Friday, November 11, 2011

PERCUTIAN KE KUCHING, SARAWAK PART 2

Nie lah kawan aku yang sama-sama ke Kuching... aktiviti pertama kami... keluar makan malam. Kawan aku, yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di UiTM Cawangan Kuching bermurah hati untuk membawa kami makan. Kali pertama aku jumpa kawan nie, selepas tamat belajar di Maktab tahun 1999.

Kami makan malam di seberang... so merasa lah aku naik bot penambang untuk ke seberarang... tambangnya murah je RM 0.50... tapi kalau dah lepas pukul 10 malam... bayaran lain pulak... RM1... tapi masih murah lagi kan.

Kawan aku oder nasi ayam penyet dan aku try makan mee kolok... sedap jugak.

Lepas makan, kawan aku nie bawa kami jalan-jalan di sekitar Waterfront... kebetulan baru lepas hujan... so tak ramai sangat orang kat sana...sempat lah kami snap gambar untuk kenangan... nie bangunan Dewan Undangan Negeri yang terletak di seberang sana..

Kalau ke Kuching jangan lupa ambil gambar di sekitar replika kucing yang menjadi mercu tanda Bandaraya Kuching... he he he... last sekali aku ke Kuching pada tahun 1997...

Replika kucing yang menjadi daya penarik kepada pengunjung untuk merakamkan kenangan di Kuching.

Bergambar setelah perut diisi dengan mee kolok... lepas nie boleh lah cakap aku dah pernah makan... dah habis pusing sampai di menara kami patah balik... boleh tahan jugak kami berjalan... lain kali kalau nak bercuti yang memerlukan banyak pergerakkan kena buat latihan... lenguh kaki aku.

Habis kalau hari biasa... berjalan dalam kawasan sekolah je pun... itu pun kalau time banyak kelas... kalau tak duduk je kat siber tu... tahu-tahu je dah nak balik. Kalau dah balik rumah... dah lagi lah kurang pergerakkannya.

PERCUTIAN KE KUCHING, SARAWAK

Pada 4 November hingga 6 November 2011 aku berpeluang berkunjung ke Bandaraya Kuching bersama dengan seorang teman semasa berkursus di M4P sekarang I4P lah pulak ye. Hari Jumaat penerbangan kami pada pukul 4.30 petang. So tak payah lah susah-susah nak mohon cuti atau pun minta balik awal.

Orang lain sibuk nak balik kampung untuk menyambut Hari Raya Haji... kami berdua nie sibuk nak pergi berjalan... tak sengaja booking tiket... gara-gara tak tengok kalendar betul-betul... hanya berpandukan kalendar di phone je. Tiket memang murah RM252 pergi balik untuk 2 orang.

Kali nie aku tak perlu menyusahkan orang hantar atau jemput kat airport ... aku parking kereta tempat yang free tu... memang jauh sikit lah... keselamatan tanggungjawab sendiri... tawakal je lah... kalau tak, kena menyusahkan orang hantar dan jemput. So lepas nie senang sikit nak berjalan ke mana pun.

Pengalaman kali pertama menaiki kapal terbang... membuatkan kawan aku sangat teruja... di awal penerbangan memang cuaca baik... sempat lagi kami snap gambar... setiap kali terbang rasanya asyik dapat seat belakang je...

Di pertengahan perjalanan cuaca dah mula hujan... time nie memang lah tak berapa selesa... kapal terbang akan mula bergegar sikit... kalau naik kereta, macam lalu jalan yang tak elok lah... kalau cuaca ok... macam guna highway.

Sampai di Kuching kawan aku Kapten Norzila dah tunggu bersama dengan anaknya... dia bersetuju nak hantar kami ke Hotel Lime Tree... aku dah booking awal lagi... aku search kat tenet je... tak ada nak tanya-tanya orang... hotel nie memang cantik... kena jalan sikit lah kalau nak ke Waterfront...

Member aku baru 2 bulan bertugas di sana... so tak tahu sangat jalan di Bandaraya Kuching... bandaraya yang terkenal dengan kurangnya papan tanda... nasib baik lah ada GPS... tu pun sesat barat... maklum lah GPS nie bukan update jalannya.

Aku memang puas hati menginap di hotel nie... rate untuk gomen staf RM138 semalam... kami menginap 2 malam... tak sangka dapat bilik 101.. cantik nombor tu.. aku suka sangat. Service memang terbaik lah... aku boleh beri 5 bintang. Ada ciri-ciri keselamatan untuk customernya...

