Sunday, October 21, 2012

DAPUR DAH BERASAP

Saja nak kongsi cerita di sebalik dapur berasap nie... start tahun 2006 aku duduk sorang sampai lah tahun nie bulan 7 aku tak masak... memang dapur aku tak berasap... nak makan, aku terpaksa keluar, dari sarapan, makan tengah hari sampai lah makan malam... semua makan kat kedai. Awal tahun 2010 aku pindah ke rumah sendiri... memang aku tak nak beli dapur... nak tunggu buat ubahsuai dapur, baru nak masak... kononnya sayang ruang dapur takut berjelaga... berminyak.

Nak jadikan cerita... satu hari dalam bulan puasa ari tu... aku berbuka di rumah dengan air dan buah kurma... lepas solat magrib baru nak keluar makan... aku keluar makan kat kedai biasa... masa tu memang dah lapar sangat. Aku oder pun macam biasa... sup, telur dada, nasi putih dan air teh o... simple je kan makanan aku. Aku tunggu lebih 1/2 jam... baru lah makanan sampai... dah sampai, aku tengok makanan langsung tak berselera... masakan macam tak cukup bahan je..."mesti tak sedap nie... kalau macam nie, aku pun pandai masak" cakap dalam hati je... nak cakap kuat tak berani... jap lagi kena santau baru padam muka... aku pun makan... memang betul tak sedap... ya lah bulan puasa, time berbuka mesti ramai orang yang oder... aku yang datang lepas berbuka nie... apa bahan yang ada je lah dia buat. Hilang selera.

Balik rumah... aku dah nekad nak masak sendiri... kebetulan 2-3 bulan sebelum tu, ustaz ada hantar peti sejuk, rak dapur dan meja dia ke rumah aku...(jangan salah faham ok) ustaz hantar barang dia tu... sebab dia nak pindah umah... kebetulan rumah yang dia nak pindah tu dah ada semua barang... so dah tak ada tempat nak letak barang dia... dia suruh lah aku guna... sampai bila??? sampai dia nak kawin nanti kot... baru angkut semula...

Dalam hati kalau nak masak boleh sangat... peti dah ada... tong gas memang aku dah ada... dapur pun akak aku dah bagi sebelum tu lagi... aku perap je kat luar umah. Kali nie memang betul-betul aku tekad nak masak sendiri. Esoknya aku ke Selayang Mall temankan kawan aku nak beli kamera... so aku ingat nak beli terus periuk nasi. Lepas beli kamera, kami ke kedai Elektrik yang berdekatan... pilih punya pilih aku berkenan periuk nasi jenama Kenwood... sebab boleh buat bubur sekali... harga asal RM100 lebih... tapi ari tu ada offer tinggal RM80 je. 

Nak jadi kan cerita, aku ingat duit ada... aku terlupa sebelum ke Selayang tu... aku dah bagi duit kat kawan sorang nie RM200... tinggal RM50 je... so kawan aku nie bermurah hati suruh guna duit dia dulu... ok lah... Lepas nie boleh ambil duit... dalam Selayang Mall tu memang ada ATM... so tak kisah lah... Aku pun bimbitlah plastik periuk nasi tu... gembiranya tak terkata... sampai pertengahan jalan... kawan aku nie mintak plastik tu...

"farid bagi akak periuk tu" sambil menghulurkan tangannya ke arah aku...
"tak pe lah akak... saya boleh bawa"
Tapi kawan aku nie beriya-iya nak periuk tu... so aku pun hulurlah kat dia...
"tak kan dia nak tengok periuk tu... time tengah berjalan nie" dalam hati... masih tertanya-tanya...

Dia pegang sekejap je... lepas tu dia hulur semula kepada aku...
"farid, tak payah bayar... periuk nie akak bagi hadiah kat hang... bagi semangat suruh hang masak sendiri"

Masa tu rasa nak mengalir air mata... kawan bagi hadiah periuk nasi... aku tahu niat dia ikhlas... tapi aku mampu beli sendiri periuk tu. Cuma selama nie aku je tak nak masak... bukan tak mampu beli.

