Wednesday, June 2, 2010

TERIMA KASIH CIKGU

Bangunan Kementerian Kewangan, Putrajaya


Tadika Kemas Damak (1984)


SK Damak (1985-1990)

SMK Damak (1991-1995)

SM Ibrahim Fikri (1992)

SM Jerantut (1996)

IP Raja Melewar, Seremban (1996-1999)

IP Persekutuan Pulau Pinang (2004)

IP Bahasa Melayu M'sia, Lembah Pantai (2006)

Open Universiti Malaysia - IPBA (2006-2010)


Lagu nie khas ditujukan kepada cikgu-cikgu dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar aku sejak tahun 1984 hinggalah 2010. Terima kasih cikgu.

Hari pertama masuk sekolah..

1st day in school...


Tak pandai membaca mengira...

Don't know how to read or calculating...


Tetapi cikgu begitu tabah...

But the teachers are so strong...


Mengajar kami sungguh2....

Teach us with their earnestness...


Bermula ABC sampai Z....

From ABC until Z...


Hitung satu sampai sepuluh....

Counts 1 until 10...


Baru ejaan dan kira2...

And then spellings and calculation...


Kami belajar dengan lancar....

We learned fluently...


Berkat kesabaran....

The blessing of their patience...


Guru bijaksana....

Wise teachers...


Memberi pelbagai petunjuk...

Giving so many guidelines...


Hari demi hari ..

From day to day...


Kami pun mengerti...

And we understand...


Pelajaran nilai nya tinggi...

How valuable the edication is...


Kami ingat setiap masa....

We remember every time...


Jasa guru pendidik bangsa..

The teacher's deeds as a educators..


Sambutlah ini ucapan kami....

So we want to tell this...


TERIMA KASIH CIKGU..

THANK YOU TEACHER...



Monday, May 31, 2010

KEMENJADIAN MURID IMPIAN GURU

Baru2 ini sekolah telah mengadakan kem bestari solat... secara tidak langsung aku turut terlibat dalam program nie.... Jadi ustazah gak le aku ari tu....tapi ambil part yg mampu je le... guru Mate, boleh org lain ganti.... guru BM boleh orang lain ganti... tapi Guru Agama... yang ada kelulusan dalam bidang tu je boleh ganti....

Terima kasih tak terhingga kepada warga sksb kerana bekerjasama menjayakan program sehari ini.

ADA TOKOH JADI IBU TIRI

Landscape at Kementerian Kewangan Putrajaya

Hidup aku tak pernah sunyi drpd teletah anak2 didik yg sentiasa mencuit hati....ada saja usikan mereka yg membuatkan aku ketawa....pernah suatu ketika aku membebel di dalam kelas sebab depa nie tak siap keja umah yg aku bagi....klu aku tengah marah, mereka dah faham sangat....jgn lah buat hal time tu... mesti kena punya. Cikgu garang.... setakat nie berada di top 3.... he he he.. tapi hati baik. Bukan aku ckp...tp anak murid aku yg ckp.

Tiba2 ada seorang murid nie, dengan beraninya....
"cikgu nie mcm mak tiri lah" suara nie cuma kedengaran....tapi aku tak pasti murid mana yang begitu berani bersuara.... aku malas nak cari murid mana...

"Kamu tahu ke perangai mak tiri mcm mana?, kamu nie mesti dah terpengaruh dengan cerita indon 'bawang putih, bawang merah'... ceta tu memang lah mak tiri jahat.... lagi satu mak tiri zaman dulu2 memang lah jahat.... sebab dia tak berpelajaran.... tapi mak tiri sekarang lain... mak tiri moden, berpendidikan... dia tak kan buat perkara yang tak baik.... sebab dia tahu undang2"
dengan panjang lebar aku memberi penerangan..." dalam hati depa nie jgn doa aku jadi mak tiri mcm tu sudah... jadi mak tiri tak salah, tapi biarlah mak tiri yg disayangi dan disenangi.