Nie lah tilam empuk yang kami menginap selama 2 hari di sini... just balik bilik untuk tidur je... aktiviti di sana sangat padat.

Kawan aku bising... buang duit je tidur kat hotel.... baik tidur di rumahnya... jenis aku, sekali sekala nak merasa jugak menginap di hotel... bersarapan di hotel... betul tak??? Bukan tak sudi.... aku terharu sesangat atas pelawaan kekawan. Kalau tak kali nie... mungkin lain kali aku menginap umah hampa.

Thursday, November 3, 2011

AKTIVITI MINGGU NIE

Minggu nie, tak sempat bernafas... Selasa hingga Khamis berada di Tapak Perkhemahan Kuala Kubu... hantar murid menyertai perkhemahan unit beruniform peringkat Daerah. Seronok jugak, mungkin tahun nie aku belum berkesempatan untuk menyertai mana-mana perkhemahan.

Hilang lah jugak stress bekerja kan... kat sana layan aktiviti yang dijalankan dan makan-makan je... rugi siapa yang tak nak pergi... dah tu, makanannya memang sedap... tak rasa macam camping...yang untungnya aku lah.

Esok petang, aku akan terbang ke Kuching bersama dengan kawan KDP/2004 di Penang... berdua je... Insya Allah kawan aku Kapten Zila akan jemput di lapangan terbang... ingat nak check in kat hotel je... malas menyusahkan dia... sebab hari Sabtu dia ada program... kebetulan kawan maktab nak bagi pinjam keretanya... so selesai satu masalah.

Insya Allah, beraya haji di Bandaraya Kuching aku tahun nie... sempat lah merasa beraya di sana... kawan maktab aku tu seronok sangat dapat tahu aku nak datang... beriya offer aku tidur di rumahnya... aku malas nak menyusahkan dia sekeluarga... lagi pun segan lah dengan isterinya. Aku ingat dah banyak kali dia dok tanya bila aku nak terbang ke sana... akhirnya sampai jugak aku... last sekali aku sampai di Bandar Kuching pada tahun 1997.... masa zaman kegawatan ekonomi.

Untung jugak ada ramai kawan kan... kawan TUDM pun offer tidur di rumahnya... tu lah tidur di kem nie susah sikit nak keluar masuk... senang keluar masuk... tentunya tidur di hotel je lah.

Balik dari Kuching nanti... ingat nak lari balik kampung sekejap... dah agak lama tak balik... last balik raya puasa ari tu. Nasib balik lah sekolah aku cuti sehingga hari Selasa.

Sunday, October 30, 2011

ELAKKAN KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI

Adakah menjadi satu kesalahan... jika berpakaian sedondon?????

Mesti kekawan tertanya-tanya kenapa aku buat entry nie??? ... sebenarnya aku nak orang yang suka buat kontroversi tu tahu... jangan suka memperbesarkan perkara yang sebenarnya tiada apa pun...
bagi aku just pakai baju warna sama...
bergambar bersama...
tak salah...
yang salahnya orang yang create cerita...
dan paling sedih menyebar cerita... dengan gigihnya.
Apa jenis manusia macam nie... aku pun tak faham...

Dalam dunia nie ada banyak jenis manusia... kadang kala kita pun tak dapat nak kenal pasti kategorinya...
Tak suka tengok orang lain gembira pun ada...
Tak senang duduk bila tengok orang lain tak tension pun ada...
Tak boleh tengok orang lebih daripadanya pun ada...

Rasanya kan... pergi lah ke mana pun kita akan jumpa spesis macam nie... dan aku rasa, kekawan di luar sana pun pernah jumpa spesis luar biasa macam nie.

Kalau ko memang jujur dan ikhlas datang tegur empunya diri secara baik. Sebenarnya kami nie sangat keterbukaan dalam menerima teguran... tapi akan menjadi lebih marah jika bercakap di belakang... dan menyampaikan kepada orang lain... apa tujuan tu???

Senang cerita aku rasa orang yang bersikap macam nie...
kurang ajar pun ya...
mental tak sihat pun ya...
dan yang paling sesuai dan seangkatan dengannya...
suka membuat fitnah.

Melainkan lah... jika perbuatan berkenaan melanggari lunas-lunas agama...
Duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi ke...
Makan bersuap-suap ke....
Jalan berpegangan tangan ke...
Duduk serumah ke...

Rasanya kalau sampai tahap di atas tu... bukan dalam perhatian pihak sekolah lagi dah... perlu tindakan segera...

