Thursday, October 27, 2011

LAKONAN SEMULA LAGU CINTA MUKA BUKU

Tak sangka anak murid kita nie sangat kreatif dan berbakat... aku difahamkan mereka berlatih 3 jam je... aku sebagai penonton memang geli hati lah kat belakang... terhibur dengan lakonan mereka nie... kalau suruh aku lakonkan pun belum tentu lagi menjadi... nak ke depan pun dah ketar lutut...

Tapi sayang kan... tak rakam... kalau tak boleh ulang tayang.... kepada rakan-rakan mereka yang tak hadir pada Majlis Sambutan Hari Kanak-kanak...

Aku tak sangka... Nadia yang pemalu tu pun boleh ambil bahagian jugak... tahniah Nadia. Tak kisah lah sebagai model je pun kat belakang tu... cikgu bangga dengan keberanian kamu.

Jumpa pulak budak-budak nie payung kecil molek tu... rambut yang serabai berwarna-warni... mula tu aku tercari-cari jugak siapa pelakon lelaki tu...

Rupanya anak Kak Sarimah... tengok macam pemalu je kat kelas... rupanya ada bakat berlakon.

Memang sepatutnya kita beri peluang kepada anak-anak ketengahkan bakat mereka... tengok tu... kekawan mereka yang menonton semua melopong... dah le lagu nie tengah naik sekarang... siap menyanyi sama-sama tu...

Tajuk Lirik Lagu: Cinta Muka Buku

Artis/penyanyi: Najwa Latif

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku

Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..

Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja

Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

2 ulasan:

Hisyam Muhibah said...

genY sekarang ni memang minat mereka ke arah ekspressi bakat masing2.. perlu diberikan ruang, tetapi pada saya kita genX perlu berikan pedoman dan had batasannya.

eeeda said...

Perlu ada garis panduan supaya mereka ini tidak tersasar daripada landasan...

Di sini lah letaknya peranan seorang guru kan... cikgu.