Masa dalam perjalanan sempat lagi aku minta tolong kawan aku nie senaraikan barang asas yang perlu ada untuk masak... beras, bawang, kicap, garam, sos, dan macam-macam lah... sampai je Saujana aku terus ke pasar raya... beli barang yang disenaraikan... beli ayam 2 ketul... hari tu jugak aku start masak. Hijrah aku pada bulan puasa... daripada makan kat kedai kepada masak sendiri..

Terima Kasih Kak Az bagi hadiah periuk nasi...

Sejak dari hari tu... memang jarang aku makan di kedai... lebih selesa masak sendiri... walaupun aku masak bodoh-bodoh je... terima kasih jugak kepada seseorang yang tak pernah jemu mengajar aku masak... kekadang masakkan tu simple je pun... tapi dah tak pandai... lebih baik bertanya kan... betul tak???. Dah ada orang pandai masak... rugi tak tanya... bila lagi nak belajar masakkan yang baru...

Pernah sekali aku masak telur mata... dah lapar sangat tak sempat nak buat yang lain... belasah telur mata je... goreng telur mata pun tak lepas... rupanya, nak goreng telur mata nie... kena biarkan kuali panas, baru pecahkan telur... lagi satu pastikan api perlahan... tapi aku, nak cepat masak... api besar.. apa lagi, melepuh le telur tu... nasib baik tak kena minyak panas... kalau tak serik tak mau masak pulak...

Hari nie, dah ada lah 2-3 jenis masakkan yang aku dah pandai... lepas lah untuk mulut sendiri tu. Bak kata kawan aku... masak nie nak kena buat hari-hari... lama-lama pandai lah. Betul tu, aku setuju sangat. 

Patutnya, dari dulu lagi aku masak sendiri...
Baru lah yakin sikit, nak jadi seorang isteri...

Nie, bila orang ajak kawin je... alasan aku bagi tak pandai masak... sampai bila nak bagi alasan yang sama kan... nie dah ada orang sanggup ajar masak... kena ambil peluang. Peluang macam nie, bukan selalu datang.

Mesti berani, membuat perubahan...
Gigih berusaha, di samping ketabahan...
 

Saturday, October 20, 2012

MASALAH GAMBAR YANG DI UPLOAD




Sebenarnya aku dah pening kepala... setiap kali aku nak upload gambar... nie lah hasilnya. Aku tak tahu apa masalah jadi macam nie... kalau berjaya upload gambar yang elok... itu pun terpaksa dicuba beberapa kali upload... kalau upload 5 keping... mungkin sekeping je yang elok... yang lain jadi macam nie.... 

Ada sesiapa tak boleh bantu aku... aku nak tahu apa masalahnya. Nak kata dah banyak gambar... ada blog orang lain  lagi banyak gambar di upload ok je... tak ada masalah pun.

Tolong lah aku...
Bantu aku...

Saturday, October 13, 2012

BERTUAH JIKA KITA SENTIASA DIINGATKAN

Tetiba hari nie, terasa sayu sangat... apabila mengingatkan kenangan yang lepas... kalau dulu aku selalu diingatkan... bertapa bertuahnya kita, jika ada orang yang sentiasa mengingatkan kita... membimbing kita agar tidak leka dengan kemewahan dunia. Malah dia sentiasa mengingatkan akan bekalan yang perlu dibawa nanti.

Sampai bila-bila pun aku akan ingat segala kebaikannya selama ini... dia tak pernah jemu 
membimbing aku...
mengingatkan aku...
mengajar aku...

Mana mungkin aku boleh lupakan begitu saja segala kebaikannya. Beberapa hari lagi, akan masuk bulan Zulhijah... selalunya bila tiba tarikh-tarikh penting dalam bulan Islam... dia akan mengingatkan aku... ajak aku sama-sama berpuasa sunat, mengajak aku solat 1/3 malam... aku rindu sangat.....

