Monday, January 20, 2014

11 BULAN SELEPAS DITANAM

Anak Sawit 11 bulan
Minggu nie aku sempat ke kebun... tetapi hanya sekadar meninjau kawasan... tak sempat untuk melakukan kerja... seronok tengok anak pokok sawit yang semakin subur... tengok pokok sawit hilang penat lelah mengusahakannya sebelum ini.

Wednesday, January 15, 2014

SERONOK BEKERJA

Salah satu faktor seronok bekerja ialah rakan sekerja... alhamdulillah, aku di kelilingi dengan rakan sekerja yang memang sentiasa ceria... dan apa yang lebih penting sentiasa membantu dalam apa jua aktiviti yang dijalankan. Pendek kata kita tidak keseorangan dalam melaksanakan tugasan. 







Monday, January 13, 2014

BERKEBUN PERLUKAN MINAT

Apa pun kerja yang kita lakukan perlu ada minat. Minat amat membantu agar kerja yang dilakukan akan berterusan dan konsisten. Walaupun kerja kebun penat, terpaksa berhujan peluh... berada di bawah sinaran matahari... semua tu tidak menjadi masalah.

Aku sendiri boleh melalui semua nie kerana minat... Panas matahari di kebun yang pokoknya masih kecil nie lain... sehinggakan terpaksa aku membeli produk L'OREAL UV perfect untuk melindungi sinaran matahari di muka. Kalau tak pakai UV perfect mahu berbelang muka.

Tangan tak usah cerita lah... memang kasar. Walaupun dah pakai sarung tangan. Aku beli berjenis-jenis sarung tangan. Sarung tangan menebasnya lain... sarung tangan susun pelepah sawitnya lain... yang nie mesti ada besi... kalau yang biasa memang tembus.


Kerja di hujung minggu dan waktu cuti.

Cikgu Anis, kawan lama di maktab.
Cikgu Anis, kawan lama sama belajar di maktab. Dia pun dulu askar wataniah sama dengan aku. Rupanya, dia pun minat jugak berkebun. Getah kalau dah besar nie... dah senang nak jaga... jaga racun dan baja je... di awal penanaman je, banyak musuh. Terutamanya babi dan monyet. Getah nie manja sikit, berbanding kelapa sawit. Kena penjagaan yang rapi.

Aku baru sahaja bersihkan kawasan seluas 2 ekar untuk tanaman getah. Masih tercari-cari lagi benih getah yang sesuai untuk ditanam. Keluasan 2 ekar tu, boleh tanam lebih kurang 400 batang. Harga pasaran anak pokok getah sekarang lebih kurang RM5. 

Upah bersihkan kawasan mengunakan jentolak sehari RM900. Kawasan seluas 2 ekar mengambil masa lebih kurang 2 hari. Caj roda RM300.
Anak benih = RM 2000
Jentolak = RM 2100
Lain-lain perbelanjaan seperti gali lubang, baja lubang dan sebagainya. Jumlah perbelanjaan mungkin mencecah RM5k untuk keluasan 2 ekar.

Berminat untuk mendapatkan bekalan baja???
http://golden-rengat.blogspot.com/

Tuesday, January 7, 2014

PENYEDIAAN TAPAK UNTUK PROJEK TANAMAN

Ruang Terhad di belakang rumah.

Polibag yang telah diisi dengan tanah.

Kawasan hadapan baru sahaja diracun pada hujung minggu lepas.

Batang paip perlu dialihkan.
Petang tadi, aku membersihkan ruang di belakang rumah untuk projek tanaman baru setelah beberapa bulan dibiarkan kosong. Aku bercadang untuk menanam peria bagi kawasan bertanah, memandangkan para yang lepas masih boleh digunakan. Manakala dalam polibag, akan ditanam dengan bendi. Tanaman yang paling senang untuk dijaga.

Terdapat 2 batang paip di kawasan di hadapan rumah. Paip berkenaan perlu dialihkan dahulu ke kawasan tepi longkang sebelum kerja-kerja mencangkul dilakukan... Takut, perkara sama berulang kembali. Dua kali aku tercangkul batang paip berkenaan.

Tukang paip (En. Nazri), dah pun menyatakan kesudiannya untuk mengalih paip berkenaan. Memandangkan aku minat bercucuk tanam. Cuma aku je belum ada kelapangan untuk tujuan berkenaan. 

Monday, December 30, 2013

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

Jika ingin berjaya, kita perlu banyak bersabar dan terus berusaha tidak kira apa bidang yang diceburi. Kalau fikirkan penat, semua kerja penat... tak ada kerja yang tak penat. 

Hasil daripada usaha dan kesabaran aku bersama dengan rakan kongsi selama ini... hampir membuahkan hasil. Sebelum ini aku pernah menulis mengenai kebun yang kami usahakan terbakar pada bulan 4 yang lalu.... 


Seandainya ketika itu kami berputus asa... tinggalkan kebun berkenaan... adakah hasilnya seperti di bawah... sudah pasti tak kan... Pokok sawit berkenaan telah dibaja sebanyak 3 kali pada tahun ini. Kali pertama kami menggunakan baja Biotech Compound... 3 bulan berikutnya kami gunakan baja MPOB F4 dan 3 bulan seterusnya kami menggunakan baja Sebatian NPK (8:8:20) MBI untuk buah.





