Sunday, August 15, 2010

KEINDAHAN PEMANDANGAN DI PUTRAJAYA

Bangganya aku menjadi warganegara Malaysia yang mempunyai Pusat Pentadbiran terancang dan bangunannya tersegam indah. Kebijaksanaan pemerintah pada ketika itu dan hasilnya kita boleh lihat pada hari ini.

Aku suka tengok gambar nie... aku selalu membayangkan raksasa akan muncul disebalik bangunan tersebut... macam dalam ceta ultraman.... first time aku sampai di menara nie...

Pemandangan dari menara tinjau... kawasan tapak pesta flora Putrajaya.... sebenarnya bukan bunga je ada masa tu.... gerai jualan pun boleh tahan banyaknya. Tapi lebih berkonsepkan seni.

Ini aku ingat kalau kamera boleh zoom puh ...memang comel. Tapi nie je lah hasil snap kamera aku nie.... setakat hari nie masih lagi mampu berbakti kepada aku.... I love Olympus.

Jauh sangat kan....gambarnya tak jelas. Tapi boleh lah buat kloksi peribadi aku....

JUADAH BERBUKA

Hari nie balik je dari Puchong aku singgah di UiTM Puncak Perdana beli juadah untuk berbuka. Ingat nak singgah Stadium Shah ALam takut rambang mata pulak. Semalam beli banyak pun tak habis.. konon nak makan round kedua...klu dah jenis bukan pemakan...satu round pun dah mengaku kalah.

So ari nie nak berbelanja aku beringat...takut membazir lagi. Ada 2-3 jenis je aku beli.
  • Nasi Tomato
  • Ikan Keli ( kononnya nak ratah je)
  • Agar-agar (sbg pencuci mulut)
  • Air Jagung susu
Pukul 6.30 p.m, jiran sebelah pulak panggil... ada je tu benda yang dia nak bagi....
  • Udang masak mentega
  • Tempe goreng
Tengok dah banyak menu aku ari nie.... semalam jiran bagi ayam bakar... jenuh aku nak perabis... kalau mcm nie mahu gemuk aku....kebiasaan aku makan sekali je sehari.... tapi tak ada lah banyak macam nie... ini dah lebih nie. Alhamdulilah murah rezeki bulan puasa nie.

Saturday, August 14, 2010

SESAT BARAT

Bunga Tahi Ayam semasa di Pesta Flora Putrajaya

Hari nie aku berkejar dari Klang, sebab ada kelas tambahan pukul 10.00 a.m. Sampai umah, ingat terus nak mandi bersiap2 ke sekolah. Sebab nak singgah kat bank kejap. Ada satu dua urusan belum lagi settle. Tut tut tut dapat sms drpd my friend kata tak payah datang sebab murid tak ramai. Murid tak datang nie mesti kes ikut mak bapak mereka balik kampung... bila baca kat fb ada sekolah buat LaDap la.... meeting la...kot ya pun bagi lah peluang kat cikgu2 balik kg berbuka dengan orang tua.

Dulu zaman Pak Lah punya lah dia usahakan supaya ari Sabtu dan Ahad cuti....bagi memastikan kita nie ada masa bersama keluarga. Apa pun kita yang di bawah nie hanya menurut perintah je...orang suruh datang...datang. Orang suruh buat... buat je lah.

Pukul 12.00 p.m member pulak call suruh bank in duit road tax dan insurans keta. Aku terus siap2 kuar ke Bandar Baru Sg. Buloh. Sampai sana nak bank in duit loan umah...klu ikutkan dah lewat 2 ari nie. Malam tadi nak bank in lepas makan out service...rupanya dah pukul 12.00 lebih. Ari nie kat Sg. Buloh Public Bank, mesin cash deposit semua out service. Aku call member kat Klang suruh dia tolong bank in kan.... bukan banyak pun.... RM20 je yang tak cukup lagi....Terima kasih Anis sebab tolong aku.

