku memang dok tunggu je peluang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana... bergaji penuh... cuti belajar dan ditaja sepenuhnya... tak dapat ke luar negara... dalam negara pun jadi lah.

Hari nie semua persoalan tersebut terjawab. Aku malas nak ulas banyak-banyak... sebab hampa semua mesti dah terpacak kat depan tv tadi kan... cuma aku je lena sampai lewat petang... sedar-sedar dah habis siaran langsung belanjawan. Nasib baiklah ada teks ucapan kat tenet... so tak nak lepaskan peluang untuk mengetahuinya... aku print dan baca sendiri.

Apa yang menariknya bagi guru-guru...

Pertama:
Penambahbaikan struktur gaji... di mana memberi peluang kenaikan gaji bagi tempoh lama... tak ada lah nanti ada orang yang lagi 10 tahun nak pencen... tapi dah gaji mati... kesian kan. Gaji gred 48 lebih tinggi kenaikkan sehingga 37.7%... dan gred DG34 naik 39%...

Berapa tahun lagi ye... aku nak dapt gred 48 nie... panjang umur merasa tu... Aku dok menunggu surat lantikan DG41 yang tak muncul-muncul lagi nie... nasib baik lah 7 tahun je di DG41... dapat DG 44... lepas tu kena tunggu lagi lapan 8... ada rezeki dapat DG48... masa tu aku ingat umur dah 47 tahun apa... time nie gaji tinggi... perbelanjaan kos sara hidup pun makin tinggi.

Kedua:
Laluan kenaikan gred menggunakan sistem Time-based... tunggu je lah kan... kalau dulu kena tunggu kekosongan. Sekarang guru siswazah atau pun bukan siswazah dapat peluang kenaikan secara time-based... so sama je. Jadi kepada guru yang tak sambung belajar tu... ada peluang lah naik ke gred 34... kalau dulu untuk mereka yang naik pangkat je. Aku rasa kat sekolah tu pun ramai yang dah nak cecah 8 tahun di gred 32... rezeki masing-masing kan... bersyukur lah kita yang ada gaji dan boleh beli apa yang kita inginkan... bayangkan ada antara kita langsung tak ada gaji.

Ketiga:
Semakan gaji... yang nie aku suka. Aku rasa 100% akan bertukar kepada skim SBPA... pendek kata dapat lah kenaikan gaji antara 7-13% tu.... kalau 10% pun dah cukup banyak... aku dok berangan jugak... kalau naik 30%... boleh keluar kereta baru... kereta idaman. Bukan apa member yang janji nak kuarkan kereta tu sama-sama... hari Rabu semalam dah buat keluar... Ya lah dia dah berdua.. gaji pun dua... ke, aku nie nak tunggu berdua baru boleh buat keluar???? sorang pun boleh kot... cuma kena sabar sikit.

Keempat:
Dapat lagi setengah bulan gaji... bulan Disember nanti... bagi mereka yang mempunyai anak yang bersekolah... dah tentulah untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak. Aku yang tak ada anak nie pun... dok berangan-angan jugak... ingat nak beli mesin basuh... bagi nampak sikit duit bonus tu... asyik kena perli dengan kekawan je... sebab hantar dobi baju... depa kata aku pemalas... orang nak mengata aku depan-depan... aku tak kisah... mengata belakang tu yang aku kisah.

Kesimpulannya, bajet tahun nie aku memang suka.

Thursday, October 6, 2011

PEMANDANGAN WAKTU SENJA DI TEPI PANTAI

Sebelum ke Airport, sempat lagi kami singgah di Pantai Tanjung Aru, Sabah... semata-mata nak tengok matahari terbenam... kami tak ada lah nak tunggu sehingga betul-betul terbenam... jap lagi ada pulak terlepas flight kami.

Orang Sabah berlibur di hujung minggu... pantai di sini memang sesuai untuk mandi-manda dan melakukan beberapa aktiviti tepi pantai... antaranya bermain bola sepak...

Masa nie aku ingat pukul 5 lebih... kami spend kan masa lebih kurang sejam je di sini.

Gambar yang nie aku suka tengok.

Cantiknya...

Time nie memang ramai jurugambar dengan kamera yang gedabak tu...

Aku dah mula jatuh hati dengan pemandangan waktu senja nie sejak berkawan dengan orang yang minat melihat pemandangan waktu senja...

PERCUTIAN KE KOTA KINABALU PART 8

Sebelum balik, oleh kerana masa masih ada... kami mengambil kesempatan untuk singgah di Muzium Sabah... Muzium nie terletak di laluan yang sama untuk ke Airport. Kami tak lama pun kat sini... kerana banyak ruang pameran ditutup untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian.

Bergambar di pintu gerbang Muzium Sabah. Kami hanya dikenakan bayaran masuk sebanyak RM1 je... Kalau biasa berapa harga aku tak tanya lah pulak. Paling aku teruja... rangka ikan paus yang ditemui pada tahun 2006... memang besar... rangka tersebut dipamerkan di ruang utama muzium tersebut.

Reflika yang paling besar tu... kalau betul tak terangkat. Masyarakat di sini menggunakan alat tersebut untuk memugut hasil hutan...

Di sini juga dipamerkan kereta klasik zaman tok kadok... dulu orang besar-besar dan kenamaan je pakai kereta mewah nie... sekarang student pun dah mampu pakai mini cooper (kelisa). Aku minat betul kereta nie... nak beli mini cooper betul tak mampu.

Kereta warna merah nie... namanya kereta (kura-kura)... sekarang dah jadi kereta antik.

Pemandangan dari luar Muzium Sabah.

Keretapi yang dipamer di bahagian luar muzium...

Nie merupakan entry terakhir mengenai percutian ke Sabah... pengalaman bercuti ke sana akan menjadi memori yang terindah... jika berpeluang aku akan ke sana lagi... antara tempat yang seronok yang pernah aku pergi... terutamanya bab makan.... tempat lain susah nak dapat makan udang besar... seekor harga RM20.