

Kenangan tu... bukan dapat selalu ke sana... so peluang dan ruang yang ada perlu digunakan sebaik yang mungkin. Penting sebagai koleksi peribadi kita pada hari ini... dan mungkin jugak untuk tatapan anak cucu kita akan datang... biar berpandangan jauh, tak rugi pun...

Bukan tak boleh join group lain... tapi takut masa tak sama dengan kita.

So kami berempat mengerjakan pisang sesikat nie... nak berhenti makan kat kedai... tak berani lah... makan sebarangan. Kawan aku dah pesan... jangan makan di kedai sebarangan.

Aku kalau musim durian punya lah mewah kat kampung... pilih yang sedap-sedap je makan... dah tu yang semalaman tak makan... kononnya dah tak sedap... nak makan yang baru gugur je.
Bila sampai di Sabah nie... baru aku rasa bertapa mahalnya harga untuk sebiji buah durian... jadi bersyukurlah kita yang selalu dapat makan durian dengan harga yang jauh lebih murah dan mungkin jugak free serta sedap.... bagi mereka yang ada dusun sendiri lah.
Selesai solat, kami minum petang di gerai yang terletak berdekatan dengan masjid. Lepas tu kami berkejar ke Tanjung Aru... hu hu hu gigih sungguh aku and the gengs.. aku yang beriya-iya nak ke sana... sebab nak tengok matahari terbenam. Kalau ikutkan depa semua dah kepenatan... tapi dah driver nak ge... yang lain layan je lah.

Alah Airport terminal 2 bukan jauh pun dengan pantai. Berjaya ke tak??? nak tengok matahari terbenam... aku akan post khas dalam label pemandangan... kat situ semua koleksi pemandangan yang indah-indah.

1 ulasan:
HI saya menawarkan perkhidmatan sewa kereta kat kota kinabalu dengan harga berpatutan ..Myvi auto 1.3 RM120 sehari .. saga blm auto RM120 ,nIssan Urvan 14seater RM350 sehari ambil lebih dari 3 hari boleh discount sila buat booking awal ya.. 0138999242 brandon.. or website kami kat www.kkrentacar.com
Post a Comment