Kalau ko rasa nak buat aku and the gengs nie tension ke???... tertekan ke???? ko silap orang lah... aku takut je nanti ko pulak yang tertekan... dengan persekitaran yang semakin hari... semakin kelihatan akan kebenarannya...

Sekali kita buat cerita, orang akan percaya...
Dua kali kita buat cerita yang tak betul, orang mula berfikir...
Tiga kali kita buat cerita, orang akan dengar masuk telinga kanan keluar telinga kiri...
Empat kali kita buat cerita... rasanya orang dah tak percaya..

Kesimpulannya, elakkan lah daripada membuat kontroversi... di kalangan rakan sekerja... sebaliknya tingkatkan lah prestasi... untung-untung tahun nie dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) baru lah berbaloi nak pindah ke sekolah lain pun... he he he he.

Saturday, October 29, 2011

MELAWAT KAWAN SAKIT

Beberapa hari yang lepas sempat lagi kami plan untuk melawat rakan sekerja yang sedang bertarung dengan sakit kanser... aku ingat dah hampir 3 tahun kawan aku nie menderita sakit berkenaan. Ajak kawan nie.. ajak kawan tu... last sekali hanya 3 orang je yang betul-betul lapang pada hari berkenaan... yang lain masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan.

Aku selalu ingat pesan sorang rakan nie...
Hargailah kelapangan yang diberi...
Dan hargai lah setiap pertemuan...
Mungkin itu, pertemuan yang terakhir.

Seawal pagi aku dah keluar rumah... sempat lagi bersarapan dengan kak Az di kedai makan depan sekolah... Aku, Kak Sidah dan Kak Ita... hanya bertiga je. Pukul 9.30 pagi kami bertolak dengan kereta yang dipandu oleh Kak Ita meredah Highway Utara Selatan... perjalanan lancar. Kami memandu terus tanpa henti dan exit di Tol Kulai Jaya pukul 12.30 tengah hari...

Suami kawan aku nie ada bekalkan GPS untuk memudahkan perjalanan kami... kami teruja nak menggunakan benda alah tu... terus je lah on... tak sangka pulak di pertengahan perjalanan dah kehabisan bateri... charge kereta member nie pulak rosak... so last sekali jadi gajah putih je lah gps berkenaan... nasib baik lah kak Az buat gps menual pada sekeping kertas... ada lah jugak panduan untuk kami ke sana.

Lepas tol kami singgah makan di Restoran Asam Pedas Madu 3... masakan memang boleh tahan sedap... maklumlah gabungan 3... aku ingat kalau 4 lagi sedap kot... melawak je ok... jangan ambil serius. Macam mana lah orang bermadu 3 boleh sama-sama bekerjasama mengusahakan kedai makan... kita, kalau sebut pasal bermadu nie punya lah fobia kan... mesti dok terbayang bergaduh je lah kerjanya. Cemburu sana... cemburu sini... pendek kata serba tak kena... Tapi rupanya dalam kehidupan realiti ada je keluarga besar macam nie hidup bahagia aman damai. Apa yang penting keikhlasan kan...

Kalau kekawan exit tol Kulai Jaya jangan lupa singgah makan kat sini... pastinya menjanjikan hidangan yang menyelerakan... siap ada WiFi lagi... so boleh layan internet sambil makan.

Kami meneruskan perjalanan ke Felda Penggeli Timur... perjalanannya lebih kurang 30 minit je guna jalan short cut... kira jalan baru nie... sebelum nie lagi jauh nak ke sana... Sampai di sana dah ada 2 buah kereta menunggu... so ari tu ada 3 buah kereta lah... cuma perjalanan masing-masing... jumpa kat sana. Alhamdulillah sampai jugak kami ke tempat yang dituju.

Masa kami sampai kebetulan kawan yang sakit nie terjaga... aku terharu dah sedih sangat... bila dia panggil nama aku... tak sangka dia ingat lagi nama aku.
"Kak Farid"
Bergenangan air matanya... bekali-kali dia panggil akak..akak... akak..
Kekawan yang lain dah laju je kuar air mata tanpa dipinta.

Kami tak lama pun berada di sana... kebetulan masa kami nak balik ada orang datang nak berubat dia... jauh... dari Kedah.

Kami bertolak balik pukul 4.30 petang... dan singgah makan serta solat di R&R Machap... lepas tu meneruskan perjalanan... perjalanan lancar... tak banyak kereta... mungkin masing-masing sedang mengadap tv kan... cuma kami perlu berhati-hati keadaan jalan agak licin selepas hujan lebat. Pukul 10.30 malam kami dah sampai di Sungai Buaya hantar Kak Sidah... biasalah huby dia tak nak jemput di Sungai Buloh... Bola punya pasal... apa pun tahniah kepada pasukan Negeri 9.

