Monday, December 21, 2009

AKU BERMIMPI LAGI

Eja bersama suami dan anak tersayang

Hari nie... aku rasa lega bangat. Satu bebanan di kepala dapat diselesaikan, walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.... daripada malam tadi.... sehingga lah ke pagi nie... Aku berkejar ke Cheras and than balik semula ke Klang... memang penat tapi.......

Sampai di rumah aku solat zohor than terus lena dikepenatan yg melampau.... org kata tido petang tak elok utk kesihatan.... tapi aku buat jugak... bukan selalu pun... jarang.. jarang... Jaga daripada tido aku tersenyum.... kawan aku jd pelik... dia tak tahu.... aku bermimpi lagi....
Aku bermimpi bertemu dgn pelakon pujaan hati ku... siapa lagi kalau bukan eja... siap sembang pasal anak dia.... belum sempat tanya siapa laki dia aku dah terjaga... aduh knp mimpi yg kita seronok kejap je.... kalau mimpi hantu tu.... boleh pulak sampai berpeluh... nie dah kali kedua mimpi eja....lepas kali ketiga dapat jumpa betul kot...

Pernah kwn kat sekolah tanya....akak nie lesbian ke??? orang perempuan selalu minat pelakon lelaki....tapi akak pelik minat pelakon perempuan..... aku punya alasan tersendiri..... pelakon eja nie aku minat sebab penampilan dia yg lemah lembut dan bergaya...pakai apa pun nampak kena je..... mungkin kelebihan dia yg tinggi lampai... dan aku sendiri klu blh nak jadi mcm tu.... tak sepenuhnya pun.... sikit jadi lah....

Kalau kita suka lihat org berpenampilan kemas....
Begitu jugalah org lain ....

Suka lihat kita berpenampilan kemas.....

Saturday, December 19, 2009

JADILAH POKOK BULOH

Pokok Buloh Madu tak bahaya....bermadu tak kena cara berbahaya....

Dalam meniti hari2 mendatang, pelbagai rintangan, cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi. Ada kalanya sehingga menguji tahap kesabaran dan hampir patah semangat untuk teruskan hidup. Sebagai hambaNya, kita perlu hadapi dengan redha apa yang ditentukan.

Aku tertarik dengan tajuk semangat kental dalam buku terbitan persatuan pengguna pp. Kita pernah dengar,

Bangkitnya seseorang drpd kejatuhan kerana semangat...
Sihatnya seseorang drpd penyakit kerana semangat...

Kerana semangat lah menjadikan seseorang itu kuat utk menghadapinya.


Jadilah seperti pokok buloh. Pokok buloh menjadi simbol kekentalan kerana kuat, ringan dan mudah lentur. Teras di dalamnya lembut dilindungi oleh bahagian luar kayu yang keras dan tahan dalam segala cuaca. Angin ribut membengkokkannya namun boleh kembali tegak kepada keadaan asalnya.

Jangan terlalu mengharapkan orang membantu kita 100% memberi semangat untuk teruskan hidup. Diri sendiri perlu mempunyai semangat yg tidak mudah lentur supaya kita dpt bangkit drpd pengalaman yg mengecewakan. Semangat kental perlu dalam diri seseorang utk :
  • memberi perspektif baru terhadap masalah yg dihadapi
  • memberi harapan utk masa depan
  • menguatkan semangat ketika bersedih
  • mengawal diri dan kehidupan
Mendengar pengalaman rakan2 yg terpaksa melalui pelbagai cabaran sama ada utk mencapai kejayaan dalam kerjaya atau pun dalam mengharungi kehidupan berkeluarga. Aku terfikir mereka ini sebenarnya seorang yg mempunyai semangat yg kental. Jika tidak mampu kah mereka mengharunginya dan mampu teruskan hidup seperti hari ini.

Kawan hanya mampu memberi semangat.....
Kita sendiri perlu kuat semangat.....
Semangat kental, bisa tegar walaupun dilambung ambak sekali pun....

PERCANTUMAN 2 JIWA


Hari nie aku memenuhi jemputan terakhir dan rasanya penutup tirai bagi tahun 2009 bertempat di Lembah Kesang, Merlimau Melaka. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Siti Aishah Jantan dan pasangannya Nurul Anwar semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Hari nie perjalanan kami ke Merlimau agak mencabar kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Sepanjang perjalanan pergi dan balik hujan turun selebat-lebatnya menyebabkan berlaku kemalangan yang melibatkan beberapa buah kenderaan. Aku tidak memandu sendirian, tetapi ditemani k.su...