"Cikgu klu jadi mak tiri, tak berani nak buat anak orang... anak sendiri boleh lah pukul, cubit... anak orang mana boleh buat mcm tu... sebab mak dia sendiri pun tak pernah buat mcm tu...sempat lagi aku pesan kat mereka tu... esok klu bapak kamu nak kawin lain, suruh dia cari mak tiri yang berpelajaran"

Moral of the story, murid kita sentiasa menilai setiap tingkah laku kita... drpd perkara yg besar sehingga lah sekecil2 benda. Bagi mereka kita adalah model untuk dicontohi. Bak kata, bekas anak murid aku di SK Sg. Retang,
"hahahahahahaa,,,,aku igt chekgu faridah,,,nk jdik chekgu cam chekgu faridah lar,,,sporting abissssssss,,,,,caya la chekgu,,,,mke ak klakar siot,,,hahahaha..."
Aku copy ayat kat fb... yg dipost oleh fasehah...

Teguran diberi supaya beringat...
Marah aku kerana sayang...

Guru yang disanyangi sentiasa dihati...
Guru yang dibenci, dendam melekat disanubari...

Saturday, May 29, 2010

BIOGRAFI BLOGGER EEEDA DAMAK

Gambar Jun 2010 di Port Dickson

FARIDAH BINTI MAJID dilahirkan pada tanggal 02 Mac 1978 hari Khamis bersamaan dengan 22 Rabiulawal 1398 di Kampung Chengkuak Damak, Jerantut Pahang. Anak kelima daripada enam bersaudara.

Mendapat pendidikan awal di SK Damak, Jerantut Pahang (1985 hingga 1990). Pendidikan menengah di SMK Damak, Jerantut Pahang (1991-1995) dan setahun bersekolah SM Ibrahim Fikri, Seberang Takir Kuala Terangganu (1992). Berada di Tingkatan 6 bawah selama dua minggu di SM Jerantut, Pahang (1996).

Pada Ogos 1996 hingga Jun 1999 melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Perguruan Malaysia dalam opsyen Pengajian Matematik dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban Negeri Sembilan. Pada tahun 2004 telah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan selama tiga bulan di Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang dalam bidang Pemulihan Matematik.

Kemudian pada tahun 2006 telah mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan selama tiga bulan di Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia sebagai persediaan untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda . Kursus ini lebih dikenali KDP-OUM. Pada tahun 2006 hingga 2010 menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam Pengkhususan Major Matematik dan Elektif Pendidikan Kesihatan & Pendidikan Moral bagi sekolah rendah di Open Universiti Malaysia (OUM) pusat pembelajaran di Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa (IPBA) Lembah Pantai.

Pengalaman bekerja selama 11 tahun. Sekolah pertama posting di SK (LKTP) Sungai Retang, Jerantut Pahang (2000). Berpindah ke Sekolah SK Sungai Buloh, Selangor bermula 2001 sehingga sekarang.

Pernah memegang beberapa jawatan penting sepanjang berkhidmat sebagai guru. Menjadi Guru Data (2001-2004). Memegang jawatan Penolong Penyelaras ICT (2001-2004). Memegang jawatan Penolong Setiausaha Kurikulum (2007). Memegang Jawatan Ketua Panitia Bahasa Melayu (2009-2010) dan Memegang jawatan sebagai Setiausaha Guru Media (2010).

Berpengalaman mengajar subjek Bahasa Melayu Tahap 2 dan dua tahun kebelakangan ini mengajar tahun peperiksaan untuk subjek Bahasa Melayu. Di samping itu, mengajar subjek Matematik untuk tahun 5.