Tak lama pun kami kat umahnya... kami terus balik... sampai umah aku dah pukul 12.30 malam... penat memang penat... tapi seronok dapat melawat kawan yang sedang sakit... hari nie hari dia... hari kita di hadapan lagi kita tak tahu macam mana... sama-sama lah kita mendoakannya semoga dia cepat sembuh.

Nasib baik lah hari nie, hari minggu... so boleh lah berehat sepuasnya... sebelum ke sekolah esok. Esok aktiviti penuh sampai ke malam... he he he he.

Apa pun yang berlaku, pahit manis...
Suka duka dalam kehidupan...
Kehidupan perlu diteruskan...

Jika kita asyik memikirkannya setiap hari...
Takut akan membinasakan diri...
Akhirnya, tentunya kita juga yang rugi...

Friday, October 28, 2011

PERKHEMAHAN DI KELA CAMP, RAUB

Bersemangat Pn. Aidah (PK Koko) sekolah aku, dia pun turut serta dalam menjayakan Perkhemahan Perdana yang diadakan di Kela Camp, Raub... Perkhemahan telah diadakan pada 30 Sept hingga 2 Oktober 2011 yang lepas...

Kalau ikutkan memang aku nak join sekali... aku kalau bab camping tak pernah lepaskan peluang... tapi kali nie tak berpeluang... time tu sama lah pulak tarikh percutian aku ke Kota Kinabalu...

Tak kira lah... walaupun aku tak turut serta dalam perkhemahan nie... aku nak cerita jugak... gelagat dan telatah kekawan yang sertai perkhemahan... tapi sory lah ye kekawan... aku tulis ikut gaya bahasa aku lah ye...ikutkan cerita dah basi pun... tapi tu lah, sejak dua menjak nie sibuk sikit... padahal dah lama kawan aku upload gambar nie kat fb.

Rasanya sepanjang aku berada di sekolah nie... dah banyak kali buat perkhemahan di luar Selangor... pernah sekolah aku adakan perkhemahan di Port Dickson, di Gunung Senyum, Pahang... dan kali nie ke Raub.

Seronok peserta perkhemahan, siap dapat baju yang disponser oleh MILO lagi...

Nie bukan murid yang buat aktiviti... aku pun tak cam sangat cikgu-cikgu nie... Ustazah Sham... Ustazah Haninah... yang lain tak nampak lah pulak....

Nak jugak baju nie... boss untuk orang yang kerja sebelum perkhemahan tak dapat ke???? nie lah warga sksb yang sentiasa memberi sepenuh komitmen... tak kira lah apa aktiviti sekali pun... Susah tau nak cari rakan sekerja macam nie... ajak je mesti jadi.. kecuali lah memang ada hal yang tak dapat dielakkan. Contoh macam aku... he he he.

Nie sebenarnya nak fokus gambar 3 jejaka ke... atau 3 orang cikgu kat atas nun... tapi paling aku kesian... hang pa tak patut biarkan Tn. Hj termenung sorang-sorang kat bawah tu... ajak lah join bergambar sekali...

Ustaz tu, tak ada cermin mata boleh nampak ke???

Elok pulak hang pa nie susun... kiri kanan ustaz tu... tak pe tempat nie bukan kawasan keras pun... tak yah takut... Ustaz tu buat piss ke ada apa kat jari tu... he he he... dalam hutan banyak nyamuk... elok jugak boleh halau nyamuk.

Nie confirm gengs cikgu yang berendam sakan... syoknya kem nie... semua aktiviti ada jurulatih mereka sendiri... so cikgu tinggal nak pantau je... senang banyak kan...

Kalau tak silap aku, peserta perkhemahan kali nie lebih daripada 120 orang murid. Sambutan amat menggalakkan... mungkin dah lepas UPSR kot... masing-masing nak ambil peluang.

Jaga...jaga... Ustaz Jakaria nak buat aksi spiderman....

Aina dengan Wan... apa pulak 2 nya... hang pa kan berempat... tapi boleh jugak lah... 2 + 2 = 4 jugak kan...

Berakit lah pulak... aku suka jugak aktiviti lasak macam nie... bukan senang dapat bermain rakit macam nie... air kat lutut je... aku ok lah... kalau dalam tak berani... takut lemas... aku nie tak pandai berenang.