Keadaan lalu lintas ke Selatan tanah air , bergerak agak perlahan. Mungkin ramai antara kita mengambil kesempatan untuk bercuti. Alhamdulilah perjalanan aku hari nie berjalan dengan lancar, walaupun terpaksa tido di hentian Seremban kerana mengantuk sangat. Pukul 7.30 mlm baru sampai umah.

Antara rakan lain yg hadir ialah En. Zul bersama isterinya dan Nana dengan ......

Thursday, December 17, 2009

GAME PUNYA PASAL

Malam yang memenatkan, sebenarnya dah banyak kali kawan aku nie ajak main game....tapi aku tak layan sebab laptop aku tak ada software yang membenarkan game berkenaan on... Kali ini aku berkampung umah kawan aku.... cuba punya cuba, boleh pulak buka guna laptop dia.... Apa lagi, kami pun layan lah.... rupanya main game nie memang berantu betul.... daripada pukul 2.00 am, boleh bertahan sampai 5.30 am....

Aku mengadap laptop nak buat tesis tak sampai 2 jam dah mula naik boring.... tapi main game berjam2 pun boleh tahan..... Nasib baik le tesis aku nie tunda lagi tarikh hantar.... dari 11/12 tunda ke 18/12 dan tunda lagi ke 21/12. Kalau tak mahu kantoi aku....last2 semester pulak buat pasal...

Terima kasih le kpd member yg ajak main game nie.... nanti boring2 kita boleh on lagi. Ini game bukan sebarang game.... game yg betul2 menguji vocab aku dalam BI.... nak dapat satu pun jenuh fikir.....

Belajar tak semestinya untuk peperiksaan...
Belajar tak semestinya mengadap buku...
Aku nak kata main game pun belajar gak...

MENGIMBAU CETA LAMA

Setelah berkira2.... dan berbincang di fb, ada kekawan cadangkan adakan reunion mprm96/99... Pada asalnya kami cadangkan diadakan pada 12/12, tapi mcm2 hal yg tak dapat dielakkan... tunda ke 16/12... pada awalnya ramai jugak kekawan yg nak datang... tapi kita hanya merancang.... Last minute ada saja hal yang tidak dapat dielakkan.

Tahniah kepada kekawan yang datang dari jauh semata-mata untuk menjayakan aktiviti yg julung kali diadakan. Aku berharap sangat agar aktiviti ini dijadikan sebagai aktiviti tahunan bagi mengeratkan ikatan setia kawan.... Terima kasih kepada Shah kerana berjaya tempah tempat... di Pizza Hut The Mall... tak lupa kepada kekwn yang datang dari Segamat, Batu Pahat, Rembau, Taiping dan Bota semata-mata untuk menjayakan aktiviti nie.... dan bergegas pulang pada hari tu...

Ku kira meriah, walaupun penyertaan hanya 8 orang sahaja... tapi tambah dgn anak2 dah jadi sebelas orang.... Harap tahun hadapan ada peningkatan. Asoy datang bersama dengan anaknya, Dilla dengan buah hatinya dan Yusma dengan bujangnya. Kawan2 yang lain masih lagi belum berteman.... untuk kali nie... tahun depan, mana tahu dah berdua he he he.. Dua orang wakil unit PI/KH, seorang SN/KH, lima orang MT/PM. Tahun depan mungkin kita boleh buat luar KL pulak....

Aktiviti hanya tertumpu kepada sembang dan makan-makan.... maklum lah dah lama tak jumpa... Asoy, Shah dan Yusma, aku tak pernah jumpa lepas habis belajar... yang lain ada gak aku jumpa....Liza, Dilla dan Anis tu selalu bangat jumpa... ada anak2 nie meriah sikit... tapi lagi meriah kalau buat reunion bermalam... banyak aktiviti boleh dijalankan....

Walaupun waktu cuti, tapi kami masih tak mampu nak kumpulkan semua.... ada antara rakan2 yang terlibat dengan exam OUM, terlibat sebagai pengawas peperiksaan SPM dan mcm2 aktiviti lain. Insya Allah, panjang umur, ada kelapangan kita jumpa lagi tahun depan dan mungkin akan dikelolakan oleh penganjur yg lain.