Diriwayatkan Ibnu Abbas daripada Nabi bahawa sesungguhnya, baginda bersabda mengenai fadhilat dan manfaat 10 hari pertama Zulhijah, iaitu:

HARI PERTAMA ( 1 ZULHIJAH - 17/10/2012 )
Hari ketika Allah mengampuni Nabi Adam ialah hari pertama Zulhijah. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, Allah mengampuni dosanya.

HARI KEDUA ( 2 ZULHIJAH - 18/10/2012 ) 
Allah telah mengabulkan doa Nabi Yunus dan mengeluarkannya dari perut ikan nun. Sesiapa yang berpuasa pada hari itu, maka seperti orang yang beribadah kepada Allah selama setahun serta tidak menderhakai Allah.

HARI KETIGA ( 3 ZULHIJAH - 19/10/2012 ) 
Allah telah mengabulkan doa Nabi Zakaria. Sesiapa berpuasa pada hari itu, maka Allah mengabulkan doanya.

Aku tulis untuk 3 hari je... sekurang-kurang dapat berpuasa 3 hari nie Alhamdulillah... tapi kalau dapat puasa lebih lagi bagus. Sesuatu yang kita lakukan biarlah ikhlas kerana Allah S.W.T.

Thursday, October 11, 2012

TIPS MURAH REZEKI


Hari nie aku tertarik dengan tips murah rezeki yang telah dikongsikan oleh seorang rakan di laman sosial. Semua sekali ada 15 amalan yang boleh dipraktikan dalam kehidupan seharian kita. Rasa berat kan... nak amalkan kesemuanya... apa kata kita praktikan sedikit demi sedikit... 


Semua orang ada peluang...
Ambil segera jangan dibuang...

 

Sunday, September 30, 2012

PENGINAPAN UNTUK KONVO OUM DI PWTC

Minggu lepas ada sorang kawan dari Johor call minta tolong booking kan hotel... sebab bulan 12 nie dia Konvo OUM di PWTC... aku pun tak pasti nie konvo OUM kali yang ke berapa???  Tak sedap pulak kalau tak tengok lokasi hotel tu... bukan apa, aku nie kalau boleh biar lah kawan tu selesa dan menyenangkannya. 

Sebolehnya aku akan cuba cari hotel yang boleh berjalan kaki je ke PWTC. Aku dah fikir masalah yang akan timbul jika mereka perlu memandu ke PWTC... pertama, mereka tak tahu jalan area KL... kedua tak tahu nak parking kereta di mana... ketiga, takut ada kereta yang tertinggal... sebab kawan aku nie datang 2 buah kereta... kalau memandu mahu sesat barat... dengan jemnya lagi.

Malam tadi kebetulan kawan dari Melaka turun... so ambil peluang ronda area KL sambil cari hotel yang berdekatan dengan PWTC... area situ banyak hotel... kawan aku nak bilik yang budgetnya dalam RM150 semalam... dia nak suruh booking dalam 2 bilik untuk 2 malam. Sebab ramai kaum keluarga nak ikut... dalam masa yang sama mereka sekeluarga nak ambil peluang jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, tu yang sewa 2 malam.

So malam tadi aku tengok hotel yang paling strategik dan boleh berjalan kaki je ke PWTC:
  • Hotel Sani
  • Hotel Anum
  • Hotel Wira
  • Hotel Grand Pacific
  • Hotel Sunway Putra
  • Hotel Dynasty
  • Hotel Elegant Inn
  • Hotel Seri Pacific 
Balik je malam tadi, tugas seterusnya google cari nombor telefon semua hotel berkenaan. Hotel Grand Pacific aku call dah penuh untuk tarikh berkenaan. Hotel Sunway Putra, Hotel Dynasty dan Hotel Seri Pacific harganya dalam RM200 lebih semalam... lari budget lah pulak. Hotel Sani masih ada kosong, tapi sekarang sedang buat penambahbaikan... so dia maklumkan mungkin harga akan berubah pada tarikh berkenaan. Hotel Anum dah penuh kecuali bilik yang RM180 je masih tinggal.
 
Hotel Wira je yang harga biliknya dalam budget kawan aku... so aku terus booking 2 bilik untuk 2 malam... tadi dia call suruh tambah lagi sebilik... 