Friday, May 28, 2010

BELAJAR SIMPAN DOKUMEN

Pernah suatu ketika aku tanya sana, tanya sini mcm mana nak uploadkan hasil kerja aku kat Internet. Bukan apa, pertamanya simpan kat sini selamat sikit. Tak ada lah timbul masalah CD hilang le, pendrive hilang le...paling sedih file aku hilang sebab portable hardisk terhempas... semua file tak dapat diselamatkan. Takut file terkena virus lah dan sebagainya. Keduanya, bahan yang aku ada tu mungkin berguna juga untuk orang lain. Tak luak pun klu orang lain ambil.

Nasib baik le ada fasilitataor school net kat sekolah aku tu tolong carikan....terima kasih Aishah. So, hari nie aku nak kongsikan dengan kekawan. Aku ajar ikut pemahaman aku je ye, aku belajar menggunakan cuba jaya je dulu... tekan sana, tekan sini....so faham2 je lah...nanti dah pandai hampa blh explore sendiri. Lagi satu, kalau hampa ada documents yg mantap gitu... boleh buat duit gak kat sini. Mata duitan betulah kita nie kan....

Langkah 1:
Taip alamat nie http://www.docstoc.com atau pun klu malas klik sini. Lepas tu kuar lah gambar mcm yang kat atas tu.


Langkah 2 :
Klik pada butang Register yang berada di sebelah kanan tu.... Apa pun kena register dulu. Beli keta pun register dulu baru boleh gunakan. Sama gak le dgn docstoc nie....

Langkah 3:
Dah kuar yang mcm kat atas tu...penuhkan ruangan yang disediakan dengan butiran yang patut. Lepas tu klik je butang register. Tunggu jap dia proses.

Langkah 4:
Dah siap proses, dah boleh mula guna. Seronok dah ada akaun sendiri. Jika lain kali nak masuk sign in je. Mcm biasa lah kan..... pengenalan diri mesti kena ingat.


Langkah 5:
Dah boleh mula upload bahan. Klik je butang upload your documents. Lepas tu jangan lupa klik butang select files yang berwarna biru. Aku tak tunjuk gambar.. hampa cari lah kat depan tu. Dah klik, kuar lah folder file hampa.... pilih lah file mana yang nak upload dan file tu ada kat mana...Desktop ke, My Computer ke...My Ducuments ke...nie hampa mesti dah tahu nak cari file kan...



Langkah 6:
Bila dah pilih, akan kuar mcm kat atas tu... apa yang penting tunggu sehingga file hampa complete 100%. Tunggu lah sikit, klu internet laju kejap je... tapi klu pakai brokebeng yang mcm hampeh tu, kadang2 langsung tak dapat upload pun.

Langkah 7:
Isikan tajuk yang sesuai. Bukan apa nanti senang nak cari. Pilih category, yg tu dah memang ada kat situ. So tak payah nak fikir. Pilih foler tu klu tak ada buat lah. Senang je, kuar je hampa isi je ikut selera masing2.

Langkah 8:
Apa lagi, buat apa pun jangan lupa yg nie. Kalau tak nanti penat tunggu berjam2, tapi tak ada dalam simpanan. Klik butang save dan publish. Wah, lepas nie satu dunia boleh tengok bahan kita dan boleh dicedok oleh sesiapa he he he.

Langkah 9:
Hasilnya kuarlah mcm yang kat atas. Nie banyak, sebab aku dah upload banyak. Klu hampa nanti kuar lah satu je. Tapi tak pe... hampa upload lah banyak2.

Langkah 10:
Jika kita klik pada file yg kita upload tadi, so akan kuar document penuh. Nie kira dah comfirm ada kat docstoc dalam akaun kita. Kalau kata lah nak link kat mana2. Kat blog ke....copy je url kat atas tu... atau bahasa senang alamat document and than link.

Kalau kata cikgu, banyak buat soalan nak simpan, tahun depan boleh guna lagi....Tidak pun kawan yg jauh2 mintak... so senang suruh je dia ambil kat blog atau pun search kat tenet.

