Friday, October 14, 2011

CERITA PASAL BLOG

Dalam dua tiga minggu nie kekawan asyik dok cerita pasal blog... time sarapan pagi ceta pasal blog... makan time rehat ceta pasal blog... pendek kata mana pe pun kat sekolah tu memang ceta pasal blog.

Tapi bagi aku, bila orang bercerita pasal blog aku jadi fobia... dan sangat fobia. Ianya menjadi sejarah sepanjang aku berblog sehingga memaksa aku selindungkan blog singgah sejenak buat sementara waktu... ambil masa lama jugak untuk aku alih sebahagian entry berkenaan ke blog lain.

Hari nie kekawan yang sambung belajar di UPSI ada tugasan yang memaksa mereka menyediakan blog... tu lah untung kan... daripada tak tahu apa-apa... bila terpaksa kena buat nie... mahu atau pun tak... kena belajar lah kan... aku respect lah kepada kekawan yang berusaha sendiri membuat blog... bertanya tu bagus... sekurang-kurangnya tahu jugak nanti dan dapat juga belajar sesuatu...

Tak kurang juga yang sanggup keluarkan duit poket dengan jumlah yang banyak untuk upah orang buat... sayang kan... keluar nanti dengan segulung ijazah sarjana muda tapi tak tahu apa yang sepatutnya mereka tahu... tersangat lah rugi. Pernah lah sorang cikgu nie nak upah aku buat... aku di offer dengan RM150... banyak tu. Sepanjang aku belajar, aku tak pernah upah buat assigment... kecuali belanja makan untuk translate BM ke BI je.... BI aku memang out... bekas anak murid aku je pun translate.

Aku sebenarnya tak pandai pun buat blog... blog aku nie pun kawan yang create... aku tinggal update je pun... daripada tampal rumput... bubuh segala macam tu... kawan aku yang tolong... aku tak ada belajar secara formal pun... belajar sikit-sikit dengan kekawan je. Mana yang aku tahu tu boleh lah... nak yang canggih-canggih tu tak dapat nak menolong.

2 ulasan:

norinaomar said...

betullah kak eeeda..lebih berkat degree tu kalau kita buat sendiri.biar kita rasa kita bodoh pun pada mulanya asalkan kita akan tambah berilmu dikemudian hari

eeeda said...

Insya Allah, biarlah kita tergolong di kalangan orang yg berusaha mencari ilmu bukan untuk diri sendiri sahaja... bahkan untuk kebaikan semua.