CANTIK TAK SEMESTI ....

Hari Selasa, sementara menunggu kwn dari Segamat & N9 sampai di Hentian Serdang... sempat lagi aku singgah di JJ Equin Park... saja pusing2, mana tahu ada baju yg berkenan, nak shopping beriya-iya belum gaji lagi... sekali terpandang pulak jam tangan.... dah lama aku teringin nak pakai jam tangan... tapi memikirkan kulit aku nie agak sensitif, tu yg malas nak beli.

Last, aku pakai jam masa praktikum.... itu pun sebab nak kena selalu tengok jam....kalau tak kan, lari pula apa yg dirancang.... Bila dah jadi cikgu nie dah tak pakai jam... hampir 10 tahun aku tak pakai jam tangan. Hand phone je lah jam aku....

Sempena dengan azam tahun hijrah nie.... aku nak berubah.... tak mahu lagi sejarah lama berulang kembali....gara2 tak pakai jam... biasalah masuk kelas letak phone atas meja... sebab senang nak tengok masa... Bila nazir pantau, aku buat perkara yg biasa aku buat... letak phone atas meja... tak sangka pulak ada member call.... aku dengan selamber angkat phone siap ckp lagi..

Lepas tu baru aku perasan ada orang tengah memerhatikan aku..... lepas tu tahu2 je lah kena komen berjela dgn nazir.... tak lena tido dibuatnya.... pengalaman tu aku ingat sampai bila2.... nasib baik gb tak tahu... kalau tak mahu sepuluh kali mesyuarat pun dok sebut perkara tu je....

Aku nak ceta disebalik kisah aku beli jam.... maklumlah dah nak mula sesi persekolahan... kalau nak tunjuk jam.... jam beribu boleh le... nie jam tak sampai 2ratus pun... semua org mampu....

Biar murah tapi nampak mahal....
Biar tak berjenama tapi tahan lasak...
Biar tak cantik tapi berguna....

Wednesday, December 16, 2009

JEJAK KASIH

Tujuan sebenar2nya ke Kedah ari tu, untuk memenuhi jemputan kenduri kaum kerabat yg tak pernah aku jumpa... Keluarga belah mak... Aku je lah tak pernah ge ke Guar Cempedak tu... mak aku ada gak ge dgn adik beradik yang lain. Ari tu aku dgn kakak aku yang no3 je ge.... itu pun kebetulan di balik kg sebelah suaminya di Kedah. Nie umah salah sorang Pak cik mak aku...

Sebahagian ahli keluarga yg sempat aku jumpa dan bergambar.... bila sembang2, rupanya ramai kaum kerabat aku nie kerja di Kuala Lumpur.... lepas nie meriah duduk kat KL nie... tu pun sibuk nak buat perjumpaan kaum keluarga.... bukan apa takut nanti langsung tak kenal kaum keluarga. Ada yang dah meninggal pak cik, mak cik mak aku... Sedih jugak tak dapat bawak mak aku sekali. Tapi tak pe lah, ada gak wakil dari Pahang yang datang.

Keluarga yang nie semua tinggal kat Gombak je... kalau nak ikut bukan jauh pun dengan tempat aku. Sebab tak kenal, selisih bahu pun kalau tak kenal nak buat mcm mana. Kalau ada peluang kena gak cari keluarga... yang jauh kita dekat kan... yang dekat kita mesra kan... yang mesra kita serasi kan.... Kalau yg dekat tu susah nak masuk tu.... tak boleh nak buat apa gak.... tapi harap2 tak berpanjangan...

Nie salah sorang pak cik, mak aku.... aku bab salasilah keluarga nie kurang mahir sikit.... kira kami nie dekat lagi... Kena belajar lepas nie.... nanti anak2 tanya pun tak tahu nak jawab.... Rumah depa nie kat Titi Batu, Guar Cempedak..... belakang umah depa nie, berlatar belakang kan Gunung Jerai.... memang cantik pemandangannya.. Pakai je ari tu aku terpaksa bergegas balik ke KL... sebab esok nak exam. Kalau tak mahu aku stay lagi kat Kedah sehari dua...