Wednesday, October 12, 2011

AKU NAK OPERATE

Setelah berfikir panjang... dan mempertimbangkan baik buruknya... aku ingat jadi lah cuti Deepavali nak operate si jantung hati aku nie... rasanya dah tak sanggup menahan sebak di hati setiap kali aku berada dalam situasi yang mencemaskan. Itu pun terasa lama nak menunggu masa 2 minggu lagi... dalam bulan nie saja dah 2 kali si jantung aku nie buat perangai. Problemnya klik sini.

Sekali buat perangai je menelan belanja RM500 lebih... kalau dah 3 kali dah berapa??? kalau selesai masalah tak pe... nie masih timbul masalah sama.

Setelah berbincang dengan doktor pakar... anggarannya lebih kurang RM1500.... kira bonus aku hujung tahun nie habis labur ke sini je lah... kena cari sumber lain le nak beli mesin basuh tu... kita nie, kalau sayang sanggup berhabisan... kalau dah cinta... tak fikir dah habis duit... sebab kenangan aku bersama dengannya banyak sangat...

Aku nak operate keta aku nie... daripada enjin injection... kepada enjin yang guna karburator sebabnya thorttle body selalu sangat problem... sampai dah tak tahu problem apa, yang jadi kerap sangat rosak...

Kos berkenaan termasuklah:
  • Wayering enjin... nak kena buka semua
  • Nak kena beli Intake Manifold
  • Kaburator
  • Distiblutor
  • Air Conditoning Pump
  • Air fillter
Nie anggaran kasar yang kawan aku beri... harap tak lebih le. Nie dah pilihan terakhir. Tension kepala bila mati time jem... time kereta tengah laju... Harap lepas operate nie dah tak timbul masalah mati sesuka hati mak nenek dia.

2 ulasan:

Hisyam Muhibah said...

asal enjin tu memang injection ke? saya ingat wira semua kaburator.. takpelah laburkan duit kat dia, sbb kereta memang pentinng sgt

eeeda said...

Wira tahun 2000 ke atas byk yg injection... termasuk lah wira nie memang injection... minyak memang save.. kalau kaburator tu lebih sikit lah...

Masalahnya memang tak boleh tak ada...