Nie saja nak tunjuk lah...kita boleh tengok documents yg kita ada. Siap ada gambar document, tajuk yang kita dah letak, dah berapa orang yang view file kita, dan lagi satu docstaoc nie akan iktiraf jika file kita org view melebihi berapa2, kat situ akan diletakkan Elite doc. Masa tu kita akan seronok, bila file kita dapat dikongsi dengan orang lain.

Selamat mencuba, semoga berjaya.

SK SUNGAI BULOH DILANDA BANJIR LAGI

Hari nie 28 Mei, aku difahamkan oleh pemberita... merangkap jurukamera nie... cikgu Afis, lebih kurang jam 4.30 petang tadi bermulanyer hujan rintik2, jam 5.00 petang, hujan mula turun lebat.. dan jam 6.30 mcm tu lah keadaan nyer... paling dasyat kata JAGA sekolah kita... aku copy je ayat dia send kat fb... sebab aku nak masukkan kat web sekolah jap lagi.... kat fb Guru Besar.... harap2 GB dah maklumlah mengenai perkara nie...

Kawasan padang, hampir sampai paras paha tu...kalau hujan lebat lagi... mahu parking kuarters pun tenggelam...

Tengok... boleh dikatakan tenggelam hampir keseluruhan kawasan sekolah....nie semua kelas bawah memang confirm masuk air.... satu pun tak terkecuali...
.Nie pulak keadaan dalam kelas... ari Isnin dah le periksa serentak satu Daerah... bila masa nak bersihkan nie... nak kerah cikgu pun masing2 sedang bercuti... harap2 depa ada lah plan B nanti...
.Nie lah keadaan tempat parking keta guru....

Kalau tengok keadaan air mcm nie dah hampir paras lutut... di pintu masuk utama sekolah...gambar nie aku dpt ehsan drpd my friend Afis...nasib baik ada hang ambil gambar...

Kat Pristana pun lebat gak... sampai bilik aku pun bocor... selama nie tak pernah bocor pun... tapi tu aku rasa tu ikut tiupan angin je... sebab tadi hujan berserta dengan ribut...

LAKONAN EJA BERSAHAJA

Semalam time dok sembang dengan jiran aku nie... ada lah ceta lakonan Eja kat TV9 pukul 11.00 p.m -12.00 p.m... sebenarnya dah lama aku tak tengok ceta lakonan Eja... ceta semalam tu dah pernah siar pun kat TV3... klu dah minat kan... ulangan pun tengok lagi....klu ulang lagi...tengok lagi....aku rasa tak kan boring tengok ceta lakonan Eja....sebab minat.... cuba yg aku tak suka.... terus tukar siaran....rupanya jiran aku nie pun minat gak ceta lakonan Eja... sudahnya mlm tu dok ceta pasal Eja je le....

Kita klu dah minat tu kan... sanggup je...
Tinggal keja lain pe mengadap tv tu.... layan ceta sampai habis....
Tak kuar dating...semata2 nak dating dgn pelakon yg diminati....

Antara drama lakonan Eja:
  • Rindu Semakin Jauh
  • Masih Ada Cinta
  • Bunga-bunga Cinta Dari Syurga
  • Kalau Itu Takdirnya
  • Wadi Unung

Nie aku copy paste kata2 eja selepas dia memenangi ABP tahun bila entah....

“Berilah ruang kepada bakat Eja, bukannya cerita peribadi yang tiada kaitan dengan peningkatan kerjaya seni Eja,” pintanya mengharapkan pengertian.

“Walaupun tidak banyak berlakon, Eja bersyukur kerana nama Eja diingati peminat. Dalam hal ini, Eja bernasib baik kerana banyak drama lakonan kerap diulang siar. Jadi Eja tidak tenggelam begitu saja.

Walau pun Eja nie tak lah seglamor artis lain... tapi namanya tetap orang ingat kerana lakonannya yang bersahaja dan watak dalam lakonan tu memang bersesuaian dengan penampilannya....

Bukan minta untuk diingati...
Tak suka jugak kalau dicaci
Cukup lah sekadar dihargai...
Dengan bakat yang dimiliki....