Lega satu urusan kawan aku dah selesai. Kepada kawan aku tu... tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlangnya.

Tolong-menolong, bantu-membantu...
Lambang bersatu, bertambah mutu...

TERIMA SURAT LANTIKAN DG41

Alhamdulillah, tamat sudah penantian selama ini. Pada hari Khamis minggu lepas aku terima perkhabaran gembira daripada kerani kat sekolah. Masa tu, jangan ceritalah perasaan aku seronoknya... hanya tuhan je yang tahu. Tak pe lah, kebetulan PAm kat sekolah ada urusan di PPD... so aku minta tolong dia ambil sekali surat aku. Petang tu aku dapat panggilan... daripada Kak Odah, memaklumkan En. Mat Nor terlupa mengambil surat berkenaan... aku  tak kisah sangat pun... sebab surat memang dah kat PPD... tinggal nak ge ambil je pun.

So, hari Jumaat lepas... aku ajak lah kawan  sorang nie tolong temankan... dia senang bila mintak tolong... janji time tu dia ada kelapangan... Insya Allah tak akan menghampakan. Tak sabar rasanya... sebenarnya nak tahu bila tarikh lantikan tu. Sampai je di PPD Gombak... aku beritahu  nak ambil surat lantikan DG41... pegawai yang bertugas terus je sebut nama aku... "Cikgu Faridah..." terkejut jugak, hebat sampai boleh ingat nama pemilik surat... rupanya tinggal surat aku je yang belum  diambil... lagi pun  kali  nie hanya ada 3 surat je pun... yang lepas 70 lebih.

Masuk je dalam kereta, apa lagi terus je buka... seronoknya, lantikan bermula 2 Oktober 2010. Lepas nie tinggal nak settlekan segala urusan yang berkaitan. Selesailah kerja aku. Lepas tu tugas kerani pulak untuk urusan gaji... sudah pasti gaji akan bertambah... mesti dalam kepala nie dah plan macam-macam... apa pun kena pandai uruskan kewangan sendiri... nasib baik jugak dapat offer baik... so aku dah tahu ke mana duit tu akan disalurkan... untuk masa depan... kalau pun bukan untuk aku menikmatinya... mungkin generasi aku nanti... Insya Allah... semoga urusan dipermudahkan dan diberkati. Rezeki tahun nie. Semoga rezeki nie diberkati.

Jika berjimat, hendaklah simpan...
Demi kebahagiaan, masa hadapan...

Sunday, September 23, 2012

BOTOL MINERAL KOSONG

Botol air mineral....
Hari nie aktiviti aku mengemas botol-botol kosong yang aku simpan semenjak pindah ke rumah nie.  Selama 2 tahun setengah... aku tak pernah buang botol air mineral yang telah digunakan... Tengok macam semak lah pulak di penjuru umah aku tu... so ari nie tak ada apa-apa aktiviti... almaklum lah UPSR pun dah selesai... so lepas nie ari minggu aku... untuk rehat. Kalau tak aku kerja 7 hari seminggu.

Hari nie aku buang 100 botol yang kosong... ada banyak lagi... aku ingat nak buang sikit-sikit... aku asingkan siap-siap untuk memudahkan pemungut sampah... pada kita botol kosong nie tak ada nilai... tapi bagi mereka... botol nie ada lah rezeki. Aku buang sekali kotak-kotak yang tak digunakan.... harap malam nie tak hujan lah... kalau hujan sayang kotak tu basah.

Aku bukan tak boleh nak masak air... bukan malas... atau pun tak ada cerek... tapi aku nie sebenarnya jenis orang yang susah nak minum air kosong... so kalau air tu berbau klorin... alamaknya aku tak minum lah. Air kosong nie penting untuk kesihatan... air mineral nie je ... yang boleh lah jalan sikit... walaupun tak sebanyak yang sepatutnya... sekurangnya aku minum jugak.

Kesihatan hak milik peribadi...
Jaga, jangan sampai menyesal nanti...