Sunday, September 30, 2012

PENGINAPAN UNTUK KONVO OUM DI PWTC

Minggu lepas ada sorang kawan dari Johor call minta tolong booking kan hotel... sebab bulan 12 nie dia Konvo OUM di PWTC... aku pun tak pasti nie konvo OUM kali yang ke berapa???  Tak sedap pulak kalau tak tengok lokasi hotel tu... bukan apa, aku nie kalau boleh biar lah kawan tu selesa dan menyenangkannya. 

Sebolehnya aku akan cuba cari hotel yang boleh berjalan kaki je ke PWTC. Aku dah fikir masalah yang akan timbul jika mereka perlu memandu ke PWTC... pertama, mereka tak tahu jalan area KL... kedua tak tahu nak parking kereta di mana... ketiga, takut ada kereta yang tertinggal... sebab kawan aku nie datang 2 buah kereta... kalau memandu mahu sesat barat... dengan jemnya lagi.

Malam tadi kebetulan kawan dari Melaka turun... so ambil peluang ronda area KL sambil cari hotel yang berdekatan dengan PWTC... area situ banyak hotel... kawan aku nak bilik yang budgetnya dalam RM150 semalam... dia nak suruh booking dalam 2 bilik untuk 2 malam. Sebab ramai kaum keluarga nak ikut... dalam masa yang sama mereka sekeluarga nak ambil peluang jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur, tu yang sewa 2 malam.

So malam tadi aku tengok hotel yang paling strategik dan boleh berjalan kaki je ke PWTC:
  • Hotel Sani
  • Hotel Anum
  • Hotel Wira
  • Hotel Grand Pacific
  • Hotel Sunway Putra
  • Hotel Dynasty
  • Hotel Elegant Inn
  • Hotel Seri Pacific 
Balik je malam tadi, tugas seterusnya google cari nombor telefon semua hotel berkenaan. Hotel Grand Pacific aku call dah penuh untuk tarikh berkenaan. Hotel Sunway Putra, Hotel Dynasty dan Hotel Seri Pacific harganya dalam RM200 lebih semalam... lari budget lah pulak. Hotel Sani masih ada kosong, tapi sekarang sedang buat penambahbaikan... so dia maklumkan mungkin harga akan berubah pada tarikh berkenaan. Hotel Anum dah penuh kecuali bilik yang RM180 je masih tinggal.
 
Hotel Wira je yang harga biliknya dalam budget kawan aku... so aku terus booking 2 bilik untuk 2 malam... tadi dia call suruh tambah lagi sebilik... 

Lega satu urusan kawan aku dah selesai. Kepada kawan aku tu... tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlangnya.

Tolong-menolong, bantu-membantu...
Lambang bersatu, bertambah mutu...

3 ulasan:

Unknown said...

Thanks so much for the info...
Sangat2 berguna...
sy dri sabah..
prnah prgi kl tapi 2 kali jerr..
tak familiar lgi dgn kl..hihihi....
kawan banyak juga di sna...
hahahahahahaha....

pendekkan crita...

kawan sy dri sabah bulan jun 2013 ni convo juga kat dewan pwtc.... dri OUM juga...
so dia minta tlg sy cri hotel yg dekat n murah..

Cari2 kat intrnet... last2 trjumpa forum ni.
Berguna sangat pada sy..
lega dpt tlg kawan...

thank you so much..!!
1 credit for you... hehehehe...

AJ said...

As salam,

Kredit entri anda dan saya buat tambahan sekiranya ada yang berminat untuk menginap di homestay ekslusif pada harga yang berpatutan :

http://www.eyriqazz.com/2013/12/hotel-berdekatan-pwtc-kuala-lumpur.html

Unknown said...

next year saya akan convo... cuba google search... and luckily jumpa blog ni... bolehlah booking hotel awal sikit... tq for sharing...