Ari nie semua urusan bank in duit selesai. Segala bill dalam bulan nie dah dijelaskan. Tinggal nak tunggu bulan depan... yang pasti perbelanjaan akan meningkat...sebab nak buat persiapan untuk hari raya.

Lepas tu aku meneruskan ke perjalanan ke destinasi yang seterusnya... mencari Taman Subang Permata. Ari Jumaat aku dapat offer satu job kat situ. Pusing punya pusing.... cari punya cari... call sana, call sini tanya kawan aku yang memang duduk area situ.... semua tak tahu. Rupanya taman nie tersorok sikit. Atap umah aku nampak...tapi tak tahu nak naik atas bukit tu ikut jalan mana.... satu jam aku sesat entah ke mana2 peginya. Naik seram jugak aku dibuatnay... lalu perkampungan cina. Rupanya kat dalam tu, banyak kilang.

Akhirnya aku berjaya juga sampai... setelah beberapa kali tuan umah tu call beri arahan. Padahal jalan tu memang aku selalu lalu pun...tapi tu lah, memang lorong nak masuk tersorok sikit. Aku try to find at google.... hampeh tak jumpa. Rupanya Taman baru lagi... tapi syok lah umah kat situ.... atas bukit. Macam umah orang kaya2 lah pulak.

Balik dari Subang Permata... aku singgah pasar ramadhan... beli juadah apa yang patut untuk berbuka puasa. Bila sampai umah...apa aku buat??... faham2 je lah apa yang berlaku... klu umah sunyi sepi nie he he he he....

Friday, August 13, 2010

AKU DIPERTEMUKAN DENGAN KAWAN LAMA

Duduk dari kanan : Apis ( pomen...bukan sebarang pomen. pomen profesional ) dan Along (Penolong Pengarah di Putrajaya)

Hari Jumaat lepas aku pe hantar servic keta..... dekat kg Melayu nie je pun. Dalam entry yang lepas aku dok puji pomen nie buat keja memang bagus. Muda lagi, tapi memang berpengalaman dalam bidang dia. Penerangan dia cukup menyakinkan aku.

Dua tiga hari lepas juruteknik sekolah aku nie pe lepak kat bengkel pomen nie....dah jadi member lah pulak. Aku pun tak tahu dia temberang apa pasal aku kat pomen nie... Apa yang pasti, pomen nie sebaya dengan aku dan orang Jerantut.

So pagi Jumaat semalam aku beranikan diri sms, tanya lebih kurang.... rupanya tanggapan aku memang betul. Dia kawan aku, masa kami aktif dengan pengakap masa sekolah dulu. Bayangkan dah berapa tahun tak jumpa.... masa kami sama2 pe camping kat Hutan Lipur Terenggun dulu... dan ada beberapa kali lagi, camping join dengan sekolah dia.

Ha ha ha dunia nie kecil je...pusing punya pusing boleh jumpa hang Apis kat Kg Melayu. Nanti senang lah, ada masalah keta....dah ada member.

HARI PERTAMA BERBUKA DI KAMPUNG

Hari Rabu semalam, lepas je sekolah aku terus pecut... bersemangat nak berbuka puasa bersama orang tua di kampung. Sampai di Tol Gombak.... ayah aku call, nak confirmkan jadi tak aku nak balik. Tu lah, ayah aku nie...kalau dia tahu aku nak balik je...kejap call...kejap kan call tanya dah sampai kat mana. Nak memandu pun tak tenang.

Biasalah bila balik time siang nie... ikut peraturan had laju.... sayang duit dok bayar speed track je... lebih baik kumpul pe bercuti, lagi bagus.... betul tak kekawan. Pada awalnya ada kawan aku nak ikut.... last minute tak jadi sebab takut jadi imam. Orang nie, mcm2 takutnya. Aku ingat klu dia ikut.... lepas berbuka dalam pukul 10.00 mlm dah boleh bertolak balik ke KL.....kalau dia tak ikut, mcm biasalah aku....pukul 5 kan baru gerak.