Tengok tu... anak murid aku seronok... tak banyak gambar murid buat aktiviti... cikgu nie asyik ambil gambar depa je... tak patut sungguh....

Apis menunjukkan kebolehannya meniti di atas seutas tali... hebat tu... dia tahu nak ambil gambar... tu yang buat aksi lebih sikit tu... layan je lah.

Masing-masing termenung menunggu giliran untuk menunjukkan kebolehan mereka meniti di atas seutas tali... tentunya pengalaman ini sukar dilupakan...

Kejayaan sesuatu program yang dianjurkan...
Bergantung kepada kerjasama daripada guru-guru...

Kerjasama yang baik tentunya kejayaan menanti di akhirnya.
Tahniah kepada semua.

Thursday, October 27, 2011

SEMINGGU HAMPIR BERLALU

Sekejap je masa berlalu... pejam celik, pejam celik dah nak habis pun cuti seminggu... rasanya tak ada aktiviti menarik yang aku lakukan sepanjang cuti nie... memang aku nak rehatkan diri sepuas-puasnya di rumah je pun... itu je yang terlintas dalam fikiran aku sejak dari awal cuti.

Cuma pada hari Rabu aku menghabiskan masa seharian bersama dengan teman di Klang... on the way ke rumahnya aku sarapan pagi di Kg Budiman, Meru... kali pertama aku sarapan... kat situ... boleh tahan jugak nasi lemaknya... sedap. Kalau minum petang tu ada jugak lah beberapa kali aku singgah.

Tengah hari kami keluar makan di Restoran Asam Pedas, Bukit Tinggi... restoran nie merupakan salah satu restoran yang menjadi kesukaan kami berdua... kalau teringin nak makan tengah hari masakan ala kampung... lepas tu kami singgah di Giant... member aku nie sibuk nak shopping barang dapur... ya lah dia memang suka masak... aku ingat dari aku kenal dia... dia memang dah pandai masak... aku tak tahu lah bila agaknya nak buat perkara yang sama... shopping barang dapur di hujung minggu. Memasak masakan kesukaan di hujung minggu... sebenarnya teringin jugak.

Ingat lepas solat Asar terus nak balik... tetiba datang member lama pulak... kebetulan aku pun dah lama tak jumpa dan berborak dengannya... lepas dia kahwin, baru nie ada kesempatan... Member aku nie sibuk pulak suruh balik lepas makan malam... layan makan lagi sekali... pukul 10.30 jugak lah sampai di rumah. Tak pe lah bukan selalu pun dapat jumpa kekawan lama-lama macam nie.

Hari Khamis semalam aku menghabiskan masa di sekolah... sempat lagi aku mengangkut 2 orang anak murid aku... Khairun Azwani dan Aisyah... aku nak minta tolong mereka susun buku SPBT mengikut bilangan... aku tinggal nak ikat je buku berkenaan...kalau aku nak susun dan nak ikat... jenuh jugak... nasib baik mereka sudi nak tolong... so senang sikit kerja aku... dalam minggu depan... settle je masalah pemulangan murid Tahun 5... aku dah boleh agihkan buku untuk Tahun 6... selesai jugak kerja aku semalam...

Terima kasih lah kepada mereka berdua tu... balik sampai rumah dah kepenatan... biasalah apa lagi layan mata... seronok tidur... tak ada orang nak ganggu... tidur lah selama mana nak pun... tak ada siapa nak marah... tapi tidur nie ada hadnya... terlebih tidur kan sakit kepala pulak.

Malam time cuti nie... aku tidur awal.. ambil peluang he he he...

Hari nie dah Jumaat... target nak siapkan kerja menanda kertas dan key in dalam sistem SAP... pepagi buta dah dapat sms... tak tahu siapa yang hantar... suruh masukkan markah... katanya pesanan daripada Setiausaha Peperiksaan. Masih berselimut di atas katil empuk... naik nombor sekolah... nak tak nak kena angkat jugak lah... mana tahu penting. PK call nak ingatkan Hari Isnin ada meeting sebelah petang.

Esok Hari Sabtu... dah plan dengan kekawan nak turun ke Johor Baharu... nak melawat kawan yang sedang bertarung sakit kanser di Hospital Besar JB... kami pergi balik hari je... ramai driver Insya Allah boleh... kalau dulu zaman muda remaja... selalu jugak buat balik ari je ke JB tu... walaupun drive sorang-sorang...

Doakan semoga perjalanan aku ke sana esok berjalan dengan lancar. Selamat pergi dan selamat balik.