Pokok kelapa sawit yang ditaman kini sudah menjangkau usia lapan bulan. Rata-rata pokok telah dibaja sebanyak 3 kali. Kali pertama semasa penanaman, baja untuk lubang. Kali kedua menggunakan baja No. 1. Sebenarnya baja No. 1 nie dibekalkan oleh Risda untuk tanaman getah. Dan kali ketiga pokok ini telah dibaja dengan menggunakan baja tahi ayam yang diproses pada bulan Mei yang lalu.
Tanah kawasan projek tanaman sawit nie merupakan kawasan berbukit. Tiada cara lain untuk mendapatkan hasil pokok yang memuaskan melainkan perlu kerap membaja untuk membekalkan makanan yang cukup bagi pembesaran.
Berbeza dengan kawasan tanah pamah yang lembap... kebanyakan penanam sawit hanya membaja sekali setahun... tapi pokoknya memang cantik. Tapi sekarang nie, bukan senang untuk mendapatkan tanah pamahyang sesuai untuk tanaman kelapa sawit. Kalau ada pun harganya sudah tidak mampu untuk dibeli. Seekar sudah mencecah RM30k - RM40k.
2 ulasan:
Kat mana tu dapat harga 30-40k....
Kawasan tempat saya boleh dapat lagi dengan harga tu... tapi itu pun kami dah tak mampu... yang mampu kerjakan tanah pusaka je lah.
Post a Comment