Sampai kat umah dalam pukul 4.30 p.m, ingat boleh lah cari buah apa yang patut buat balik KL...tak ada rezeki, hujan lebatlah pulak petang tu. Pukul 9.30 mlm baru hujan reda....buah dokong nie anak buah aku panjat malam2 tu. Nasib baik pokok tak tinggi sangat. Tak dapat lah nak bawak balik banyak....ingat kalau tak hujan, nak panjat buah manggis, rambutan sikit, dokong nak bawak lebih sikit...buah yang sedap nie. Buah durian, hari sebelum tu ayah aku dah simpan.

Sikit2 pun mahu penuh gak lah bonet keta aku tu. Dapat sorang sikit. Kepada mereka yang tak dapat tu....lain tahun ya. Pening kepala aku berbau satu keta durian. Dah lah bau tu ambil masa nak hilang. Makan memang sedap.

Aku bawak buah petai....dapat lah 2 keping sorang....buat ulam.

Buah durian, tak semua orang dapat...benda tak banyak... orang yang mengidam je aku bagi.

Buah rambutan nie pun ambil kat tepi umah je... sebab hujan. Ingat nak pe ambil kat kebun, buahnya elok sikit.

Buah nie yang paling sedap. Tapi nak mengambilnya jenuh...sebab panjat malam buta.

WARONG WARISAN ASLI

Hari ini merupakan hari ketiga kita menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Aku bersama dengan sorang rakan nie, mengambil peluang berbuka puasa di luar. Kali ini kami memilih ke Warong Warisan Asli di Bukit Tinggi Klang. Suasana tempat nie aku memang suka...dengan suasana yang suram dan memang klasik. Sesuai dengan jiwa aku he he he...

Menu kami hari ini ialah nasi putih, sup sayur, udang goreng tepung dan sotong goreng jintan. Memang sedap lah. Air teh tarik dan bali suam.

Antara salah satu sudut yang menarik perhatian aku.... sebab menggunakan kayu, bagi memperlihatkan lagi unsur seni klasik..... dah lama aku teringin nak buat mcm nie kat umah aku... berangan je lah. Tak tahu zaman bila dapatnya....semua nak...itu nak...ini nak.... akhir sekali semua tak dapat.

TAMAN SERI PRISTANA

Taman yang sedang rancak membangun... fasa town house nie belum dibuka sepenuhnya. Apa yang membimbangkan aku ialah jem. Sekarang nie aku terpaksa kuar 6.15 a.m....tu pun dah banyak kenderaan yang bertali arus. Bayangkan kalau semua umah orang dah mula duduk....berapa banyak kenderaan akan kuar setiap pagi. Keadaan lalu lintas sudah pasti penuh sesak....

Panorama dari atas bukit Taman Bukit Saujana. Kawasan Taman Seri Pristana yang rancak dalam pembinaan. Aku ingat lagi tahun 2003 ada seorang kawan aku beli kat sini.... masa tu harga baru RM90k. Lima tahun kemudian harga naik 100%. Dulu aku pun tak nak beli kat sini, sebab jauh dalam hutan. Ari nie siapa sangka...boleh naik secepat nie.

Aku dah mula selasa tinggal di kawasan baru nie... mana taknya, kemudahan dah semakin bertambah. Ada petrol pam Petronas dan Shell, Bank Islam, Pasar Raya ACE, mesin ATM Maybank, CIMB, Bank Rakyat. Pejabat Pos, kedai makan tak usah ceta lah.... memang banyak pilihan. Pengangkutan bas sudah mula beroperasi. Kemudahan masjid yang besar dan selesa untuk jemaah menunaikan solat.

Sebenarnya kawasan Saujana Utama dan Seri Pristana bukan jauh pun...hanya bersebelahan je. Sekarang kawasan ni mempunyai dua buah sekolah rendah iaitu SK Seri Pristana dan SK Saujana Utama dan sebuah sekolah menengah iaitu SMK Saujana Utama.