Walaupun aku mempunyai kerjaya tetap... kerja kebun langsung tidak menggangu tugas rasmi aku... ini kerana aku hanya meluangkan masa pada waktu cuti dan ketika pulang ke kampung di hujung kampung. Tapi ini tidak bermakna aku tidak ambil tahu tentang urusan kebun... kecanggihan teknologi hari ini memudahkan pengurusan... semuanya di hujung jari.

Fasa pertama telah mengeluarkan hasil. 

Fasa kedua sedang dalam proses pembersihakan tapak projek. Tapaknya bersebelahkan dengan kawasan yang telah diusahakan. Sekarang sedang membuat servey anak benih sawit... jika tiada masalah dalam bulan 5 nanti akan mula ditanam. Aku bercadang untuk mendapatkan benih dari Research Sg. Tekam... jika tiada stok... altenatifnya boleh dapatkan bekalan anak benih daripada pihak lain.

Sebelum ini, kita sentiasa beranggapkan bidang pertanian hanya diceburi oleh kaum lelaki... tapi hari ini, kaum wanita pun mampu ceburi bidang pertanian. Rakan kongsi aku... ialah adik aku sendiri... juga seorang perempuan... kami sama-sama turun padang dalam usaha memajukan bidang pertanian yang kami ceburi. Doakan kami semoga berjaya dan menjadi contoh kepada kaum wanita yang lain.

PERCUTIAN KE BUKIT TINGGI PADANG

Tahun nie aku memilih untuk bercuti ke Padang - Bukit Tinggi lagi atas beberapa sebab... walaupun tahun lepas aku dah ke sana. Tahun lepas aku berdua je... kali nie berempat. Antara sebab destinasi nie menjadi pilihan... 
Pertamanya, cuaca di Bukit Tinggi yang dingin.
Keduanya, banyak tempat wisata yang boleh dikunjungi. 
Ketiganya, terdapat tempat menjual kain sulam yang berkualiti.
Keempatnya, makanan nie sini memang enak-enak. paling aku suka jusnya.

2 Malam kami menginap di Hotel Grand Kartini
Jus tomato + susu + telur... memang sedap...
Cendol labu... memang sedap.

Jus terung belanda...
Jam Gadang di waktu malam


Sedikit tips untuk mereka yang kali pertama ke Indonesia:
Beli nombor phone di sana lebih jimat untuk call ke Malaysia. Beli simPATI (sim card) TELKOMSEL... kenapa? ada kod yang boleh digunakan untuk jimat ...
Kodnya: 010176 dan diikuti dengan nombor phone di Malaysia. 

Sama lah jugak kalau kita nak call ke Indonesia... nak jimat ada kodnya. Mana tahu ada pengunjung blog nie nak berusan sendiri dengan agensi di sana... tak ada masalah boleh call. Tak mahal pun, janji tahu kodnya.
Kod Digi : 1330062 dan diikuti dengan nombor phone di Indonesia.
Kod Maxis : 1320062 dan diikuti dengan nombor phone di Indonesia.

Buka akaun bank sebelum berlepas supaya tak timbul masalah di sana. Apa sahaja bank yang ada MEPS boleh guna di sana. Masalahnya ada sesetengah bank yang guna bebas tol tidak boleh dihubungi jika berada di sana. Nak jimat keluarkan duit di ATM BCA. Ini penting sekiranya berlaku apa-apa masalah di sana... sekurang-kurangnya kita boleh hubungi keluarga untuk masukkan duit dan boleh dikeluarkan di sana.

Jika ada kad kredit pun boleh open untuk tempoh masa berada di sana. Sekiranya tak guna, tak jadi masalah. Sekarang nie untuk langkah berjaga-jaga.



Percutian kali ini berjalan dengan lancar dengan bantuan oleh syarikat travel dari Indonesia yang tumpang iklan di blog aku. So sebelum aku promosikan kepada pengunjung yang lain. Lebih baik aku cuba dulu. Ternyata perkhidmatan yang ditawarkan berbaloi dan aku serta rakan-rakan yang lain berpuas hati. Pak supirnya sangat ramah dan banyak pengalaman dalam industri pelancong. Jika ke sana lagi sudah pasti aku akan guna paket yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan. Terima kasih Pak Amsyahril. 

Cukup senang untuk berurusan, boleh gunakan email atau pun call. Lebih jimat jika kita terus guna travel di sana.

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Thursday, October 31, 2013

8 BULAN SELEPAS DITANAM


Pokok kelapa sawit yang ditaman kini sudah menjangkau usia lapan bulan. Rata-rata pokok telah dibaja sebanyak 3 kali. Kali pertama semasa penanaman, baja untuk lubang. Kali kedua menggunakan baja No. 1. Sebenarnya baja No. 1 nie dibekalkan oleh Risda untuk tanaman getah. Dan kali ketiga pokok ini telah dibaja dengan menggunakan baja tahi ayam yang diproses pada bulan Mei yang lalu. 


Tanah kawasan projek tanaman sawit nie merupakan kawasan berbukit. Tiada cara lain untuk mendapatkan hasil pokok yang memuaskan melainkan perlu kerap membaja untuk membekalkan makanan yang cukup bagi pembesaran. 

Berbeza dengan kawasan tanah pamah yang lembap... kebanyakan penanam sawit hanya membaja sekali setahun... tapi pokoknya memang cantik. Tapi sekarang nie, bukan senang untuk mendapatkan tanah  pamahyang sesuai untuk tanaman kelapa sawit. Kalau ada pun harganya sudah tidak mampu untuk dibeli. Seekar sudah mencecah RM30k - RM40k.