Sunday, October 9, 2011

GAYA HIDUP MEWAH

Beberapa minggu lepas aku berkesempatan menjengah kawan di rumahnya... dah di penghujung Syawal baru lah berkesempatan. Aku kenal dengan dia nie bukan sehari... bukan sebulan... bukan setahun... aku berkawan dengan dia masa kami pernah susah... duit dalam poket pernah tinggal seringgit lebih... cukup untuk isi minyak motor je... makan mee maggi tu biasa.

Sampai lah ke hari ini... kami dah boleh hidup dengan selesa... walaupun tak mewah. Kalau dulu menyewa... sekarang dah punya tempat tinggal yang selesa.... kalau dulu naik motor kena hujan... sekarang berkereta dan berbumbung, terlindung dari hujan dan panas.... makan tak berkira... kalau dulu nak makan fikir banyak kali. Daripada gaji seribu lebih... sehingga lah gaji sekarang... boleh dikatakan dapat gaji bulan nie... yang bulan lepas masih berbaki.

Biasalah aku dengan dia... suka berseloroh...
"Akak saya nak pinjam duit dalam RM2000..."
Aku selalu kalau tak ada duit... memang pinjam dengan dia. Sekali pinjam beribu... tapi time nak bayar... sikit-sikit... biasa tu. Ya lah dia laki bini gaji dah cecah RM8K lebih. Aku bayar sikit-sikit guna duit rumah sewa.

"Akak tak ada duit lah farid"
Aku pun jadi pelik... sebenarnya aku bukan nak pinjam pun... saja bergurau je dengan dia. Sebab aku tengok rumah dia baru diubahsuai... barang lama masih boleh pakai... tapi beli barang baru... so aku dok fikir mana dia dapat durian runtuh nie... Dia mula lah bercerita...

Gaji mereka sekeluarga memang banyak... tapi oleh kerana mengamalkan gaya hidup mewah... sekarang mereka dah terbeban dengan hutang... Buat pinjaman Bank Rakyat 2-3 tahun lepas... tahun nie dah overlap lagi... semata-mata nak bayar hutang... barang kemas semua dah masuk pajak gadai... bank call kad kredi tak bayar... sampai surat kereta dah tertunggak... mahu tak pening dia... aku yang mendengar pun seram sejuk...

AKu mula tanya... macam mana boleh jadi teruk gini...
"Semua nie gara-gara gaya hidup mewah... semua akak beli apa yang orang jual... tak kira pun barang tu perlu atau pun tak..."

Rasa macam tak percaya gaji sebanyak tu... tapi masih tak cukup. Tapi bila dihitung balik... duit nie memang berantu... ada banyak habis banyak...

Bila aku dengar cerita daripada kawan nie... mula lah insaf sendiri... dalam keadaan apa sekali pun... mesti ada simpanan.... dan beli barang mengikut keperluan. Jangan sampai terjebak dengan keberhutangan yang melampau.

Banyak pun tak cukup...
Sikit pun cukup...

0 ulasan: